Hai , hari ni aku nak tanya dan survey sikit , bagi korang bra menyusu / nursing bra penting ke tidak buat ibu-ibu semua ? atau pun ''alaahhh pakai bra biasa pun dah memadai , nursing bra dah la mahal '' atau ''sangat penting , sebab ia memudahkan korang bila menyusukan baby'' ..
Secara jujurnya bagi aku yang masih baru dalam dunia 'ibu' ni , awal-awal persiapan menyambut kelahiran baby lagi aku dah melakukan kesilapan .. yesss ! aku silap besar bila aku terlampau excited mencari kelengkapan baby , tapi aku lupa yang aku juga perlu pentingkan kelengkapan di waktu pantang dan selepas bersalin .. ini pentingnya ilmu dan jangan malu nak tanya orang-orang yang berpengalaman !
A lil throwback of my prince , Rayyan .. budak yang sangat kuat menyusu !
Bila Rayyan lahir dan bermula nya episod menyusu dalam kehidupan aku , baru lah aku tersedar yang nursing bra sangat-sangat penting , nasib baik jugak lah tersedar , kalau tak sedar2 guane gamok haha so bila nak menyusukan Rayyan pakai bra biasa sangat-sangat leceh dan merimaskan , lebih-lebih lagi pengalaman menyusu kan Rayyan sangat perit bila puting melecet ! lepas tu pakai pulak bra yang tak berkualiti lagi lah menyakitkan ..





