• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ...

Cerita tentang bayi ni , kena fikir segala keperluan dia , kalau ikutkan orang dulu-dulu mana ada stroller , carrier bagai ni kan .. mak ayah kita dulu pakai kain sarung je jadikan Carrier tapi kita sekarang mengikut zaman .. jadi perlu ke tak stroller untuk baby ? sebenarnya keperluan bayi semua ni ikut atas kehendak ibu bapa la , kalau bagi korang yang tak selalu berjalan-jalan atau pun keluar rumah sangat , rasanya tak begitu perlu tapi bagi aku sangat perlu , sebab tak larat nak dukung Ayyan haha , dan suka sangat pergi shopping mall dan kaki jalan ni , dengan berat 6 kilo lebih memang lenguh jugak la nak dukung Ayyan je , tambah-tambah Ayyan bila keluar asyik tidur je ..

Alkisahnya , bila mengandung kan Ayyan dan sibuk cari keperluan newborn , stroller memang tiada dalam list , sebab beli lah yang penting-penting dulu , boleh save bujet lagi kat situ , newborn tak perlukan lagi stroller ok , dalam pantang kena duduk rumah diam-diam haha .. dan sebenarnya tak terfikir pun lagi nak belikan Ayyan stroller cuma hari tu bila keluar bawak Ayyan dari kepompong haha haaa baru tahu betapa sakit nye lengan aku dukung Ayyan , dah la Umi ni kurus kering kan , jadi terus survey stroller , orang kata brand SWEET CHERRY ni brand bagus , kebetulan hari tu ada sale untuk brand SWEET CHERRY BEBEDUE STROLLER , masa tu Ayyan dah mengamuk nak tido kot , jadi amek je la brand ni .. tambah2 ada sale dari RM300 lebih , sale hanya RM187 ..

Stroller ni biasa je bukan luar biasa yang boleh bertukar jadi transformer haha yang kain net tu membolehkan ibu bapa intai baby tengah buat apa dalam tu haaa

jika tengah panas , kain net jarang tadi boleh tutup dan boleh je simpan barang-barangkat bawah stroller 

Bila dah lipat jadi kecik macamni , muat je bonet kereta 
Alhamdulillah rezeki anak , terus umi rasmikan stroller baru Ayyan ni ,nasib baik Ayyan nak je duduk dalam tu ,kalau taknak meraung jugak kat situ hihi , muka seronok je kena tolak .. bagi aku stroller ni ok dah bagi Ayyan , kalau nak bg lembut kena beli tilam stroller yang comel-comel tu , tapi kalau tak beli pun Ayyan selesa je cuma kena ada bantal la bagi dia tidur nyenyak sikit 





Ayyan siap lambai-lambai lagi , thanx you Umi and Dedi


Hati berbicara :

Survey-survey dekat lazada ngan gemfive harga RM399 , fuhh separuh harga jugak dapat :)
lepas ni kena cari Carrier pulak .. Stroller tak boleh masuk hutan hehehehe , Carrier brand apa ye ??


oh ye aku tak sure pulak sale kat Aeonn Mall tu sampai bila , dia ada bagi tarikh tapi dah lupeee , try survey2 kat Aeonn Mall lain mesti ada jugak sale kan ? tapi tak sure lah 





Assalamualaikum ~

Alhamdulillah , dulu-dulu belum ada anak tak ambil port sangat tentang cukur-cukur rambut bayi semua ni , hehe bila dah ada anak ni wajib tahu la , masa bujang pun wajib tahu jugak tapi biasalah bila belum ada pengalaman memang malas sikit nak ambil port kan kan ? haaa btw lepas baby Ayyan lahir memang tak cukur pun rambut dia , sayang nak cukur dan risau takut tak tumbuh rambut haha perasaan mak-mak sangat padahal cukur rambut bayi tu sangat la bagus dan hukum mencukur rambut bayi adalah SUNNAH , tambahan pulak takde yang berani nak cukur rambut Ayyan masa baby hari tu .. tapi aku memang nak sangat cukur rambut dia , akhirnya bila Ayyan da besar sikit baru la di cukurkan

rambut Ayyan masa baby takdelah lebat sangat .. tapi sayang jugak la kan nak cukur hihi

yaAllah bila tengok gambar masa baby ni rindu je ! haha comel tgk gelagat dia dengan mata duk kelip2 je , cepat betul masa berlalu

Alkisahnya tempoh hari aku melawat nenek sakit , lepas tu pak sedara aku tanya tak cukur lagi ke rambut Ayyan , haaa memang tak cukur lagi lah , lepas tu dapat la bebelan jap , katanya tak elok la tak cukur kan , rambut dari dalam perut orang kata tak berapa sihat .. jadi nya terus dia offer kan diri untuk mencukur rambut Ayyan , hehehe aku pun suka la ada yang nak cukurkan , akhirnya Ayyan di botakkan oleh tok sedara nya .. 

 Dalam Islam, mencukur rambut bayi yang baru lahir disebut oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya : "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama".


Alhamdulillah la masa tok sedara dia cukur kepala Ayyan molek je perangai , haha muka redha je kan anak Umi ni , tapi last-last hampir siap tu baru la Ayyan dah mula menangis , rimas + gatal badan dah lama sangat tok sedara cukur .. hehehe papepun akhirnya Ayyan dah bercukur yeyyy ! 

Tadaaaaa ni gambar selepas di cukur , masa ni Ayyan dah 3 bulan lebih dah , huhuhu cepat betul masa berlalu , makin sado anak Umi , bila dah botak macam ni memang sebijik laa dengan bapaknya haha .. jambu sangat muka ~ tak sabar menanti rambut baru tumbuh !

wajib la selfie dengan Umi satu kali !

Kebaikan/ Manfaat mencukur rambut bayi 
  • Membuang kekotoran
  • Tak Mudah Terkena Radang 
  • Menyejukkan Kepala
  • Rambut Baru akan Tumbuh dengan lebih sihat
Hati berbicara :
Buat ibu-ibu di luar sana , jangan sayang tau nak cukur rambut baby walaupun rambut baby tumbuh selebatnya sebab lepas cukur inshaaAllah rambut tumbuh lagi cantik dan lebat ... MOOD : sabar menanti rambut Ayyan tumbuh dengan sihat hehe 


Assalamualaikum ~

Dulu dan sekarang memang banyak bezanya kan , tapi kadang-kadang dalam perbezaan tu masih ada yang kekal hingga sekarang dan ada juga yang telah di modenkan .. zaman serba canggih ni memang banyak perubahan yang terjadi , tambah-tambah dalam dunia fesyen , aku lahir dalam era 80 an memang lahir dalam dunia tudung bawal , haaaa aku memang kategori gadis-gadis tudung bawal je dulu , mana nak kenal dengan shawl , wide shawl , dan macam-macam jenis tudung lagi lah , haha ingat dulu ramai yang kecam bila tudung shawl di wujud , tambah-tambah lelaki yang kononnya minat gadis tudung bawal je , cehhh tak boleh blah kan haha tapi sesetengah je la kan .. nanti aku pulak kena kecam .. 

Tapi mungkin masih ada lagi yang hanya sukakan tudung bawal , bila pakai shawl tak kena dengan muka .. dan mungkin jejaka pilihan memang tak suka awek dia pakai shawl haha seloroh je ..di sebab  kan dah lama aku tak pakai tudung bawal , tapi aku nak jugak tudung bawal tu boleh di fesyenkan dengan cara aku pakai shawl , haaa macamana tuh ? kiranya nak pakai tudung bawal tapi kain shawl boleh buat labuh2 dan nampak lagi cun .. so aku tertengok la insta @tudungruffle , terus berkenan dengan satu tudung ni namanya CHICNONES , comei je nama tudung , haha lama jugak la aku survey , ikut hati memang kedekut taik masin tapi akhirnya terjebak jugak untuk berchicnones , tudung ni gabungan bawal dan juga shawl , kiranya awning nya bawal , dan selebihnya adalah shawl 

Chicnones Tudung Ruffle , setiap pembelian tudung chicnones ni akan dapat kotak comel sangat ni , tadaaaa nampak macam pakai tudung bawal je kan , tapi lebih kemas dan cun , tetap labuh dan menutup aurat gituu .. jatuh cinta sangat !

Masalah bila pakai tudung bawal ni satu je , kadang-kadang susah betul nak bentuk , kalau kain tak ok terus jadi macam kelepet pisang haha , lepas tu duk hembus-hembus hujung tudung sampai merecik air liur tapi bentuk nya tetap kelepet pisang , so far chicnones ni memang terbentuk cantik je dekat muka aku .. so takdela bengang nak betulkan tudung je kan ... yang aku pakai ni kaler NUDE CHESTNUT , harga dia RM49 je .. 



Tetap boleh labuh-labuh dan korang boleh je nak buat segala jenis fesyen dengan chicnones ni .. tutorial pun berlambak kat insta tudung ruffle , cun melecun ! 
Sekian Terima Kasih 

Hati berbicara :
Harap segala persoalan mana nak dapatkan tudung ni dah terjawab ~ hehe raya dah nak dekat , bawal lovers boleh lah beli Chicnones ni cepat2 ! mengimbau kembali zaman gadis-gadis bawal dulu kala :p

Assalamualaikum ~ kali ni nak sambung percutian bujet qaseh ke Cameron Highland , kalau belum baca part 1 boleh baca kat sini k {KLIK} , so kat mana lagi tempat-tempat menarik kat sini ? sebenarnya banyak sangat tempat-tempat menarik tapi yang qaseh sempat pergi ni sahaja ... :) hari kedua , heyyyy kalau datang Cameron tempat wajib datang mesti ladang Teh selain dari Strawberry , Teh sangat lah famous kat sini , so jangan wat loqlak tak datang Ladang Teh k .. sebenarnya ada dua ladang Teh yang famous kat sini , iaitu Cameron valley Bharat Tea Plantation dan Ladang Teh Boh Sungai Palas... tapi sebelum tu kami singgah di MARDI ..

AGRO TECHNOLOGY PARK MARDI - di buka setiap hari kecuali Isnin

Apa yang ada di sini ? dah namanya pun MARDI , kat sini sebenarnya tempat penyelidikan agricultural yang telah di buka oleh kerajaan , bagi aku agak bosan jugak kat sini al-maklumlah bukan suka sangat bab2 menyelidik haha , tapi kalau korang yang sukakan alam semula jadi boleh la lepak kat sini , harga masuk hanya RM5.00 ..


bila suami amek gambar :p













LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS 
Selepas melawat MARDI kami terus pergi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas , btw ada beberapa tempat lagi ladang Teh di Cameron Highland tapi kami memilih di Sungai Palas , entah la kenapa mungkin nak feeling-feeling ombak rindu , sebab kat sini lokasi Ombak Rindu ok .. tapi jalan agak mencabar sikit sebab sangat la sempit , kecut perut jugak datang ke sini jadi sila memandu dengan berhemah tau .. walaupun pergi hari biasa ramai jugak orang datang ke sini .. jenuh jugak beratur untuk beli makanan ~





Untuk naik ke sini agak semput jugak la kena daki tangga-tangga yang sangat la banyak , dah la tengah memboyot masa ni , tapi gigih sebab anak umi sangat la strong kan !

tak dapat nak lepak area depan menghadap ladang Teh sebab full ! terpaksa la duduk kat belakang-belakang sikit huhu , tapi takpe still boleh nampak view yang cantik , lepak sini best sangat sebab rasa sangat segar dengan kehijauan yang menenangkan 



Kalau dah datang jauh-jauh takkan lepak aje kan , so kitorang makan ni je , btw takde jual nasi lemak ke nasi berlauk ke kat sini ye haha cuma ada kek-kek dan jugak roti , dan yang pasti segala perisa teh ada kat sini , qaseh oder teh strawberry ! sedap !

kat sini pun ada jual pelbagai jenis teh dan ole-ole , sedia wang banyak2 okey 
 TAMAN BUNGA LAVENDER 
Tempat last kitorang selama dua hari di Cameron Highland , Taman Bunga Lavender .. Yuran masuk untuk dewasa RM6 dan RM4 untuk kanak2... kat sini memang di penuhi bunga-bungaan yang sangat cantik .. memang cantik tempat ni , kalau korang kaki bergambar ataupun selfie ni tempat terbaik untuk korang hehe ... selain dari bunga Lavender , banyak juga bunga-bunga lain yang terdapat disini , siap boleh petik lagi tapi RM2 untuk sekuntum bunga ..











ni semua bunga yang boleh di petik tapi berbayar la ok .. cantik tak ? qaseh tak petik pun sebab bukan jenis manusia yang suka jaga bunga , cuma suka tengok bunga je hehe




ni pulak korang boleh ambil gambar polaroid , kalau tak silapRM10 .. untuk kenang - kenangan 



Hati berbicara :
Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Cameron Highland tapi semua yang tercoret adalah tempat2 paling popular orang kunjungi ~ hehe masa pun terhad dan tak larat sangat untuk berjalan ,, inshaaAllah datang lagi bawak Ayyan ke sini ..
Assalamualaikum ~ 

Mengidam punya pasal , sebelum Hencik K balik lagi aku dah cakap kat dia aku nak makan pizza , bukan masa mengandung je mengidam , lepas bersalin pun masih mengidam jugak k tapi mengidam mengada-ngada gitu , aku tak kira aku nak jugak makan pizza haha adoii dah jadi mak pun perangai macam budak2 jugak .. so dapat jugak makan yeyyy kat PizzaHut kat Giant Kuala Terengganu , alang-alang lepak sana 

Tapi yang amek order pun pekat molek bahasa Teganu , aku yang memang asal Teganu pun tak paham .. alkisahnya Hencik K oder air twister , dah oder semua last sekali waiter tu repeat la semula kan apa yang kite oder .. last sekali dia sebut air oreng , pastu kitorang hah reng apa, lepastu duk repeat sekali lagi , oder air coke se , air oreng se kang ? aku dah tergelak tgk Hencik K duk hah hah , aku paham dah.. kesian kat waiter tu , aku pun cakap yeee yee betul dah air oreng tu .. kikiki ~ 

baby Ayyan mentido je kejenya lagi-lagi tempat sejuk ada aircond ..


aku amek set combo ni je .. nampak tak nak makan pizza tapi nak jugak makan pasta , haha

 bukan jenis nak makan banyak sesuai la ambil set combo , pan pizza ni kecik je .. 

 pasta ni sedap !

 Cream soup ni kalau makan banyak-banyak nak muntah gak rasa haha .. tak kena dengan tekak 

pencuci mulut .. dua-dua aku punya , eh ! 

Haa macam ni la kalau jarang jumpa , sebenarnya bukan nak makan sangat tapi nak spend time together , berjalan-jalan create moments ~ lama duk terperuk kat rumah even ada si kecik yang always menceriakan hati tapi still tak lengkap tanpa dedinya :p .. tq husband sebab selalu ikut keinginan isteri yang mengada sangat ni ...

hati berbicara :
Next nak makan ape ye ?? ermm ermm haha
Assalamualaikum ,

Allahuakbar , untuk pertama kali nya berdepan situasi anak nangis teruk macam ni , menggelabah biawak umi ngan dedi .. alkisahnya kitorang baru balik dari Kuala Terengganu , saje berjalan-jalan then tido kat sana semalaman , memang ada bawak ke pantai .. tapi alhamdulillah la balik dari pantai ok je dia , takde pulak bagi reaksi-reaksi negatif ke apa kan .. tido pun lena sampai pagi besok nya ..

lagi pun baby asyik tido  je kejenya ... dalam kereta tido , berjalan pun tido huhu

So esoknya kitorang nak balik ke rumah kat Jerteh ni , dedi nya dah kena balik KL sebab kerja .kesian jugak , cuti rest day n off day je balik jumpa anak , tapi nak buat macamana .. takpe la sape tak sayang anak kan :p .. Then kitorang bertolak balik dalam pukul 10 pagi jugak kot , dan sampai jerteh dalam pukul 12 tengahari jugak , lepak-lepak bandar Jerteh jap beli pampers dan kelengkapan baby lepas tu kitorang lepak makan kat KFC jap , umi dia mengidam nak makan kfc .. gituhh 


Lepas makan KFC , dedi nya suruh la tunggu kat bawah pokok sebab cuaca panas sangat , bawah pokok tu memang teduh la , pokok besar gitu ... then aku pun masuk kereta menuju ke rumah .. on the way balik tu , separuh lagi nak sampai ke rumah tetiba baby Ayyan nangis , sebelum tu dia duk pandang je dedi dia drive , sambil dedi dia cakap .. ''nape pandang dedi macam tu , nanti dedi balik lagi kita g jalan-jalan lagi ye'' lepas tu baby Ayyan buat muka sedih yang aku tak boleh tengok sebab sedih sangat mukanya .. hadohaaa , lepastu dia mula nangis gila-gila , nangis teruk sampai mata macam terbelalak dan pelik sangat .. 


Nasib baik la dah dekat rumah , sampai rumah tu mak n ayah aku memang ada kat depan , bukan takat aku je gelabah biawak , diorang sekali pun terkejut sebab tak pernah nangis macam tu , tak tahu da nak buat apa , dah pecatkan baju dia , pampers semua , terus bogelkan dan sapu minyak angin kot2 sakit perut ke ape kan .. lap badan dia semua tapi still nangis , ayah aku pun amek dan baca ayat kursi semua , tapi still nangis .. then aku dukung sambil jalan then ulit dia dengan selawat sikit , lepas tu makin ok , then dia diam .. FUH tapi memang cuak la .. kalau aku sengsorang kat KL baby Ayyan buat hal gini camne agak-agak .. huwaaaa umii taa kuadd .. 

tapi alhamdulillah baby Ayyan ok je lepas tu , aku syak ada something la kat pokok besar tu huhuhu tapi wallahualam la , semoga di jauhi dari sebarang anasir luar ~ hurmm takut tengok dia nangis macam tu .. then baru aku tahu , waktu tengahari pun tak elok bawak baby jenjalan ek .. aku ingatkan waktu senja dan malam je hehehe .. so far pengalaman pertama buat umi ... 

hati berbicara :


Duhai anakku jangan la buat umi cuak lagi  , nasib baik umi tak sempat nangis lagi tau , kiranya masih sado .. bukan apa umi risau awak sakit je ... memang nak bawak dia pergi hospital dah ... tapi tak tahu punca apa .. sorry silap umi sebab bawak awak jenjalan sobsss , lepas dia nangis tu terus ia tido , satu hal lagi memang mengamuk kalau nak tido , tapi tak pernah la plak mengamuk sampai macam tu sekali .. agak-agak kenapa ek ... huhuhu
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates