• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Hai , hari ni aku nak tanya dan survey sikit , bagi korang bra menyusu / nursing bra penting ke tidak buat ibu-ibu semua ? atau pun ''alaahhh pakai bra biasa pun dah memadai , nursing bra dah la mahal '' atau ''sangat penting , sebab ia memudahkan korang bila menyusukan baby'' .. 

Secara jujurnya bagi aku yang masih baru dalam dunia 'ibu' ni , awal-awal persiapan menyambut kelahiran baby lagi aku dah melakukan kesilapan .. yesss ! aku silap besar bila aku terlampau excited mencari kelengkapan baby , tapi aku lupa yang aku juga perlu pentingkan kelengkapan di waktu pantang dan selepas bersalin .. ini pentingnya ilmu dan jangan malu nak tanya orang-orang yang berpengalaman ! 


A lil throwback of my prince , Rayyan .. budak yang sangat kuat menyusu !

Bila Rayyan lahir dan bermula nya episod menyusu dalam kehidupan aku , baru lah aku tersedar yang nursing bra sangat-sangat penting , nasib baik jugak lah tersedar , kalau tak sedar2 guane gamok haha so bila nak menyusukan Rayyan pakai bra biasa sangat-sangat leceh dan merimaskan , lebih-lebih lagi pengalaman menyusu kan Rayyan sangat perit bila puting melecet ! lepas tu pakai pulak bra yang tak berkualiti lagi lah menyakitkan .. 
Buffet Ramadhan PICC 2017 | Assalamualaikum semua , jaga-jaga perut , haha kali ni nak cerita tentang buffet ramadhan di PICC , kalau nak di  ikutkan dah tak lama ye kita menghampiri bulan ramadhan bulan yang sangat mulia , 11 hari lagi .. semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya .. so sempena ramadhan ni nak share sikit tentang buffet ramadhan lah of course kan , kali ni qaseh di PICC Putrajaya.

Konsep International Iftar 

Apa yang best kali ni ? sama ke macam sebelum-sebelum ni yang qaseh share .. haa kalau sama tak best lah kan , so kali ni PICC membuat kelainan dengan konsep INTERNATIONAL IFTAR , haaa gituh , konsep pun dah menarik uols belum tengok makanan-makanan lagi 

Antara menu baru yang menarik minat qaseh adalah Nasi Briyani Buloh , sebelum ni pernah jugak try nasi buluh , tapi kali ni try Nasi Briyani buluh pulak .. bila masak dalam buluh ni , masakan ni lebih sedap dan beraroma .. selain tu menu baru di sini Kaki Lembu Panggang dan juga Ikan Bakar Istimewa.. pasai apa istimewa sangat ? ikan di dibakar dan di salut dengan garam bukit.


 Bila fikir-fikir balik , rasa macam dah lama aku tak shopping di mall sejak ada pelbagai kedai dalam talian ni , melainkan barang dapur , takkan sawi seringgit pun nak beli online , over naww hang haha .. tapi di ingatkan bila korang nak membeli sesuatu tu haruslah dari web yang boleh di percayai dan yang paling penting MURAHHHHH !! 

Terkejut jugak aku bila buka web ni , barangan yang ada memang murah gila (terus rasa wow murah giler , adakah aku bermimpi haha ) tapi seriously memang murah barang-barang kat Shopee ni , kalau korang jenis pandai survey ada yang shipping fee lagi haa .. tak percaya ? bukak web www.shopee.com.my sekarang .. haaa dah percaya sila berterima kasih pada iols k ..






Pengalaman Shopping di Shopee




Assalamualaikum

Makeup Artist (MUA) Mida dari Terengganu | MUA Qaseh Untuk Photoshoot Raya KBBA9 | Alhamdulillah setel  photoshoot Raya KBBA9 untuk tahun 2017 dengan meriahnya dengan kerjasama Photoghrapher Terkenal Wan Izhar Abu Bakar .. so kali ni qaseh nak memperkenalkan MUA yang bertungkus lumus mencantikkan qaseh di hari kejadian .. fuhh dah lama tak di make over gini tau .. 

Mua Mida ni berasal dari Terengganu , kalau korang tercari-cari MUA / mak andam area Terengganu boleh lah contact beliau , kalau korang di luar Terengganu pun boleh haaa tu kena tanya dia sendiri lah , dan wajah dia mirip Wawa Zainal uolsss ! Cantik dari kecik dia nih .. hehe meh tengok makeover qaseh dari Mua Mida.

Walaupun makeup dalam keadaan rushing sebenarnya tapi alhamdulillah hasilnya terbaik , sebab mua Mida kena mekapkan untuk Kaksueizza terlebih dahulu barulah mekapkan qaseh .. Bukan sekejap tau nak mekapkan orang ni haa , sebab tu Mua sangat mementingkan waktu dan persediaan yang awal barulah hasil yang di berikan lebih cantik ..

tadaaa meh tengok
-
-
-
-
-
SEBELUM DAN SELEPAS 
Assalamualaikum

Rayyan dah masuk setahun 3 bulan dah dia , sekarang pun dah macam-macam perangai yang Umi tengok , yang paling latest cepat sungguh merajuk , bagi adik karang haaa ! haha tapi alhamdulillah perkembangan positif setakat ni seiring dengan usia .. cuma tu lah part merajuk tu kalau dia tak dapat apa yang dia nak , dia akan lari jauh dari Umi lepas tu hempaskan badan kat tilam , nangis .. kalau lantai ? memang bertelur la dahi tu ..

So far , yang nampak dalam diri Rayyan ni , haa gitu (mak-mak sangat) dia jenis suka berkawan , kalau baby dia tak layan sangat , tapi kalau ke arah budak-budak besar dan sebaya dengan dia , ya ampun suka sangat bila kena dengan mood dia lah .. cumanya cara dia berkawan tu masih boleh pandai nak kawal , sebab dia suka tolak orang .. nampak je kecik oikk tapi ngan Umi kalah dia punya kekuatan tu .. 

Dan kadang-kadang mmg tamo bawak dia turun event sebab dia sekarang tengah aktif , nak lari-lari explore sana sini , thats why lah sekarang jarang turun event , so kita buat job tanpa kene keluar la dulu yeee .. kalau suami ada takpe dia boleh jagakan ahaks .. so hari tu bawak Rayyan teman Umi food review kemain suka kawan dengan Fariza .. Umi pun tak dapat kawal dah .. nasiblah dedi :p






Haha sempat lagi bergosip .. gosip berita menggembirakan masa ni😍


Assalamualaikum 

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 29 Mei-23 Jun 2017 | Bila ada jemputan buffet ramadhan maknanya Ramadhan bakal datang dan macam tahun sebelumnya aku tak pernah miss untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort sebab makanan kat sini tak pernah mengecewakan .. yang pasti tahun ni ada kelainan sikit berbanding tahun lepas bila mana kali ni ada pesta durian ! walaweh suka la tu peminat-peminat durian kan .. 

Apa yang bestnya kat sini , korang boleh menikmati juadah istimewa sehingga 200 jenis yang bercirikan makanan melayu , barat dan timur .. agak-agak berapa harga buffet ramadhan kat sini ? terkejut tengok harga sebab murah sangat .. nak tahu ? kena la baca sampai habis yeee .. lagi pun banyak makanan best yang aku nak kongsikan kat korang semua 

Tarikan Utama Nasi Lemak Istimewa 

Kali ni BGR menampilkan Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama di sini , apa yang istimewanya ? korang boleh makan bersama Rendang daging Taik Minyak , Sambal Sotong Kembang , Ayam Bercili Masak Ketumbar , Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato .. Fuhhh maveles  !
Assalamualaikum 

Jom Nikmati Keindahan Pulau Perhentian dengan Pakej Murah | Antara tempat impian aku adalah Pulau Perhentian , walaupun rumah dan jeti Kuala Besut tu dalam 15 minit je tapi belum berkesempatan lagi nak pergi .. ikutkan nak honeymoon kat sini selepas kawen tapi bila dah semua selesai , dan selalu tak sihat , mengandung pulak haha so terpaksa la tangguh dan tangguh , sekarang kena tunggu anak besar sikit baru syok selam dia dalam laut ..

Bagi korang yang mendambakan percutian yang tak kan di lupakan , Pulau Perhentian yang bertempat di Terengganu ni memang pilihan yang sangat tepat , aku tengok gambar pun wahhh rasa macam kat oversea gitu .. cantik gila ! Tak rugi kalau bercuti di Pulau Perhentian  


Assalamualaikum 

Ahoy Cafe Subang Jaya | Signature of the best dessert ..Ahoy korang ! Jom jalan-jalan cari makan bersama qasehdalia.com  acewah , kali ni aku nak bagitahu satu cafe yang bertempat di Subang , iaitu Ahoy Cafe dan kepada  peminat dessert / pencuci mulut wajib terjah kat sini ! nak tau kenapa korang kena datang di Ahoy Cafe ni ? sebab dessert kat sini superb best dan sedap sangat tau .. tak percaya ? kena percaya jugak ! sebab makanan kat sini langsung tak mengecewakan .. bila makan rasa macam nak je simpan dalam perut selamanya tau .. nampak tak betapa sedap nya makanan kat sini ..

Sebelum tu jom kita tengok dekorasi cafe ni , aku suka dekorasi Ahoy Cafe ni , berkonsepkan kapal .. tengok dari luar pun dah nampak konsepnya kat sini .. bila korang cari tempat makan mesti lah nak tempat yang menarik kan , sebab aku memang sukakan keadaaan yang tenang dan tidak serabut .. 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates