Assalamualaikum ..
Dah masuk Februari baru dapat mengupdate sambutan hari lahir untuk budak-budak Jan ni ha , untunglah ayah dan anak sama bulan , Umi kena cari gigirl lah ni untuk bulan Jun nanti haha . Alkisahnya sambut hari lahir husband , Rayyan dan www.yanty.my , alang-alang sama bulan sambil berjimba dengan diorang .. hurmm lama jugak la tak jumpa tu pun still tak cukup korum , kak Fiza sobsss nak jumpa Noah ! hehe
Fikir punya fikir , mana nak sambut hari lahir depa ni , so terbayang-bayang Meatza dalam kepala hotak , akhirnya buat keputusan kita pegi Cheese Banjir meleleh-leleh gitu , geram je aku tengok makanan-makanan yang ada di Cheese Banjir ni hoi , cheese dia meleleh-leleh tu yang mengundang nafsu dan of course nak cuba Meatza ! Yeah tercapai tak makan meatza neh .. ?
![]() |
| Singgah Bakeri RAK di Bukit Beruntung sat untuk beli kek , eh sambut birthday memang kena ada kek ke ? haha sukahati :p |
Gerak dari rumah lepas Zohor sebab paling jauh dari Cheese Banjir kena gerak awal haaa tapi orang jauh yang sampai dulu nih , eh nak kena babab nih :p.. Sambil-sambil tu tengok persekitaran kedai sangat santai dan relax , mula-mula masuk ada beberapa pelanggan tengah menjamu selera , tak lama tu eh makin ramai pulak yang datang , nasib baik dah reserve tempat awal-awal .. tq so much Abg Mamu tapi takde jodoh nak jumpa .. next time inshaaAllah :)
Kemudian sampai lah ahli-ahli mesyuarat tingkap haha , tq Kaksue , Abe Eddie , Ty , Fida , Abe Que dan Cikma sudi datang jugak walaupun sendiri bayar haha dapat banje kek je dan tq Kaksue sponsor Pavlova mix fruit dan Lemon , akhirnya yeahh menjadi jugak dan sedap sangat yang perisa Lemon sebab lain dari pavlova lain .. Sangat sesuai di gabungkan manis dan masam hohoho chaiyok2 kaksue
| Seriously sedap gila weh , kalau korang nak order boleh buat tempahan di whatsapp : 0179397536 , cod Putrajaya dan sekitar sahaja |
| Acah-acah malu padahal bila nampak henfon lupa Umi terus , tq Rayyan kerana always behave .. good boy ! |
| OMG tak dapat nak handel dua anak-anak ini kalian , macamana nak bagi adik kat Rayyan ni haha .. sian Humaira baru bagun tido so mood dia masih ke laut lagi |
| Haaa jeles letewww ~ |
Mana nak sambut birthday di area Cheras ?
Korang kalau tak tahu mana nak sambut birthday , boleh je sambut di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni , tempat pun relax dan santai .. makan pulak cheese tarik , meatza dan banyak lagi makanan best-best kat sini tau ~ yang pasti sangat sedap ! OH YE pada korang yang tak boleh lari dari nasi haha jangan risau ada asam pedas memang kaw betul wei , tapi kena tahan pedas lah kalau tak nangis huuuuu .. pedas yang sedap lah ~ tengoklah antara menu-menu yang kami makan , sowi aku dah lupa nama makanan-makanan ni semua ~
| Sambil menunggu makanan tiba , korang di sediakan keropok moni.. sambil2 bermesyuarat tingkat tak sedor dah licin haaa |
| Asam pedas ni , satu mangkuk boleh kongsi dua orang sebenanrnya sebab portion dia besar dan banyak jugak weh , melainkan kau memang sejenis yang makan banyak hihi |
Okay menu ni aku nak cuba sangat , nama pun agak unik dan menggiurkan .. aku order untuk personal (4slices) tapi boleh makan dalam 3 orang sebab Meatza ni tebal gila daging dia , memang mengenyangkan lah wei korang .. Sedap ke tak ? mestilah sedap sebab tu berbaloi datang sini .. Jangan lupa tau order dan cuba sendiri Meatza bila datang di Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni tau .. bawak family , anak bini semua pakat try rasa haa githewwww
Last but not least , marilah kita bergambar kenang-kenangan di sini sebagai satu memori agar nanti bila di hari tua kita dapat mengenang kembali waktu-waktu kita bersama .. tq korang :) just take care walau di mana pun korang berada .. love u guys , kak Fiza also , blogger friend yang dah lama bersemadi dalam hati ni .. kadang gaduh , kadang terasa hati , tapi tu biasa dalam persahabatan hope yang buruk-buruk kita lempar jauh .. sebab kenangan manis dah banyak kita ukir bersama .. :)
| Kesian ~ terpinggir hahah |
| Paling lama tak jumpa Abe la kot .. nanti kitorang p sana , inshaaAllah kami melawat rumah baru abe haha jangan lupa air kosong je untuk Ty ok ! |
Alamat : Lot G10 , G ,Jalan 1/76 Desa Pandan , 55100 Kuala Lumpur
Sebelah Shellout (waze je cheese banjir )
Waktu Perniagaan : 10.30 am - 10.30 pm setiap hari
Parking : Boleh parking depan area kedai atau basement (sejam pertama percuma) kedua dan seterusnya RM1



















