• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ,

Carbon Peel Laser di VIPPS Clinic Koreana Sunway Nexis Kota Damansara | Holla semua ! Kali ni qaseh nak cerita pertama kali buat treatment menggunakan kaedah LASER , sebenarnya baru je balik dari Melaka , tak sempat sampai rumah terus datang Vipps Clinic Koreana ni , memang tepat pada masanya sebab kat Melaka sangat panas dan memang lah sunburn kulit haaa , dapatlah repair , putihkan dan manjakan balik kulit muka kat sini .. pengalaman ? fuh best gilos sampai tertido ! sebab apa ? haa baca sampai habis sebab qaseh nak bagi gift kat korang semua .. dan  yang pasti sangat berbaloi 

kat sini doctor sendiri yang akan buat treatment , memang berkelulusan dan di iktiraf.. tambahan lagi produk kat sini menggunakan produk dari Korea , haa produk Korea memang sangat bagus uols .. dan waktu qaseh datang agak busy dengan customer lain .. nampak tak betapa larisnya vipps clinic ni , btw tq so much untuk layanan VVIP gitu.

Jadi banyak je rawatan yang korang boleh pilih kat sini , kena tengok lah kondisi kulit korang macamana so doctor akan tengok kulit korang dan bagi rawatan yang sesuai dengan kondisi kulit .. jadi qaseh buat rawatan memutihkan gitu haaa iaitu Carbon Peel Laser , rawatan ni selain dapat memputihkan kulit korang ia boleh membersihkan kulit , mengurangkan kulit yang tak sekata lebih2 lagi yang pakai tudung tu haa memang tak sekata warna kulit , selain tu boleh menghilangkan jeragat dan pigmentasi , mengurangkan kedutan dan banyak lagi kelebihan ni .. so meh tengok semasa rawatan Carbon Peel Laser ni 

First Step
Mula-mula muka akan di bersihkan , almaklumlah pergi dengan mekap tebal seinci , so wajah akan di bersihkan dulu sesucinya .. lepastu muka akan di sapukan Carbon , carbon ni la yang akan di laserkan untuk second step nanti .. sebab tu bau agak hangit semasa buat rawatan laser.. tapi jangan risau lah tak terbakar nya kulit muka korang haha

Ni lah gayanya bila dah di sapu dengan Carbon , cute kan iols macam dayang senandung .. ooo perli ek takpe takpe , bila dah di laserkan dayang senandung bertukar jadi princess okey !

Second step
Bila dah di sapu dengan carbon , masa untuk buat rawatan menggunakan kaedah laser , doctor akan sumbat telinga dengan kapas sebab semasa rawatan ni akan bunyi pup pap pup pap macam mercun bawang gitu , lepas tu keluar asap sikit dan percikan api , tapi tak perlu risau ia tak membahayakan langsung .. tak percaya tengok la muka iols rileks je dalam video ni haa , video ni masa tengah di laserkan .. nampak tak asap tu , then bau hangit sikit haha .. kembang kuncup hidung ku 

Seperti yang di janjikan .. ni video semasa treatment semalam.. (whitening) vip-carbon peel laser treatment. Kadang bila bunyi laser2 ni macam menyakitkan je kan ? Tapi sebenarnya tak sakit langsung cuma terkejut sebab bungi pop pop pop tuh haa , yg ni di lakukan oleh doctor sendiri dan pasti nya berkelulusan okey , jangan risau. So tak sempat sunburn kulit muka terus putih balik , kesannya selepas sehari buat treatment kita dah boleh nampak putih dr biasa .. ni step kedua lepas sapu carbon tadi di @vippsclinic_kd Best! So now ada PROMOSI dari harga RM600 korang dapat RM188 untuk Peel Carbon Laser + free snow white facial #vippsclinickd #peellasercarbon #vippsclinic #sunwaynexis #brightening #letspretty #jomcantik #laser ##qasehdaliadotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #vsco #vscocam #art #travel #quote #igersmy #igersganu #instafemes #blogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger
A video posted by Qasehdaliadotcom (@qasehdalia) on Dec 7, 2016 at 9:19pm PST

Bila dah laser , Carbon tu semakin hilang .. 


Sakit ke guna kaedah laser ?
Mesti ada yang ngeri kan bila dengar ''laser'' , sebenarnya tak sakit langsung , cuma rasa terkejut sebab bunyi tu je , lepastu rasa panas-panas sikit .. thats all babe , nak cantik kan kena tahan la sikit , kalau yang jenis melatah tu kena tahan sikit lah haha .. tapi memang qaseh cakap jujur tak sakit pun heheh 

Last step
Yang last step ni qaseh tak tahan , bukan sebab sakit ke apa tapi tertidur sebab masker Mint ni sejuk sangat ! yaAllah sempat lagi aku tidur , sebab tadi laser tu kan panas-panas so bila sapu masker ni fuhh syiok amat , dalam 20 minit jugak untuk cool kan balik kulit muka .. so rawatan ni mengambil masa dalam 1 jam lebih jugakla .. tapi sangat relaks ~ kalau tak takdela den tertido oik .. 




HOT PROMOTION

So pakej yang qaseh buat kat atas tu harganya dalam RM600 , jadi sempena promosi hujung tahun , VIPPS dengan baik hatinya membuat promosi gila-gila sale ! hanya RM188 je uols + free snow white facial lagi .. fuh rugi kalau korang tak pergi buat .. sangat rugi ! 



Dan satu lagi dengan murah hatinya qaseh nak bagi Voucher ni kat korang semua , banyak tu RM200 untuk treatment yang tertulis di voucher ni haaa .. so takyah segan-segan sila save voucher ni sekarang ok 


Maklumat Lanjut

VIPPS KOREANA CLINIC KOTA DAMANSARA
Alamat : Sunway Nexis, D-G-11, NO.1,Jalan PJU 5/1, Kota Damansara
Petaling Jaya, Malaysia
Webiste : http://www.vipkoreana.com
Facebook : https://www.facebook.com/vippskoreanaclinickd
Instagram : https://www.instagram.com/vippsclinic_kd

Contact : 016-332 0701
Assalamualaikum , holla semua ! pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember , bermakna 1 bulan lagi 2016 bakal berlalu pergi dan 2017 selamat datang ~ 

By the way tak tahu lah nak coretkan apa , malas nak meluahkan isi hati tapi rindu dengan sentuhan peribadi .. kita coretkan lah sedikit untuk kenangan di masa yang akan datang , untuk diri sendiri hehe .. omong kosong  di malam hari yang sejuk , flashback benda - benda yang dah berlalu pergi .. syukur alhamdulillah masih di panjangkan umur hingga ke hari ini..

Dalam hidup setiap orang pasti banyak kenangan , tak terkecuali aku ~ tak terkecuali kamu , tapi adakah selamanya kenangan itu untuk kita ingati ? 2014 banyak hal-hal yang menyedihkan aku .. kesilapan dan kebodohan yang aku sendiri lakukan .. tapi andai ALLAH telah menakdirkan sebegini , alhamdulillah aku terus redha dan nampak sedikit demi sedikit hikmah yang ada .. benar kata seseorang perancangan Allah itu lebih baik dari rancangan kita .. kita rasa apa yang kita rancang itu akan membahagiakan kita tapi sebenarnya kita lupa bahawa kita ni berada di bawah lembayungNYA , so siapa kita untuk melawan segala aturanNYA ? kadang-kadang perancangan kita terlalu banyak KHILAF hingga Allah ubah kepada apa yg dirancangNYA lalu perjalanan kita tampak sempurna dari hari ke hari walau pada awalnya sakit..

2015 , Allah gantikan kesedihan dengan hadiah yang tak ternilai , di saat ramai hambaNYA yang merintih merayu untuk dapatkan zuriat , aku mendapat apa yang tak dapat di beli dengan harta benda .. Allahu walaupun aku tahu aku bukan lah hambaNya yang layak beroleh kerna aku tahu aku bukanlah hambaNYA yang sempurna yang penuh khilaf , di saat aku kesunyian di belenggu dengan pelbagai persoalan , bercampur dengan segala emosi ~ ALLAH dengar doa aku .. Dia kabulkan doa aku , doa untuk aku melihat dengan jelas takdir yang aku dapat .. dan Rayyan terima kasih kerana hadir dalam hidup Umi dan Dedi , pengerat kebahagiaan kami.

Dan tahun ni , 2016 di saat penghujung tahun .. teringat kembali memori-memori lama seakan ingin kembali untuk membetulkan segala kesilapan , tapi aku sedar hari ini bukan lah dunia khayalan doremon yang penuh fantasi .. aku cuma harap hati aku lebih kuat untuk mengawal emosi sendiri , kuat untuk tidak mudah terbuai dengan benda-benda yang telah berlalu ~ kerana aku ada dua orang hero yang perlu aku jaga , dua hero yang satunya syurga aku , dan satunya aku lah syurga dia .. suami dan anak .. tq always ada di saat aku pernah gila dengan perasaan , di saat aku tidak matang , di saat aku terlalu lemah , walaupun aku kadang tak selalu ada dan terlalu ego dengan benda yang ntah apa-apa. InshaaAllah susah senang bersama .. 

Dan untuk tahun yang akan datang , azam aku ialah aku nak benda-benda happy je sepanjang jalan walaupun sebenarnya itu adalah mustahil , kerana kita hambaNYA yang takkan terlepas dari ujian , sama ada kecil dan besar tapi InshaaAllah akan lebih matang dalam berhadapan dengan semua benda .. dan jadi isteri yang lebih baik buat suami , dan haruslah jadi Ibu yang power buat Rayyan .. supaya hanya aku jadi idola diorang berdua ahaks ! 

Kepada yang masih belum MOVE ON dengan masa lalu hingga tak dapat mencari kebahagiaan diri sendiri ~ berhentilah dari terus menyakiti hati sendiri , sampai bila harus begitu ? kepada yang sedang di uji dengan ujian yang sangat berat di ketika ini , sabar lah ~ pasti ada hadiah yang tak ternilai esoknya .. brsangka baik dengan segala perancangan Allah , percayalah akan ada pelangi yang akan muncul 
hidup itu salah satunya adalah tentang pengalaman, kita akan terus mengalami hal-hal yang menyenangkan atau sebaliknya, namun kita tidak akan benar-benar hancur.
Penyesalan-penyesalan, sedih, luka di masa lampau mungkin manusia memang perlu merasakan hal-hal itu.
Assalamualaikum dan holla buat semua .. sihat ke ? harusla sihat dan bersemangat nanti boleh pergi ke MAHA 2016 .. kalau tak pergi rugila uols , sebab apa ? haaa banyak tawaran hebat di sana lebih-lebih lagi tawaran hebat dari Jus Qalbi Al-Ehsan ! Tahu tak Jus Qalbi ni banyak sangat kelebihan dan kebaikan nya .. tak tahu ? haa ni qaseh nak bagitahu hangpa semua yee .. so nanti pergi ke MAHA booth pertama korang kena singgah semestinya booth Jus Qalbi Al-Ehsan ni.


1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.


SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

  • Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.�
  • Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
  • Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

 FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K

KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala.
  • Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 
Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.




Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/

Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan
Assalamualaikum ~ holla semua , bila cerita tentang travel ni , ada ke orang yang tak sukakan travel ? Fuhh sangat rugi jika ada antara korang tak sukakan travel ,pergi  bercuti melihat sesuatu yang baru , keindahan yang memang takde di tempat korang .. belajar dari setiap perjalanan omg travel adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan ..so macam agak pelik di situ jika korang tak gemarkan percutian .. ohhh yaaa  mungkin korang sebenarnya sangat minat travel ! tapi kekurangan wang / bujet macam qaseh haha .. tapi jangan risau setiap masalah ada jalan penyelesaiannya ~ malah dapat travel free lagi uols~



So semalam qaseh berkesempatan menghadiri Grand Launching Tourist Guide di Westin Hotel yang buat pertama kali nya www.touristguide.com.my di rasmikan yang di hadiri oleh tetamu kehormat ,Mr. Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY) , Mr. Mohd Akbal Setia (Director , Tourism Malaysia) , Mr. Azlan Hussain (Presiden of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA) dan Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)


Apa itu TouristGuide??

Yang pasti TouristGuide bukanlah satu rangkaian MLM kerana pendaftaran di laman web touristguide.com.my adalah FREE , so cepat-cepat register okay, dan ia sebenarnya satu platform yang sangat bagus kepada traveler kat luar sana yang mempunyai impian untuk travel di tempat-tempat idaman dengan bujet yang sangat rendah , maknanya di sini traveler takde masalah dari segi bujet yang tak mencukupi .. dengan touristguide ni korang mampu menarik nafas lega dari segi penginapan di hotel ,tempahan penerbangan , pakej pelancongan dan banyak lagi lah dengan Diskaun yang sangat berbaloi wa cakap lu .. haa 

Mungkin korang ada yang pernah dengan tentang TouristGuide ni dan juga baru pertama kali tahu tentang web ni , yang sebenarnya TouristGuide sudah 5 tahun berada dalam dunia pelancongan dalam talian dengan misinya ''Build The World’s Largest Travel Network'' memang banyak memberi kemudahan traveler di luar sana mendapat diskaun yang super hebat , so bila korang mendaftar di web touristguide.com.my korang akan mendapat mata yang tidak terhad ,, dengan mata tu semua korang akan dapat lebih diskaun malahan travel free dari TouristGuide ! wahhh best kannn ..tapi kalau tak daftar sekarang tak guna jugak kan... haha dan sekarang jugak sale telah berlangsung di web touristguide.com.my

Promosi Hebat sehingga 30 November

Travel Period : 1st April 2017 - 31 March 2018 (except public holiday)





Kesemua kat atas ni promosi /sale yang tengah HOT di web touristguide.com.my TAPI untuk dapatkan pakej-pakej yang ada ni haruslah korang REGISTER dulu , FREE je uols register sahaja .. semudah ABC dapat mata .. nah link untuk korang daftar →→→  http://touristguide.com.my/register

Haaa amacam korang ? teruja tak nak travel lepas ni dengan kemudahan yang sedia ada .. dalam masa yang sama korang dapat jimat masa mencari pakej-pakej murah , jimat duit dari segi tiket penerbangan , tempahan hotel dan sebagainya .. dan dengan mata yang korang ada nanti korang boleh redeem untuk travel FREE dengan touristguide .. !! oyeahhh thanx to TravelGuide untuk peluang berbaloi ni .. pertama di dunia .. 

INFO LANJUT

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)

Suite A25-3A,

Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
 Selangor Darul Ehsan
Toll Free : 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)
Email : contact@touristguide.com.my

http://www.touristguide.com.my/
https://www.facebook.com/myTouristGuide/



Assalamualaikum ~ Holla korang semua ! Kali ni aku berkesempatan food review di  Pretz n' Beanz Cafe bersama beberapa blogger lain yang terletak di Solaris Mont Kiara .. by the way , jika korang tetiba rasa nak makan sesuatu yang santai-santai , relax , dah jemu makan nasi dan makanan berat .. Cafe Pretz n Beanz adalah pilihan yang terbaik , kerana kebanyakan makanan kat sini walaupun ringkas tapi sangat mengenyangkan dan berasaskan roti sebagaimana nama nya Pretz yang bermaksud produk roti yang di bakar dari adunan doh , yang berasal dari Eropah ~

Selain dari makanan , dekorasi dalam cafe sangat memainkan peranan penting bagi aku , tu antara benda ke dua yang aku tengok , yelah kan kalau nak makan , haruslah suasananya tenang , tak panas dan yang pasti tak terlalu sarat dengan dekorasi , so far deko dalam cafe ni sangat menarik , simple but nice.. so relax ~ mau berjam jugak lepak kat sini kan .. haha 

 When you need a break, come on over to Pretz n' Beanz, and let the warm, sweet aroma of love and passion wafting out from kitchen revitalize your senses and soothe your soul. Rekindle old friendships and make new ones over a cuppa gourmet coffee and delicious pretzels. Find the inspiration you need at Pretz n' Beanz.
 meja kayu dia klasik je .. 
 Antara deko dalaman cafe Pretz n Beanz , kalau tak suka makan kat dalam , boleh juga makan di luar cafe ..
Sekarang , menu dah ada di depan mata so apa lagi tunggu ~ kita tengok apa menu utama dan special nya kat sini .. dan yang bestnya ada promosi hebat untuk korang semua .. baca lagi tau ~ konfirm menggiurkan punyalah heheh

Menu Utama 


  •  Anything Pretzel - Pretzel Tower (Mini / Regular Tower)
So nah ! Menu utama kat sini haruslah Pretzel , a lot of pretzel here sampaikan korang akan pening nak makan mana satu , dalam banyak-banyak pilihan yang mana terdiri dari Original , Plain , Cinnamon Sugar , Sesame Sugar , Seawed , Poppy seeds , Basil Cheese , Parmesan Cheese ,Choc Cookie Crunch dalam tiga size iaitu  Mini Pretzel , Pretzel Tower and Giant Pretzel .. banyak kan pilihan yang ada kat sini , dan hari tu kami memilih Pretzel Tower

Pretzel Tower ni ada dua pilihan sama ada korang nak MINI TOWER ataupun REGULAR TOWER, apa pulak perbezaan nya ? Ok kalau korang pilih mini , korang akan dapat 6 mini plain pretzel bersama 4 dipping sos(RM19)  dan untuk regular tower terdapat 12 mini plain pretzel bersama 9 dipping sos(RM35).. aku rasa satu tu pun dah cukup mengenyangkan weh dengan sos-sos yang di sediakan memang sedap ! lagi-lagi cheese sos .. uihh memang lazat dan berkrim gitu haa


 


 9 sos ni terdiri dari kuah kacang , Coklat , Caramel , Cheddar Cheese , Cream Cheese , Passion Jam , Tomato Salsa , Nutella dan Sour Cream Onion.

  • Filled Pretzel - Cheesy Chili Chicken
Menu kedua yang kitorang rasa adalah Cheesy Chili Chicken , kat dalam ni ada ayam dan rasa la pedas-pedas gitu , not bad .. dan harganya hanya RM11.50 , selain dari tu terdapat pilihan lain iaitu BBQ Frankfuter , Sweet Potato , Pepperoni Beef , Apple Cinnamon ,Jumbo Chicken Hot Dog dan Jumbo Cheesy Chicken Hot Dog.



  • Pretzel Pizza - Smoked Salmon
Menu ketiga kami adalah PIZZA , yuhuuu kat sini pun ada pizza tau korang , dan lagi banyak pilihan pizza yang ada kat sini , tak tahu nak pilih apa akhirnya kami pilih Smoked Salmon Pizza (RM16.50) , fuhh merecik dia punya kesedapan tu .. selain tu antara yang sedap kat sini adalah Tomyam Seafood Pizza .. next time aku nak try sebab ada kawan cakap pizza tomyam kat sini lagi sedap .. size pula terdapat dua pilihan iaitu personal size , 7 inchi , dan regular size 10 inchi .. nanti jangan lupa ketiga-tiga menu yang ada kat sini tau ,, pilihan di tangan anda .. hihi


 
Warghhhhh tak tahu nak makan yang mana satu weh , semua sedap - sedap .. nanti jangan lupa order Christmas Turkey Set kerana ia adalah promosi hebat !! 

Promosi Hebat Sempena Christmas - Christmas Turkey Set

Yang di tunggu-tunggu telah pun tiba , acewah so ini dia promosi hebat sempena Krismas yang bakal tiba .. berbaloi-baloi .. so dalam promosi ni ada 3 main course yang korang boleh pilih iaitu Aglio Olio Turkey Slice Spaghetty , Turkey Slice Pizza dan Chicken Breast stuffed with Turkey Slice , Spinach and Cheese with Brown Sauce ..Nama kemain panjang kan ~ kat bawah ni aku dah letak setiap gambar yang ada dalam Christmas Turkey Set ni .. 


Promosi sempena Christmas - Christmas Turkey Set at RM46 per person (24 NOV-30 DIS 2016)
  • Mushroom Soup with Christmas Stollen 
  • Caesar Salad with Turkey Slice 
  • One Main Course from Christmas ala carte items
  • Christmas GingerBread
  • Coffee / Tea 
Ala Carte Items (Main Course)
  • Aglio Olio Turkey Slice Spaghetti at  RM15
  • Turkey Slice Pizza at RM27
  • Chicken Breast stuffed with Turkey Slice, Spinach and Cheese with Brown Sauce at RM27
Pastry Items
  • Christmas Gingerbread Christmas Tree / Angel / Gingerbread Man at RM6.50
  • Christmas Almond Stollen (350gm) at RM12.50
  • Christmas Caramel Dundee Fruit Cake (500gm) at RM48
  • Christmas Black Forest Yule Log (500gm) at RM65
  • Christmas Gingerbread House 8 inchi at RM98

Aglio Olio Turkey Slice Spaghetty

Turkey Slice Pizza

 Chicken Breast stuffed with Turkey Slice , Spinach and Cheese with Brown Sauce 

 Mushroom Soup with Christmas Almond Stollen 

 Caesar Salad with Fried Turkey Slice 

 Christmas GingerBread 

Christmas Gingerbread 

 Christmas Gingerbread House 8 inchi 

 So amacam korang takkan terliur je kot  , takkan tengok je ? hehe nanti jangan lupa singgah Cafe Pretz n Beanz okay .. oh ye untuk pastry tu semua , korang kena preorder dulu .. selewat-lewatnya 5 hari ..



Info lanjut :

Alamat: Cawangan Solaris Mont Kiara No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4, 50480 Kuala Lumpur
No. tel : +603 6204 97 33
E-mail : ipc@pretznbeanz.com
Website : www.pretznbeanz.com
Facebook: Pretz n’ Beanz
Instagram: @pretznbeanz



Assalamualaikum uols ! Berita baik buat korang semua terutamanya kaki shopping online dan yang pasti peminat LAZADA kerana Lazada telah menglaunchingkan satu acara "Lazada Online Revolution'' !! yang mana ianya bermula dari 11.11.2016 hinggalah 14.12.2016 ~ apa istimewanya ? memang sale besar-besaran la uols .. so kalau nak shopping ini lah masa yang sangat sesuai sementara sale tengah menari-nari di hadapan mata haaa ..

http://www.lazada.com.my/online-revolution/

 “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.


Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

“Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”. 

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016. 

Haa kat atas ni siap ada tarikh untuk korang shopping tau , so di tarikh atas ni ada sale setiap ketegori .. dan jangan lupa 12.12-14.12 , iaitu 3 hari mega sale nanti , bagi yang terlepas pada 11.11 tempoh hari .. so save the date yaww !!

Mengenai “Online Revolution” Lazada

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Parcel Of Joy 

Find Joy In Every Parcel 
Thanx to Lazada untuk semua hadiah best ni , memang sangat-sangat joy bila tengok semua parcel ni haaa , so korang tak rasa nak pergi shopping sekarang ke ? takkan tengok je kot haha .. so kalau boleh tengok dalam box of joy ni memang macam - macam jenama ada .. sempena tema Online Revolution iaitu all brands .. memang terbaik la Lazada ni .. dan yang paling qaseh suka Tefal Manual Chopping yang sangat menyenangkan aku kat dapur lepas ni ! biasanya hiris bawang guna pisau je .. sekarang guna chopping ni lagi jimat masa .. so korang boleh terjah semua barang2 ni kat www.lazada.com okeyh ! 

Apa tunggu lagi ???



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates