Mirrorless Camera | Sony A6000 Jadi Pilihan Hati

Assalamualaikum .. 

Baru ada kesempatan untuk menceritakan tentang kesayangan yang baru muncul dalam hidup .. my sonia , cerita ni adalah tentang impian seorang Qaseh Dalia pada tahun 2017 .. impian apa ? impian memiliki sebuah mirrorless camera , start mengidam bulan 8 , 2017 .. boleh baca di entry ni mengidam mirrorless camera 

Aku kan benci betul bila mula perangai nak kan sesuatu benda tu , memang aku akan fikir je , google benda yang aku nak tu setiap hari , lepas tu bayangkan bila aku dapat nanti haha ada sekali tu sampai masuk mimpi ! Lepas tu aku cerita kat husband aku mimpi camera yang aku nak tu .. kakaka husband cakap ''sampai macam tu sekali'' , eh ini lah bini mu haha 



Jadi start bulan 8 tu memang aku simpan je duit blog yang aku dapat suam-suam kuku tu .. boleh ke tidak kumpul sebelum 2018 , aku redha jeeeeee ... tapi alhamdulillah dapat jugak 31 Dis 2017 , sehari je lagi nak masuk tahun baru .. aku pernah dengar ustazah ke ustaz yang bagitahu , bila nak sesuatu pertama mintak dekat Allah , mintak sungguh-sungguh , sebut dalam doa apa yang kita nak lepas tu kita usaha dan kemudian tawakaltualallah..

Akhirnya alhamdulillah 100% aku guna duit blog , ni gadjet ke dua aku beli dengan duit blog , first laptop ASUS yang banyak berjasa dalam dunia blogging ni tapi waktu itu ada tambah duit husband sikit sebab tak cukup kikiki .. kali ni aku cuba untuk tidak menyusahkan dia dengan kemahuan aku , sebenarnya keperluan bagi aku sebab camera aku yang aku selalu guna tu always error dengan lens , oh sakit hati ! 

Jadi aku start buat bujet rendah je .. tak sampai 2k pun , masa tu aku fikir nak ambik samsung je sebab tengok ada blogger review lawa je gambar dia tapi bila google - google balik , samsung macam dah lama tak keluarkan camera , tinggikan sikit bujet dan nak ambik sony a5000/a5100/canon m10 je kemudian baca review-review orang berkenan pulak dengan sonya6000 / fujiflm ..  tapi , fuji agak mahal sikit so bujet aku dalam 2.5k je .. akhirnya aku memilih sonya6000 hehehehe !! 

Sonya6000 Jadi Pilihan 

Ni gambar hiasan , xmampu nak beli lens extra lagi :p


Akhirnya pilihan aku sonya6000 , syukur alhamdulillah.. husband dah warning jaga elok-elok haa macam tahu-tahu aku tak berapa reti nak menghargai barang ahaha , henfon pun letak merata celah-celah tilam :p , okey aku beli sonya6000 di Sony Centre Berjaya Times Square alang-alang ada hal kat situ , malas gila nak survey tempat harga murah .. asalkan tak lebih dari bujet aku .. 

So harga camera ni dekat 2.5k jugak sobs tambah filter lens dan cover skrin .. wajib tambah wooo sayang lens , dah lah lens pun mahai nak mampuih . lepas bayar semua terus bankrup serta merta huwaa huwaaa tapi takpe percaya rezeki Allah tu luas , inshaaAllah ada rezeki lain , niat untuk buat kerja juga ...lepas ni taknak wishlist apa-apa dah , nak saving je .. inshaaAllah nak penuhkan tabung  aku , tabung Rayyan pulak untuk kemudian hari , moga Allah makbulkan juga ..ameen

Dalam kotak ni dapat macam biasalah basic buku manual ,wayar charger 3 ketul , bateri dua ketul , memory card 16gb , beg , filter lens , kabel charger 1 ketul (macam kabel handfon samsung sebab boleh cas guna powerbank jugak sony a6000 ni ) mudah kan ! 


Bab pilih warna ni susah sikit sebenarnya nak buat pilihan , antara hitam , putih , grey dan yang aku pilih ni ahaks putih memang tolak awal-awal sebab aku kan hurmmm tak reti nak jaga barang , hitam dah biasa sangat so tadaaaa aku amik warna ni je lah .. cute tak ? mohon jawab cute k .. 

Beza skrin dengan sony a5100 , sony a6000 ni hanya boleh flip 90 je so nak selfie kau yakin boleh je la sebab  tak dapat nak tengok screen kan ahaks 


Amacam okay tak ? aku tak nak cerita details lagi sebab tak habis godek-godek lagi .. kira ni entry pengenalan dan welcome to my blog my sonia .. inshaAllah nanti aku kongsikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada sonya6000 ni okay .. dan tunjuk hasil dari my sonia ni .. maafin tak pro lagi tapi seriously sangat memudahkan aku untuk ambil gambar review , dah tak lenguh tangan nak pegang dslr lama , huwaa nak nangis rasa akhirnya dapat jugak idaman kalbu .. ~ alhamdulillah semoga impian korang juga terlaksana :) 

Hati Berbicara :

Semoga kehadiran my sonia ni merajinkan aku untuk berblog haha , chaiyok - chaiyok !! nanti aku kongsikan lagi ye .. tq kerana sudi membaca .. dan ramai jugak lah dah guna sony a6000 ni , dalam kbba dah 6 orang , paling latest kak SHE , haha tahniah kak SHE :p okbye 


14 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. cantik dan comel..mest kualiti pun cun

    BalasPadam
  2. tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. syukur.. saya pn dari duit job gak sket. hahahaha. alhmdlh..

    BalasPadam
  3. Vavavaa... Bestnya!
    Bilaaa turn kak Nina lak nak capai impian beli camera
    Doakan moga dipermudahkan dan dipercepatkan eh... Tak sabar!

    BalasPadam
  4. Doakan wishlist huda nk beli camera camni pun tercapai. Kumpul duit blogging sampai cukup!

    BalasPadam
  5. tahniah.. bestnya dpt beli guna hasil berblog.. hehe

    BalasPadam
  6. tahniah.. usaha tangga kejayaan.. mantop tu guna duit blog jer tak sampai setengah tahun. rezeki !

    BalasPadam
  7. Wahh seronoknya ada camera. Tak sabar nak kumpul duit beli kamera pulak. Boleh lah buat vlog 😅

    lakiterok.com

    BalasPadam
  8. Wah...tahniah...kakdy beli Sony A5100 tahun lepas sebab nak cuti ke NZ...guna time travel je...time lain xguna plak ...guna pon xberapa nak reti.

    BalasPadam
  9. tahniah Alhamdulillahhhh tercapai wishlist nanti snap gambar ai ye bila cuti2 sama2 hahahah...

    BalasPadam
  10. Tahniah..lepas ni ramai duk dekat² nak minta ambil gambar...hehehe

    BalasPadam
  11. tahniah..terbaikla guna duit blog..lepas ni dapat bnyk job lagi..semoga murah rezeki qaseh

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..pasni lagi masyukk job qaseh.Ina pun da terbekenan kamera ni.huhuhu.. mungkin nak cari yg murah skit

    BalasPadam
  13. terus baca sini lepas entri dilla.. so rega 2.5k yer.. cuma ini takde viewfinder erk... hurmm..

    BalasPadam
  14. tengah-tengah survey kamera mirrorless sony, jumpa lak review ni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama