• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , salam jumaat semua .. di hari yang mulia ni  nak share tips untuk jadi seorang yang lebih baik , marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik , InshaAllah .. dan sebenarnya post ni untuk diri sendiri jugak yang banyak lalai dalam hidup .. Kadang-kadang bila kita nak berubah ke arah kebaikan ni ada juga antara segelintir yang kecam dan cop kita bajet baik .. so abaikan , butakan mata , pekakkan telinga ,kunci mulut , kuatkan hati dan jalan terus !


 
Pertama sekali apa-apa yang kita nak buat , tak kira apa pun kita kena ada niat , niat yang betul yang Allah redha bukan sekadar niat di mulut betul tapi di hati niat nak menunjuk sampai boleh jadi riak , takpe kita niat yang betul hanya Allah yang tahu , tapi hati kena kuat , kalau tak jatuh tersungkur tapi yakinkan diri kita mampu , kalau tak mampu buat banyak benda kebaikan , kita mulakan sikit-sikit .. bila dah kumpul sikit2 tu makin lama makin banyak kan .. 
Kedua , apa benda sekalipun yang kita nak , jangan lupa doa sungguh-sungguh kat Allah , kalau kita kata kita nak jadi baik , setiap hari setiap malam , sambil berjalan , sambil buat kerja doa je ''YaAllah aku betul-betul nak jadi baik , baik dari masa lampau , baik dari hari ke hari , lebih baik dari hari semalam ! doa je Allah itu maha mendengar , kadang-kadang ada benda kita nak barang atau apa-apa pun kita doa sungguh-sungguh , mungkin hari ni , kita tak dapat , hari esok pun kita belum dapat , tapi inshaaAllah lama-lama Allah akan nilai dan hargai ''budak ni tak putus doa kat aku , aku nak tengok sampai bila'' dan satu hari doa itu pasti dimakbulkan juga ~
 
 Yang ni sangat penting , andai kita tak tahu apa - apa kita boleh belajar kan , kalau kita dah tahu sesuatu tu kita pulak boleh mengajar orang yang sedang mencari sesuatu ilmu , bab belajar ni semua sekarang ada kat hujung jari je tapi pastikan betul , kalau rasa was-was kita boleh tanya orang yang lebih arif .. dan andai pulak ada seseorang bertanyakan sesuatu dan kita tahu , ajarlah dia sunguh-sungguh , kat situ kita dah beroleh pahala dan kebaikan.

 
Aku kadang-kadang suka sangat bertangguh , yes aku mengaku hurm , kadang-kadang dah niat dah esok nak buat itu ini , nak ubah cara hidup , nak konsisten dengan jadual yang di buat dalam minda , tapi bila bangun pagi esok ntah kemana semua jadual yang ada di kepala , kadang-kadang suka bertangguh nak tutup aurat  , bertangguh nak baca quran , bertangguh solat .. lama kelamaan hati pun tak tenang .. so harapnya takde dah perangai yang suka sangat bertangguh ni !
  
Dan part yang paling payah sebenarnya adalah ISTIQAMAH , orang kata nak berubah tu sebenarnya senang sangat , tapi nak istiqamah tu sangat lah susah .. baru nak bangun dah jatuh balik , bangun lagi dan jatuh lagi .. ~ Allahu , tapi bila buat jahat senang je nak istiqamah ye .. hurmm kat dunia ni toilet nak masuk pun kena bayar , kat akhirat kelak nak masuk syurga pun bukan free , kena buat sesuatu .. semoga kita semua terus istiqamah dalam berbuat kebaikan , inshaAllah .. doakan korang semua dan tolong doakan aku juga :(


Hati Berbicara :
Aku tersesat menuju hati Mu , beri aku jalan yang indah..
 

Assalamualaikum ~ 

Holla semua , delay sangat entry kali ni sebab internet rumah buat hal , merajuk apa dia tak tau .. nasib baik dah okay balik sebab nak share hadiah cantik sangat dari Printcious yang aku buat tempoh hari , masih kah kau ingat ? kalau tak ingat boleh baca my prev entry kat sini Printcious .. gigh tau aku buat bantal aku hari tu , nak kan yang terbaik gitu .. akhirnya bantal yang aku buat di Printcious dah sampai ! 

Btw , memang laju proses penghantaran dari Printcious ni cuma aku je lambat publish , bagi aku yang sejenis makhluk yang mudah excited ni memang teruja bila bantal aku dah sampai , al maklum lah nak tengok muka gambar family kecik aku di bantal tu haha , mula-mula nak letak gambar lain , tapi tak lengkap bertiga so akhirnya aku pilih gambar raya untuk di custom made kan kat bantal aku dan aku memilih warna merah , kerana merah itu sexy ! yearghh haha so nah tengokla bantal aku untuk tatapan kalian.

 Tadaaa ni la bantal yang dah di custom made kan oleh aku , kalau korang malas nak custom made pun takpe sebab design-design yang dah sedia ada pun sangat cantik .. 

 Close up sikit gambar yang aku letak , sangat berpuas hati dengan gambar yang dah di print , aku risau jugak sebenarnya kotla gambar ni jadi kabur lepas di print kan , sebab aku just guna fon je untuk gambar ni ,  tapi bila dah sampai alhamdulillah memang sangat berkualiti dan gambar tak pecah walaupun resolution gambar ni tak berapa besar , tq Printcious for the best servise !

agak-agak kalau kotor boleh basuh tak ? haaa boleh basuh sebab sarung nya boleh bukak , so kalau kotor boleh la bukak sarung nya .. 

Lagi satu aku ingatkan bantal ni kecik je setakat untuk buat perhiasan dalam kereta ataupun kat sofa , tapi bantal ni boleh je untuk buat tido , aku kalau nak berblog buat lapik bantal ni je .. haha berebut pulak dengan Rayyan .. suka sangat dia tau.

My Review di Printcious 
Servis Penghantaran - Sangat Laju 
Kualiti barang - Sangat Ok
Laman Web - Mesra Pengguna , Mudah dan Pantas 
Customer Servise - Layanan Tiptop

Jadi apa korang tunggu lagi ! cepat-cepat buat sendiri hadiah korang di www.printcious.com  , macam-macam barang korang boleh buat , nak bag kekasih ke , suami , isteri , kawan , skandal semua boleh haha.. lagi pun sekarang banyak gila sale yang ada .. ! Aku pun ada lagi dua tiga barang nak di custom made kan .. tak payah buang masa keluar rumah cari kedai kan ... ok adios 

INFO 
https://www.printcious.my/
FB : https://www.facebook.com/printcious
TWIT : https://twitter.com/printcious
IG : https://www.instagram.com/printcious/



Assalamualaikum 

Holla semua ~ hari ni aku nak share satu web yang akan buatkan korang semua-semua ni yang selalu je buntu dalam mencari hadiah yang sesuai untuk kesayangan , tak kisah lah untuk suami ke , kekasih , kawan , family dan lain-lain .. Orang kata kalau nak berikan hadiah kepada seseorang ni , kita nak sesuatu tu di ingati , contohla kalau aku bagi mug kat kawan aku , tapi aku nak setiap kali dia tengok mug tu , dia akan ingat aku sebab aku dah siap-siap letak gambar aku kat situ haha , tapi kadang masa sibuk sampai tak sempat nak pergi tempah kat mana-mana kan , sekarang aku bagi cara yang paling mudah untuk DIY hadiah korang ~ haaaa teruja ?

Kalau korang teruja , sebenarnya aku lagi teruja , sebab aku dah tak payah fikir sangat apa benda aku nak bagi kat suami dan anak aku ~ tapi kenapa lagi ok kalau kita custom made sendiri hadiah ? bagi aku mudah je ,  kalau kita buat hadiah tu dengan idea kita sendiri , yang menerima pasti lebih terharu dan terasa dihargai walaupun hadiah tu simple , mungkin boleh buat penerima rasa tersentuh gitu haa.. so sweet ! yang lagi best tak perlu keluar rumah , buang masa dan tenaga kerana semua tu boleh di buat secara online je weh .. kat mana ? kat bawah ni haaa , siap aku dah bagi link siap-siap kat korang semua , hanya klik je ok 

http://www.printcious.com/ - Precious Gift From Your Heart


Inilah dia laman web http://www.printcious.com/ , kalau korang pernah dengar heartbeat suatu ketika dahulu , sebenarnya printcious ni penjenamaan semula dengan tagline nya Precious Gift Frm Your Heart , memang banyak hadiah-hadiah yang korang boleh bikin sendiri atau pun diy atau custom made , the same thing right ~ so meh aku tunjuk kategori yang korang boleh pilih , eh sebelum tu korang kena la create account dulu , free je ok .. semudah a b c ! 

Barangan Cenderahati di   http://www.printcious.com/ 


ni antara kategori yang korang boleh pilih dan create sendiri , btw banyak lagi kategori yang ada selain kat atas ni , kanvas , romper baby , dan banyak lagi ~  kalau nak tengok semua kena la masuk di http://www.printcious.com/ ok , dan cara nak custom made korang punya hadiah senang sangat , aku tertarik nak buat custom made cushion aku sendiri , so boleh la letak dalam kereta ..

Create Your Own Gift

so aku pilih basic cushion , wahhh ada 30% DISKAUN ! 


Korang boleh la nak pilih warna apa yang korang nak , aku pilih warna hitam je 


lepas tu kat atas tu , ada tool untuk tambah gambar , boleh letak text .. buat la sekreatif korang ye ~ btw korang boleh tambah gambar dari facebook dan instagram juga , hanya login acc korang lepastu akan keluar gambar-gambar yang korang dah upload , just klik add je !


tadaaaaa ~ siap dah cushion aku , dah siap semua boleh la add to cart , isi alamat semua dan bayar ! siap ada kod voucher diskaun dah haa .. 


sebelum bayar dan nak check semua , kalau rasa tak puas hati dengan custom made korang tadi , tekan je edit , so edit la bagi puas hati naaa , harga kat sini pun takdelah mahal sangat , harga semua mampu milik .. suka sangat dengan Printcious ni ! 

Apa kata anda lepas masuk web ni ? haruslah terpikat kan ,, hadiah-hadiah kat sini memang sesuai di beri kepada semua , buntu nak cari hadiah untuk wedding , birhtday , valentine, husband dan lain-lain , kat sini memang tempat terbaik untuk cari hadiah yang korang inginkan dan create sendiri , kalau rasa tak reti design , its ok sebab kat sini ada designer-designer hebat yang dah sumbangkan design2 mereka .. oh ye kalau korang rasa korang ada artwork yang bernilai , korang boleh juga jual di web ni , boleh tambag duit sampingan ! 

Lastly dari aku , sangat tak sabar nak tengok hasil yang aku dah buat , nak peluk-peluk cium bantal aku tadi haha .. nanti hadiah dah sampai depan pintu rumah , aku akan tunjuk hasilnya kat korang ok ! buat cepat-cepat hadiah korang kat sini ... Do your preciouse gift from your heart yawwww ! 

Info Lanjut 

Web : http://www.printcious.com/
Fb Page : https://www.facebook.com/printcious/
Contact : 0193232502
Email: ask@printcious.com
Alamat :
No. 30, First Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Masa:
Isnin- Jumaat ( 9-6ptg)
Sabtu (9-1ptg)
Ahad & Cuti Umum (Tutup)





Assalamualaikum 

Holla si cantik semua , sekarang dah zaman 2016 , kalau kita tengok dan perhati dari zaman sebelum memang banyak produk kecantikan dan sekarang semakin melambak kat pasaran tapi yang power tetap akan bertahan , sebab apa ? sebab produk tu memang dah memenangi hati setiap wanita dan of coz la terbaik , kalau tak takkan mampu bertahan berpuluh tahun kan .. kecantikan dan wanita ni memang tak dapat di pisahkan kan ? sama la macam aku , tak nak keluar rumah kalau tak calit apa-apa kat muka hihi

Korang pernah dengar tentang produk De'Wajah ? Aku lahir dalam zaman 80-an , memang orang kata membesar dengan produk-produk legend , dulu memang glamour De'Wajah ni dan hingga sekarang De'Wajah dah 20 tahun berada di pasaran ! Kalau dah 20 tahun berada di pasaran memang diakui lah keberkesanannya ye dak ? Bukan hanya produk muka je tapi rambut , badan juga ada dan salah satu produk dari De'Wajah ialah B'More Gold Series 24K

Inilah dia produk B'More Gold Series 24k , satu set ni ada 5 jenis item , tapi kenapa Gold ? kenapa bukan silver ke apa kan .. haa betapa emas ni sangat bernilai , sebab apa produk ni mengandungi extrak emas tulen 24k ? antaranya 
  • Penggunaan teknologi emas membantu melancarkan aliran darah ke seluruh wajah dan menaikkan seri wajah si pemakai
  • Merangsang pembaharuan tisu kulit dan menjadikan kulit lebih anjal , tegang dan segar 
  • Melembabkan kulit yang hyper kering 
  • Mengurangkan garis halus sekitar mata dan garis senyum yang semakin ketara 
  • Memberi effect glowing 
  • Membangkitkan aura wajah dan memberi perlindungan dari sinaran matahari terik 
Tu semua kelebihan kenapa B'More Gold Series mengandungi ekstrak emas , dan produk ni sesuai untuk penjagaan kulit yang berumur 30-an ke atas .. lagi dua tahun aku dah nak masuk 3series , memang kena dapatkan produk ni nanti .. ohh terasa masih muda haha , so apa je 5  item dalam 1 set ni , ok kalau korang dapatkan 1 set B'More Gold Series ni , korang akan dapat Gold Essence , Gold Cleanser , Gold Scrub , Moisturising Day Cream dan Night Treatment. Mari kita tengok kelebihan satu-satu item ni pulak akak-akak semua 




  • Gold Essence - mengandungi perlindungan UV tambahan yang mengurangkan tanda-tanda penuaan yang di sebabkan oleh UVA dan UVB  dan dapat mengekalkan kelembapan kulit supaya lebih sihat , lembut dan lembap sepanjang hari - RM95.30
  • Gold Cleanser -pembersih emas 24k adalahantioksi dan semulajadi yang menggalakkan pengeluaran kolagen serta meningkatkan keanjalan kulit serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedalaman kedutan serta tanda-tanda penuaan. B'More Gold Whitening Cleanser pembersih yang lembut dan mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan. Formula pH yang seimbang mengekalkan hidrasi kulit dan licin - RM52.90
  • Gold Scrub - (scrubnya sgt gentle dan lembut pd muka.  Sesuai utk kulit kering yang sensitif, tidak merengsakan kulit muka)  B'More Gold Whitening Scrub dapat membersihkan kekotoran dan memulihara sel-sel kulit mati yang menyekat dilubang pori-pori, serta menganjalkan dan mengembalikan seri kulit -RM52.90


  •  Moisturising Day Cream - Membantu dan berkesan untuk menghalang sinaran UVA / UVB dengan meningkatkan SPF dari sinar matahari, menggalakkan peredaran darah untuk menghalang pertumbuhan melanin, dan membaiki masalah kulit - RM37.10


  • Night Treatment - Membantu mengurangkan garis-garis halus, pigmentasi dan parut jerawat. Ia juga membantu untuk mengekalkan penampilan Nampak lebih muda - RM37.10
Jadi kalau korang ada masalah kulit yang terlalu kering ,(garis halus ketara bila senyum , kesukaran dalam bersolek , menggelupas dan melecet ) antara simptom kulit kering, dah tak cantik kat situ , cepat-cepat la dapat kan produk B'More Gold Series dari De'Wajah ni haa  , harga pun mampu milik kan .. mana nak dapatkan ? info semua kat bawah ni .. more info boleh layari web De'wajah 

INFO/HOTLINE 


*Hotline : 03-5511 8519*
Whatsapp 1 : 019-317 8007
Whatsapp 2 : 019-2028 983 
Whatsapp 3 : 016-2250 686
FB 1 : De'Wajah HQ 
FB 2 : De'Wajah Online
Insta : @dewajah_online

#dewajah
#katalogdewajah
#dewajahonline
#dewajahonlinemarketing
#dewajahskincare
#serlahkankejelitaan


Assalamualaikum peminat steambot dan bakal peminat steambot ! Ada promosi hebat ceq nak habaq kat hangpa semua , teruskan membaca naa 


Siapa pernah makan steambot kat sini dan belum pernah datang kat sini , moh share pengalaman korang .. aku ? pertama kali aku datang makan steambot kat sini .. tapi bukan pertama kali dengar pasal D'kayangan Steambot Shah Alam ni sebab nya member ada selalu datang dan suggest tempat ni .. so baru berkesempatan datang .. orang kata rezeki sebab lama naww tak makan steambot lepas pantang tempoh hari .. sebelum makan aku skodeng-skodeng dulu apa yang best kat sini , hurmm boleh tahan banyak bahan-bahan kat sini .. memang wajib terboroi lepas makan .. hihihi

macam biasa aku pilih tomyam , kalau steambot mmg wajib la tomyam ni , dan kat sini memang pekat dan kaw tomyam dia weh , yang suka pedas mesti  tersengih sampai telinga sebab tomyam dia agak pedas tapi sedap ! 

Disebabkan aku first time datang sini aku nak bagi korang terliur dulu dengan bahan-bahan best kat sini .. D'Kayangan Steambot Shah Alam ni berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu steambot dan BBQ , aku memang wajib ada BBQ , kalau tak rasa macam hambar je , lebih2 lagi daging-daging yang di perap dengan rempah ratus yang sedap ! perghhh memang tak nampak dah mak mentua lalu haha ..

 Mukadimmah bakar sikit2 dulu k , nanti baru tunjuk tamak tu haha , btw kalau nak makan steambot elakkan makan nasi dulu sebab nanti cepat kenyang .. rugi uols rugi ! 

 sate ayam ni sedap ! dah di perap dengan rempah apa tak tau , pandai ngap je hehe nanti try tau kalau dtg sini




 dan favourite aku ada kat sini , ketam ! kalau seafood lain ada tapi ketam xde memang aku merajuk  haa nasib baik ada .. 






Memang banyak sangat bahan-bahan steambot dan bbq kat sini , selain dari tu ada juga menu ala-carte contoh nasi goreng , mee goreng , mihun goreng , ayam masak merah dan lain-lain lagi .. selain tu desert , buah-buahan , cendol , aiskrim pun ada kat sini , lepas kenyang makan semua tu boleh la cuci mulut sebagai hidangan terakhir kann ..
 Suka aiskrim coffeee !! 

 menu ala-carte .. burrbb perut kena bagi besar sebab nak try semua makanan kat sini 

  ada abc dan cendol jugak  ! 

memandangkan Rayyan tak boleh makan steambot lagi , so suap dia buah-buah dan kek yang ada .. kalau tak kesian je tengok dia terliur orang makan sedap2 .. 

PROMOSI TERBARU D'KAYANGAN STEAMBOT SHAH ALAM


haaaa ini lah promosi terbaru kat sini , tapi untuk hari AHAD je tau , relaks-relaks tak kerja weekend kan , boleh la datang kat sini bawak semua family makan besar di hujung minggu ..

bermula dari 11.00 a.m hingga 3.00 pm
Dewasa hanya Rm22.90 , Kanak-kanak Rm9.90 sahaja 
(kalau harga biasa Rm33.00 tau seorang , so sangat berbaloi promosi ni )

Menu Istimewa pulak ? takkan takde menu yang wow gitu haa , jangan risau kat sini ada kambing golek ! tapi di sebabkan aku lambat ambil gambar , dah tinggal separuh dah kambing tu haa , laku keras !


Lastly , jangan lupa makan steambot kat sini k , aku pun nak repeat lagi untuk second time sebab haritu rasa makan sikit jee . arghhh rasa lapar balik dan nyesal tak makan banyak-banyak ! huh untuk info lanjut kat bawah ni k .. harga biasa RM33.00++ untuk dewasa , RM18.00++ untuk kanak-kanak ..

Facebook
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Instagram
@D'Kayangan Steamboat
Alamat
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Sekseyn 13
Shah Alam Selangor
No Tel
012 297 1091
017 507 6274
03 5523 4979





Orang kata mencegah itu lebih baik dari merawat , tapi dalam kes aku ni dah kena buat rawatan dah .. sebabnya aku ada masalah yang membuatkan kemahkotaan seorang wanita itu terjejas .. bunyi macam serious talk je kan , tapi memang serious talk ni ! one more thing aku rasa bukan aku seorang je ada masalah ni , rata-rata wanita memang akan bermasalah dalam penjagaan rambut .. lebih-lebih lagi yang bertudung ,  betul dak ? lagi teruk kepada wanita yang lepas bersalin ! huh masalah keguguran rambut la apa lagi kalau melibatkan mahkota wanita ni haa , stress tau .. kurang yakin sat nak buat flip hair !

kadang-kadang bila tangan dok menggatai belai-belai rambut , ada la dalam 10 - 20 helai lekat kat tangan , bajet2 macam tu la rajin pulak aku nak kira rambut hihi .. tu belum lepas mandi , mau secekak , sebab tu aku jarang basahkan rambut ..lepastu mula la buat drama kat suami ''syg sakit apa sebenarnya , tgk rambut ni makin lama makin gugur, kalau syg takde nanti jaga Rayyan baik2 ermm'' tapi huwaaa suami balas ''gila apa taktau bini aku ni'' ..tu diaa untung dapat suami solehah .. haha pernah la tu buat drama jugak kan ?

Jadi satu hari ni aku ikut la suggestion membe aku .. dia suh try Syampoo Tyzara , syampu apa la aku pun xtau xpernah dengar pun sebelum ni ..  

Shampu Tyzara ni ada botol kecik dan besar , yang aku pegang ni botol besar , cukup untuk penggunaan  dua bulan 

Lepastu aku fikir sebelum aku botak kena jugak cari rawatan untuk rambut gugur, kena jugak cari syampu terbaik antara terbaik untuk rawat rambut gugur terlalu banyak ni,so aku ikut je member suruh aku survey tentang syampu Tyzara .. tak pernah pulak aku dengar tentang syampu Tzara ni tapi cuba je la dulu kan .. bila dah dapat kat tangan ,botol dia cute je  haa ~ satu perangai aku tentang syampoo , aku akan bau dulu sebab kalau bau tengit memang aku takkan pakai , buat sakit kepala lagi ada la , tapi alhamdulillah wangi gila syampu Tyzara ni. 

Syampu ni sesuai untuk masalah rambut bagaimana ? kalau tengok label di botol syampu tu , antara kelebihan dan kegunaan syampu Tyzara untuk
  • Hair Fall Control - Rambut gugur terlalu banyak
  • Anti Dandruff - Masalah kelemumur 
  • Oilness / Dryness Control - Rambut terlalu kering / berminyak
  • Cooling & Refreshing - syampu ni mampu sejukkan dan segarkan kepala
  • Kulit kepala berkerak
  • Rambut berbau 

Lepas tu aku tengok pulak kandungan syampu Tyzara ni , kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh google je maksud bahan-bahan kandungan ni , Menthol ,Glycerin ,Fragrance dan Trifolium Pretence (clover).. tapi aku nak tekankan kat sini kenapa Tyzara mampu mengatasi masalah gugur , sebab nya ada kandungan Trifolium Pretence (clover) , clover ni apa ?btw ia sejenis bunga berwarna merah yang berfungsi untuk menguatkan lagi akar rambut 

Tekstur syampu Tyzara , sebab apa warna biru .. sebab ia menyejukkan kulit kepala kita , so lepas pakai ni konfirm rasa segar.. aku suka pakai waktu malam sebab lena teruih , sejuk sampai ke kaki , kepala pun jadi rileks dan tenang je .. mau tak lena ?

Cara Penggunaan

Pertama kali aku cuba syampu Tyzara ni , aku pelik jugak kenapa la syampu ni tak berbuih banyak macam syampu biasa aku pakai , siap tiup keluar belon lagi .. ke aku pakai sikit sangat ? ermm rupa-rupanya syampu Tyzara ni memang kurang buih , so selama ni aku silap faham la yee , baru aku teringat sorang kakak ni pernah cakap , kalau nak cari pencuci muka jangan cari yang buih banyak sebab buatkan kulit muka kering , jadi sama jugak dengan syampu ~ lagi sedikit buih lagi bagus , hangpa jangan pulak nak bubuh banyak-banyak syampu Tyzara ni sebab kurang buih naa ! 

So ! cara nak pakai syampu Tyzara ni sama je macam pakai syampu lain , tuang sedikit kat tapak tangan , basahkan rambut lepas tu sapu dan ratakan ke seluruh kepala , lagi bagus kalau korang urut-urut kulit kepala sambil nyanyi lagu di bilik air tu haa .. lepas tu bilas dengan air macam biasa , korang akan rasa sejuk dan segar sangat ! inshaAllah lepas ni dan tak tersumbat saluran bilik air dek rambut gugur tu.

Kalau korang jenis rambut gugur yang sangat kronik , korang boleh guna syampu Tyzara ni dengan cara macam aku buat (hair tonic), sebab aku pun rambut  gugur terlalu banyak lebih-lebih lagi lepas bersalin , hormon pun dan berubah , segala urat-urat dah putus kan .. caranya rambut korang mestilah kering , ambil sedikit syampu lepastu urut kat kepala korang ,buat waktu malam sahaja ,biar je semalaman dan esok pagi bangun tido korang hanya bilas dengan air .. kalau tak kronik pakai macam biasa 1-2 kali penggunaan sehari tapi kalau kronik pakai setiap hari dan selang 4 malam pakai waktu malam dan bilas keesokan hari 

Testimoni aku 
So far aku dah pakai syampu Tyzara ni seminggu , perubahan bab kelemumur dan gatal kepala tu memang hilang , try la weh korang yang tak selesa bertudung bila gatal kepala tu haa , memang menjadi , bab rambut gugur tu pulak masih gugur lagi , tipu la kalau kata terus tak gugur dah kan lagi pun  baru pakai seminggu.. tapi ada nampak perubahan dan kesan cepat selama seminggu , lebih2 lagi  bila basuh rambut takde la kronik sangat bila tarik rambut .. wohaaaaa ! best gila oikk .. tunggu sebulan mesti rambut dah tak gugur dan lebat kembali .. rasanya sangat serasi dengan aku .. tq Tyzara ! 

kalau korang nak beli dan memang ada niat nak rawat rambut gugur korang sebelum makin menipis dan nak DISKAUN ! sila whatsapp no kat bawah beserta kod

TZ "qaseh"  ke 0124430338 untuk dapatkan diskaun 

Apa kata pengguna shampoo Tyzara yang lain boleh baca SINI dan SINI


INFO LANJUT

Pages FB: Rahsia Sihat Dan Cantik : http://www.facebook.com/rahsiajamu
Instagram : https://www.instagram.com/tyzara_ibusuri_juzq30/





Assalamualaikum 

Bila ada anak yang makin membesar , semestinya makin lasak dan aktif , semua benda dia nak explore .. jadi benda tu semua normal la kan .. cuma aku yang kena banyak waspada dan hati-hati .. tambah-tambah sekarang dah pandai ambil apa je ada kat depan mata dia .. setakat ni takde apa yang merisaukan umi sebab semuanya terkawal .. cuma pagi semalam aku agak cuak jugak la .. cuak sungguh-sungguh , memang berdebar sangat !

Alkisahnya , ok part tidur kalau dedi Rayyan kerja siang memang akan tidur dalam bilik .. tapi kalau dedi dia kerja malam kena tidur kat luar atas toto , sebab apa ! sebab aku spesies tido mati , karang ada yang jatuh katil dah la tinggi nak mampoih katil tu .. so pagi tu dedi Rayyan siap2 nak g keje awal pagi subuh , then akui ngan Rayyan pindah la tidur kat luar , biasanya Rayyan akan tidur balik walaupun dia dah bangun pagi 

Aku pun bf kan dia untuk tidokan balik , hajat nya xnak tido pun so pakai la earphone jap sebab selalu tengok video dekat instagram , video masak la mekap la sambil nyusukan dia , tengok tanpa sound suram je hidop , sebab tu kena guna earphone kalau tak bising plak .. lepastu akhirnya terlelap jugak .. Rayyan pun dah tido bawah tiak haa..


Dalam masa terlelap tu , dalam mamai-mamai aku dengar macam Rayyan batuk-batuk nak muntah gitu .. tengok kat sebelah memang takde dah dia , pastu aku bangun la , nampak Rayyan kat tepi dinding , muka pelik macam nak muntah , pastu umi tertengok earphone tadi dah putus ! nampak la kesan gigit kat tali , tapi kepala earphone takde dowh ! terus g kat Rayyan korek mulut dia .. nangis teruk sebab kena paksa korek haa , tapi takde kepala tu, tapi ada kertas je .. aku dah berdebar gila babi takkan dia dah telan .. 


Dah macam orang gila aku cari kepala earphone , kalau takde memang sah dia telan .. nak nangis dah , memang bersepah selimut semua toto aku kebas-kebas sebab cari kepala earphone .. tapi nasib baik la jumpa weh ! bawah bantal benda alah tu , tgk Rayyan pun xde nak muntah dah siap sengih2 lagi sebab aku dah buang kertas dalam mulut dia , kertas tu pun dari mana tah jumpa .. aiyooooooo  nampak simple je tapi cuak gila babi , kalau Rayyan telan tu tak tau apa aku nak buat dah la sengsorg ..


hurmm sebab tu orang kata , silap sikit , cuai sedikit apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku .. sorry Rayyan Umi terlelap tadi .. tapi syukur Alhamdulillah takde apa dan benda buruk tak terjadi .. inshaaAllah lepas ni lebih hati-hati ! Semoga Rayyan sentiasa dilindungi Allah dan di berikan kesihatan yang baik .. ameen  :)


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates