• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ~ kali ni nak sambung percutian bujet qaseh ke Cameron Highland , kalau belum baca part 1 boleh baca kat sini k {KLIK} , so kat mana lagi tempat-tempat menarik kat sini ? sebenarnya banyak sangat tempat-tempat menarik tapi yang qaseh sempat pergi ni sahaja ... :) hari kedua , heyyyy kalau datang Cameron tempat wajib datang mesti ladang Teh selain dari Strawberry , Teh sangat lah famous kat sini , so jangan wat loqlak tak datang Ladang Teh k .. sebenarnya ada dua ladang Teh yang famous kat sini , iaitu Cameron valley Bharat Tea Plantation dan Ladang Teh Boh Sungai Palas... tapi sebelum tu kami singgah di MARDI ..

AGRO TECHNOLOGY PARK MARDI - di buka setiap hari kecuali Isnin

Apa yang ada di sini ? dah namanya pun MARDI , kat sini sebenarnya tempat penyelidikan agricultural yang telah di buka oleh kerajaan , bagi aku agak bosan jugak kat sini al-maklumlah bukan suka sangat bab2 menyelidik haha , tapi kalau korang yang sukakan alam semula jadi boleh la lepak kat sini , harga masuk hanya RM5.00 ..


bila suami amek gambar :p













LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS 
Selepas melawat MARDI kami terus pergi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas , btw ada beberapa tempat lagi ladang Teh di Cameron Highland tapi kami memilih di Sungai Palas , entah la kenapa mungkin nak feeling-feeling ombak rindu , sebab kat sini lokasi Ombak Rindu ok .. tapi jalan agak mencabar sikit sebab sangat la sempit , kecut perut jugak datang ke sini jadi sila memandu dengan berhemah tau .. walaupun pergi hari biasa ramai jugak orang datang ke sini .. jenuh jugak beratur untuk beli makanan ~





Untuk naik ke sini agak semput jugak la kena daki tangga-tangga yang sangat la banyak , dah la tengah memboyot masa ni , tapi gigih sebab anak umi sangat la strong kan !

tak dapat nak lepak area depan menghadap ladang Teh sebab full ! terpaksa la duduk kat belakang-belakang sikit huhu , tapi takpe still boleh nampak view yang cantik , lepak sini best sangat sebab rasa sangat segar dengan kehijauan yang menenangkan 



Kalau dah datang jauh-jauh takkan lepak aje kan , so kitorang makan ni je , btw takde jual nasi lemak ke nasi berlauk ke kat sini ye haha cuma ada kek-kek dan jugak roti , dan yang pasti segala perisa teh ada kat sini , qaseh oder teh strawberry ! sedap !

kat sini pun ada jual pelbagai jenis teh dan ole-ole , sedia wang banyak2 okey 
 TAMAN BUNGA LAVENDER 
Tempat last kitorang selama dua hari di Cameron Highland , Taman Bunga Lavender .. Yuran masuk untuk dewasa RM6 dan RM4 untuk kanak2... kat sini memang di penuhi bunga-bungaan yang sangat cantik .. memang cantik tempat ni , kalau korang kaki bergambar ataupun selfie ni tempat terbaik untuk korang hehe ... selain dari bunga Lavender , banyak juga bunga-bunga lain yang terdapat disini , siap boleh petik lagi tapi RM2 untuk sekuntum bunga ..











ni semua bunga yang boleh di petik tapi berbayar la ok .. cantik tak ? qaseh tak petik pun sebab bukan jenis manusia yang suka jaga bunga , cuma suka tengok bunga je hehe




ni pulak korang boleh ambil gambar polaroid , kalau tak silapRM10 .. untuk kenang - kenangan 



Hati berbicara :
Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Cameron Highland tapi semua yang tercoret adalah tempat2 paling popular orang kunjungi ~ hehe masa pun terhad dan tak larat sangat untuk berjalan ,, inshaaAllah datang lagi bawak Ayyan ke sini ..
Assalamualaikum ~ 

Mengidam punya pasal , sebelum Hencik K balik lagi aku dah cakap kat dia aku nak makan pizza , bukan masa mengandung je mengidam , lepas bersalin pun masih mengidam jugak k tapi mengidam mengada-ngada gitu , aku tak kira aku nak jugak makan pizza haha adoii dah jadi mak pun perangai macam budak2 jugak .. so dapat jugak makan yeyyy kat PizzaHut kat Giant Kuala Terengganu , alang-alang lepak sana 

Tapi yang amek order pun pekat molek bahasa Teganu , aku yang memang asal Teganu pun tak paham .. alkisahnya Hencik K oder air twister , dah oder semua last sekali waiter tu repeat la semula kan apa yang kite oder .. last sekali dia sebut air oreng , pastu kitorang hah reng apa, lepastu duk repeat sekali lagi , oder air coke se , air oreng se kang ? aku dah tergelak tgk Hencik K duk hah hah , aku paham dah.. kesian kat waiter tu , aku pun cakap yeee yee betul dah air oreng tu .. kikiki ~ 

baby Ayyan mentido je kejenya lagi-lagi tempat sejuk ada aircond ..


aku amek set combo ni je .. nampak tak nak makan pizza tapi nak jugak makan pasta , haha

 bukan jenis nak makan banyak sesuai la ambil set combo , pan pizza ni kecik je .. 

 pasta ni sedap !

 Cream soup ni kalau makan banyak-banyak nak muntah gak rasa haha .. tak kena dengan tekak 

pencuci mulut .. dua-dua aku punya , eh ! 

Haa macam ni la kalau jarang jumpa , sebenarnya bukan nak makan sangat tapi nak spend time together , berjalan-jalan create moments ~ lama duk terperuk kat rumah even ada si kecik yang always menceriakan hati tapi still tak lengkap tanpa dedinya :p .. tq husband sebab selalu ikut keinginan isteri yang mengada sangat ni ...

hati berbicara :
Next nak makan ape ye ?? ermm ermm haha
Assalamualaikum ,

Allahuakbar , untuk pertama kali nya berdepan situasi anak nangis teruk macam ni , menggelabah biawak umi ngan dedi .. alkisahnya kitorang baru balik dari Kuala Terengganu , saje berjalan-jalan then tido kat sana semalaman , memang ada bawak ke pantai .. tapi alhamdulillah la balik dari pantai ok je dia , takde pulak bagi reaksi-reaksi negatif ke apa kan .. tido pun lena sampai pagi besok nya ..

lagi pun baby asyik tido  je kejenya ... dalam kereta tido , berjalan pun tido huhu

So esoknya kitorang nak balik ke rumah kat Jerteh ni , dedi nya dah kena balik KL sebab kerja .kesian jugak , cuti rest day n off day je balik jumpa anak , tapi nak buat macamana .. takpe la sape tak sayang anak kan :p .. Then kitorang bertolak balik dalam pukul 10 pagi jugak kot , dan sampai jerteh dalam pukul 12 tengahari jugak , lepak-lepak bandar Jerteh jap beli pampers dan kelengkapan baby lepas tu kitorang lepak makan kat KFC jap , umi dia mengidam nak makan kfc .. gituhh 


Lepas makan KFC , dedi nya suruh la tunggu kat bawah pokok sebab cuaca panas sangat , bawah pokok tu memang teduh la , pokok besar gitu ... then aku pun masuk kereta menuju ke rumah .. on the way balik tu , separuh lagi nak sampai ke rumah tetiba baby Ayyan nangis , sebelum tu dia duk pandang je dedi dia drive , sambil dedi dia cakap .. ''nape pandang dedi macam tu , nanti dedi balik lagi kita g jalan-jalan lagi ye'' lepas tu baby Ayyan buat muka sedih yang aku tak boleh tengok sebab sedih sangat mukanya .. hadohaaa , lepastu dia mula nangis gila-gila , nangis teruk sampai mata macam terbelalak dan pelik sangat .. 


Nasib baik la dah dekat rumah , sampai rumah tu mak n ayah aku memang ada kat depan , bukan takat aku je gelabah biawak , diorang sekali pun terkejut sebab tak pernah nangis macam tu , tak tahu da nak buat apa , dah pecatkan baju dia , pampers semua , terus bogelkan dan sapu minyak angin kot2 sakit perut ke ape kan .. lap badan dia semua tapi still nangis , ayah aku pun amek dan baca ayat kursi semua , tapi still nangis .. then aku dukung sambil jalan then ulit dia dengan selawat sikit , lepas tu makin ok , then dia diam .. FUH tapi memang cuak la .. kalau aku sengsorang kat KL baby Ayyan buat hal gini camne agak-agak .. huwaaaa umii taa kuadd .. 

tapi alhamdulillah baby Ayyan ok je lepas tu , aku syak ada something la kat pokok besar tu huhuhu tapi wallahualam la , semoga di jauhi dari sebarang anasir luar ~ hurmm takut tengok dia nangis macam tu .. then baru aku tahu , waktu tengahari pun tak elok bawak baby jenjalan ek .. aku ingatkan waktu senja dan malam je hehehe .. so far pengalaman pertama buat umi ... 

hati berbicara :


Duhai anakku jangan la buat umi cuak lagi  , nasib baik umi tak sempat nangis lagi tau , kiranya masih sado .. bukan apa umi risau awak sakit je ... memang nak bawak dia pergi hospital dah ... tapi tak tahu punca apa .. sorry silap umi sebab bawak awak jenjalan sobsss , lepas dia nangis tu terus ia tido , satu hal lagi memang mengamuk kalau nak tido , tapi tak pernah la plak mengamuk sampai macam tu sekali .. agak-agak kenapa ek ... huhuhu
Assalamualaikum ~ terluah perasaan rindu Ayyan bila dedinya balik , Umi nya pun tumpang gembira , eh eh !  even 2 hari je dedi Ayyan balik kitorang decide nak lepak rumah Kaklongnya kat Kuala Teganu , so alang-alang kitorang pun lepak kat Dapo Pata Uptown Kontena , lama dah sebenarnya teringin nak datang sini ,, hehe akhirnya dapat juga datang .. btw jatuh cinta sangat dengan tempat ni .. bagi qaseh tempat ni best (bagi seorang manusia yg bernama qaseh ni asal ada pantai je mesti best ) haha





Bagi yang tak tahu Dapo Pata ni terletak di Pantai Tok Jembal , Kuala Nerus Terengganu , kitorang pun pakai waze je cari tempat ni ha , sekarang kan da canggih semua di hujung jari .. btw kat sini merupakan Tapak Bazar niaga berkontena di tepi pantai pertama di Malaysia , tempat yang berkonsepkan ala-ala hipster gitu , untuk fasa pertama katanya terdapat 22 biji kontena , tu pun jenuh nak try satu-satu makanan kat sini , memang bankrup sekejap haha

Tapi bagi qaseh jujurnya qaseh suka tempat ni , lebih-lebih lagi sebab ada tarikan pantai , so angin pantai tu memang kena la sambil layan lagu raggae dan air ala-ala hipster haha , sekarang kan trend hipster gitu , dan ramai jugak yang mandi manda kat pantai , memang sesuai bawak anak-anak datang sini .. dengan tarikan tempat makan berkonsepkan kontena , deko-deko memang menarik gilaa laah , teruja kot datang sini .. btw qaseh tahu tempat ni pun melalui facebook laa , inshaaAllah memang akan datang lagi kat sini ! 

 Maaflah na gambar tak berapa nak lawa , snap pakai fon je haaa , bila dah ada anak ni susah sikit la nak pegang camera , guna fon je senang .. oh ye kalau korang nak datang sini , Dapo Pata Uptown Kontena ni bukak pukul 5 ke atas , so kalau datang awal pun rasanya ok sebab boleh lepak-lepak dulu tepi pantai .. lagi pun cafe-cafe kontena yang ada takdela besar sangat , so amat terhad juga la tempatnya walaupun ada tingkat atas , nampak tak betapa menarik tempat ni , full full full ok ..


 antara cafe-cafe kontena yang ada kat sini ~ 

Tapi yang lawaknya kitorang jadi blur tak tahu nak lepak cafe mana satu , banyak sangat sampai tak terpilih .. so lepak dulu tepi pantai ni main dengan Ayyan , tapi dia asyik nak tido je haaa , best lepak berangin , musim sekarang kan panas , so kena angin pantai syok la mentido .. nasib baik jugak lah ada kerusi dan meja di sediakan kat tepi pantai so boleh je beli dekat cafe-cafe sana makan kat tepi pantai je lagi syiok , tapi tak banyak sangat pun kerusi ngan meja yang ada ... hohoho sape cepat dia dapat 




 tumpang bergambar je , sumpah smart gilaa deco-deco kat sini , qaseh rasa ramai datang pun sebab nak bergambar , letak kat ig , insta femes gitu haha takdela gurau je .. sebenarnya itu untuk diri sendiri :p 


Sambil lepak , dahaga la pulak , so meround lah gue sengsorang jap cari air apa yang best , so masuk Birra Pata Cafe , kalau nak tahu Birra tu maksudnye Tepi , so cafe ni maksudnya tepi pantai .. ahaks first2 baca macam tak paham jugak , dua tiga kali repeat baca baru lah paham ! qaseh beli Thai Green Tea & Thai Red Tea kat sini .. dua-dua sedap !! kembung perut nak habiskan , harga air RM3.00 satu .. 
hehe bila ada anak ni best pulak berjalan-jalan , bawak dia jalan-jalan , nasib baik la bukan jenis meragam sangat , cuma kadang-kadang nak tido susah sikit , ada masa tak kena memang mengamuk jugak la ..lepak punya lepak , tak sedar dah maghrib tapi kat sini jangan risau ada je surau dan toilet haa ,. sesetengah cafe pun tutup sekejap bila waktu maghrib .. so lepas tu kitorang decide lepak cafe THE PONDOK , kat sini ada jual kebab , nasi lemak dll .. qaseh suka kebab daging kat sini , sedap sangat sampaikan tapau buat balik satu hihihih~ 


  

Cafe The Pondok , cafe ni cantik .. cuma satu je la macam tak kena .. pinggan bunga-bunga macam tak berapa nak hipster hihi , tapi makanan ok 5/5 .. deco pun  lawa .. bagus jugak la sbenarnya Dapo Pata ni , secara tak langsung bukak peluang untuk anak2 muda berniaga .. 



Hati berbicara :
Memang best lepak sini oiii , nanti bawak Ayyan lagi datang sini , bab parking korang better la jangan nak parking dekat2 pasir sangat nanti tak memasal kena panggil orang tolak kereta haha , so parking jauh-jauh sikit dari pasir ok .. dan kalau datang lewat sangat memang masalah parking takde akan berlaku di situ :) memang recommend sangat tempat ni  , so korang kalau datang Terengganu jangan lupa datang sini k ! viem malam-malam kat sini lagi cantik tau ! 








ASIASKIN SKINCARE | PRODUK UNTUK JEJAKA DAN WANITA UNTUK SEMUA JENIS KULIT DAN SENSITIF - hai readers , im back for another skincare review that i have tried  , btw AsiaSkin masih baru di pasaran tapi dah ramai pengguna berpuas hati dengan produk AsiaSkin dan yang paling best produk ni boleh di pakai oleh wanita mahupun jejaka , so korang yang ada adik beradik lelaki atau suami , boleh je kongsi kan bersama , suami jadi lebih hensem , isteri jadi lebih cantik gitu ,so  tak payah beli banyak2 produk boleh kongsi2 gitu .. set lengkap yang sangat jimat

Tapi kadang-kadang mesti kita risau dengan bahan-bahan kandungan sesuatu produk kan , qaseh pun kalau nak gunakan sesuatu produk memang agak risau la dengan bahan kandungan yang ada tapi alhamdulillah bahan kandungan Asia Skin ni memang TIADA bahan kimia , TIADA merkuri ,TIADA paraben ,TIADA hyroquinone , dan 100% ekstrak tumbuh-tumbuhan dan formula AsiaSkin diimport dari Perancis 

Tambah-tambah sekarang ni musim sangat la panas , jangan tak tahu dengan cuaca panas ni membuatkan kulit kita sangat lah kering dan sensitif lebih-lebih lagi kalau korang memang aktif kat luar sana so sila jaga kulit muka korang k dan AsiaSkin sangat sesuai untuk kulit yang normal dan juga kulit sensitif , produk AsiaSkin di bawah kelulusan KKM , apa-apapun harus la ada kelulusan dari KKM yee ..

In each Set comes with a Stemcell Cleanser ,SPF Stemcell Day Cream and Stemcell Whitening Night Cream .. oh ye AsiaSkin juga ada satu Stemcell Serum untuk melengkapkan Set 3 in 1 ..

 Produk AsiaSkin ni memang tidak berminyak atau melekit dan mampu merawat segala masalah kulit: 
  • Jerawat 
  •  Jeragat 
  • Parut 
  • Pori terbuka 
  • Blackhead 
  • Whitehead
  • Oily skin
  • Dry skin
  • Anti-wrinkles
  • Whitening
Dan juga di rumuskan dari bahan-bahan terbaik untuk :
🔹Menaikkan seri wajah dan pinkish 
🔹Memastikan struktur warna kulit elok dan rata 
🔹Menghilangkan kedutan degil 
🔹Menghapuskan bakteria pada wajah 
🔹Menghilangkan kulit kering 
🔹Memelihara dari sinaran UV dan cuaca kering 
🔹Mengurangkan jerawat dan jeragat 
🔹Mencegah pengelupasan akibat cuaca melampau


How to use ?
Ok first step , CLEANSER iaitu Pencuci Muka Stemcell yang mengandungi stemcell dimana selain membersihkan kulit wajah , ia juga menyegarkan , mencerahkan kulit , menaikkan seri muka dan menjadikan kulit muka lebih kelihatan halus dan lembut - korang just urut sejumlah kecil Stemcell Cleanser pada muka dan leher kemudian bilas dengan air ..



Second step ,SPF Stemcell Day Cream yang mana di khususkan untuk penggunaan siang hari ,  krim siang ni kalau korang nak tahu ia melindungi kulit wajah kita dari sinaran UV , membantu mempertahankan kelembapan kulit serta merawat keremajaan kulit , anti penuaan dan mencerah kulit secara semulajadi -sapu krim siang ni setiap hari di wajah dan leher , untuk kesan yang lebih baik gunakan bersama Stemcell Serum

 The last step is Stemcell Whitening Night Cream membantu proses pembaikan kulit pada waktu malam dan menjadikan kulit korang lebih cerah , lembut dan gebu secara semulajadi .. dan juga dapat mengurangkan garis halus , kulit kusam dan tidak sekata , selain itu mampu menolong masalah kulit pori terbuka , mengurangkan bintik hitam dan putih , mereda dan menghilangkan jerawat , anti keduta. Yang paling utama akan mencerah dan menganjalkan kulit muka korang - cara senang je sebelum tido sapu Krim Malam pada wajah dan juga leher.

 Manakala Stemcell Serum adalah untuk: 
▪melindungi kulit daripada pendedahan UV berbahaya 
▪membantu mencegah dan merawat kerosakan sel kulit wajah 
▪melindungi dari terhasilnya kedutan dan meremajakan kulit 
▪mencegah pigmentasi 
▪meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri

 krim siang tu memang kena dengan warna kulit qaseh .. just natural colour dan ia sangat memberi effect glowing .. ~


tadaaaa ni qaseh guna serum dan krim siang .. glowing sangat kulit saye ,, teruja kot haha lepas tu memang qaseh just tambah blusher dan memang tak pakai apa-apa foundation or bedak .. hanya serum dan krim siang je .. dah boleh dating ! jom ..

UNTUK SEGALA INFO KORANG BOLEH FOLLOW  :


Hotline : 019-8711144 / 088484152 
Facebook : asiaskin official 
Instagram : asiaskin.official
Harga satu set : RM90 
Harga serum : RM75 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates