• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum..

Kalau sebelum ni aku update photoshoot suka di dalam rumput kering kat entry ni photoshoot dlm rumput kering-klik- , kali ni nak update photoshoot suka suki kat Pantai Klebang pulak ~ btw Pantai Klebang ni terletak di Melaka , pantai ni takdelah luas sangat , seciput je tapi air dia bersih dan pasir putih je .. dan sekitar kawasan ni banyak gerai-gerai jualan , tapi unik sangat sebab disini ada Bustel ,iaitu bas-bas lama yang di olah semula menjadi restoran/chalet dan terdapat banyak gerai2 jualan .. patutla nampak banyak sangat bas kat sini , anggaran 40 lebih buah bas .. rupanya ada tarikan tersendiri hehe jakun sangat .

Kat sini jugak memang ramai yang suka amek gambar , lebih-lebih lagi terdapat satu port iaitu pasir yang berbukit-bukit haaa gugel je lah ,padang pasir pantai klebang memang ramai la bebudak hot setaf buat koleksi gambar insta mereka , aku tak pergi pun situ sebab kena jalan agak jauh .. penat ! lepak pantai je .. so kalau nak photoshoot wedding ke portraiture ke lawa jugak kat sini ..


















Hati Berbicara : 
Maaflah memang semua gambar daku je , hahaha ~ dah la tak berapa omei bajet model plak khenn ~ so kalau datang Melaka jangan lupa singgah sini yoww ~ 


Assalamualaikum , hurmm demam pulak hari ni , lepas makan ubat tadi sampai maghrib tido , hambek kau .. kuat betul penangan ubat tadi , ntah apa ubat aku makan main rembat je hehee ..

Ermmm hari ni dah 13 January , lebih kurang sebulan je lagi untuk bertukar status , jadi seorang isteri , tinggalkan segala aktiviti zaman bujang , oooemmmgeee dapat kah aku menempuhi segalanya haha , perasaan ? entah lah semua perasaan dah jadi satu , ada rasa gembira , ada rasa sayu , ada rasa sunyi , ada rasa yang tiada rasa , berdebar , dan yang pasti ada juga perasaan sedih .. laa nak kahwin pun nak sedih - sedih lagi ? hehehe biarlah rahsia kenapa perasaan sedih tu ada .. tak dapat di ungkapkan dengan kata - kata ..
she is my sista , seorang yang kuat bebel , aku rasa dia yang patut jadi kakak , dan aku yang jadi adik haha .. tq for advise :') doakan kakak mu ini , coz u know everything about me .. the only one ..

Apa-apapun , andai ini jalan hidupku , andai ini takdir ku , aku terima segala-galanya dengan redha , cuma aku takut aku tak dapat jadi isteri yang baik , doa-doakan lah kebahagiaan aku ye kawan-kawan ... doa kan aku akan kuat dengan segala ujian yang bakal aku hadapi , jadi seorang yang kuat untuk menjaga seorang lelaki yang bernama suami , jadi seorang yang tabah dalam sebuah pengorbanan , jadi seorang yang rajin untuk memasak , erghhhhhhhh .. hadiahkan aku BUKU RESIPI ! doakan aku cepat - cepat jadi seorang ibu , takla aku bosan duk kat rumah sorang-sorang haha , doakan aku jadi seorang ibu yang baik .. dan semua lah yee ..

Yang pasti aku doakan semoga orang - orang yang aku sayang juga bahagia , bahagia dengan apa pun yang datang dalam hidup , mungkin ada yang patah hati bila kita tak dapat apa yang kita inginkan , tapi mungkin apa yang kita bakal dapat adalah yang terbaik buat kita , bila apa yang kita nak Allah tak beri , maka itu lah yang terbaik buat kita ... lupakan segala-galanya .. kerana ada yang lebih baik menanti kamu sayang .. jadikan semua itu kenangan yang terindah ! okey yahoooooooo ... hehehehe :'(

Persiapan kahwin ? thanx a lot buat kaksue izza yang sangat banyak tolong aku , thanx a lot tak tahu la macamana nak balas budi baik beliau , kalau takde dia aku rasa sampai bila-bila aku tak kahwin agaknye heheheheh ... last word .. doakan aku , doakan yang terbaik , buatlah yang terbaik buat hambaMu ni ya Allah , untuk diaaa jugak , untuk diaa dan diaa dan diaa dan semua lah hehehehehe!

Hati berbicara :


ok lepas ni dah tak boleh buat ikut kepala sendiri 
ok lepas ni tak boleh merayau sengsorang 
ok lepas ni tak boleh bangun lambat 
ok lepas ni kena rajin masak 
ok lepas ni tak boleh sesuka hati keluar dengan kawan-kawan laki 
ok lepas ni kena mintak izin 
ok lepas ni dah tak boleh noty2
ok lepas ni aku nak belajar balik kereta sebab mungkin aku akan ade penyakit gila bila duk rumah sengsorang hahaha sebab yang pasti ada penyakit rindu dengan geng putrajaya ... yahoooooooo ~ 
ok lepas ni aku memang tak dapat melepak sampai pagi sebab kau kena ingat kat rumah ade seorang lelaki yang patut kat taat sampai kau mati hehehehe 

so SUFURA ! take note ! kau kena hilang ingatan dengan masa bujang kau , strong strong strong!!!!!!






Assalamualaikum ,
Rasa macam nak bersara pulak dari dunia blog, hehe tapi sayang pulak sebab dari blog lah banyak kenangan yang tercipta.

Hidup tak pernah lari dari kekecewaan , kecewa atas sebab yang pelbagai , kecewa kerana tidak dapat apa yang kita inginkan , mungkin .. dan atas sebab tu tidak dapat menahan tangisan , ya benar tangisan itu tidak dapat memberi apa yang kita mahu dakapi , tapi dengan tangisan sahaja yang mampu membenamkan segala rasa , sampai bila mampu menahan tangisan yang berlubuk , tidak pada harapan , tidak juga pada segala perasaan , yang pasti senyuman mampu merobek segala nya .. mungkin hanya luaran yang nampak tenang , tapi dalaman yang kusut .. di antara titik yang ingin di capai ada di tepian yang sakit antara pilihan.
rindu travel , bila berada di tempat asing , segala perasaan kita hanya tertumpu pada satu benda , iaitu kegembiraan 

Haha orang kata perasaan itu senantiasa berubah , perasaan itu unik .. perasaan itu penuh dengan cabang , andainya ia bertebaran serata alam , pasti ia akan menuju hanya pada satu titik , titik itu yang mampu mengawal segala cabang perasaan yang bertebaran ... perasaan yang berbaur dengan segala rasa .. bercampur dengan keinginan hati , kehendak diri dan juga rasa yang keliru , yang sangat keliru ... orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal perasaan , bukan untuk diri dia sendiri tapi pengorbanan untuk kebahagiaan orang-orang yg tersayang .. sadisss , pengorbanan adakala menyiksakan.

aku tahu esok bukan sama dengan hari ini , esok tidak seperti yang aku lalui sebelum ni , esok merubah segalanya .. dan esok juga bakal menentukan kebahagiaan .. bahagia atau tidak .... bukan juga di tangan aku , dan yang pasti bila kaki sudah berada dalam satu detik yang asing , segala berubah .. segala-galanya ... perasaan ? usah soal perasaan ... hanya ada satu benda yang terlalu dalam utk di fikirkan , iaitu pengorbanan .....

hati berbicara :

aku pun tak tahu apa yang aku coretkan , hanya melontar suara melalui patah kata yang adakala tersekat di sudut hati , seakan ada sesuatu yang ingin keluar , bukan emosi tapi hanya secebis luahan , luahan yang tidak akan kedengaran di sudut dunia :)
selamat malam .. 

Assalamualaikum

Baru-baru ni qaseh menjoinkan diri bersama blogger-blogger lain dalam menjayakan 'Bloggers Day Out di Klang Parade , sebenanrnya ni kali pertama qaseh menjejakkan kaki di Klang Parade , tak berkesempatan jalan-jalan ke sini , biasa lepak Putrajaya je , xtahu pulak kewujudan Klang Parade ni , dan banyak yang telah di ubah suai , dan juga banyak kedai2 yang menarik perhatian ,so lepas ni ada lah port baru untuk lepak-lepak , bosan dah asyik tempat sama je kan .. so enjoy sangat dengan aktiviti yang di anjurkan pada hari tu , haa nak tahu apa aktiviti2 yang kami buat ?

first daftar dulu lah ye wahai blogger-blogger sekalian , ni namanya blogger uzu , suka pakai baju pink , se pink pipinye :p

dah selesai daftar , kami di bawa ke tingkat atas , ada kejutan persembahan buat kami , aiceh .. terasa nak joget je tengok persembahan dari Rejuvenate Dance Crew ni , power betul persembahan mereka tengok lah haa golek-golek , guling-guling semua ada .. nak je qaseh masuk sekali tapi mesti rosak tarian nanti hihi

Peanut Butter Studio akan di buka di Klang Parade nanti dalam bulan Januari 2015

khusyuk layan diorang buat persembahan hinggakan tak sedar dengan aktiviti seterusnya , kemudian kami di bawa ke tempat ehemmm , ramai suka kalau pergi tempat ni , lebih-lebih lagi yang suka melalak dalam bilik air , haha apa lagi karoks time ! Firezone KTV Family , bapak besaunya tempat karoks ni , boleh muat 20 lebih orang , memang sesuai bawak family , lebih-lebih lagi family yang ramai pulak bilangannya hehehe , layan je diorang nyanyi , suara masing-masing macam artis , eh memang kalah lah artis2 ni ha


nampak tak muka-muka lapar , orang suruh nyanyi bukan makan oiii haha 

Next! kami di bawa bermain-main , dulu qaseh selalu jugak lepak tempat game macam ni , hilangkan bosan , haha selalu main game kereta , dan tembak-tembak gituuu , perangai budak-budak memang tak boleh di basmi lagi , so kat sini pun ade tempat game , ai loikeee ~ nama nya Circus-circus , dah bagi token free memang semua game la aku nak main , sampai lenguh tangan ni haaa

nampak tak muka happy kalah kanak-kanak ribena 


hurmm dah kepenatan main game , kami di pecahkan mengikut kumpulan , kumpulan-kumpulan mengikut warna ribon yang di beri , qaseh ribbon pink , yeyyy power rangers pink lah kite , so group qaseh kena buat task-task yang di sediakan , aiceh mcm seram je bunyi task nya ... jeng jeng jeng , task nya mudah bangett , dan enjoy je .. 

Fruit Satay Task
ok kami di bawa ke kedai Fresh Fruit , untuk membuat fruit satay , alamakkk senang je haaa , cucuk-cucuk je buah nya di lidi , lepas tu makan .. macam nyesal pulak aku cucuk sikit je buahnya , kalau cucuk banyak mesti kenyang gila haha tamak di situ ye , ermm masing-masing pun kemain , dah macam buat satay ayam dan daging la pulak 


buat apa ni haa , cucuk kat lidi ke terus masuk mulut .. so kalau datang Klang Parade , jangan lupa ke sini , boleh makan rojak buah , nak buah apa ? semua buah ada ..

Tune Talk Action Task
aiceh nama tak boleh blah kan , dah kenyang makan buah kami menuju ke kedai Tune Talk , ingat nak suruh buat apa la , rupanya kena beraksi ala-ala gangster kat kedai Tune Talk ni ha ... qaseh ni kan ayu haha hentam je la labu , tapi tq untuk tune talk sebab bagi sim kad free ! 


poyo je minah ni 

Nail Spa
Last task kitorang menuju ke Nail Spa , ai loikeeee , btw tq bagi baucer 100 untuk laburkan di nail spa ni , so kitorang apa lagi , berspa la , aiceh takdela berspa sangat sebab masa tak mengizinkan so kami di beri peluang untuk mencantikkan kuku satu jari sajooo .. qaseh saja suka-suka pilih warna merah , last-last dia lukis bunga kat kuku kite , woahh cantik .. 



semua gembira je , dan enjoy tq buat kak ruby dan jugak pihak Klang Parade yang mengenalkan mall best ni dan atas aktiviti yang sangat santai dan fun ni , tq so much .. lepas ni kami datang sini lagi habiskan voucher2 yang ada ! hehe

then kitorang semua ke food junction untuk mengenyangkan perut , dan habiskan kupon makanan rm30 , qaseh tak habis guna pun kupon tu haha perut kecik je , so qaseh sedekah kan pada yang perut-perut besar ops .. sedap makanan kat sini , qaseh makan mee sup ani utara , memang thorbaik sup dia 



Akhir sekali photo group sesama di pentas bersama upin dan ipin , btw masa aktiviti-aktiviti di jalankan , sempat lah mata ni meliar , banyak sale kat sini , dan harga pun boleh tahan murah .. dan ada satu kedai ni ala-ala daiso , semua harga RM5 haha , qaseh suka sangat kedai yang jual barang-barang harga murah ni sebab boleh beli banyak-banyak hihi , apa-apapun te so much buat pihak Klang Parade yang menjayakan bloggers day out ! 

KLANG PARADE BEST KAN ?
BETUL BETUL BETUL











 Assalamualaikum

Alhamdulillah , qaseh dah selamat sampai di Malaysia selepas 6 hari 5 malam berada di China , hurmm pengalaman yang sangat best , sebelum ke China , kawan-kawan pesan suruh beli sunburn sebab kat sana cuaca yang sangat-sangat dingin dan mungkin akan menyebabkan kulit kering , risau jugak produk apa yang sesuai untuk jaga kulit wajah dan juga badan ..
Aduhai muka ku yang cantik tolong jangan sunburn 

Akhirnya qaseh memilih Set Skin Care Winter by Cosmoderm , satu set untuk wajah dan juga badan 

Inilah dia produk pilihan qaseh yang di bawa ke China Vitamin E Cream 1 3000 IU , Q10 Gentle Cleansing Milk , Tea Tree Oil Magic Lotion dan Advance Moisture Theraphy Cream , haaaa apa kebaikan set skin care winter ni ? Yang pasti qaseh suka semuaaa ! Xtahu nak cakap macamana tapi gembira bila tengok dan pegang wajah sendiri .

Untuk wajah qaseh suka guna Vitamin E 3000 IU , biasanya qaseh pakai sebelum tido dan juga sebelum keluar jalan2 ,apply seluruh muka dengan Vitamin E ni , kebaikan nya untuk menyembuh dan melembabkan kulit , so bagi yang ada jerawat sangat sesuai guna vit E ni , nanti jerawat korang akan kecut dan makin hilang .. Vit ni juga mngurangkan tanda penuaan dgn kuasa anti penuaan dwi tindakan yg sangat efektif , dan kulit muka lebih anjal.

Untuk kaki dan tangan pulak , qaseh apply Advance Moisture Theraphy Cream , sangat sesuai bagi mencegah kulit daripada kering , lebih2 lagi jika ada rekahan di tumit ataupun kekerinngan pada tangan dan juga kaki , cream ni juga bagi kulit kita lembab dgn gabungan Vit E , ekstrak herba dan minyak Tea Tree , suka pakai banyak2 haha sebab tak berminyak dan cepat je meresap dalam kulit , satu lagi qaseh suka bau cream ni , wangi!!

The most favourite qaseh ialah Gentle Cleansing Milk ni haa , kenapa ? Kenaoa suka sangat cleansing milk ni ? Hehe sebab lepas qaseh cuci muka dengan pembersih muka  ni kulit muka rasa lembut sangat , dan senang cuci segala mekap yang ada tanpa tinggalkan saki baki haaa , cuci2 je muka dah bersih dan lembut bak sutera  dan ia bebas sabun dan juga larut air .. Satu lagi sebab ia berasaskan susu . i loikeee ~

Untuk badan pula , hurmm qaseh dari dulu ada jerawat badan dan kulit belakang berminyal bila terlalu banyak berjalan , so dengan apply Tea Tree Oil Magic lotion ni dpt selesaikan masalah qaseh , jerawat dah makin kurang , bila apply losyen ni badan rasa sejuk dan juga segar .. Uhhh nyaman gila , haaa satu lagi losyen ni boleh digunakan sebagai deadoran , mencerahkan ketiak dan juga menyelesaikan masalah bau badan !


kesimpulannya , jika korang nak pergi travel , perlu ada Set Skin Care Winter by Cosmoderm ni dalam beg korang , sebab kita tak tahu cuaca di lain tempat kadang2 rosakkan kulit kita , even tak pergi travel pun wajib ada skin care set ni , betul2 terbaik , dan yang pasti produk dari Cosmoderm ni semuanya halal

Untuk dapatkan produk cosmoderm boleh ke laman web rasmi cosmoderm www.cosmoderm.com.my atau boleh lawati page facebook cosmoderm di www.facebook.com/Cosmoderm
Assalamualaikum

Baru-baru ni bertempat di TGV One Utama , qaseh di beri kesempatan untuk menonton Tayangan Perdana drama seludup bersama artis-artis yang bertungkus lumus dalam menjayakan drama ini , tak lupa orang kuat dalam drama seludup yang merangkap sebagai pengarah iaitu Jehan Miskin , wahh segak dan bergaya gitu

Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz.

Barisan2 pelakon yang turun padang , hebat2 semua ni

Sempat berwelfie dengan artis Pekin Ibrahim  


Best drama ni , suspen pun ada , so bagi korang yang ada astro kat rumah tu jangan lupa saksikan Drama Siri SELUDUP , bermula esok !!!!!! 

Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap hari KHAMIS , pada pukul 8.30 MALAM ,di Astro Prima (Channel 105) ! Bermula 4 Disember ! Jangan lupa ok , cite ni besttttttt.




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates