• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Assalamualaikum , holla semua .. jangan keliru ok , kalau cerita pasal Rayyan tetiba automatik bahasakan diri sebagai Umi hehe .. so kali ni Umi nak cerita kisah Rayyan shooting , haaa gitu retis kau , mok mung ni dulu takde nye nak shooting-shooting bagai masa umur cenggini haha .. macamana Rayyan boleh terjebak dengan video shooting ni ? Sebenarnya Umi ada ternampak someone post di group facebook yang mana tengah mencari baby untuk video shooting satu produk baby dari Singapore ni .. so Umi just cuba nasib terus pm orang tu .. bagi details semua .. then berserah je tapi takdela berharap sangat .. lagipun ramai jugak yang isi ~ 

Lepas tu sehari selepas , orang tu whatsapp Umi katanya Rayyan terpilih dalam pemilihan wah gitu , terkejut jugakla Rayyan boleh terpilih , tapi alhamdulillah dapat la buat tabung Rayyan kat situ .. hehehe ~ lokasi shooting tu di taman permainan kat KLCC untuk outdoor , indoor pulak di Mercu Summer Suits .. dan tema nya putih or warna - warna pastel macam tu la sebab nak fokus produk diorang , huh gigihla Umi cari baju Rayyan sehari sebelum sebab budak ni mana boleh pakai putih , melasak nanti cepat naw kotor .. 

Pada awalnya pukul 9 pagi sampai di playground tapi ubah masa 7.30 pagi .. adoha ! bapak awalnya haha tapi Umi gigih la turun awal sebab taknak sangkut jem .. huh awal-awal pun jadi lewat jugak .. tapi ok la takdela panas sangat kat playground tu .. so yang terpilih hanya 4 orang , dari blogger hanya dua orang , Rayyan dan Ean (www.queachmad.com) ,2 orang lagi Jasmeen , dan Ahsan .. dua2 Umi tak kenal , dan Ahsan tu anak orang Arab.. yaAmpun semua muka kacuk sangat .. Rayyan je muka tak berapa nak kacuk tapi ada la gaya omputeh sikit haha perasan mok mung.

Biasanya Rayyan bangun dalam pukul 7 camtu tapi akan tido balik , so masa ni waktu tido dia terganggu sebab tu masyam amat , muncung itik haha ..tengah tune mood 

Sebelum hari kejadian Umi agak cuak jugak la , sebab first time Rayyan join shooting-shooting ni , boleh tak Rayyan ikut cakap Umi .. kikiki tapi alhamdulillah ok je dia , lagipun baby kan apa yang dia tahu .. heheh , dan masa di playground takdela bervideo just amek gambar je .. sebab Rayyan dan ngantok sangat so klien suruh tidokan Rayyan dan tunggu kat hotel je .. sebab kat Playground sekejap je ... yeahhh baik sangat Klien dari Singapore ni 

Produk baby yang nak di komersial kan ni haaa atas kepala Rayyan ni , nanti Umi cerita pasal produk ni di next entry okeyh ! Mood dah ok sikit lepas hayun2 dalam buai huh

khusyuk main sampai terlupa ada something atas kepala .. haha syukurr 


Satu benda lagi yang buatkan Umi risau , risau Rayyan rimas pakai benda alah ni , LittleHood namanya.. sebab dah lama Umi tak pakai kan dia topi , so baru-baru ni bila pakaikan topi terus je dia buang .. ayokkk , sabar je la .. haa mula-mula memang dia buang jugak littlehood ni tapi umpan dia dengan mainan , lepas tu tengok ramai kawan so dia macam terlupa jap ada benda atas kepala .. heheh Rayyan ooo Rayyan .. kadang-kadang kelakar sgt dengan ragam dia .. love u so much !


Mula-mula khusyuk la main kan , semua pun macam behave je .. kat belakamg Rayyan tu la Ahsan , satu tahun , dan baru boleh jalan , hihi comel sangat .. ayah nya Arab , mak dia Philiphino .. comel amat dan suka gelak .. hikhik

waktu-waktu behave anak-anak semua .. Rayyan khusyuk dengan mainan haa , orang lain mengadap sana dia pulak mengadap sini , interfrem sgt haha

dan kaki pulak mengadap sini , badan nak main mainan .. adohaa ..

dan akhirnya detik-detik rimas telah tiba .. terus buang dah little hood atas kepala dia tu haha , jeng-jeng jeng , tapi lepas tu pujuk2 balik .. main2 toys dengan dia .. terus ok balik 

this time dia dah kebosanan , tak mencabar langsung toys tu katanya , apa kata menuju ke tv , terus berdiri kat kabinet tv kat situ .. Umi dia terus bersilat haha sebab ada wayar internet then letak balik , fuh berulang kali jugak la angkat letak angkat letak .. hukhuk sabo je la mokmung oikkk

Dah penat dengan Umi asyik angkat n letak , terus pergi kat pintu pulak 

ni mula-mula tengok lepas tu kacau amek toys abg ean .. pastu sumbat dalam mulut -__-
haha tapi so far video shoot ni relax2 je dan sekejap je .. so baby takdela tantrum sangat or rimas dengan arahan .. santai-santai je .. sebab budak mana pandai nak fake mcm org dewasa uolssss ~ 

yang ni kelakar sangat bila ayah Ahsan ni dukung Rayyan , pastu tetiba Ahsan yang kat bawah ni nak nangis , rupanya jealous sangat .. haha so nah dua2 kena dukung , tapi Rayyan lak nak nangis kikiki Rayyan dah sama besar dengan abg Ahsan dah haaa .. 

lastly ~ muka dah ngantok sangat , mula dah nak nangis .. video shoot dalam bilik jap , Umi tak amek gambar pun , Umi pulak yang penat .. 

Lepas siap je semua babak ~ terus mentido budak ni , macam tahu-tahu je sesi dia dah berakhir .. huh penat sangat la tu kononnya kan .. haha so ni pengalaman pertama buat Rayyan .. gud boy anak Umi , andai ada rezeki mungkin second or third jon plak ahaha gitu .. nanti Umi cerita pasal produk littlehood ni ok .. amat bagus untuk safety baby yang makin melasak .. adioss ~~ 
Assalamualaikum ..

Hai guys . seperti yang di janjikan haritu qaseh ada beritahu bahawa qaseh akan review Gt Mobile yang baru-baru ni di lancarkan di Malaysia , iaitu telefon pintar yang di datangkan khas dari Singapore , jadi telefon pintar Gt Mobile ni sangat baru dan hangat di pasaran .. kalau di Singapore harganya 400 dolar sg , tapi di Malaysia belum di keluarkan lagi , jangan lupa layari web  gtmobile.sg , so model yang qaseh nak review ni ialah model GT888 , unboxing time ! 


Dalam box ni haruslah ada bateri  2550maH , free screen protector , silicon casing , charger + cable USB , earfon dan manual book Gt 888
Btw qaseh dah lama tak pakai fon screen besar , bila dah guna balik GT888 dengan screen yang besar rasa macam kerdil je pakai fon screen kecik , haha so qaseh dapat GT888 berwarna metal grey , lawa kan warna dia .. GT888 ni di datangkan dengan dua warna , satu warna lagi silk white ~ jom lihat spesifikasi telefon pintar GT888 ni , macam best je kelebihan yang ada .. haa 

Spesifikasi Gt  Mobile - GT888

  • 64 Bit Quad Core 1.0 GHz 
  • Metal Frame
  • Camera depan with flash (5 M.P) , camera belakang 8 M.P (dengan tetapan hingga 13 M.P )
  • 2GB Ram + 16GB Rom ( expandable up to 64 GB)
  • Skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels)
  •  Skrin  dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tahan lasak)
  • Quick charge
  • Android 5.1 - Lolipop
  • Dual sim 

Metal Fame , lawa kan haa dah tercop kat situ designed by Singapore .. kamera belakang 8mp , yang menariknya dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan mampu mengambil video pada resolusi 4K
Bateri yang tahan lama , setakat ni dalam sehari hanya charge sekali je .. kalau korang tak on data dalam dua hari pun still ada bateri 

Gt 888 ni best bila di datangkan dengan fungsi Dual Sim , qaseh tahu blogger or sesape mesti ada simkad personal dan juga kerja .. kadang takmo campur adukkan , so ni salah satu kelebihan best bagi korang , 2 simkad dalam satu fon , dan simkad yang di gunakan untuk sim1 , standard simcard xperlu potong , sim2 untuk Micro Sim .. kat tepi sim 1 tu untuk memory card ..
nampak huruf G ingat Gt Mobile ! hehe ,, Gt 888 ni memang quick charge , paling cepat 20 minit macamtu .. sekejap je dah penuh so kadang yang tak ingat nak charge fon ataupun jenis pemalas nak charge fon macam qaseh ni haaa berita baik sangat ! tak perlu tunggu lama-lama bateri penuh .

android 5.1 , bila update wireless tu semua sistem makin laju dan smooth ! mula-mula je slow so jangan lupa update yang latest ok , dan tak ambil masa yang lama pun 

Ingat Mark Adam je mampu selfie kingkong dengan GT MOBILE ? eh qaseh pun boleh ok ! nampak tak satu muka penuh screen , bila selfie terus flawless sebab camera ni ada fungsi Beauty Face gitu , tak perlu aplikasi 360 dah haha , dan boleh lah selfie dalam gelap lepas ni sebab ada flash camera depan .. gituh ! 

Spesifikasi lain 


  • HotKnot– Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.
  • Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.
  • Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.
  • Off-Screen Gesture (Fungsi ketika skrin terpadam)
Dah beberapa minggu qaseh guna Gt Mobile ni , so far sangat berpuas hati , setakat ni masih takde problem yang menyakitkan hati hehe dan yang paling best dapat update blog guna fon je lepas ni , screen pun dah besar gedabak ko , boleh edit tanpa ada masalah dan masukkan gambar dengan senang .. yeahh tq Gt Mobile menyenangkan kerja blogger macam iols ni haaa .. lepastu Rayyan lagi la suka tengok didi and friends dengan Gt Mobile ni , gambar cantik dan clear .. sound pun ok ! 

Korang kalau nak survey or apa-apa details lagi yang nak cari korang pergi je laman web yang qaseh berikan kat bawah ni ok !!!

INFO LANJUT 
http://www.gtmobile.sg/

Assalamualaikum 

Happy Chinese New Year buat semua yang merayakan , semoga tahun baru kalian lebih Ong hihi Gong Xi Fa Cai semua ~ yang bestnya dapat makan limau banyak-banyak , paling favourite bila tiba nya Chinese New Year , oh yeee sempena CNY  , qaseh ada menonton satu video ni dari TNB , (Tenaga Nasional Berhad ) korang dah tengok belum ? kalau belum boleh tengok webfilm pendek yang qaseh share kat bawah ni .. sempena Chinese New Year , TNB telah membuat satu filem pendek .. terbaik sangat video ni sebab banyak meseg tersirat yang ingin di sampaikan .. tengok dulu tau ! 

Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2017


Apa reaksi pertama korang bila tengok video ni ? kalau mata kasar first tengok video ni agak kelakar jugak dengan mak mentua yang garang macam singa , ipar duai yang semua hebat tapi seorang macam qaseh je haha tak reti nak masak opsss , tapi sebenarnya banyak mesej yang di sampaikan melalui satu video pendek ni , agak-agak apa ? btw orang kata kalau nak memikat suami ikatlah perut dia , nampak tak dengan masakan boleh menambahkan kasih sayang ..

Bila tiba CNY memang sinonim dengan ''makan besar'' kan , so Tahun Baru Cina adalah masa yang sangat sesuai untuk menyatupadukan keluarga , mengeratkan silaturahim , dan mengenepikan segala perbezaan , darjat or pangkat dan merapatkan balik ikatan .. tak kisahlah kau doktor ke , kau surirumah ke , semua benda tu letak tepi ~ 

Dalam video ni , masing-masing tunjuk power memasak untuk memenangi hati mak mentua , kalau yang jenis power memang mudah la nak pikat hati kan ? tapi sebenarnya bukan apa yang terhidang di atas meja yang dapat menggembirakan ahli keluarga , tapi ahli keluarga yang hadir tu sebenarnya lagi menggembirakan dan memeriahkan suasana , kalau hidangan sedap tapi tiada ahli yang datang ~ gembirakah ? tak kan .. mungkin suram je , telan makanan pun ibarat tiada rasa ... 

Kadang-kadang pertelingkahan or pergaduhan terjadi sebab sikap masing-masing , lebih-lebih lagi dalam keluarga yang ramai , ada yang pentingkan diri , ego , tunjuk bagus dan banyak lagi sikap negatif yang buatkan sebuah keluarga tu hilang seri .. so sepatutnya bila tiba perayaan besar segala perbezaan  diraikan dan bukan di ketepikan seperti hidangan  Tahun baru yang pelbagai jenis rasa dan rupa  , begitu jugalah dengan ahli keluarga kita 

Seperti pepatah , ''Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh'' , kebahagiaan itu akan tercipta apabila kita bersatu hati dan mesra antara satu sama lain , semoga video pendek dari TNB ni akan buka mata kita semua , dan rapatkan kembali jurang yang pernah kita bina .. kerana bahagia itu yang kita cari :) 

Table Of Harmony

Mungkin ada yang pernah bersengketa tersedih pulak layan video tu kan , jom main satu game dari TNB ni , gamenya senang sangat ! iaitu Table of Harmony , game apa ? eh mana boleh bagitau tapi ia akan menunjukkan itu lah cara korang dalam family .. so kat bawah ni step mudah korang boleh ikut 

  • Log in https://betterbrighter.my/tableofharmony
  • Step 2 : Klik dekat UNVEIL MY MYSTERY DISHES 
    Step 3 : Jawab soalan mudah ni .. tekan jawapan korang , so qaseh pilih A , wuhuuu


    Step 4 : Unveil Your Dish 

    Tadaaa keluar result dia , so aku ni dalam ketegori Calm and wise , you give amazing advise to anyone who'll open up and share their troubles with you ! 
    eececece .. korang pulak dalam kategori apa agaknya .. so jangan lupa try ! 

    So korang jangan lupa ok tengok video pendek khas dari TNB ni dan jangan lupa main game Table of Harmony dan unveil your dish ! dan yang paling penting jangan lupa share or post as a gif , ajak kawan-kawan main game ni sekali orait ! 


    Website: http://www.tnb.com.my
    Facebook: www.facebook.com/TNBCareline
    Instagram: www.instagram.com/tenaga_nasional
Assalamualaikum


Holla uols semua , baru-baru ni Gt Dollar memang hangat di perkatakan di media sosial , facebook , blog mahupun instagram .. mula-mula qaseh baca pasal Gt Dollar ni sangat memeningkan jugak sebab tak tahu apa fungsinya kan .. ni nak cerita kat kalian semua apa sebenarnya Gt Dollar dan telah di lancarkan buat pertama kalinya di Malaysia yang bertempat di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara KL pada 16 Jan 2017 yang dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin , Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia 

Kerjasama ini antara Kerajaan Malaysia dan Dolar GT membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih Dolar GT, yang merupakan "one stop platform mudah alih e-dagang" yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu untuk pengguna dan saudagar dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

The Gt Group Team di Majlis Pelancaran Gt Dollar

Apa itu GT Dollar ?

Gt Dollar menawarkan penyelesaian yang sangat bagus untuk gaya hidup korang yang sibuk dan kos sara hidup yang tinggi dengan sistem bersepadu E-wallet , (maksudnya tidak menggunakan tunai ) dan boleh mendapat tawaran yang sangat hebat untuk pengguna . Ia membolehkan PKS mengembangkan perniagaan dan mendapatkan pengguna baru .. selain tu , dapat membantu pengguna menerokan dan mendapat manfaat daripada tawaran ,diskaun dan promosi di peringkat global.

Gt Dollar membantu PKS dan pengguna menjimatkan masa dan wang mereka sebab ianya tanpa yuran pendaftaran , tanpa yuran keahlian dan juga tanpa iklan , so jika korang download aplikasi Gt Dollar di handfone korang , korang akan dapat RM300 secara percuma , so jangan lupa downloada aplikasi GT Dollar sekarang ok ! Selain tu ianya komunikasi yang mudah antara peniaga dan pengguna melalui GPS dan sistem tempahan yang sangat mesra 


Selain dari Gt Dollar , ada beberapa produk lain yang telah di lancarkan oleh Gt Group , dan kesemua produk ni sangat mengujakan qaseh , sebab fungsinya sangat menarik dan awesome , nak tahu apa dia ? haa baca kat bawah ni ok .. yang pasti qaseh dah dapat Gt Mobile tu so tunggu next entry untuk qaseh review Gt Mobile ok ! 


  • Gt WonderBoy 

Smart kan robot ni , nama nya Wonderboy .. btw fungsi dia memang buatkan diri terus rasa ''wow'' harus ada robot ni sebijik .. dah lah comel cute siap boleh menari lagi uols .. tak percaya ? percayalah ~  dengan fungsi seperti manusia, ditambah pula dengan kecerdasan emosi dan kebijaksanaan. Ia adalah teman SMART ANDA untuk hidup...
INTELLIGENT BUTLER (UNIVERSAL SMART CONTROL)
PERSONAL ASSIST
SMART TWO-WAY CONVERSATION
PERSONAL PHOTOGRAPHER
INTERACTIVE EDUCATOR
SING & DANCE
SMART CUSTOMER SERVICE
MULTI-LINGUALISM

  • GT Watch

  • Gt Smartphone

So menarik gila kan produk-produk Gt Dollar ni .. jangan lupa tau korang download aplikasi Gt Dollar sekarang di smartphone masing-masing , banyak diskaun , tawaran hebat buat korang .. kalau tak download sekarang sangatla rugi , nanti terlepas RM300 dan terlepas lah jugak diskaun-diskaun hebat ! untuk info lanjut korang boleh follow link yang qaseh bagi kat bawah ni tau , nak tau latest update cepat follow instagram Gt Group okeyh ! 

More Info :
www.gtdollar.com
 www.gtmobile.sg  
www.gtrobots.com 

insta : @gtgroupmalaysia


Assalamualaikum .. 

Happy belated birthday my husband , Hencik K dan Rayyan .. untunglah kan dua-dua bulan January , sobs kena dapatkan adik Rayyan bulan Jun lah macam ni baru boleh geng Umi haha , ameen .. alhamdulillah dah setahun anak Umi , pejam celik pejam celik sekejap sangat masa berlalu , Umi rasa mcm sekejap je awak jadi baby Rayyan .. now setahun dah hurm tetiba rasa sedih , cepat sangat anak Umi membesar depan mata Umi .. tapi alhamdulillah di beri kan kesihatan yang baik , itu yang Umi selalu doakan ~ dan hencik K pun dah masuk 3 series dah hikhikhik selamat hari tua ! 
Bukan senang nak handle Rayyan ni , nak amek gambar dia huhu jenuh sebab sekarang dia macam dah tahu orang nak ambil gambar dia , so dia bujet retis taknak pandang camera haha , ni je la reaksi paling cun yang Umi dapat snap haa 
Hencik K takmo kek pun sebenarya , tapi nak jugak beli hihi so beli kek pelangi je la .. Rayyan tak boleh makan ! so Umi & Dedi je la makan 
Maaf Umi terlewat karang birthday dua hero Umi ni , so Umi harap kedua kesayangan hati ni sentiasa di rahmati dan di lindungi Allah dunia akhirat , di panjangkan umur , diperluaskan rezeki , di berika kesihatan yang baik .. Umi harap kedua kesayangan ni bahagia sangat di samping Umi  walaupun iols banyak sangat kekurangan , thanx always ada di sisi .. thanx for everything .. maaf Umi dapat belanja kek dan makan nandos je , kita sambut sederhana je dulu sayang2 hehe harap gembira dengan sekecil hadiah ni , yang pasti i really-really love both of you .. ! 

Memiliki seseorang yang menciptkan atmosfera gembira bila dan di mana adalah saat yang sangat membahagiakan , dan lebih membahagiakan bila aku adalah penyebab tawamu :)
Kalu dulu sebelum ada anak , duk sengsorang je kat umah , tahap boring tu selalu je Umi merungut , hari-hari wasap Hencik K time dia kerja , cakap Umi bosan , hurmm tak tau nak buat apa , selalu bermonolog sengsorang haha aduh nasib waras lagi , lepastuu hadirlah anugerah terindah ni , Rayyan ~ dalam sehari tak sempat nak rasa bosan dah dengan dia , makin nak membesar ni haaa macam-macam perangai comel dia tunjuk ! stress ? haha kadang-kadang stress amat tambah2 bila nak masak .. memang berperang jugakla dengan cikenit ni ! haha tapi Umi happy sangat dengan kehadiran awak ~ Rayyan . happy sangat-sangat !

Perkembangan dia umur setahun ni , alhamdulillah sebelum masuk setahun Rayyan dah boleh berjalan , hurmm makin berat tau ! hari tu check timbangan dah 10kg .. setiap kali sebelum timbang berat , Umi dan dedi main teka dulu berat Rayyan haha kali ni Umi betul yuhuuu .. dah boleh jalan kan , tiap kali dedi nak pergi kerja pasti ada yang mengikut kat belakang haha nasibla dedi , tapi Umi la yg kena pujuk lepastu , Rayyan ni jenis mudah terhibur , so Umi kena buat aksi badut2 sikit ,terhiburlah dia haha ..

kena pegang Rayyan ni , kalau tak habis satu kek tu dia penyek , haha tu pun dah terkena jari dia sikit .. sabar je lah haaa .. last-last kena masuk kan dalam baby chair jugak .. tu lah Umi bagi kebebasan taknak gunakan :p 

try flavour baru kekdahnya , Lemon and Herbs apa ntah , makan sampai kenyang , tu pun bawak bungkus sebab perut tak mampu membendung isi perut hihi
Umi bagi potato wedges satu kat dia , tengokla reaksi mengada .. sedap sangat ke tak sedap tak tahu lah haha tapi makan je , pantang orang bagi makan .. takpela janji membesar dengan jayanya !


Hati berbicara :

You are the books you read, the films you watch, the music you listen to, the people you meet, the dreams you have, and the conversations you engage in. You are what you take from these. You are the sound of the ocean, breath of the fresh air, the brightest light and the darkest corner. You are a collective of every experience you have had in your life. You are every single second of every day. So drown yourself in a sea of knowledge and existence. Let the words run through your veins and the colors fill your mind until there is nothing left to do but explode, There are no wrong answer. Inspiration is everything. Sit back, relax, and take it all in.Happy Birthday .. Love both of you so much , just remember that :)
Annyoung hashimnikkan ! Holla semua , haa hari ni excited sangat nak share kat korang yang sememangnya ALTHEA LOVER kerana apa ? kerana Althea Beauty Box telah di lancarkan .. wohoooo apakah Althea Beauty Box ni ? 

What's Althea Beauty Boxes? 
They're curated specially by the Althea Korean Team back in Seoul. Each month, Althea will release 3 beauty boxes for fans to try. They're limited edition and limited in stock, which makes them a "SOLD OUT" Item on Althea. The prices are a steal as all items found in the beauty boxes are FULL SIZE items. 

Unlike the conventional beauty boxes where you have to subscribe (and pay). Althea Boxes comes with no subscription fees and no surprises (heart attacks). Buy if you like what you see! Wait for the delivery 10 - 15 working days and unbox it!

By the way , bagi yang masih belum tahu , Althea dah ada aplikasi mobile ! so korang boleh download sekarang di appstore/playstore di henfon masing-masing dengan kadar segera sebab ni akan lagi memudahkan aktiviti shopping kalian dengan kadar segera .. kerana apa ? korang tahu tak Althea Beauty Box ni laku keras weh sekejap je dah sold out .. so jangan cakap hakak tak warning awal-awal !

Jeng jeng jeng , minggu lepas qaseh dah dapat my Trendy Box - Pore Box Care yang di terbangkan khas dari Korea .. waaa lupa nak suruh terbangkan sekali Lee Ming Hoo .. upss ! hehe so nah hari ni qaseh nak Unboxing dan tunjukkan kat korang apa yang ada dalam Pore Care Box ni ~ yang pasti sangat berbaloi gila , korang akan dapat 9 produk + 1 free gift dalam kotak pink yang cute ni haa , jom qaseh tunjuk satu persatu yawww ~

Trendy Box - Pore Care Box

See~ bila korang beli Althea Beauty Box ni , Althea Box  mahupun Trendy Box korang akan dapat produk full size ok bukan sample dan sebagainya haa dont worry okay
Kamsahamnida @altheakorea !! Yeyy alhamdulillah dah smpai gift from korea ~ this is pore care box ! Apa ada dalam kotak pink ni ? Haaa tunggu sat qaseh unboxing. Btw bagi yang tak tahu Althea dah ada app tau korang .. lagi mudah nak shopping everything dari korea .. so apa lagi bukak appstore / playstore now then download laju-laju ! Mls nak cakap banyak , pegi download skrg 😍😍😍 #qasehdaliadotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #vsco #vscocam #art #travel #quote #igersmy #igersganu #instafemes #blogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger #review #giftreview #korea #makeup #skincare #porecarebox #love #altheakorea #althea
A photo posted by Qasehdaliadotcom (@qasehdalia) on Jan 9, 2017 at 1:53am PST



Tadaaa ni lah dia kesemua full size product yang ada dalam Pore Care Box 

Nella - Black and Black Cleansing Foam + Pore Brush
Innisfree - Jeju Sparkling Mineral Powder
Innisfree - Jeju Volcanic Pore Clay Mask
Skinfood - Egg White Peel Off Nose Pack
Secret Key - Lemon Sparkling Peeling Pad 
Rire - Pore Tightening Fresh Toner
Chica Y Chico - Oil Clear Essence 
Mamonde - Rose Water Multi Soothing Gel
My Beauty - Rice Sheet Mask


For every purchase , korang akan dapat freegift mask .. dan qaseh dapat Green Tea Innisfree Mask .. tq ! 
so now qaseh nak huraikan sikitlah kegunaan produk-produk yang best gila ni ! jom jom skrol ke bawah lagi ~ 


  • Black and Black Cleansing Foam by Nella 

Cleansing foam ni di datangkan dengan satu set tau , so korang akan dapat free brush yang sangat la lembut ! waaa suka sangat dengan cleansing foam by Nella ni , memang buat kulit muka lebih bersih .. sangat berbeza bila guna brush dan tak .. sebab bila guna brush ni lagi teliti pembersihan muka korang tu haaa gitu, so apa kebaikan black and black cleansing foam ni ~
  • Dapat membersihkan liang pori muka korang yang mana bahan yang ada adalah serbuk arang yang mana dapat menyerap secara semulajadi
  • Dapat mengeluarkan segala sisa-sisa makeup dengan microfoam 

  • Jeju Sparkling Mineral Powder

  • Jeju Pore Clay Mask by Innisfree 
Yang ni pulak produk 3-in-1: Menghilangkan Sebum + Mencerahkan kulit + Merawat noda + Menenangkan dan melembabkan kulit .. ini lah dia produk dari tanah liat gunung berapi Jeju , sebab tu bila pakai , macam pakai lumpur je kat muka tapi siriyes sangat best , produk ni tak memberatkan muka and then cepat je kering .. dari segi bau memang takde bau tanah ke lava okay haha wangi jugak baunya .. produk ni free from: mineral oil, animal-originated ingredients, artificial fragrances, imidazolidinyl urea

Banyak sangat kebaikan tanah liat dari gunung berapi ni kalau uols nak tau , so antara kelebihan jeju pore clay mask ni 
1. Amazing absorption of sebum and impurities

The fine, porous structure of Jeju volcanic clay strongly absorbs sebum inside pores.
Remove impurities and give your skin a clear and complete look. 

2. Creates good conditions for skin and makeup
Our clay mask, containing volcanic scoria from Jeju, absorbs sebum and impurities to create clean skin. It delivers minerals deep inside your skin, brightens and clarifies your skin tone, and creates an ideal texture

Selepas mencuci muka dan menggunakan toner, sapu ke seluruh muka .. Elakkan daripada menggunakan produk pada mata dan bibirkawasan anda. Bilas topeng dengan air suam selepas 15 minit. (Gunakan 1-2 kaliseminggu).. dah macam hantu mak jemah hihi

  • Egg White Pack by Skin Food
Mengandungi putih telur yang sangat baik untuk pengelupasan, liang penapisan, dan mengawal minyak berlebihan. Pek peel-off berkesan menghapuskan bintik hitam menjengkelkan pada hidung, dahi, dan dagu. Ia adalah mudah untuk digunakan,
Thoroughly wet desired area (strip will not adhere on dry skin),dry hands and peel strip off plastic liner. Apply to desired area smooth side down, pressing down to ensure good contact with skin. Let dry for 10-15 minutes or until stiff to the touch. Slowly and carefully peel off starting at the edges
  • Lemon Sparkling Peeling Pad by Secret Key
    Asid sitrik daripada lemon membantu pengelupasan semula jadi, dan bukan sahaja membekalkan pemakanan dari Vitamin C yang banyak tetapi juga mencerahkan kulit korang 
Sangat mudah untuk cuci makeup , biasa kena guna tisu basah or makeup removal kan , dengan lemon sparkling peeling pad ni  mudah je membersihkan sisa-sisa kotoran kat muka , haaa nak bawak ke mana-mana pun mudah !

  • Pore Thightening Fresh Toner by Rire

Kalau korang sangat menitik beratkan penjagaan wajah , toner salah satu benda penting tau sebab toner ni mampu segarkan kulit muka korang . so apa kelebihan toner dari Rire ni haa
Toner ni adalah 7 dalam 1 , wah so 7 dalam 1 tu ialah Sebum cotrol / Skin calming / Moisturizing / Nourishing / Pore tightening / Blackhead removal

  • Oil Clear Essence by Chica Y Chico

Yang ni pulak sesuai sangat untuk korang yang selalu bermasalah dengan kulit muka yang berminyak , so dengan oil clear essence ni dapat mengawal sebum yang berlebihan. Ia akan menjaga kulit berminyak segar sepanjang hari , Pore Tannin Complex with quince; green tea, persimmon leaf, chestnut shell, nutgall and black tea  menjadikan liang sihat dan pulih keseimbangan sempurna. Rasa kulit korang selembut sutera .. 

Selepas apply toner , sapu oil ni dekat kawasan muka yang berminyak ataupun seluruh muka pun boleh.
  • Rose Water Soothing Gel by Mamonde

Dalam banyak-banyak produk , rose water ni  wangi gila , semerak bau rose dia bila apply kat muka , lepas tu rasa sejuk-sejuk .. segar sangat !
Yang bestnya bukan boleh guna di wajah je , tapi korang boleh apply di rambut dan badan lebih-lebih lagi pada musim panas , sebab ianya super cooling dan sangat menenangkan 



Rice Sheet Mask

The last one is tadaaa , segar je muka pakai mask ni ! 
So amacam best kan box ni semua , selain dari tu banyak lagi box-box lain yang semestinya akan menarik minat korang haaa , korang boleh klik link bawah ni or search je dalam web althea ok !  http://my.althea.kr/althea-box

  • Althea Hair Box
  • Althea Body Box
  • Althea Cute Box
  • Althea Cute Box
  • Althea All About Eyes Box
  • Althea Super Food Box
More info boleh skodeng link ni ,ok ~~~

https://althea.kr/ 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates