Assalamualaikum korang !
Fuhh entry ini penuh dengan makanan , so sila jamu mata anda semua k . hehe nak tahu tak .. erm tak nak tahu pun nak jugak bagitahu ! Sebenarnya lama gila dah aku ni nak pergi Thai Food Festival , atau apa-apa festival yang berkaitan dengan makanan Thai , sebab aku ni asal usul nya dari Thailand (tipu je haha) .. hari tu ada satu dekat Shah Alam tapi feedback macam tak berapa ok so tak pergi ..
Sekarang ada Original Thai Food Festival di Putrajaya di Park and Ride Presint 14! ni semua penangan duta Thai Food Fest , Kak Pija haha .. so ajak jugak husband pergi Putrajaya .. nak jugak pergi ! i dont care walaupun jauh jugak la dari Bukit Beruntung ni haa , tapi nak jugak makan makanan Thai .. so aku pergi hari weekend memang sesak gila la , nak membeli pun kena beratur panjang dan berasak-asak .. nasib baik dah kahwin kalau tak mesti bertemu jodoh kat situ (galok tino ni haha)
Kalau cerita pasal makanan Thai ni , korang wajib try dua benda ni lah .. yang kebiasaanya sangat famous , KERABU MAGGI dan SOMTAM , dua benda ni memang glemer tapi aku try kerabu maggi je hihi kak pija beli somtam .. apa itu kerabu maggi ? tak tau nak habaq lagu mana tapi sedappppppp ! dan ia sangat pedas + masam-masam sikit .. kalau tak tahan pedas harap bertabah ok .. tapi rasa dia memang YUMMEH
| Tq sayang-sayang semua sudi menemani mek tino thai celup ni , khap kung khap ! |








