• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Holla gais , Alhamdulillah sebenarnya seronok sangat dapat juga menghadirkan diri untuk turut serta dalam bengkel Kbba kali ni . Haa ce teka kenapa seronok ? Sebab bengkel kali ni beauty-beauty gituh , sape je tak minat weh  , kali ni KBBA bekerjasama dengan MATIC , Puan Azie Sam ( Perunding Imej Muslimah ), Puan Shuhada (Pengasas Pee-Ka-Box) dan Khai Azwan (MUA) dalam Bengkel Personaliti & Kecantikan 

Jadi kali ni aku nak kongsi lah sedikit sebanyak apa yang aku dapat dalam bengkel hari tu , yang pasti semua berjalan lancar , santai dan happening . Apa aktiviti kami hari tu ? Haa baca sampai habis tau ! Banyak ilmu nak bagi ni acece 

SESI PERTAMA : BENGKEL PERSONALITI OLEH PUAN AZIE SAM - PERUNDING IMEJ MUSLIMAH

Tak sangka , dapat juga bertemu dengan Puan Azie , sebenarnya kenal Puan Azie ni sebab dulu beliau juga seorang blogger dan sekarang merupakan perunding imej yang berjaya dan cantik sangat , so dalam bengkel kali ni kami di beri ilmu tentang 4 benda yang buatkan aku sendiri sedar rupanya ada benda yang kita kena titikberatkan dalam membina personaliti diri 
  • Wow first impression 
  • Create your own personality style 
  • Colour make your soul 
  • Mix and match outfit 


WOW FIRST IMPRESSION 
Haaa ape ni ? First impression bila kita lihat orang lain buat pertama kali dan orang lain melihat kita buat pertama kali . Kadang-kadang kita tak jaga first impression kita kan , maksudnya bila pertama kali jumpa orang , kita buat orang lain fikir yang kita sombong , garang dll .  Yup betul , tak kenal maka tak cinta tapi now kita kena ubah supaya first impression orang lain kepada kita yang baik-baik sahaja , at least senyum tau , lepas tu greeting dan yang selalu kita lupa panggilan kata nama diri pada orang , kalau dia seorang doktor kena la pggl doktor , dan sbagainya.

Macamana nak jaga first impression ?

  • Appearance - cara kita berpakaian / penampilan , even kita tak suka mekap tapi sekurangnya bersih dan kemas 
  • Behaviour - Cara kita layan orang , cara salam , cara duduk dan tingkah laku 
  • Communication - Bagaimana cara kita bercakap dengan orang 

Tips First Impression 



So hari tu , Puan Azie ada buat aktiviti untuk first impression ni , setiap orang di tampal dengan kertas kosong , dan 5 orang rakan kena tulis first impression dia pada kita haaa gituh .. Apa first impression diorang pada aku ? Haha kelakar pun ada .. Ada yang betul dan ada yang tak betul kot 


Ni kak Umminani punya haha sempat skodeng 


Okay i got this ! hahaha okay let me tell u haaa . Pemalu ? Yes saya sangat - sangat pemalu sebenarnya untuk berhadapan dengan orang :p tapi boleh jadi peramah bila dah mula boleh masuk dengan seseorang dan situasi , sweet ? ermm main tulis je haaaa ! Cun ? perli ke apa .. btw banyak gambar edit so luar nya tak cun langsung . Stylish ? Haha main hentam je pakai .. kikiki 

Tips : Bila bersalam dengan orang jangan pandang direct ke mata utk mengelakkan pukau or jatuh cinta haha , Puan Azie bagi tips lihat di bahagian kening 

CREATE YOUR OWN PERSONALITY STYLE 
 

Apa personaliti korang , Puan Azie bagi kertas ni untuk jawab .. so kebanyak jawapan aku adalah A . Apa maksud A ni haaa kalau banyak A - seorang yang natural , B - Romantik - C - Classic , D - Dramatic .. Korang ?

Tips : Jika nak berubah , jangan berubah drastik . Mulakan perlahan-lahan , first ubah di bahagian muka , sebab pertama orang akan lihat wajah kita . Ubah gaya tudung , gaya mekap ;)


COLOUR MAKE YOUR SOUL 
Masuk bab warna , kadang kita tak sedar warna yang kita pakai dalam kategori cair , pekat , terang atau kusam . 80% orang pandang kita melalui warna , jika kusam jee orang pandang pun sekilas mata je kan , tapi bila warna yang menarik sampai terjatuh cinta gituh haha 



5 Warna Yang Tak Pernah Salah 
  • Putih 
  • Hitam 
  • Kelabu 
  • Navy Blue 
  • Coklat 

Tips Padanan Warna 



Tips : Bila terasa lemau pakai warna-warna yang terang , untuk mudah nak matching korang cari colourwheel ni kat google dan download 

MIX AND MATCH OUTFIT / UKURAN BADAN 
Korang nak tahu bentuk badan korang jenis apa ? 

  • Pear , epal , strawberry , hourglass atau ruler ? 
-Aku semestinya ruler kahkahkah .. tapi badan jenis ruler ni kebanyakan model sebab boleh match dengan semua baju yuhuuuu so kalau nak kan model jangan lupa contact-contact k ! 




Aktiviti lagi meriah bila kena ukur badan masing-masing , bila dah ukur baru kita boleh tahu bentuk badan kita macamana hihihihi 



Alhamdulillah sesi pertama berjalan lancar dan selesai .. sambung makan tengahari , solat zohor dan sesi kedua bersama Pee-Ka-Box ! 


SESI KEDUA - BENGKEL KECANTIKAN OLEH PENGASAS PEEK-A-BOX , PUAN SHUHADA 

Cantiknya Puan Shuhada ni 


Salah satu yang buat kan aku teruja adalah Peek-A-Box , btw sebelum ni aku dah pernah tengok juga orang unboxing Peek-A-Box ni , tapi tak tahu secara detail la ingatkan sama macam beauty box yang lain yang mana ada brand mereka sendiri tapi sebenarnya Peek-A-Box ni adalah surprise box yang mana mengikut tema . Tema Peek-A-Box ni pulak tak sama setiap bulan , haa dan dalam box ni bukan satu brand je tau , lain-lain brand , ada dalam actual size dan juga mini size. 

Peek-A-Box dengan berlainan tema 

Eh kalau kita tak tahu apa dalam box ni , karang kita tak pakai pulak . Jangan risau , Peek-A-Box akan buat teaser / hint juga di IG official . Eh best apa surprise box ni , korang mesti akan ternanti-nanti apa benda la yang korang akan dapat haaa kan kan kan :p Boleh lah hadiah kan buat yang tersayang juga dan harga Peek-A-Box ni hanya Rm59 sedangkan barangannya adalah lebih kurang RM150 macam tu .. Berbaloi lah ! 

yeyyy dapat Peek-A-Box khas buat KBBA 

UNBOXING PEEK-A-BOX 
Nak tahu apa dalam box ni ? Nah tengok video ni 

Menarik kan ? Nak beli korang boleh dapatkan di shopee , website or instagram Peek-A-Box , tengok info kat bawah ye .. Oh ye sekarang Peek-A-Box tengah adakan kempen DIY , so bila korang beli , korang join lah kempen ni , caranya DIY box ikut kreativiti masing-masing dan jangan lupa tag ! 

IG : https://www.instagram.com/peekabox_beautybox/
Shopee : https://shopee.com.my/peek_a_box


DIY FACE MIST DAN LIP BALM SENDIRI 


Dah selesai unboxing Peek-A-Box , kami di ajar cara-cara untuk buat face mist dan juga lip balm sendiri .. Wohoooo mudah je rupanya nak buat semua ni , yang pasti takde pengawet bagai dan sesuai untuk kulit atau bibir sensitif tu ha .. Bahan-bahan pun mudah je nak cari 


Diy Face Mist 

  • Drinking water , Rose Water , Honey , Essential Oil 
  • Cara dia , campur kan Rose Water bersama drinking water , masukkan madu dan essential oil haaa mudah gila .. sukatan dia , drinking water tu kena dua kali ganda dari rose water yang korang letak .. 



DIY Lip Balm 

  • Cocoa Butter , pewarna , vaseline , air mendidih , madu 
  • Cara dia kena cairkan cocoa butter tu dulu dalam air mendidih , kemudian ambil sedikit vaseline , if nak letak pewarna atau nak guna madu sahaja pun boleh . Lepas dah sebati semua tunggu je dia keraihhhh , dah boleh guna ! 

LAST SESI : TUTORIAL MEKAP DAN HIJAB OLEH MUA KHAI AZWAN 

Bila dengar kisah Khai Azwan ni memang betullah kadang apa yang kita tak suka tu lah jadi apa yang kita suka haaa hehe apa pun jeles betul dengan tangan yang berseni ni ha  , aku dah patpuluh juta kali tengok tutorial mekap tapi tak reti-reti jugak hoih haha , tapi sebenarnya benda ni kena banyak praktik 

DAN JADI PEREMPUAN TU SUSAH DAN MAHAL TAHU TAK ! Hahaha :p

So hari tu , banyak jugak tips-tips yang di beri oleh Khai Azwan ni , dari berus mekap , pemilihan foundation , highlighter dan banyak lagi yang di kongsikan .. Soalan pun banyak di utarakan oleh gigirl smua hihihi .. Dan ini hasil mekap have-have oleh Mua Khai Azwan tapi menggunakan barang mekap yang tak have-have yang penting teknik dan skill ... 



Dua orang secara sukarela atas permintaan Khai Azwan untuk ikut cara beliau mensenikan wajah modelnya haa gituh .. 

 







Alhamdulillah , Bengkel Personaliti & Kecantikan berjalan lancar sehingga terlebih masa gitu , tak sedar kan waktu berlalu , syok sangat tengok live mekap haaa , hehe tq untuk semua yang terlibat dan tajaan untuk bengkel KBBA kali ni ❤️ Tq tak terhingga buat Puan Azie Sam , Puan Shuhada dan Kak Gee , Khai Azwan untuk segala ilmu yang kami peroleh dalam bengkel kali ni . Semoga maju jaya dan terus success ke persada dunia :)

PENAJA YANG TERLIBAT 

  • En Ali untuk lokasi bengkel KBBA di MATIC 


  • MrsZa Kitchen untuk tajaan breakfast - https://www.instagram.com/mrszakitchen/
 kredit gambar : https://shehanzstudio.com


  • Nurul Izzah Catering - https://www.instagram.com/nurulizzahcatering/


 kredit gambar : https://shehanzstudio.com

Terima kasih Kelabbloggerbenashaari , memang best join bengkel-bengkel macam ni tau , selain dapat ilmu , dapat jumpa kawan-kawan dan me time eh ! haha okay bye 
Assalamualaikum , Allah gerakkan hati untuk menaip malam ni , izinkan jari menari mengikut rentak 

“Beruntunglah sesiapa yang selalu merasa senang dan tenang dgn pilihan Allah untuk dirinya

Seperti apa ya kopi hari ini ? Adakah pahit atau manis .. Entahlah ia nya hanya sekadar perumpamaan buat aku seperti hidup kita .. Apakah yang pahit itu seringkali membuatkan kita menangis atau yang manis itu selalu membuat kita ketawa ~ 

Kadang-kadang apa yang kita fikir , apa yang kita rasa tidak bermakna di masa akan datang begitu juga perasaan kita , begitu juga pemikiran kita . Tak faham ? Diri sendiri pun kita selalu tewas untuk memahami apatah lagi yang sedang berlaku di sekeliling kita , yang sedang terjadi dalam hidup kita , yang kita ketawakan , yang kita risaukan . Apa-apa sahaja yang berlaku seringkali berlawanan dengan apa yang kita fikirkan 

Dalam hidup ini , seringkali kita tertipu dengan kepahitan dan kemanisan .. Iya lah yang pahit itu belum tentu menyedihkan dan yang manis tidak bermakna selalu sedap , hidup pun macam tu kan ... Dulu kita rasa manis tapi sekarang kita rasa makin pahit , dulu kita sayang menyayang tapi sekarang saling membenci . Siapa yang salah ? Takdir Tuhan ataupun kita sendiri yang menyebabkan sesuatu itu berlaku .. Mungkin atas dosa-dosa kita yang lepas ?

Tapi satu benda yang kita kena tahu , setiap sesuatu ada hikmah . Hikmah nya pasti terselit kebaikan buat kita , buat yang berkaitan atau sesiapa yang termasuk dalam sesuatu keadaan itu , jika ia sudah berubah dari jalan yang kita rancangkan , pasti jalan seterusnya di ubah oleh Allah dan segalanya ada kebaikan buat diri kita sendiri .. 

Seperti apa kopi hari ini ? 
Kelmarin tawar ,
Malam ini pahit ,
Mungkin esok ia manis ,
Tapi seberapa banyak rasa itu pasti ada hari yang kita rasa sangat sedap dan indah 

Kenapa bersedih atas kepahitan yang memberi penawar ? Kerana manusia itu berperasaan pasti juga ada hari-hari dia terasa longlai dengan apa yang membelenggu , mahu mengubah tidak mampu , mahu menebus juga tidak ada daya .. Apa yang ada hanya air mata , tapi esoknya sosok itu bangkit juga kerana hikmah yang telah terlihatkan oleh mata sendiri :) 

Hati Berbicara :

Aku dah tak mampu selalu  merasa kopiku kerana terlalu banyak angin yang di rasai dalam badan selepas bersalin :p tapi kopiku adakala tumpah dengan kehadiran si gula-gula hati ni :p 


Assalamualaikum 

Pernah tak korang berangan nak memiliki jenama produk sendiri , jadi bos besar , banyak agen-agen di bawah korang dan jenama produk korang tu memang laris sangat tapi macam-macam persoalan yang ada dalam kepala korang . Macamana nak buat produk sendiri ? Sekurang-kurangnya berapa modal yang di perlukan ? Perlu tak ada kilang sendiri dan banyak lagi persoalan tu yang akhirnya tiada jawapan yang korang jumpa . 

Okay , hari ni aku akan terangkan sedikit sebanyak cara untuk buat produk jenama sendiri dengan bermodalkan hanya RM5000 . Jadi dengan modal RM5000 ni apa produk yang korang boleh buat ? First of all , bila nak buat produk sendiri ni korang akan fikir perlukan sebuah kilang kan ? Okay sebenarnya korang tak perlu pun kilang atau yang berkaitan langsung , y ang korang perlu ada adalah modal . Sebab apa ? Haa sebabnya Zy Phyto akan tolong korang dari A - Z 

ZY PHYTO - KING OF OEM 


Apa itu ZY Phyto ? Korang pernah dengar kan kilang OEM , haa ZY Phyto juga di kenali sebagai KING of OEM milik Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang mana sudah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan . ZY Phyto merupakan 100% syarikat Muslim Bumiputera yang menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat jenama sendiri menerusi OEM yang bertaraf GMP mendapat kelulusan KKM serta sebuah kilang yang telah menjalankan proses produk di bawah ISO9001 
Buat masa sekarang , sudah ada 9 anak syarikat di bawah ZY Phyto ni



  • ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd 
  • ZY Cosmetics Sdn Bhd 
  • ZY Printback Sdn Bhd 
  • ZY Academy Sdn Bhd
  • ZY Herbal Science Sdn Bhd
  • ZY Phyto Marketing Sdn Bhd 
  • ZY East Coast Sdn Bhd 
  • Yayasan Qaseh ZY Phyto 
  • Emily's Cattery 


BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PRODUK SENDIRI DENGAN ZY PHYTO

  • Kaji Selidik Pasaran - Sebelum korang nak buat apa-apa produk , pastikan korang buat dahulu kaji selidik pasaran untuk mengetahui samaada produk yang bakal korang buat tu mempunyai permintaan atau pun tidak 
  • Sebut Harga & Negosiasi - Datang ke kilang untuk membuat tempahan . Pihak kilang akan memberikan korang sebut harga dan proses negosiasi berlaku . Jangan buat bayaran selagi tak puas hati 
  • Sampel Produk & Design - Setelah bersetuju , pembayaran deposit di perlukan untuk membuat design dan sampel produk 
  • Kelulusan KKM - Setelah design produk siap , pihak ZY Phyto akan menghantar produk tadi ke KKM untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pembuatan produk berjalan . Untuk pendaftaran NOT memakan masa 2-4 minggu manakala pendaftaran MAL memakan masa 3-6 bulan 
  • Pengilangan , penghantaran - Setelah semua proses selesai , pihak ZY Phyto akan memulakan pengilangan produk dan menghantarnya kepada anda / mengambil sendiri di kilang 
  • Penjualan dan Pengulangan Tempahan - Kini tiba giliran korang untuk buat marketing dan jualan sebanyak-banyak untuk meraih keuntungan dan boleh repeat order

PAKEJ OEM DENGAN HANYA RM5K


Haaa yang ni aku nak cerita lebih detail kat korang bila korang dah cukup modal hanya RM5k , mesti terkejut kan dengan hanya RM5k korang hanya goyang kaki sahaja dan segala urusan pihak ZY Phyto yang akan uruskan . Apa yang terkandung dalam pakej OEM 5k ni ? Pakej ni termasuk semua iaitu KKM , R&D , DESIGN & PACKAGING . OEM 5k ni ZY Phyto akan develop produk baru untuk pelanggan. Antara produk yang ada seperti :

  • Makanan Tambahan 
  • Kosmetik & Set Penjagaan Peribadi & Kulit 
  • Produk Uncang Teh 
  • Minyak Aromaterapi / Minyak Urut 
  • Raw Materials 
PRODUK DI BAWAH PAKEJ OEM 5K

Mesti korang tertanya-tanya kan , produk apa yang korang boleh buat di bawah pakej OEM 5K ni kan ? Dengan hanya bermodalkan 5K macam-macam produk korang boleh buat seperti list yang aku kongsikan kat bawah ni , jadi boleh dah fikir idea untuk marketing nanti ye , yang pasti biar ia viral ! 

  • CECAIR / LIQUID


Fungsi -💮 Pelangsingan badan , 💮Pencerahan , 💮 Kesihatan
Isipadu -💮 250ml , 💮 250 units
Pembungkusan - 💮 Box and label with standard size

  • TABLET


Fungsi - 💮 Pelangsingan Badan , 💮 Pencerahan , 💮 Minda Kanak-Kanak
Isipadu - 💮 Size : 16 mm , 💮 30 Tablets , 💮 250 units
Pembungkusan - 💮 Box and label with standard size

  • SERUM 


Fungsi - 💮 Pencerahan , 💮 Anti - Penuaan , 💮 Anti - Jerawat
Isipadu - 💮 20 ml , 💮 250 units
Pembungkusan - 💮 Box and label with standard size , 💮 Label with silk screen printing

  • SERBUK / POWDER 

Fungsi - 💮 Pelangsingan Badan , 💮 Pencerahan , 💮 Kesihatan
Isipadu - 💮 5g 💮 10g 💮 15g 💮20g
Pembungkusan - Box and label with standard size

  • SABUN / SOAP 


Fungsi -💮 Pelangsingan badan , 💮 Pencerahan , 💮 Kesihatan
Isipadu - 💮 Shape - Square / Round 💮 60g , 💮 350 units
Pembungkusan -💮 Box and label with standard size

  • LOTION 
Fungsi - 💮 Anti-penuaan 💮 Anti-jerawat
Isipadu - 💮 100 ml , 💮 250 units
Pembungkusan - 💮 Box and label with standard size 💮 Tube label with silk screen printing

Dah pilih produk mana yang korang nak ? Pakej OEM 5K ni korang boleh pilih salah satu antara produk tersebut , kemudian setiap pelanggan akan di beri khidmat reka bentuk , seterusnya formula custom , bahan pembungkusan dan pendaftaran KKM , dengan ZY Phyto ni korang tak perlu risau tau sebab ramai dah berpuas hati dengan khidmat mereka yang mana mempunyai kilang bertaraf GMP , sistem pengurusan berkualiti ISO9001 , di iktiraf KKM , di iktiraf JAKIM dan HALAL dan berpengalaman lebih 10 tahun 

Apakah kebaikan OEM?

1. Anda tidak perlu buka kilang untuk keluarkan produk.

2. Kos pengeluaran produk permulaan agak rendah

3. Pengeluaran lebih cepat. Dari proses formulasi sehingga pengeluaran, tidak sampai dua bulan.

4. Oleh kerana ia dikilangkan oleh syarikat besar, persijilan seperti halal, HAACP, MESTI, GMP dan lain-lain sedia ada atau boleh diperolehi dengan mudah.


5. Anda tidak memerlukan pekerja pengeluaran, fokus kepada pemasaran.

PAKEJ CHOMEY SERENDAH RM3K 

Okay andai kata modal korang tak cukup 5K , hanya ada modal dalam RM3K , korang boleh ambil Pekej Chomey , haa apa bezanya dengan Pakej OEM 5K ? Korang boleh baca kat sini Pakej Chomey

Haaaa nak lebih detail korang boleh direct terus kepada ZY Phyto okay , yang mana banyak duit terlebih tu haha yang ada modal boleh lah buat produk jenama sendiri . Sekarang pembelian secara online sangat mendapat sambutan tinggi , kalau korang dah ada modal dan betul-betul nak jadi founder berjaya macam Dato Vida , Dato Aliff tu haa ni lah peluang terbaik buat korang , jangan risau ZY Phyto akan beri segala tunjuk ajar , even korang takde skill marketing , ZY Phyto Academy boleh beri tunjuk ajar :)

More Info :

WEB : http://www.zyphyto.com/
FB : ZY Phyto Group
EMAIL : info@zyphyto.com
ADRESS : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor 




Assalamualaikum 

Zaman kini bukan macam zaman dahulu lagi kan , rata-rata zaman sekarang bila kita nak mendapatkan sesuatu info semuanya boleh dapat di hujung jari sahaja iaitu melalui internet , macam aku sendiri dah lama tidak mendapatkan maklumat melalui majalah atau pun surat khabar sebab google kan ada , tapi yang tak bestnya bila menggunakan internet ni bila line internet sangatlah perlahan dan kadang-kadang memang menggangu sesebuah tugasan terutama sebagai blogger ni 

Bagi korang yang masih buntu dan stress dengan kelajuan internet yang perlahan , aku syorkan korang memilih broadband jenis Fibre Optic berbanding Copper kerana banyak kelebihan yang korang akan dapat dari beberapa sudut



  • Kelajuan 
Melalui fiber optik sememangnya kelajuan mengatasi kabel tembaga kerana fiber optik menyebarkan data dalam gelombang cahaya dan ianya kurang 31% sahaja dari kelajuan cahaya , jadi fiber optik jauh lebih laju dari gelombang elektrik yang di sebarkan oleh kabel tembaga


  • Kapasiti yang lebih tinggi dalam penghantaran data 
Fiber Optik mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dalam penghantaran data , maksudnya ia mampu menampung pelbagai peranti yang di gunakan secara serentak di atas talian dalam sebuah rumah .

  • Cuaca buruk 
Kebiasaan line internet mudah terganggu oleh cuaca kan , contoh tetiba cuaca buruk , hujan , ribut dan sebagainya , tiba-tiba talian internet mudah terganggu tapi dengan fiber optik ni ia tidak akan menjejaskan kerana fiber optik di hantar melalui gelombang cahaya bukan elektrik 

  • Liputan 
Disebabkan fiber optik ni masih lagi baru jadi kemungkinan liputan untuk fiber optik ni masih lagi terhad tapi korang boleh je check samaada rumah korang berada dalam coverage atau pun tak .. Jika rumah korang berada dalam coverage jangan tunggu lama-lama , fiber optik sememangnya pilihan yang sangat berbaloi 


Time Fibre Broadband 



Untuk pengetahuan korang TIME telah berada dalam bidang komunikasi sejak 20 tahun yang lalu , TIME telah membina reputasinya dalam menawarkan produk yang berprestasi tinggi dan inovatif . TIME is the cheapest broadband service provider per Mbps , offering speeds of up to 500 Mbps
Haaa so korang yang masih buntu lagi nak cari broadband apa untuk rumah mahupun bisness , TIME memang pilihan yang sangat tepat lebih-lebih lagi jika korang penggemar game 'online' , suka download movie dan apa saja berkaitan dengan internet , ia adalah pelan jalur lebar yang sangat berbaloi dan banyak kelebihan yang korang akan dapat . Jom baca apa lagi kelebihan TIME ni

Kelebihan TIME Fibre Home Broadband




  • TIME menawarkan kelajuan internet yang tinggi dan terbaik kerana menggunakan 100% fiber optik , yang paling utama untuk memilih broadband yang bagus adalah kelajuan internet yang bukan hanya janji di atas kertas , jadi korang akan puas hati dan berbaloi dengan memilih TIME sebagai broadband di rumah korang
  • Menawarkan kelajuan internet yang tinggi sehingga 500Mbps yang mana kelajuan muat turun dan muat naik adalah sama . Contohnya jika korang langgan 500Mbps , maka muat turun dan naik juga adalah 500Mbps . Jadi bila korang tengok movie online atau pun game online tidak akan ada masalah tersekat-sekat 
  • Tidak terjejas walaupun berada dalam bangunan yang tinggi , maknanya walaupun korang berada dalam ketinggian yang agak tinggi , line internet korang tetap akan stabil malah tidak akan terjejas kerana ia tidak di pengaruhi oleh gelombang radio tapi fiber optik 
  • TIME fiber broadband ini jugak tidak akan terjejas dengan cuaca buruk kerana data tidak di hantar melalui arus elektrik 
  • Yang paling best TIME fiber broadband boleh di gunakan tanpa had dan boleh memuat turun movie hd dalam masa 53 saat , dan boleh menggunakan hingga 8 peranti ke atas dalam sesebuah rumah tanpa menjejaskan internet . Fuhhh buat kaki movie dan game memang wajib korang langgan TIME fibre broadband ni haaaa 


More info :
Bagi aku TIME Fibre Home Broadband ni sangat berbaloi , sebelum tu korang boleh check samaada kawasan rumah korang under coverage atau pun tak ... haaa kalau ada cepat-cepat langgan tau .. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web TIME di bawah 

https://goo.gl/EX7Myj
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates