• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum semua , korang dah siap ke persiapan raya ? eh eh Ramadhan pun belum habis sibuk fikir pasal raya ~ dah tu takkan nak beli baju raya time khutbah raya kot , ahaks ! 

Nak kongsi la persiapan raya aku tahun ni , fuh fuh tarik nafas panjang sebab tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya .. apa yang beza ? kalau tahun lepas kan aku hanya beli baju raya secara online je , baju Rayyan pun mudah nak cari sebab waktu itu dia masih baby lagi , so banyak je baju-baju raya yang boleh beli secara online , dan tahun lepas aku just beli couple set Rm150 so dapatlah jubah untuk aku , dan kurta untuk suami .. 

Kali ni malas pulak nak beli online , konon-konon mungkin perjalanan raya kali ni pun smooth je haha , suami pesan cari yang aku dulu , paham2 lah pompuan ni so korang pun faham-faham lah perangai perempuan macamana kan .. :p 

gambar hiasan 

So mula-mula aku pergi Shah Alam konon nak beli kat Jakel je , macam banyak je yang menarik takkan takde satu pun kan yang berkenan , maka pergila si qaseh , suami dan Rayyan ke Jakel Shah Alam , oh ye , niat aku kali ni malas nak cari jubah sebab tertarik tengok orang lain pakai baju dan kain , ala yang kembang-kembang gitu haha .. tapi ada beli kurta Yusuf Iskandar kat sini untuk Rayyan.

Bagaimana Caranya Untuk Merangsang Memori dan Pembelajaran Anak-Anak | Bila dah jadi ibu ni baru lah qaseh tahu betapa mencabarnya untuk membesarkan anak , ibu mana yang tidak mau anak mereka kekal cerdas dan cergas dan membesar dengan perkembangan yang bagus .. of course semua ibu mahukan anak mereka macam tu kan ..


Tapi kadang-kadang masih ada ibu bapa yang mengambil lewa terhadap perkembangan otak anak-anak , mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan harian .. huh qaseh pun tak terkecuali , ada masa terlepas pandang dengan benda-benda macam ni .. sedangkan perkembangan otak anak - anak sangat penting dan perlu di rangsang sepenuhnya bagi meningkatkan daya memori dan juga pembelajaran mereka ..

Ramadhan 15 | last entry haritu Ramadhan 10 ayoyo tak sempat nak kejar huhuhu , Rayyan demam tak de masa nak berblog kena tumpu kat dia je sebab tidur malam pun terganggu , tak berapa lena sangat tapi alhamdulillah demam dia dah takde tapi selsema pulak muncul .. alahai kesian anak Umi !

So semalam menu berbuka puasa , aku buat Sup Tulang .. suami tanya ada teringin nak makan apa-apa tak bulan Ramadhan ni , kalau ikutkan semua benda nak makan hahaha , tapi teringin nak makan sup tulan / singgang tulang .. so terus dia pergi cari tulang .. yeahhh tq :p mudah je rupanya buat sup tulang ni , guna je lah sup bunjut kikiki

Bahan-bahan

  • Tulang (yang ada isi sikit-sikitla , kalau takde isi nak makan macamana ahaha)
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah 
  • Bunga Lawang 
  • Daun Bawang


Cara - cara

  • Tulang tu kena rebus sampai daging dia empuk  , di rebus dengan halia dan juga bawag putih (halia dan bawang putih tu di ketuk-ketuk je)
  • Bila dah daging lembut , air yang kita rebus tadi jangan buang sebab air tu lah di jadikan kuah , kalau kering boleh tambah sikit air lagi , dan masukkan rempah sup tulang , tak kisah lah apa brand 
  • Sementara tu , tumis bunga lawang , bawang merah yang di hiris , dan juga halia , tumis bagi naik aroma , jangan sampai garing k 
  • Masukkan tumisan tadi dalam sup tulang , masukkan garam dan last step masukkan daun bawang . siap ! 

Salam ramadhan semua , cepatnya masa berlalu , ramadhan tahun ni banyak betul ilmu yang masuk , ilmu mende ? ilmu tentang benda-benda yang berkhasiat tapi selama ni tak pernah tahu pun .. so setiap benda yang best-best mesti aku akan kongsi dekat korang melalui blog ni la .. hari ni aku nak share pasal Apple Cider Vinegar atau bahasa mudahnya orang selalu panggil cuka epal ..

Selama ni pernah lah jugak aku dengar pasal Apple Cinegar ni , tapi tak tau mende pun ingatkan macam cuka biasa je hehe (kot-kot boleh buat ''colek'' buah haha tapi bukan .. hari tu pun aku ada buat survey dekat fb ada tak yang menggunakan Apple Cinegar dalam kehidupan harian mereka , tapi krik-krik je , maknanya ramai jugak la yang masih tak tahu khasiat cuka epal ni sebenarnya .. hurm tapi takpe aku akan share bagi korang terus g beli , murah terlajak rupanya cuka epal ni.

Apple Cider Vinegar keluaran Surya Malaysia ni ada campuran madu , so rasa dia takde la masam sangat , masam-masam manis macam tu , kalau korang memang nak sangat turunkan berat badan atau pun diet , cuba amalkan ni sebagai minuman .. dan banyak sangat kelebihan Apple Cinegar Vinegar ni .
Assalamualaikum di tengah malam , sambil mendengar lagu ''wake me up when september ends'' , malam ni tetiba terasa sayu hati , terdengar berita sedih , walaupun tak pernah mengenali tetapi terasa sesuatu dalam hati , betapa berat ujian orang lain yang harus di pikul sedankan kita sering mengeluh dengan kesakitan yang sedikit cuma , bersyukur ? adakah lebih dari mengeluh ? atau mungkin mengeluh lebih besar  dari perkataan syukur ..

Bila terdengar sesuatu tentang kematian , tetiba rasa takut , takut sangat sehingga kadang menangis dengan harapan segala dosa-dosa terhapus mudah .. senang hidup kau dengan tangisan mampu menghapus segala dosa .. Allahu , semoga kematian kita dalam keadaan yang menggembirakan

Untuk setiap hati yang sedang menanggung beban yang tersangat pedih , semoga di permudahkan segala urusan .. untuk jiwa yang sedang bertarung dengan sesuatu yang sukar di nyatakan , semoga di lapangkan dada untuk mencari petunjuk dari terus di belenggu , untuk perasaan yang masih samar dengan pilihan di hadapan , Allah ada ~ mengadu lah pada DIA dengan sesungguh-sungguh doa .. Allah dengar


Ada ketika aku alpa dalam hidup dan kian hanyut , terkadang mengeluh bila di uji , terkadang lupa bersyukur dengan rezeki yang sedikit ,, betapa aku masih gagal dalam menjadi hambaMu , betapa aku masih seorang pendosa .. terima kasih atas nyawa yang masih di pinjamkan .. 
Althea's Raya Giveaway Festival | Haip-haip dah shopping raya ke uols , amboi laju ye bab shopping raya ni tapi jangan lupa shopping MAKEUP RAYA juga ! pakaian dah lawa dari kasut hingga ke tudung tapi tengok wajah kusam je , tak ngam lah dengan baju yang lawa-lawa  uols tu kan ..

Sejak nak masuk umur 30- an ni makin lama makin suka sangat tengok barang-barang mekap , dan kadang sejam duduk depan laptop semata -mata tengok tutorial mekap , tapi tak guna jugak kalau takde barang mekap kan haha.. macamana  nak praktis ? so bab-bab shopping mekap ni aku tak risau sebab tak perlu bersusah payah keluar pergi mall sebab ALTHEA kan ada .. aku memang suka shopping kat sini sebab banyak promosi dan of course la semua dari  Korea


Bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi , ALTHEA ada mengadakan satu giveaway yang best buat korang iaitu Althea Raya Giveaway Special , apa yang menariknya tentang giveaway ni ? setiap pembelian di Althea korang akan dapat hadiah percuma yang ada dalam gambar kat bawah ni or boleh klik http://my.althea.kr/raya-giveaway-festival tapi terhad 1 hadiah percuma sahaja bagi setiap customer

Yang pasti hadiah percuma ni bukan sample okay , semuanya full size .. memang best gila hadiah yang Althea nak bagi ni weh .. tak rasa rugi ke kalau tak beli ? haa 

The Limited Edition Box 

lagi satu sempena Ramadhan dan raya , bila korang shopping di ALTHEA , korang akan dapat LIMITED EDITION BOX , kali ni warna hijau ! yeahh sebelum-sebelum ni aku dah ada 3 box pink .. tak sabar nak dapat warna hijau pulak .. box ALTHEA memang cantik dan berkualiti .. 


Yeah tak sabar nak pelok ketat-ketat box hijau pulak ! nak tau apa aku shopping di ALTHEA kali ni haaa tunggu tau ! kita pun nak jugak hadiah percuma :p

Website : http://my.althea.kr/
lagi mudah kalau korang download je app ALTHEA di fon tu ha :) jom shopping !



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates