• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum Dah lama sebenarnya nak buat entry ni tapi banyak betul halangan-halangan nya , alhamdulillah entry ni saja nak berkongsi berita gembira bagi blogger suam-suam kuku macam qaseh ni , haaaa ceritanya bermula begini .. Hari tu duk melepak je sambil layan group whatsapp kelab blogger , ada member ni berkongsi berita gembira , member tu si gadis blur Yaya Natsumi , katanya dia dapat email dari Air Asia yg menjemput beliau mengikuti trip ke Guilin China , wehhhhh serious ! So wish happy , bila pulak aku nak dapat jugak ni , haha ..

 Best wooooo berjalan tempat orang , aku ni kaki merayau jugak tapi nak tunggu duit aku sendiri mmg lama lagi lah , tambah2 tengah prepare pasal kahwen tahun depan ni , wupsss Nak di jadikan cerita , aku pun check lah email , aku ni biasanya seminggu sekali baru cek email di tambah pulak notification email dah tak berapa nak function , tak tahu lah kenapa .. Geram pulak den , ok cek punya cek , ada email dari Air Asia , ingatkan email macam selalu lah promosi - promosi tempat pelancongan menarik .. Tapi mak aihhhh teruja baq ang , Air Asia ajak pegi Kunming China , pergh ajak tu , hehehe bahasa pasar betul .. Pastu aku ni susah sikit nak percaya , so share lah kat group kelab blogger ben ashaari kesayangan aku tuh , nak pastikan je , kot2 saja nak troll budak noob macam aku ni , hahaha ..

 Dah di sahkan betul-betul , ini bukan cobaaaaaaannnnnnnn , tetiba banyak benda bermain di fikiran time tu jugak ! Macam mesin basuh baru di putar , macam tu lah otak aku berpusing .. Eh nak pergi ke taknak , nak pegi ke taknak ! Hal kawen banyak lagi nak uruskan , itu lah ini lah , blablabla , tapi kawan2 dalam group suruh pergi , cehhh kiranya bagi semangat lah pulak , tiba2 otak berputar macam mesin basuh tadi makin slowww pergerakannya , dan dapat 'bengong' dr ben ashaari sebab aku ada ckp something yg bengong hahaha , tapi tu aku anggap kata-kata tu sebagai semangat jugak la , hikhik , jadiiiinyaaa dah decide akan ku tinggal tapak kaki ku di sana ..

Dah siap pun passport semua , apa-apapun thanx a lot buat Air Asia yang sudi memilih qaseh untuk join trip ke KUNMING CHINA , 5 disember - 10 disember 2014 .. Thanx a lot buat kawan-kawan yang always support , inshaaAllah next time korang pulak ! Ada macam buat ucapan kat anugerah juara lagu tak ucapan aku ni , haha papepun i love u #AIRASIA #AABC , Btw , pena berkala , khai artzfar , eazy izuddin , aida sue pun turut serta dalam trip kali ni , aummmmmmmmm ~ byeeee .. Xde gambar entry kali ni , tunggu g china dulu deh tepek gambar banyak2

Assalamualaikum ,

Nak kongsi satu rahsia dari MZ SECRET , BOTOX CREAM , haaa jangan takut ni bukan botox yang suntik-suntik tu tapi hanya lah cream muka .. First guna rasa macam sejuk je muka , dan boleh guna produk lain selepas guna cream ni , cepat je kering macam korang tak pakai apa-apa , nak tahu kelebihan dia ? Baca sampai habis k , bagi yang ada masalah jerawat , atau jeragat dan banyak lagi boleh try .. 

Dan botox ni adalah Botox yang pertama dalam malaysia , so tak perlu la nak pergi thailand semata-mata untuk membotoxkan muka anda , guna BOTOX CREAM ni sudah .. Lagipun halal dan murah , nak cantik kena pastikan halal jugak ye baru lah nampak berseri .. 

RAHSIA MZ SECRET BOTOX CREAM.

WAJAH TERASA TEGANG DAN GEBU SEAWAL 14HARI!

Botox Cream membantu mencerahkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, garis-garis halus di muka, menghilangkan cela dan lain-lain.

Botox cream ni boleh dipakai untuk siang dan juga malam. Senang dan mudah! Hanya sapu di muka setiap pagi dan malam!

Botox Cream ini sangat sesuai untuk semua masalah kulit normal atau sensitif. Juga boleh gunakan oleh semua golongan umur dari 18 tahun sehingga umur 60 tahun.




Nilah rupanya Botox Cream Mz Secret ,



Cream ni macam gel je , tu yang membuatkan muka jadi sejuk je bila pakai dan wangi , sapu kat muka macam biasa , biarkan ia kering lepas tu boleh pakai product lain yang biasa korang pakai .. Mudah dan senang je kan ..


Kelebihan Botox Cream :

MENEGANGKAN KULIT WAJAH
MELAMBATKAN PROSES PENUAAN, KULIT TAMPAK AWET MUDA
MENGHILANKAN MASALAH GARIS-GARIS HALUS
KULIT NAMPAK PUTIH SECARA NATURAL
KULIT SEKATA DAN TIDAK BERMINYAK
PORI MENGECIL
MENGHILANGKAN JERAWAT SERTA PARUT-PARUT JERAWAT

Cara nak pakai BOTOX CREAM ni senang je , calit-calit sikit kat muka lepas tu sapu serata muka , haaa mcm gmbr atas ni , tak nampak sangat sebab cream ni warna jernih dan macam gel , tapi seriously cepat kering je , lepas dah kering korang boleh guna produk lain .. Pakai pada waktu pagi dan jugak malam .. Tak melekit langsung , ramai pulak artis-artis pun pakai produk ni , sape taknak cantik oiiii .. 

Keistimewaan Botox Cream :

KESAN DAPAT DILIHAT SEAWAL 14 HARI PENGUNAAN
TERDAPAT PAKEJ UNTUK PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA
JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN
BEBAS KESAN SAMPINGAN/NEGATIF
DIJAMIN HALAL
MENDAPAT KELULUSAN KKM
DIJAMIN SAMPAI KE ALAMAT ANDA DALAM TEMPOH 2-3 HARI BEKERJA

Mana nak dapatkan Botox Cream ni boleh follow instagram @mzsecretmalaysia
Ataupun laman web MZsecret MZ SECRET (KLIK)








MUA BY YANN ESKAY
FB : Yanneskay
IG : @yanneskay 
Assalamualaikum

Buat wanita di luar sana , berita baik untuk yang mempunyai masalah kebocoran setiap kali datang haid , opss kadang-kadang benda tu sangat normal bagi kita perempuan ni , dah tak boleh lari dari masalah kebocoran , dan yang pastinya adalah di sebabkan pad yang tidak sesuai , haaaa berita baiknya LIBRESSE memperkenalkan dua produk baru iaitu Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit Liner.

LIBRESSE MAXI NIGHT SECURE
Kajian menunjukkan bhawa 50% mengalami kebocoran pada bahagian belakang , dengan Libresse Maxi Night ini menyediakan keselesaan muktamad melalui potongan belakang baru yang lebih luas untuk keselamatan tambahan sepanjang malam, terdapat dalam versi tanpa haruman dan mengawal bau , haruman teh hijau.

LIBRESSE LONGER AND WIDER CURVEFIT LINER
Direka mengikut bentuk semula jadi dan lekuk tubuh wanita . Bahagian tengah lembut dan mudag di bentuk , bahagian depan lebih luas dan juga kepanjangan 17.5 cm, memastikan keselesaan sepanjang hari dengan padanan yang bersesuaian serta kekal pada kedudukan setiap masa.

 kesemua tuala wanita Libresse direka khas mengikut tubuh badan berasaskan teknologu dipaten serta rekabentuk cap dagang - secure fit dan deep flow channels yg dpertingkatkan , bergabung menghasilkan konsep 'kemas selesa, serapan sempurna' . Menampilkan ciri-ciri lebar di bahagian depan supaya pad tetap pada kedudukan , menirus di bahagian tengah mengikut potongan seluar dalam serta rekabentuk berbelah di belakang bersesuaian dengan kontur tubuh badan wanita dan senang di basuh.

LIBRESSE THE HUNT YANG DI HOSKAN OLEH FAHRIN AHMAD DAN ADIBAH NOOR
Bertempat di Jaya One , Libresse telah menganjurkan satu kempen Libresse The hunt , kempen ini bertemakan perisikan , dengan acara permainan yang menyeronokkan . Antara aktiviti adlh hadirin digalakkan untuk merakam wefies terhebat melalui mobsta , mencari bilangan perkataan Libresse , kotak misteri dan latihan sasaran. dan hadiah2 yang sangat menarik .








Assalamualaikum .

Tadaaaaa hari ni qaseh nak kongsikan lipstick best untuk di pakai , btw dulu qaseh tak suka pakai apa-apa mekap di muka , dan tak pandai nak mekap . Bila ada something di muka rasa macam orang tua yang sangat over , tak pernah cuba untuk pakai lipstick yang warna dia menyerlah gila , bak orang kata , belum naik bas , driver bas dah tengok merahnya makngahhhhhhhhh.

Pertama kali dalam hidup pakai lipstick merah terang , ni pun setelah diuji kaji dengan warna muka , dah survey sekeliling ok tak warna ni dengan muka kita yang tak berapa nak artis ni , akhirnya beli jugak lah .. lipstick Loreal , warna raspberry & syrup .. boleh dapatkan di watson berdekat , harga dia murah saje .m RM30 somehing.



Kadang-kadang bukan takut nak pakai tapi diri sendiri yang tak berapa yakin , takut orang gelakkan laa , bibir macam angelina jolie la , macam maknya lah apa lah , hehe tapi sebenarnya cantik juga dari warna pucat muka .. sekali sekala tak salah kan ^^ .. wink ! Asalkan niat bukan untuk menggoda sesiapa .. wupsssss...
Assalamualaikum..

Bila jiwa serabut orang kata kena cool , be relax .. abaikan blog sekejap , tu yang bersawang tu .. tapi minggu ni byk benda bermain di fikiran ..ada yang menyerabutkan , ada jugak yang menggembirakan. Kadang-kadang entahlah bukan kita nak sangat fikir pasal benda yang remeh temeh tapi benda tu datang sendiri , lagi taknak fikir lagi kena fikir .. eh get lost lah.

Kadang-kadang tak paham dengan orang yang tiba-tiba macam nak mengelak dengan kita, ok la mungkin kita yang 'OVERTHINKING' tapi bila dah terang-terang nampak perubahan tu , overthinking celah bedah mana ?? Opsss .. orang cakap abaikan abaikan dan abaikan .. tapi tak boleh sebab kadang perasaan sedih tu ada .. yelah , tiba2 angin takde, ribut xde ... jadi macam ni , kita sayang semua kawan2 kita tau !!! Sayang sangat , hurmm #muahciked 

Stress jugak nengok eyebag ni , product apa mmg berkesan untuk hilangkan eyebag ? Pakai sekali je terus hilang , ada meh ?? 

K lah setakat dulu coretan merapu di petang hari bersaksikan burger king , tengah lepak beger king sorang2 je ni haaa ... pinjam wifi sat . Tq beger king alamanda .. qaseh pelanggan tetap tau , mohon bagi diskaun banyak2!
Assalamualaikum

FUEL SHACK | AYER@8 PRESINT8 PUTRAJAYA | semalam memandangkan cuti raya belum tamat , dan kebosanan kat rumah .. qaseh keluar tengok wayang cerita DRACULA UNTOLD , qaseh bagi 4 bintang , best jugak ceritanya , last-last memang dia jadi dracula , lepas tu pergi makan di Fuel Shack.

Qaseh pertama kali cuba Fuel Shack ni , eh apa dia Fuel Shack ni , alaaa burger je tapi lebih sedap dari MC'D semestinya , sedap jugak .. masa nak oder tu kena bagi nama glemer korang , nanti dia akan panggil . Semalam qaseh bagi nama Siti Nurhaliza , depa pun panggil2 "siti nurhaliza" , bangun-bangun semua pandang je , haha glemer kejap..


Air Fruity Tea , ada buble-buble lagi , apple dan mango , RM5 satu .


 qaseh pilih Oroginal Shack , satu berharga RM11 , Daging agak tebal
Selain tu ada jugak hotdog , dan makanan-makanan ringan yang lain

Lepas dah kenyang , gerak ke dataran Putrajaya , kisahnya nak lepak-lepak je tengok budak2 main kasut roda, belon, skuter mini  , eh banyak lah permainan yang ada kat dataran ni, macam2 ada memang best bawak anak-anak datang berjalan kat sini , bagila diorang rasa seronok sikit haaaa , pastu qaseh pun tringin jugak main benda alah semua ni , mula2 main basikal lepas tu kasut roda .

Susah gila nak main menatang ni , huhu jatuh dah semalam , taknak main dah !!!!!


Assalamualaikum !


Selamat hari raya aidiladha buat semua , tahun ni qaseh tak balik kampung hurmm sedihnyaa , tapi nasib baik lah ada kawan-kawan kelabbloggerbenashaari , so hari pertama kitorang serbu rumah Kak Salina www.kisahpondokkecil.blogspot.com kat Taman Keramat KL , haaaa so ramai jugak la tak balik kg , kitorang gerak dalam pukul 9.30 berkumpul di Masjid Putra.

Muka2 tak balik kampung .. abg ben , najeeb , yanty dan uzu 


Photoshoot OOTD raya , asyik recycle baju-baju lama je , dah xde baju hihi

Haaa sampai2 umah Kak Sal buat macam rumah sendiri je lah , moga Kak Sal tak serik ajak kitorang hehe

 dengan budak ensem yang sememangnya kena pandai gaya , hihi kalau tak menangis lah cari ibu nya , tapi ok jugak mampu bertahan walaupun tak lama hehe

Lastly , photogroup KelabBloggerBenAshaari , tq so much buat Kak Salina yang sudi terima kami semua dan masak sedap-sedap ! In shaa Allah nanti kitorang lepak rumah Kak Salina lagi ! Tq so much geng KelabBloggerBenAshaari semua .. sayang semuanya..





Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates