Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland

Assalamualaikum ~ korang pernah pergi Cameron Highland tak ? Best tak bagi korang , tapi kalau pergi tempat mana-mana yang tak best pun jika pergi dengan orang yang tersayang tetiba jadi best , haha .. kali pertama aku datang ke Cameron waktu kecik-kecik dulu tu pun lawatan sekolah , dan kali ni kali ke dua aku datang ke sini , banyak betul perubahan cameron highland sekarang , suhu pun macam dah tak berapa sejuk ataupun badan aku yang panas sebab masa pergi ni tengah preggy 34 weeks~ sempat la pergi beberapa tempat kat sini .. jom ikuti kisah aku di tempat-tempat menarik di Cameron Highland.


Kitorang gerak awal pagi , lepas subuh dah bersiap .. oh ye kitorang tu aku dengan suami la hehe , awal gilaa kan lepas subuh , sebab suami tahu sangat isteri dia bersiap memang makan masa berjam-jam tambah2 tengah memboyot haha sabar je la .. so amek laluan jauh sikit Simpang Pulai sebab jalan satu lagi laluan Tapah orang kata jalan tak berapa elok..risau baby dalam perut takpelah jauh sikit kan ..

hari tu memang kitorang pergi gamble je , main terjah gitu , tak book hotel apa pun lagi ~ sebenarnya tak tahu nak pergi cameron ke melaka , so bincang punya bincang akhirnya pilih cameron highland jugak , btw pergi pun 2 hari satu malam je , haha tu pun tak larat bawak perut ...

Disebabkan kitorang tak plan apa-apa , main terjah jugak la cari hotel bajet , google punya google , kami pilih Hotel Jasmine untuk tido semalaman , nak tido hotel mahal rasanya tak berbaloi setakat sehari hehe nama pun percutian bujet kan , so far Hotel Jasmine ni murah la dalam Rm97 semalaman , dan kami pergi weekdays bukan wekend .. Hotel Jasmine ni terletak di Brinchang , dekat sangat dengan pasar malam Brinchang tapi di sebabkan kami pergi weekdays tak dapat la berjalan-jalan di pasar malam , sebab nya pasar malam tu bukak hari weekend je .. orang kata Pasar Malam Brinchang memang popular kat sini , takde rezeki, inshaaAllah next time ~ 


So far Hotel Jasmine ni sangat ok dah bagi kami , kami pilih bilik standard deluxe , kemudahan yang ada , televisyen siap ada astro , air panas , bilik air yang besar gedabak ehem , dan jugak ada free wifi ~ bab makan jangan risau , hotel ni di kelilingi oleh restaurant2 , kalau lapar keluar je cari makan kat bawah hotel ni , kedai-kedai runcit n cenderahati pun banyak kat kawasan hotel ni .. 

  • CACTUS VALLEY - 8am - 6pm

Lepas check in semua kami pun pergi la melawat tempat menarik di Cameron Highland ni , tak boleh buang masa sebab suntuk sangat masa yang ada , adohaaa oh yee kami sampai lebih kurang dalam pukul 11 , makan pulak area-area hotel je dekat foodcourt .. tempat pertama kami pergi Cactus Valley , apa yang ada kat sini ? mesti lah banyak pokok-pokok cactus , di sebabkan kami parking depan Cactus Valley ni nak masuk dalam kena bayar Rm5 .. selain dari cactus , banyak pokok2 bunga yang cantik di tanam kat sini , kalau nak beli pokok2 cactus yang cute-cute pun boleh di beli di sini ~ btw Cactus Valley ni bersebelahan dengan Big Red Strawberry Farm , jalan kaki je .. so dapat la jalan2 di dua tempat pada masa yang sama ~

 Cuteness overload la cactus-cactus kat sini  ~ tapi aku tak beli pun sebab jenis tangan panas nanti kang mampus kejung je pokok cactus kalau aku jaga haha 


memang macam-macam jenis pokok cactus yang ada kat sini , dan ada yang dah berusia bertahun-tahun lamanya ~ haaa banyak lagi yang unik-unik , kalau nak tengok datang la sendiri kikiki

 kat sini pun banyak pokok-pokok bunga ~ so boleh la jadi mek bunga , suami daku pun kena paksa bergambar dengan pokok-pokok bunga haha jambu sangat , aku ni memang sukakan bunga tapi aku jenis tak tak suka jaga , so tak payahla nak bagi bunga ke apa , macam sia-sia je bagi , last2 kejung gitu je , so baik bagi aku makanan ~ hehe dah kepenatan lepak kat Cactus Valley , kam terjah pulak Big Red Strawberry Farm

  • BIG RED STRAWBERRY FARM- 8.30 am -4.30 pm setiap hari
Dari Cactus Valley kami jalan je untuk pergi ke Big Red Strawberry Farm ni , tapi kena naik bukit la sebab ke atas sikit , sebenarnya boleh je naik dengan kereta tapi kami tak tahu so jalan kaki je la alang-alang dah dekat , masa ni kan tgh memboyot .. orang kata nak mudah bersalin kena banyak berjalan .. tapi nya tak mudah sangat pun bersalin hari tu haha , ok ok apa yang ada kat sini ?

Kat sini korang boleh petik sendiri strawberry tapi better beli yang dah pack sebab lagi murah , haha tapi kalau nak rasa pengalaman petik buah sendiri ok je , lebih-lebih lagi bawak anak-anak , mungkin diorang teruja nak petik sendiri kan .. 500gram untuk Rm25 hinggit , terlebih gram bayar pun kene lebih la .. then kat sini pun ada pokok-pokok sayur lain spt salad , memang gebus gebas la salad kat sini .. segar bugar gitu , tak banyak ambil gambar kat sini sebab rasa dah penat huhuhu 



 masa kami pergi haritu , buah strawberry tak berapa banyak sangat yang dah masak , mungkin time tak kena , dan kecik-kecik je buahnya .. 


 begini rupanya pokok strawberry , selama ni tak pernah tahu pun pokok strawberry ni macamana .. 
tengok salad-salad yang di tanam kat sini rasa macam nak makan terus je , yaAllah segarnya .. dahla gue peminat salad .. geram je nengok haaa

Dah penat berjalan kami lepak makan dan minum kat cafe-cafe yang ada kat sini , bagusla ada cafe-cafe macamni , sangat dahaga dan lapar .. kalau penat boleh lah lepak lama sikit kat sini .. makanan pun sedap-sedap dan memang berasaskan strawberry la .. dan banyak jugak kedai-kedai cenderahati macam keychain , baju dll lagi ~ 

aku makan ni je , hehe sedap sangat ! banyak makanan best-best kat sini , terliur rasa macam nak makan smeua je , deco pun cantik haha meleleh ~ 



 Dah puas melepak kat dua tempat ni kami balik ke Hotel jap untuk rehat dan mandi-mandi .. memang masa kat hotel tu takde sangat pun , berjalan sepuas-puasnya .. tapi time nak balik dari Big Red Farm Strawberry ni , jalan agak berliku jugak .. tak tahu la kalau ada jalan lain kan , tapi agak mencabar la laluan balik hehe so kami balik mandi-mandi rehat semua , kami decide pergi ke Muzium Time Tunnel.


  • MUZIUM TIME TUNNEL - 9am-6pm

Aku suka lepak dalam muzium ni sebab banyak sangat barangan antik yang sangat-sangat mengimbau kenangan masa zaman kecik , kalau korang lahir dalam 70-90 an mesti korang akan jumpa barang-barang yang suatu waktu dahulu peranh glemer , lama jugak kitorang lepak di sini , sambil-sambil tengok barang antik sambil dok imbau kenangan masa kecik-kecik haha tapi ada jugak barangan antik yang tak sempat aku lalui , suami pernah la sebab dia lagi tua dari aku .. kuwang2~ kalau minat barang2 antik boleh la datang ke sini .. 
btw muzium ni milik seorang penduduk di Cameron dan dia suka mengumpul koleksi lama2 , thats why dia bina satu muzium ni haa ~ dan muzium ni terletak di Brinchang area tepi-tepi jalan je .

 tempat ni memang kecik dan suram tapi padat dengan segala barangan tok nenek kita dulu 


 teringat kalendar yang nombor tu , dulu selalu lupa koyak last2 tak tahu tarikh apa dah haha .. 

segala jenis tin--tin milo yang lama pun ada .. terbaik la muzium ni .. oh ye tiket masuk hanya Rm5 sahaja .. boleh lepak lama2 dalam tu dan takde orang yang mengawasi pun , so takdelah ras agerak geri kita di perhati kan .. rimas okey , dah puas melepak kat sini , kami terus shoot ke KEA'S FARM

  • KEA FARM BRINCHANG / ROSE CENTER
Sebenarnya lupa nak amek gambar kat sini , kea farm ni korang boleh beli macam-macam cenderahati , buah mahupun sayur-sayuran .. kami beli strawberry je kat sini dengan buah limau , manis gila limau tu tak rugi beli .. dan di hujung Kea Farm ni terdapat Rose Center , cantik jugak kat sini , dan banyak kedai-kedai yang menarik perhatian ..





maaf la kalau gambar besar gedabak , template ni memang buatkan gambar jadi besar hahadoi , papepun tunggu part 2 plak ,panjang2 diri sendiri pun mnyampah tengok haha ..



12 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Wah teringat kenangan pergi cameron dulu. Pun berhajat nak tulis entry tapi terbengkalai begitu sahaja.. Dah hampir 5 bulan berlalu huhuhu

    BalasPadam
  2. SubhanaAllah cantiknya permandangan kat sana. Ena tak pernah lagi jejak kaki kat cameron ni lagi

    BalasPadam
  3. Memang cantik la cameron highland ni, dah 5 tahun tak kesana, kena plan ngan suami la nak pegi ni

    BalasPadam
  4. rindu nyer aida nak naik CH lagi.
    sekali ajer da gi bwk anak2.
    kena repeat ni ke red stroberi farm.
    bwk ijat sekali petik stroberi :)

    BalasPadam
  5. wahhh, best nya. sy lom prnh pegi lg

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas info. Untuk lebih mudah, boleh cuba tempah tiket bas awal di www.malaysiabus.com. Tiket KTM/ETS juga boleh ditempah secara online!

    BalasPadam
  7. dah lama tak jejak kaki ke sini, bila tgok entry ni mcm teruja nak pergi, insyaAllah one day..

    BalasPadam
  8. Pergi mana2 pun best kan kalau dengan org2 yang kita sayang...

    BalasPadam
  9. Wahh bestnya.. pic semua cantik. last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!

    BalasPadam
  10. Bestnya tengok gambar-gambar..semua menarik!

    Tapi kan ada isu sayur Cameron la pulak...nak pergi tapi tanak beli sayur dia. Hahahh!

    BalasPadam
  11. Mmg ramai yg pilih cameron highland utk bercuti. Hotel jasmine ni pon kalau bwk family ramai yg pilih nak dok hotel ni sbb sini ada bilik yg ada 2 katil queen. Harga pon berpatutan. Selesa la nk tidur.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama