Assalamualaikum
Applikasi edit gambar yang wajib ada dalam telefon pintar | Lama sangat dah entry ni terbenam dalam draft , so hari ni aku nak kongsikan applikasi edit gambar yang memang my favourite forever and after , aku bukan seorang yang pro sangat bab mengedit gambar ni , untuk letak dekat instagram boleh lah hihi , by the way jangan kecam aku yang tak pro ni , hanya share cara aku edit gambar .. hehe , ada la jugak tanya biasa aku edit gambar guna app apa .. haa so cekidaut !
Dalam banyak-banyak applikasi yang ada , ini untuk mobile photoghraphy sahaja ye .. aku minat sangat edit dengan dua app ni je .. kalau guna yang lain macam tak berapa nak serasi dengan jiwa , lepas tu gambar semua edit pun ke laut .. iaitu applikasi SNAPSEED dan juga VSCO
SNAPSEED
Kenapa aku suka dua app ni ? Fisrt SNAPSEED sebab ianya sangat lah mudah .. kalau kau rasa nak cantikkan lagi gambar yang ada , guna snapseed je pun dah lawa tapi kena pandai guna la .. kadang main hentam je pun dah lawa ~ asalkan editing tu tak terlalu over ! snapseed ni ada fungsi HDR , apply sikit pun naik seri gambar tu tapi kalau terlebih apply akan nampak comot .. biasa snapseed aku guna untuk gambar pemandangan mcm tu la ..
![]() |
| Gambar lama dah masa berjinak-jinak dengan snapseed , edit ala-ala macam lukisan , agak comot sikit tapi nampak macam lukisan kan , gambar ni kat Umbai Melaka .. |
VSCO
VSCO pulak , banyak filter-filter yang mempunyai tone yang sangat menarik dan lawa , apa beza nya dengan snapseed , snapseed takde filter , vsco banyak filter yang korang boleh pilih , dan boleh adjust lagi filter tu nak strong ke week , sado ke tak sado semua boleh , tapi ada yang berbayar dan jugak free , dulu biasanya aku guna yang free je , selalu guna filter HB1 dan HB2 , lepas tu beli semua filter haha , A6 , A8 , A10 tu kebanyakan aku guna , campur-campur tengok keadaan gambar jugak





















