Jurugambar Wan Izhar Abu Bakar | Bangga Berphotoshoot Bersama Beliau!

Assalamualaikum 

Alhamdulillah berpeluang lagi aku join Photoshoot Raya KelabBloggerBenAshaari , kali ni berbeza sikit dari sebelumnya sebab tak dapat nak fokus sangat bila dah ada anak ni haa , dulu ye lah gedik sana gedik sini sebab bawak diri je kan .. hehe abaikan yang tu .. tapi yang aku paling bangga bila Photoshoot Raya KBBA kali ni berkolaborasi dengan jurugambar profesional dan sangat lah sempoi orangnya iaitu Wan Izhar Abu Bakar.

Mana tak bangga oikkk bukan calang-calang orang Wan Izhar ni , berapa banyak artis/selebriti dan anugerah dah dia capai tau. Tak sabar nak tengok hasil nya nanti .. agak-agak macam Siti Nurhaliza tak gambar aku nanti ?  hihi sabar tau korang , sebab aku pun tak sabar !

Pemilik ODS Studio 




Siapa Wan Izhar Abu Bakar ni ? mungkin ada yang masih belum tahu siapa beliau kan , sebelum aku bagitahu lebih lanjut tentang Wan Izhar ni , aku nak tanya sikit mesti korang dah tengok gambar-gambar kahwin artis  Stacy dan Akim yang super cantik tu ! so kalau korang nak tahu Wan Izhar Abu Bakar ni lah jurugambar mereka .. terkejut ? eh aku pun terkejut , haa memang patut la aku bangga dapat berphotoshoot dengan beliau , mau tak bangga weh..

pre-wedding Stacy dan Akim by Photoghrapher Wan Izhar

Selain dari pengalaman 20 tahun dalam seni fotografi ni , Wan Izhar juga memiliki sebuah studio iaitu ODS Studio , so kalau korang nak di shoot oleh beliau , jangan lepaskan peluang ni tau .. rugi pulak rasanya tak berselfie dengan dia hari tu ~huhu dan  Wan Izhar juga seorang tenaga pengajar dalam bidang fotografi di IIUM .. tetiba rasa macam nak jadi pelajar IIUM pulak , eh !

Pemenang Anugerah Kulit Album (Stacy) di AIM

Selama ni aku tak tahu pun siapa yang buat kulit album Stacy ni , rupanya Wan Izhar lah yang bertungkus lumus dalam membuat cover album Stacy ni dan memang tak sia-sia usaha beliau sebab mendapat anugerah dalam Best Cover Album di AIM21 2014 .. terbaik sangat , lagi pun memang cantik dan kreatif amat .. dan yeyyy aku pula berphotoshoot dengan beliau , acewah ! sekali lagi bangga uols haha .. tq Ben Ashaari yang berjaya buat beliau ingin berkolaborasi dalam projek Raya Kbba kali ni .. tahniah !



Kalau korang nak tengok lagi gambar-gambar yang di tangkap oleh Wan Izhar ni krang boleh tengok di instagram beliau kat sini WanIzhar , aku dah skodeng semua gambar-gambar yang dia post .. hurmm memang cantik gilaa.. 


Kolaborasi dengan KBBA 

Sebelum ni tengok Wan Izhar dalam gambar je , so bila tiba hari photoshoot Raya Kbba , berdebar jugak lah duk fikir macamana lah aku nak posing depan dia , uhuiii seram la pulek , dah la aku ni tak pandai sangat haha kalau nak di bandingkan dengan playwood , cantik lagi playwood posing sebab kurus lebih kurang je ! 

Tapi bila shoot masa sesi individu dengan Wan Izhar dan team dia tak rasa kekok dan malu pun , nampak tau aura profesional tu meresap masuk haha kemahen ko .. alhamdulillah dapat jugak berphotoshoot dengan photoghrapher profesional macam beliau , lagi pun orangnya sempoi sangat dan nampak sangat humble , walaupun pelbagai karenah geng-geng ni , layan je ~ haha siap bergelak ketawa lagi ! 

Disebalik Tabir (kredit pic : www.afiqhalid.com)





Tq so much buat Wan Izhar dan team , tak lupa buat Ben Ashaari yang sedaya upaya membuat projek Photoshoot Raya Kbba untuk 2017 berjalan lancar , walaupun padang agak lecak sebab hujan di pagi hari tu tapi segala agenda berjalan lancar hingga ke akhirnya .. semoga Wan Izhar terus berjaya dalam apa yang beliau ceburi .. maaf jika ada kekurangan dari pihak kami semua .. yang pasti terim kasih tak terhingga ! 

meriah ke photoshoot kali ni ? eh mesti lah meriah ! tunggu next entry tau korang .. kalau nak tahu makeover aku , dan sponsor yang terlibat dalam projek kali ni .. tunggu ~~~~ 

MORE INFO 


ODS Studio
Alamat : E-2-2A-Block E , Jalan PJU 1A/20G , Dataran Ara Damansara , Ara Damansara . 47301 Petaling Jaya.
Email : the.oneizhar@gmail.com
Contact : 03-78317660

7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. wow..syoknya photoshoot..di shoot pulak oleh fotoghraper terkenal...mesti cantik gambar tu nanti...sharelah nanti..nak tengok jugak

    BalasPadam
  2. Tak sabar nak tinggu gambar kita..mesti cantik

    BalasPadam
  3. Memang terbaik Wan Izhar. Tak sabar jugak hasilnya, harap cantik cam Kajol. Heheheee!

    BalasPadam
  4. ramai yang tak sabar tengok hasilnya nanti..pasti kebakeboomm

    BalasPadam
  5. jeles nyaa. semua gambar cantik2 dari wam izhar ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama