• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Setiap kali tiba bulan Ramadan, pencarian tempat berbuka yang sedap dan berbaloi pasti menjadi keutamaan, biasalah kan sambil kita beribadah kadang-kadang teringin juga makan di luar, lebih-lebih lagi ada anak-anak yang mula berpuasa. Alhamdulillah tahun ni, qaseh berpeluang mencuba Bufet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson

Haaa yang mana mencari tempat berbuka puasa best di Port Dickson, korang wajib masukkan Bufet Ramadan di Klana Beach Resort PD dalam list tau, lagi bagus kalau dapat booking awal-awal sebab harga early bird lagi berbaloi dan murah

Membawa Tema ‘SENJA SERI WARISAN’ - Menu Klasik Warisan Turun-Menurun


Tahun ni Bufet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson membawa tema ‘SENJA SERI WARISAN’ yang mana membawa kita kepada pengembaraan kulinari melalui pilihan menu klasik Malaysia yang melambangkan kekayaan warisan turun menurun. Qaseh memang suka makanan klasik, makanan tradisi ni memang semakin hari susah untuk kita rasai, betul tak? 

Jadi, bila tibanya Ramadan ni teringin nak makan juadah melayu tradisi walaupun zaman makin moden tapi menu warisan turun menurun tetap dekat di hati dan bukan semua orang boleh masak yang sama tau, tapi di Klana Beach Resort PD ni semestinya ramai chef yang power.

Signature Menu di Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD


Kibas Golek Menu Wajib Tiap Tahun

Semestinya menu signature tiap tahun di sini adalah menu yang qaseh nanti-nantikan sebab susah wei nak cari menu ni. Chef-chef di Klana Beach Resort PD yang di ketuai oleh Chef Sarimah telah menyediakan menu unggul iaitu Kibas Golek, menu wajib setiap tahun dan yang paling popular di Port Dickson

Ramai yang ‘curious’ dengan rasa daging kibas ni, sedap ke? Rasa hamis ke? Mana sedap dari kambing?Haaa bagi yang tak pernah makan memang akan tertanya-tanya la kan, macam qaseh dulu la waktu pertama kali nak cuba curious jugak, tapi bila dah cuba SEDAP wei korang. Tak bau hamis atau bau kambing pun walau kibas ni adik beradik kambing heheh, korang kena cuba part lemak-lemak tu yang sedap! Lagi sedap bila makan dengan Sos Mint! Memang serasi bersama


Selain Kibas Golek, ada menu signature lain iaitu Sup Kibas dan Gulai Kawah Batang Pisang. Sup Kibas tu memang one of my favourite lagi-lagi kalau dapat part yang lemak tu ha, fuuhhhh padu, hirup pulak panas-panas. Dan jangan lupa cuba Gulai Kawah Batang Pisang, menu rare ni susah nak jumpa.


Menu Istimewa ‘Warisan Tanah Beradat’ - Killer Menu dari Negeri Sembilan


Bagi yang nak merasa menu original Negeri Sembilan, ni lah masanya! Qaseh orang Terengganu memang tak pernahol` makan masakan sebegini, jadi ni lah keistimewaan pada tahun ini, menu Warisan Tanah Beradat yang korang boleh cuba.

Antara menunya :

  • Rendang Minang Ayam Tua dan Maman
  • Sambal Daun Kayu Tempoyak
  • Rendang Kepayo (Betik)
  • Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam dan Ikan Bilis 




4 Menu Putaran Harian 

Selain dari masakan Warisan Tanah Beradat, ada juga menu-menu lain yang sangat berbaloi dan sedap, seperti Nasi Ayam, Laksa, Mee Tomyam dan lauk untuk nasi tidak akan sama setiap hari tau. 4 Menu Putaran Harian yang merangkumi sajian hebat seperti Rendang Tok, Daging Kerutup, Ayam Opor dan Ayam Ungkep. 






Ulam-Ulaman dan Kerabu



Bagi pencinta ulam-ulaman jangan risau ya, banyak ulam dan aneka kerabu yang korang boleh makan, ada Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Tauge dan lain-lain. Bila ada ulam-ulaman semestinya ada juga aneka sambal, cencalok dan juga budu.









Buah-Buahan dan Pencuci Mulut









Bila dah makan makanan berat, sebagai penutup wajib cari pencuci mulut. Anak-anak memang suka part ni kan, pelbagai pencuci mulut dan buah-buahan di sediakan, air terjun coklat pun ada tau. 

Stesen Masakan Langsung dan Gerai Pilihan 



Yang bestnya mestilah ada stesen makanan langsung dan gerai pilihan. Haaa qaseh memang suka tengok chef masak secara LIVE, dapat masakan fresh dan panas-panas memang lagi menyelerakan. Antara gerai yang ada seperti Somtam, Roti Jala Serawa, Pulut Mangga,  Popia Basah, Roti John, Murtabak, serta Keropok Lekor Picit. Sangat meriah ya. 













Untuk pencuci mulut hidangan klasik pun ada seperti Nekbat, Puding Diraja dan Butir Nangka. Sedapnya Nekbat, lama gila dah tak makan. Yang ni familiar sebab selalunya famous di panta timur hehe. Dapatla lepas rindu. 



Untuk anak-anak, tak perlu risau tau sebab ada juga Kids Stall khas disediakan buat si cilik dengan menu kegemaran  seperti Makaroni Bakar, Nugget Ayam dan aneka jajan. Selain tu turut tersedia minuman sejuk dan juga panas. 


Suasana Hangat dan Mesra 


Satu lagi sebab qaseh suka Bufet Ramadan di Klana Beach Resort PD ni sebab ada suasana tenang, dengan view pantai. Tempat pun luas dan selesa di bawah khemas yang cantik. Parking banyak, toilet dan surau juga tersedia. So, memang sesuai untuk berbuka puasa dengan keluarga dan juga rakan-rakan. Nak lagi best, ada pakej Bufet Ramadan beserta penginapan tau. Haaa meh qaseh kongsikan! 


Harga Bufet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson 2026



Harga Early Bird : RM60.00 (Dewasa sahaja dan sudah dibuka untuk booking)
Harga Normal bermula 21 Februari 2026 : 

Dewasa : RM70.00
Kanak-kanak (5-12 Tahun) dan Warga Emas : RM38.00
Tarikh : 21 Februari - 18 Mac 2026
Tempat : Klana Beach Resort Dickson 

RSVP : Boleh hubungi 06-6487888 atau 
Puan Amalina : 016-6619030 
Encik Misraini : 016-6619050
Puan Ayu : 016-6616089

Tarikh Bufet Ramadan 2026

Bermula pada 3 - 28 Ramadan 1447H
Pada tarikh : 21 Februari hingga 18 Mac

Pakej Istimewa Penginapan - Bilik dan Seminar Ekslusif

(A) 🏨 Pakej Penginapan, Berbuka Puasa & Sahur

Termasuk:
Bilik penginapan 2H1M

Bufet Ramadan dan Sahur

Harga: RM168+ per pax
Penambahan orang:
Dewasa: RM80+
Kanak-kanak (5–12 tahun): RM50+


(B) 🌙 Pakej Penginapan & Sahur

Termasuk:
Bilik penginapan 2H1M

Bufet Sahur / Sarapan Pagi

Harga: RM120+ per pax


(C) 🧾 Pakej Seminar Ramadan (Minimum 20 Pax)

Termasuk:
Bilik penginapan 2H1M
Penggunaan bilik mesyuarat / dewan seminar

Bufet Ramadan + Set kudapan malam +Set sahur
Harga:
RM178+ per pax (penginapan individu)
RM148+ per pax (penginapan berkongsi 2 pax)



So far hotel Klana Beach Resort PD ni okay sangat, so far kitorang selesa stay kat sini, yang penting anak-anak happy, boleh ke kolam dan juga pantai sebab memang sebelah pantai je, so boleh la lepas rindu pada pantai Terengganu hehe. Berbaloi la korang booking bufet ramadan dan penginapan! 


So korang jangan lupa booking nanti okay ! 



Selamat tahun baru semua, alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur, masih lagi sihat walafiat, dapat lagi melihat dunia.YaAllah dah 2026 ya kita, ermm panjang dah perjalanan hidup ni, so macamana kehidupan korang? Qaseh harap semua baik-baik sahaja, hidup ni pun banyak sangat ujian tapi semoga korang yang terasa berat dengan ujian yang menimpa, qaseh doakan yang baik-baik buat kalian dan semoga dipermudahkan segala urusan

Kalau nak ikutkan, banyak sangat benda dalam fikiran ni, banyak sangat benda yang bermain dalam kepala otak ni, macamana masa depan yang akan mendatang, ujian membesarkan anak-anak di zaman kini, kalau fikir boleh jadi sangat lah overthinking sebab tu qaseh kadang cakap dekat diri sendiri, jalani je kehidupan kita seadanya, doa yang baik-baik semoga setiap saat perjalanan hidup ni dapat kita tempuh dengan tenang dan jangan pandang belakang, jangan ulang kesilapan sama

By the way, umur qaseh pun dah nak dekat 40, tapi qaseh rasa 2026 ni qaseh nak sambung lah impian untuk kembali berblog yang tertangguh di azam 2025 hahah, cenggitu la ek, berangan lebih tapi buatnya tidak. Tapi takpe gais, ini lah di namakan tidak putus asa, berhenti sekejap tu untuk berehat, tibeh! Kita cuba la ye

Rania dah sekolah ! 

So, tahun ni dua orang anak qaseh dah bersekolah, Rayyan dah 10 tahun, Rania dah 5 tahun so dah tiba masa untuk Rania bergaul di dunia luar pulak walaupun dia masih ada pelatnya, ermmm. Kalau ikutkan Rayyan dulu qaseh hantar dia sekolah waktu 6 tahun, anak first kan macam awal lagi la nak lepaskan dia hihi tapi Rania ni kita cuba tengok macamana dan qaseh daftar kan dia di sekolah Pasti, doakan semoga Rayyan dan Rania sentiasa dilindungi Allah

Hari ni qaseh merempit je dengan diorang, uruskan pendaftaran sekolah Rania, bayar yuran, ambil baju dan buku teks. Selalunya hencik kyle yang uruskan tapi dia kena kerja. Semoga di perluaskan lagi rezeki suamiku, banyak nak kena bayar yuran semua, semoga berlipat ganda pahala dalam menafkahi anak-anak, tq for everything suamiku. Lebiyu :p

Recap for 2025! 


Tahun ni jugak qaseh malas nak buat video recap macam selalu, hihi faktor usia agaknya tapi nak buat jugak dalam bentuk bergambar je la senang, so here my story sepanjang 2025 yang qaseh sempat jadikan kenangan :)

Januari


Kitorang ada pergi Legoland sambut birthday Rayyan dan semua lah ek, hihi dan memang bulan birthday suami jugak. First time pergi Legoland guna duit sendiri sebab sebelum ni datang ditaja gitu. Hihihi dah jadi blogger pencen dah takde orang nak sponsor :p 

Legoland ni best bila kau berani, haaa boleh la main banyak benda lagi-lari roller coaster. Qaseh memang tak la nak naik benda alah tu, iols cari yang tak membahayakan je hahah, Rayyan cuba cabar diri dia, turun-turun muka sedih hahah tau takut tapi at least dia nak mencuba memberanikan diri. Bagus la tu, jangan jadi penakut macam umi

Tapi sayangnya, semua gambar dan video dalam ipad lama. Kena repair dulu baru boleh amik. Ermmmm



Februari


Sebenarnya tak mampu nak ingat semua, so ingat yang penting-penting je la berdasarkan gambar dalam album. Februari aaaa kitorang pergi PD, ada buffet ramadan di Klana Hotel,alhamdulillah tahun ni pun qaseh join lagi, qaseh nak makan daging kibas lagi! Bulan februari jugak ulang tahun perkahwinan qaseh dan suami heeeee, lepastu first time qaseh makan di Yakiniku, bolehla buat ghaso-ghaso tapi nak repeat tu rasa berat sikitla sebab banyak lagi yang lagi berbaloi i think, ermmm


March


Ooo bulan ni kita raya kan tapi 30 March tak silap, yeyyyy happy boleh balik kampung! Tema kami tahun lepas warna nude, warna cream macam tu and cuba brand Bulan Bintang. Okayla kain dia, design dia cantik cuma tak tahu la muat lagi ke tak, sama ada baju tu makin mengecil atau qaseh yang makin membesar. Of course la baju tu yang mengecut! Huh


April


Bulan april pun masih beraya, qaseh beli baju raya dari Bayu Somerset sebab i know dekat kampung panas nak mampui, hari ke-dua pulak ada hari keluarga, berkumpul ramai-ramai so open space kat kampung panas wak, baju ni sangat selesa untuk cuaca panas, kain dia kain sejuk dan design dia comel, cute macam tu, so for me & Rania okayla. Anak-anak lagi cepat meragam bila cuaca panas ni haaa

Then balik Selangor, Uzu ada jemput open house, kitorang pergi reunion rumah uzu je lah tapi tak semua boleh datang, takpe boleh jumpa yang mana ada. Tq uzu jemput kitorang, tq uzu masak sedap-sedap dan jamu kitorang, tahun ni jemput lagi :p




May


Bulan 5, ada pergi event. Qaseh sebenarnya malas dah nak join event sebab malas nak bersosial, malas nak jumpa orang sangat tapi di sebabkan event ni lumayan jugak so i accept dan jumpa pulak Farah Dafri, lama betul tak jumpa dia, makin cantik! Tq tolong ambilkan video hihi then ada sukan sekolah Rayyan dan btw bulan May, emosi gue menggila ya, aku macam sedih, down ntahlah kenapa, but lepas tu dah okay dah. Nasib baik bukan sebab mengandung ahahaha


Jun


Yeyyy bulan 6 balik kampung lagi sebab raya haji! Rindu la nak balik kg, aku suka balik pastu wajib pergi pantai. Rindunya pantai,yang penting pantai Terengganu bersih and bulan jun jugak my birthday! Tq husband belikan kek & bagi hadiah (kalau tak bagi, merajuk :p)

Bila dewasa ni suka ambil gambar dengan keluarga jugak, at least ada kenangan tapi biasalah ek kadang-kadang depa ni kena paksa baru nak bergambar kecuali yang suka bergambar :p 


Julai


Bulan ni kitorang ada jalan-jalan dekat Sekinchan, lama tak pergi sini, btw cantik Sekinchan ni dengan pemandangan sawah padi tapi tu lah panas berdentum bila tengah hari, so kitorang lepak cafe makan-makan sempena birthday Rania (ada review dekat ig, boleh tengok sana) Henna Cafe. Btw, makanan dia not bad tp i think agak mahal sikit sebab bukan di kawasan bandar, but kawasan dia cantik!

Then pergi kenduri member husband, ada food review, pergi shoot baju untuk review tepi tasik. Kat situ je la wak tempat cantik dan nature. Tempat lain ermmm letih.


August


Bulan 8 ada anak buah qaseh bertunang, so abang, kakak ipar and anak buah datang sini, hari tu aku ada kerja dekat Putrajaya so sempat la singgah lepak dengan diorang jap, semestinya bergambar hahah. Lama weh tak lepas Putrajaya so aku dah makin sesat dengan jalan yang ada. Alhamdulillah esoknya, anak buah aku bertunang, simple-simple je. Diorang pun masih dalam praktikal cikgu. Ye kot praktikal ek, memandai je 

InshaAllah bulan 2 nanti majlis, semoga di permudahkan segala urusan mereka dalam menempuhi dunia rumah tangga. Lepas tu pergi dekat eco grandeur kot untuk shoot review baju, lawa wei kat sini! Untungla yang mana dekat, boleh pergi hari-hari hurmmm 

Lepas tu aku ada try makan dekat Meokja, korean food. Sedap gilos! Bagi tekak aku memang sedap walaupun dia takdela authentic korea tapi kena la dengan tekak melayu. Boleh repeat lagi cuma tu lah semua yang sedap-sedap memang dekaaaaaaaaaattttttttt sangat dengan rumah aku, ermmm



September


Bulan ni aku menuruti kehendak lagi hahah mampui ek, tak la macam ianya satu keperluan untuk aku, so aku beli ipad lagi sebab ipad lama aku dia jadi gelong, macam ghost touch gitu. Aku dah tanya kedai biasa untuk repair tapi tu lah baik beli baru haaaa so aku beli Ipad Air M2, aku tak menyesal upgrade sebab aku boleh connect dengan monitor dan boleh jadikan monitor aku sebagai pc dan aku boleh buat kerja di ipad jugak. Faham ke tidak! Ipad lama aku tak boleh buat macam tu sebab tak support. 

Btw, bulan 9 ni aku takde keluar sangat pun cuma ada la pergi berkelah. Btw, nak pergi tempat lain tapi penuh weh dengan manusia-manusia lain. So, kitorang lepas sungai apa tah namanya dah lupa. Tak mandi sungai sangat pun sebab air deras gila. Takut tibeh kepala air, kitorang bakar-bakar dan main tepi-tepi sungai je. Anak-anak seronok, tu yang penting



Oktober 


Bulan 10 pun rasanya takde keluar sangat kecuali keluar area rumah je la, lepak mamak. Lately ni aku pun sebenarnya malas nak keluar. Kadang anak-anak keluar dengan abah dia je round-round naik motor. Rania lah, ishhh pantang abah dia ada, mesti ajak jalan-jalan naik motor. Tu lah dah abahnya ajar macam tu hahah layan je lah. Takpe, tahun ni dah sekolah haaaa tengok cane pulak. 

Dan aku cuba buat konten masak-masak la pulak, tapi ikut mood jugak sebenarnya. Time aku happy, rajin haaa aku cuba la buat dan salah satu nya untuk menarik client offer task masak-masak heheh dan berjaya tarik perhatian heheh. Untuk review beauty pun aku masih ambil jugak tapi taknak banyak sangat, ada yang paid dan ada yang tak (bila skincare dah mula nak habis boleh la aku try, jimat duit disitu! Tapi aku memang pakai ye cuma bila mood malas, skincare routine pun kelaut macam sekarang!



November


Ada bulan karnival dekat sekolah Rayyan, so join la sekejap, beli kupon, makan-makan dan ada la beberapa acara. Diorang nak tangkap ikan so tangkaplah tapi ikannya non hado :p. Btw, bulan ni aku dikejutkan dengan berita abang ipar aku excident, kena langgar lari. Ermm, spend masa tido Putrajaya jap untuk jaga anak buah aku, tapi tak boleh lama sangat sebab Rayyan ada exam. So far, tak lama kena warded so abang ipar aku boleh balik, okayla alhamdulillah, semoga yang langgar lari tu terima la nasib kau eh, dah lah langgar orang lepas tu lari! Tak ke bodo namanya!




Disember





Know-know dah penghujung tahun, sumpah setahun sekarang ni memang sekejap sangat tapi alhamdulillah dengan apa yang Allah beri, ujian kecil dan sebagainya. Bulan disember or januari selalunya kitorang akan cari tempat untuk cuti-cuti. Disebabkan kitorang ni jenis taknak serabut dengan orang ramai so kitorang memang suka cuti hari biasa bukan pada hari minggu mahupun cuti sekolah. 

Kitorang decide nak pergi Lost Word of Tambun, tahun sebelum Rayyan nak pergi Legoland, so tahun ni bawak diorang pergi Tambun pulak. Rayyan dah pernah pergi waktu kecik, so Rania first time. Dah alang-alang kat ipoh kami pergi tempat yang tak pernah pergi lagi, lepak Tasik Cermin naik bot, jalan-jalan cari makan, dan aku tak habis post lagi semua gambar di ig hahah lantak situ.

So berakhirla sudah tahun 2025 dengan nafas yang masih ada. Tq husband dan anak-anak :) umi sayang semua! Mari kita meneruskan tahun 2026 pulak. Semoga Allah panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar dan berjaya dunia akhirat, ameen












Jom Shopping Kelengkapan Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari | Bila akhir tahun ni mesti semua ibu-bapa akan sibuk kan, kadang-kadang sibuk bercuti, kejar deadline kerja dan bermacam hal. Disebabkan kami dah bercuti awal, so qaseh ambil peluang cuti siapkan awal-awal segala kelengkapan sekolah untuk tahun 2026, tak suka buat kerja last minute gitu

Semestinya store favourite qaseh adalah Pusat Pakaian Hari-Hari, yang bestnya dekat kawasan rumah qaseh ni baru je buka cawangan baru, Pusat Pakaian Hari-Hari Bukit Sentosa, selalunya kami akan pergi di Rawang, agak jauh la sikit. So happy bila makin dekat! 

Shopping Kelengkapan Sekolah Tanpa Rasa Penat 

Sebab utama qaseh suka shopping kat sini adalah qaseh PENAT nak masuk banyak kedai, ni tahun ke-4 qaseh shopping kelengkapan sekolah untuk Rayyan seorang sebab Rania tadika so tak perlu beli uniform sekolah lagi. Tahun ni, qaseh kena tukar semua baru sebab Rayyan cepat betul meninggi so baju seluar semua lama dah tak muat ye walaupun elok lagi tapi tak risau dengan adanya Pusat Pakaian Hari-Hari banyak boleh jimat 

Kenapa Perlu Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari

Bagi yang selalu shopping di sini mesti dah tahu dan seronok kan sebab boleh jimat banyak masa juga, so bagi korang yang tak pernah beli kat sini, jom qaseh  kongsikan


1. One Stop Centre | Semua di Bawah Satu Bumbung

Yes, semuanya ada di sini, dari alat tulis, uniform sekolah, seluar sukan, beg sekolah, kasut, stoking, botol air dan bekal, anak tudung, inner dan banyak lagi.Bagi yang pengawas pun tak perlu risau, ada juga uniform sekolah pelbagai warna, cukup lengkap.

Apa yang korang perlu risau adalah jangan shopping last minute risau saiz habis dan bersesak dengan ramai orang. Walaupun stok di Pusat Pakaian Hari-Hari banyak tapi haaaa jangan menyesal tau.


2. Jimat Duit, Jimat Masa dan Jimat Tenaga 

Jimat duit sebab harga barangan di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat berpatutan lagi-lagi jika korang ramai anak so semestinya banyak yang perlu di beli, betul tak? Kalau seorang dua uniform banyak jugak kos yang perlu di keluarkan tapi kat sini boleh jimat

Jimat masa bila staff di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat membantu, belum sempat masuk lagi staff dah sedia assist kita dari A-Z, siap boleh tahu saiz anak kita,haa sangat berpengalaman dan membantu. So, kalau pergi shopping di sini, jangan sepahkan pakaian tau, staff sedia membantu korang, bagitau je nak apa, okie!

Jimat tenaga bila semua di bawah satu bumbung, tak perlu nak berlari ke sana-sini untuk beli kelengkapan sekolah. Dah siap shopping uniform, boleh sambung shopping alat tulis, botol air, dan macam-macam lagi






3. Barangan yang berkualiti

Lately ni qaseh ada tengok viral, ramai dah mula suka dengan uniform sekolah di sini, lagi-lagi brand Jony & Jeny. Qaseh pun suka sebab kualiti dia bagus, cantik terletak, kemas dan warna biru so tak perlu susah-susah untuk beli nila. 

Untuk seluar sekolah, qaseh selalu beli brand No Problem, tahan lasak, tak berbulu dan luntur warnanya. So far, Rayyan memang dah selesa dengan pakaian yang ada di sini termasuk sekolah sukan dia, banyak pilihan dan design.






4.Pusat Pakaian Hari-Hari dah 35 Tahun dalam dunia fashion

Dalam tak sedar, Pusat Pakaian Hari-Hari dah 35 tahun dalam pasaran, dari tahun ke tahun banyak improvement, kualiti dan pelbagai pilihan yang sangat berbaloi untuk di beli dan lebih 120 outlet di seluruh Malaysia

FREE GIFT


Alhamdulillah lega dah selesai semua kelengkapan sekolah untuk tahun 2026, untuk pembelian Rm30 ke-atas dapat free gift kalendar dan juga towel, di sebabkan ramai dah memborong, free gift towel pun dah sold out gais! Sebab tu, korang kena shopping awal tau, silap-silap saiz pun habis nanti hehe. 












Belanjawan 2026 Malaysia telah dibentangkan, menandakan langkah strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berterusan. Bagi yang terlepas,ini ringkasan lengkap peruntukan, fokus rakyat, pembangunan pendidikan, kesihatan, transformasi teknologi, dan peluang ekonomi yang ditawarkan oleh Belanjawan 2026.

Belanjawan 2026 Malaysia ringkasan peruntukan dan impak rakyat

Jumlah Perbelanjaan dan Defisit

Belanjawan 2026 mencatat jumlah perbelanjaan sebanyak RM470 bilion, menjadikannya belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia.

  • Perbelanjaan Mengurus: RM338.2 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan: RM81 bilion
  • Sumber tambahan: RM30 bilion daripada GLICs, RM10 bilion pelaburan awam-swasta, dan RM10.8 bilion daripada badan berkanun persekutuan

Defisit fiskal dijangka menurun kepada 3.5%, berbanding 3.8% pada tahun sebelumnya, menunjukkan langkah kerajaan yang lebih berhemah dalam pengurusan kewangan negara.

Peruntukan ini merangkumi pembayaran gaji, projek pembangunan, bantuan rakyat, dan inisiatif transformasi ekonomi.

 
Infografik Belanjawan 2026 bantuan rakyat, pendidikan, kesihatan

 Fokus Utama Kepada Rakyat

Belanjawan ini menekankan kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40:

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA): RM100 untuk 22 juta rakyat Malaysia
  • Bantuan Sosial: RM15 bilion untuk STR dan bantuan JKM
  • Program Jualan Payung RAHMAH: RM600 juta untuk mengurangkan kos sara hidup

Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban harian rakyat dan meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Pendidikan dan Latihan

Kerajaan menekankan pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan:

  • Peruntukan Pendidikan: RM66.2 bilion
  • TVET: RM7.9 bilion untuk memperkasakan kemahiran teknikal
  • Latihan Belia: RM200 juta untuk belia tanpa ijazah
  • Pembiayaan Usahawan Belia: RM150 juta melalui BSN

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan peluang belia untuk memperoleh kemahiran relevan dan pekerjaan yang stabil.

 

 Kesihatan dan Infrastruktur

  • Peruntukan Kesihatan: RM46.5 bilion
  • Pelantikan Tetap: 4,500 doktor kontrak dan 935 jururawat
  • Sabah & Sarawak: Peruntukan pembangunan tertinggi – RM6.9 bilion & RM6 bilion

Langkah ini memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan pembangunan infrastruktur yang seimbang di seluruh negara.

 

 Transformasi Ekonomi dan Teknologi

  • Sektor Utama Pertumbuhan: Perkhidmatan 5.2%, Pembinaan 6.1%, Pembuatan 3%, Pertanian 2.2%
  • Inovasi & AI: RM5.9 bilion untuk penyelidikan, pembangunan, dan inovasi
  • Pelepasan Cukai: Sehingga RM1,000 untuk melancong dalam negara

Inisiatif ini menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan memberi peluang kepada rakyat untuk memanfaatkan teknologi dan peluang perniagaan baru.

 

 Alam Sekitar dan Cukai

  • Cukai Karbon: Diperkenalkan untuk industri beremisi tinggi seperti besi, keluli, dan tenaga
  • Cukai Eksais: Dinaikkan 10% untuk minuman beralkohol dan 2 sen sebatang untuk rokok

Langkah ini bertujuan menggalakkan pembangunan lestari dan meningkatkan kesedaran alam sekitar.

 

Reformasi dan Tadbir Urus

  • Gaji Hakim: Kenaikan 30% berkuat kuasa 2026
  • Potongan Gaji Menteri: 20% diteruskan
  • LPPSA: Had pembiayaan dinaikkan kepada RM1 juta

Ini meningkatkan akauntabiliti kerajaan dan menyediakan peluang lebih baik untuk rakyat memiliki rumah.

 Fokus utama rakyat Belanjawan 2026 Malaysia

Kesimpulan

Belanjawan 2026 menunjukkan usaha kerajaan dalam mengimbangi kesejahteraan rakyat, pembangunan ekonomi, dan transformasi teknologi. Dari bantuan harian, peluang pendidikan, kesihatan yang lebih baik, hingga peluang ekonomi baru, belanjawan ini memberi impak kepada semua peringkat umur rakyat Malaysia.









 

Resepi Lala Buttermilk, senang dooh nak buat. Lately ni aku cuba buat content masak-masak pulak di instagram, lols padahal kadang takde mood pun nak masak, tapi lately ni terfikir why not buat je, just for fun, for memories, walaupun content masak ni sangat la penat. Btw, ia takdela penat sangat jika content tu tak perlu ikut skrip, tak perlu ikut guideline yang ergggghh serabutnyaa haaa faham

Tapi bila buat suka-suka ni ia jadi enjoy, record, edit, no hard sell dan post! Lagi pun macam rugi pulak selama ni masak tak pernah record, cuma tu lah content masak ni kena tunggu mood okay dan rajin! Selalunya masak-masak di rumah gilir-gilir dengan suami hihihi kadang dia yang banyak masak opsss

So, ni first time aku cuba Lala Buttermilk, sebelum ni aku pernah buat clam buttermilk so kali ni kita tukar dengan lala pulak, ayam buttermilk pun boleh dan macam-macam lagi kan. Tapi ni bukan resepi aku tau, aku just remake je, tunggu aku jadi chef baru aku buat resepi sendiri :p

Bahan-bahan untuk Lala Buttermilk

  • Lala
  • Butter 
  • Whipping cream 
  • Chili oil / chili flakes
  • Paprika (optional)
  • Cheese (optional tapi letak lagi sedap)
  • Bawang holland 
  • Bawang putih
  • Daun kari 

Cara Masak Lala Buttermilk yang Sedap

  • Pertama sekali panaskan butter. Butter ni bahan penting,kalau tak, idokla jadi nama buttermilk
  • Tumis bawang holland, bawang putih dan daun kari. Bagi layu dan kekuningan 
  • Lepas tu masukkan chili oil atau chili flakes dan paprika. Tumis sekejap bagi serasi
  • Masukkan whipping cream (aku guna dua sebab guna banyak lala)
  • Bagi mereneh jap kemudian masukkan cheese
  • Lepastu masukkan lala
  • Perasakan dengan garam
  • Siap!


Nikmati bersama Mantou Panas


Lala buttermilk ni memang sedap makan bersama mantou, aku beli mantou yang frozen brand Figo —> Mantou Figo, sedap jugak sebab ia crunchy dekat luar tapi lembut je. Anak-anak approve dan suka! Kalau korang takde idea dah nak masak apa, haaaa boleh la cuba! 

Untuk video boleh tengok di video instagram aku okie! 

View this post on Instagram

A post shared by Qaseh Dalia 🇲🇾 (@qasehdalia)

Perjalanan Global Flotilla dari 2008 hingga 2025: misi kapal bantuan ke Gaza, tragedi Mavi Marmara, hingga gelombang terbaru yang libatkan aktivis Malaysia. Assalamualaikum and hi everyone, hari ni rasa terpanggil untuk kongsikan juga di platform blog walaupun sekarang memang aku cuba untuk kongsikan di semua social media, it’s okay jika perkongsian korang dianggap beria, dianggap fomo but at least kita masih ada kesedaran untuk kita kongsikan tentang perjuangan misi Flotilla

Nama Global Sumud Flotilla (GSF) mungkin kedengaran baru untuk sesetengah orang termasuk aku sendiri, tapi disebabkan perkongsian demi perkongsian, alhamdulillah makin ramai yang sedar dan ambil tahu, sebab itu suara-suara artis dan influencer sangat lah penting dalam misi ini yang mana walaupun kita tak mampu berjuang sama tapi kita masih mampu gerakkan jari dan kongsikan tentang misi ini supaya satu dunia tahu

Apa itu Flotilla

Flotilla bermaksud sekumpulan kapal yang bergerak bersama dalam satu misi

Apa itu Sumud Flotilla

Misi ini adalah konvoi kapal antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dikepung dengan simbol solidaritu dan keberanian dunia 

 Mengapa di namakan Sumud

Sumud bermaksud keteguhan atau ketabahan. Ia melambangkan kekuatan rakyat Palestin untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan sekatan dan serangan

Sebenarnya Flotilla dah bermula sejak tahun 2008 lagi sehingga lah perkembangan terkini Global Sumud Flotilla 2025. Jom kita tengok sejarah Flotilla. Perkumpulan flotilla kebanyakannya adalah inisiatif sivik dan solidariti antarabangsa,gabungan aktivis, NGO, pasukan perubatan, pendakwah dan sukarelawan yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza serta memprotes sekatan laut yang dikenakan oleh Israel. Misi-misi berulang ini bermula sejak 2008 dan berterusan dalam beberapa gelombang dengan pelbagai nama, organisasi dan


Sejarah Flotilla ke Gaza

  • Tahun 2008 : Permulaan

Segalanya bermula pada tahun 2008, tak lama selepas Israhell mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza pada 2007. Ketika itu, kehidupan lebih 2 juta penduduk Gaza lumpuh, tiada makanan, ubat-ubatan, elektri dan bahan binaan.

Sebagai tindak balas, aktivis antarabangsa menubuhkan kumpulan Free Gaza Movement dan melancarkan misi kapal pertama untuk menghantar bantuan melalui laut

Dua kapal kecil bernama SS Free Gaza dan SS Liberty berjaya menembusi sekatan dan tiba di pelabuhan Gaza. Ini kali pertama dalam lebih 40 tahun kapal awam berjaya sampai ke Gaza tanpa kebenaran Israhell (LOLS macam lah negara kau nak kena mintak izin kau ek!). So, kejayaan ini jadi titik tolak pada misi Flotilla seterusnya

  • Tahun 2010 : Tragedi Mavi Marmara 

Sedihnya tahun 20l0 ni berlaku tragedi berdarah dan detik bersejarah dalam sejarah Flotilla. Sebuah konvoi besar bernama Freedom Flotilla dilancarkan oleh gabungan aktivis dari seluruh dunia dengan tujuan menghantar bantuan berskala besar ke Gaza namun pada 31 Mei 2010, kapal utama konvoi, Mavi Marmara di serang oleh tentera laut israhell di perairan antarabangsa

Serangan itu menyebabkan 10 aktivis terbunuh dan ramai lagi cedera serta ditahan. Tragedi ini mencetuskan kemarahan global dan membuka mata dunia terhadap kekejaman sekatan ke atas Gaza, walaupun tragis ! Ia menyemarakkan lagi semangat aktivis untuk terus berjuang

  • Tahun 2011 - Freedom Flotilla II 

Selepas tragedi berdarah 2010, Freedom Flotilla ii dilancarkan tapi kebanyakan kapal ditahan di pelabuhan Greece

  • Tahun 2012 - Estelle 

Kapal Sweden dipintas 30 batu nautika dari Gaza.Semua penumpang ditahan dan kapal dirampas, walaupun gagal masuk Gaza, misi Estelle berjaya menarik perhatian dunia kepada isu sekatan dan hak asasi rakyat Palestin

  • Tahun 2013-2014 - Tempoh Senyap dan Perancangan

Tahun-tahun ini menyaksikan kurang misi Flotilla besar-besaran kerana aktivis mula menilai strategi dan keselamatan selepas beberapa kapal diserang. NGO dan aktivis lebih banyak menumpukan kepada kempen politik, advokasi undang-undang dan usaha diplomatik untuk menekan israhell namun rangkaian Freedom Flotilla Coalitiaon (FFC) aktif di belakang tabir untuk misi seterusnya

  • Tahun 2015 dan 2016 - Women’s Boat to Gaza 

Kapal bernama Zaytouna-Oliva belayar dari Barcelona membawa wanita aktivis dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan ahli politik. Tujuan mereka untuk menunjukkan solidariti wanita global terhadapa penderitaan Gaza. Namun misi wanita antarabangsa di tahan oleh tentera israhell dan turut gagal ke Gaza 

  • Tahun 2018 - Al-Awda dan Freedom

Flotilla kembali dengan dua kapal utama Al-Awda dan Freedom yang membawa peralatan perubatan, bantuan kemanusiaan serta puluhan aktivis dari lebih 15 negara. Mereka belayar dari Scandivinia melalui pelabuhan Eropah dan Mediterranean menuju ke Gaza 

Al-Awda dipintas dan dirampas oleh tentera israhell pada 29 julai 2018 kira-kira 49 batu nautika dari Gaza, aktivis dipukul dan ditahan. Freedom pula dipintas pada 3 ogos 2018. Semua bantuan dirampas 

Sedih kan, betapa kejam dan jahatnya israhell ni sedangkan misi ini hanya untuk memberi bantuan kepada Gaza tanpa senjata! Walaupun hampir semua misi dipintas sebelum sampai ke Gaza, tempoh ini menunjukkan bahawa perjuangan Flotilla tidak pernah berhenti termasuk yang kita lihat hari ini di bawah nama Global Sumud Flotilla 



  • Tahun 2025 - Global Sumud Flotilla

Tahun 2025 menandakan kebangkitan semula terbesar dalam sejarah misi flotilla selepas sedekad aktivis seluruh dunia mencabar sekatan laut israhell. Pada 2025, Flotilla bergerak dalam 3 gelombang besar 

Gelombang pertama (Mei - Jun 2025) - Freedom Flotilla dan Greta Thunberg

Gelombang pertama dilancarkan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kembali dengan semangat baru. Apa yang menjadikan ianya luar biasa ialah penyertaan Greta Thunberg yang turut serta naik kapal dan mengetuai misi pertama 


Fakta :
  • Kapal utama :Kapal Conscience, Handala dan Madleen, bermula sekitar Mei 2025 dari pelabuhan Eropah termasuk Sepanyol dan Sicily
  • Misi menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar sekatan laut israhell yang menjerut Gaza sejak 2007 
  • 2 mei 2025 kapal Conscience diserang dron berhampiran Malta ketika dalam perjalanan ke Gaza yang menyebabkan kebakaran dan kerosakan teruk
  • 1 jun 2025, kapal Madleen belayar dari Catania membawa sukarelawan, doktor dan barang bantuan  
  • 9 Jun 2025 Madleen dipintas olwh tentera di perairan antarabangsa, semau aktivis termasuk Greta ditahan 

Walaupun tidak berjaya sampai ke Gaza, gelombang pertama berjaya mencetuskan gelombang solidariti global kerana kehadiran Greta menarik perhatian media antarabangsa dan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas israhell

Gelombang ke-dua (Ogos-September) - Global Sumud Flotilla 

Selepas gelombang pertama di halang, misi flotilla tidak terhenti. Ia kembali dalam bentuk lebih besar dengan nama baru iaitu Global Sumud Flotilla (GSF) Inilah misi paling besar sejak tragedi Mavi Marmara 

Fakta :
  • Tarikh pelayaran bermula 31 Ogos 2025 dari Barcelona, Sepanyol disusuli kapal tambahan Genoa (Itali), Tunis(Tunisia) dan Catania (Sicily)
  • Kapal terlibat lebih 40 kapal dari pelbagai negara termasuk Malaysia membawa bantuan kemanusiaa, ubat-ubatan, doktor, wartawan, pendakwah dan aktivis. 
  • Tujuan untuk menghantar bantuan terus ke Gaza melalui laut dan menyeru dunia agar menamatkan sekatan israhell yang melanggar undang-undang antarabangsa 
Bagi aku misi kali ni betul-betul membuka mata termasuk diri aku sendiri. Global Sumud Flotilla ini bukan sekadar pelayaran bantuan tapi ia menjadi gelombang kesedaran global. Influencer, wartawan dan aktivis yang menyertainya sedikit sebanyak menyedarkan orang ramai tentang misi Flotilla melalui perkongsian di social media.

Ia menunjukkan bahawa perjuangan membela kemanusiaan bukan hanya tugas kerajaan atau NGO besar tapi boleh di gerakkan oleh gabungan rakyat biasa yang bersatu hati. Walaupun kita tak mampu turun pandang tapi kita mampu berkongsi hingga satu dunia tahu. Melihat bagaimana aktivis dari pelbagai latar belakang bersatu di atas satu kapal demi menembusi sekatan yang zalim adalah satu momen yang menyentuh jiwa 

Seperti misi-misi terdahulu, kapal dalam Global Sumud Flotilla juga berdepan ancaman dipintas oleh tentera laut israhell di perairan antarabangsa. Semua aktivis ditahan! Namun semangat mereka kuat dan tidak pernah luntur, mereka lah hero dan heroin dalam misi ini

Gelombang kedua Global Sumud Flotilla 2025 membuktikan bahawa solidariti tidak pernah padam. Penyertaan aktivis Malaysia menunjukkan dunia Islam tetap bersama saudara kita di Gaza, dan kehadiran influencer serta personaliti media menjadikan perjuangan ini lebih dekat dengan masyarakat umum. Ia bukan sekadar pelayaran, ia simbol harapan, keberanian, dan keteguhan menentang kezaliman.

Gelombang ketiga Flotilla 2025 - Perjuangan Yang Belum Terhenti 

Selepas kejayaan dan kesedaran besar tercetus dari Global Sumud Flotilla, perjuangan solidariti untuk Gaza diteruskan dengan lebih besar dan berani melalui gelombang ketiga 


  • Jumlah kapal terbesar, melibatkan kira-kira 9 kapal bantuan kemanusiaan termasuk kapal utama Conscience yang menjadi simbol kepada semangat kemanusiaan global. Ini merupakan jumlah kapal paling banyak yang pernah berlayar dalam satu misi sejak 2010
  • Lebih daripada 500 aktivis antarabangsa dari lebih 45 negara terlibat kali ini termasuk sukarelawan, doktor, wartawan, personaliti media social dengan satu misi jelas, memecah kepungan laut yang menjerut Gaza 

Peranan Malaysia Terus Kukuh

Aktivis dan wakil kemanusiaan dari Malaysia sekali lagi turut serta meneruskan semangat gelombang kedua. Gelombang ketiga masih berjalan dan berlayar ketika keadaan Gaza semakin genting. YaAllah semoga kali ini misi dapat diteruskan dan sampai ke bumi Gaza. 

Dari dua kapal kecil pada tahun 2008 hingga sembilan kapal besar dalam gelombang ketiga 2025, flotilla telah berkembang menjadi simbol keberanian dan solidariti antarabangsa.
Ia bukan hanya tentang menghantar bantuan – ia tentang menyampaikan mesej bahawa dunia tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman.

Perjuangan flotilla belum berakhir, dan selagi sekatan Gaza terus menjerut kehidupan rakyat Palestin, kapal-kapal ini akan terus berlayar. Bukan dengan senjata, tetapi dengan harapan, kemanusiaan dan keberanian.



Hati Berbicara :

Gambar ini di buat oleh Gemini Ai

Percaya lah walaupun kita tak mampu turun berlayar bersama-sama, kuasa juga ada ditangan kita, jangan tuli kan telinga, jangan buta kan mata atas sebab perkongsian kita tidak bermakna! Salah! Setiap. Perkongsian kita adalah bermakna, sebab tu artis dan influencer kena semangat untuk tidak berhenti berkongsi tentang misi ini sebab kamu semua ada ramai follower yang akan bersemangat sama. So, please jangan hanya berdoa tapi turut sama berkongsi hingga bantuan sampai ke bumi Gaza, inshaAllah !



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates