• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum..

Tadaaaa qaseh nak promot something buat korang semua , perempuan ni haaa kalau keluar tak mekap memang tak sah kan , lebih-lebih lagi si qasehdalia tu, qaseh dua benda yang memang tak boleh  tinggal bila nak keluar g mana-mana.. pertama-tama eyeliner dan kedua lips ice or lip balm..sebab bibir cepat kering , tapi aku tak la pakai yang branded punya.. yang biasa-biasa je dek non,tak mampu cik kiah... tapi satu benda yang qaseh menitikberatkan tentang eyeliner tak kira pensil ataupun liquid , it must be 'waterproof' senang nak solat..

so qaseh nak promot kat korang semua MAC Waterproof Eyeliner murah2 je tak lebih RM10 pun,haaaa percaya tak.. silalah percaya hokey ! eyeliner ni long lasting punye dan warna pun pekat , tapi qaseh ada warna hitam je ...

berminat?
whatsapp qaseh atau meseg kat no ni ye 0145156842
limited and siriyes buyer only =)


Assalamualaikum
makin lama makin banyak keyboard laptop hilang...redha itu pasghah
Salam Maal Hijrah kawan =)


sedih aku
bila aku tak dapat untuk menasihati seorang kawan , sedih aku bila ia hanya tertahan di  dalam lubuk hati , kadang-kadang aku rasa apa gunanya aku bila aku hanya boneka dalam kalangan tiang-tiang manusia yang aku sayang , sedihnya aku bila sayang aku membuatkan aku tak berani untuk menegur dan merawat segenap luka yang pernah ditoreh dalam hidup dia

takut aku
bila aku mengatakan sesuatu ia mengguris sedikit hati dia , takut aku atas gurisan itu meneteskan titis darah yang tidak kelihatan pada mata kasar, sedangkan aku bukan seseorang yang terlalu baik , takut aku bila dia memandang ku jelik dan melemparkan balik kata-kata aku sebagai satu hinaan ,  kerna aku sayang kamu ia masih terpendam dalam hati , kerna sayang itu lagi aku jadi pendosa dalam ketakutan , apa benar sayang itu ikhlas.....

fikirnya aku
lalu aku terfikir bila aku sayang dia , aku takut untuk tegur segala kesilapan dia , dan hanya merenung dalam diam  lalu berdoa semoga esok hari kau akan berubah,sama-sama berubah untuk mengejar sesuatu yang sempurna,dari jauh aku doakan kau dengar isi hatiku walaupun tanpa suara..Allah titipkanlah ia dalam hatinnya, katakanlah ia suara hatiku ...

hati berbicara :
[foto]

terdetik pula di hati aku  , andai ada  orang yang sayang aku apa kau takut untuk tegur aku ? takut jika aku terguris perasaan ? jangan sayang ~ aku rayu padamu tegur aku bila ia kesilapan aku , aku rindu teguran dan kata-kata yang menasihati seperti ibu yang membelai  anaknya dengan rasa sayang , amdai sayang itu membuatkan kau takut untuk tegur kesilapan aku..
disaat ini dan detik ini berhenti sayang diri aku ~
Assalamualaikum

Bila kita tak ingin seseorang muncul dalam hidup kita , seluas lautan dah kita cuba mengelak , seribu jalan untuk elak bertembung , apa ini yang dipanggil jodoh ? jodoh yang sementara mungkin .. mengapa hati kian merindu pada kasih yang dipanggil sayang .. sedangkan esok hari sayang tu tiba-tiba bertukar benci .. jangan terlalu harap dan berpegang pada apa yang naluri kita rasa kerana esoknya bukan kita yang pegang ~

(foto)
andai suatu hari ada yang bertanya jawablah jodoh kita tiada tanpa ada sengketa

kadang-kadang perjalanan ni mengasyikkan hingga terlupa dalam asyik dan keyakinan ada suatu ketika yang akan membuat kita rebah ,hancur dan relai ..jodoh~ di  tangan Dia bukan , apa yang kita ingin sampaikan kadang-kadang tidak kesampaian , tapi apa yang tak ingin kita sampaikan tiba-tiba ia trjadi , aneh .. seminit diperlukan sesaat ditinggalka .. apa benar naluri kita yang kita kata itu jodoh , yang sentiasa kita kata aku dan dia serasi , aku dan dia sama segalanya , aku dan dia hingga hujung nyawa bernoktahkan hanya kata-kata ~ benar ?

kita lupa sebenarnya dalam ikatan mahupun perhubungan , antara dua  hati yang saling memiliki pasti ada satu ruang yang tak dapat kita kongsi dengan dia , ada satu ruang yang takkan mampu dimiliki , tidak selalu tapi pasti ada .. diri kau sendiri pun tidak kau kenali , apatah lagi org lain yang boleh bertopengkan kegembiraan di sebalik kesedihan ~ ada suatu waktu kesedihan tu kita pendam seorang diri walaupun ada pendamping setia ... tak mampu nak luahkan ~ tersorok jauh di dasar hati , dalam ~ terlalu dalam ...

hati berbicara:

berserah pada yang SATU sayang ~agar nanti kita tak jatuh tersungkur, masih ada penawar yang mengubati dikala sesak menghidu oksigen
-dari pengalaman org lain bukan qaseh ye-


Assalamualaikum..

akhirnya berkurun lama dapat jugak follower yang ke 4000.. jengjengjeng siapakah dia , tq to LAN A to Z eh eh LAN STRIDER http://striderbuzz.blogspot.com/ sila melawat blog beliau k .. tq jugak buat follower2 yang pernah menyinggah di blog usang ni , mohla kite berblog dengan hati gembira 

ops jangan salah paham buka lan sindir aku ,tapi budak sekolah aku yang senget ni ha , dalam group whatsapp .. kurang asam je haha oooo buli den lagi yo jaga  kome2 semua ..


nampak tak permainan mereka haha bongek !! ok kalau nak bergambar dengan aku kena bayar seribu sorang ye kikiki , apa-apa pun sayang semua geng-geng lama ni , geng sekelas 5st , banyak kenangan dengan mereka dan yang pastinya aku lah sering dibuli oleh MOHD SAFWAN playboy masa sekolah dulu wakaka.. nak gambar dia?? tak payah lah bukan HENSEM pun !!!! bhahaha padan muka tapi  aku bangga dengan korang semua dah berjaya cuma aku je yang tak ada apa2 sobsss.. jaga diri baik2 ye semua 

hati berbicara :
qaseh ada blog baru saja suka2 jemput laa masyukk ye kat bawah ni haaaaa
LENSA QASEH
Assalamualaikum
aku tengah mencari follower yang ke 4ribu , mana tahu dapat something special ...

ops sory aku bukan nak buat contest lagi , cuma just nak mencerita dan kaitkan antara contest dan follower , kira macam mengimbau balik zaman kegemilangan contest , siot je ..ok first-first aku berblog  selalu sangatlah join contest dan GA , seronok walaupun tak menang manalah tahu rezeki kita kan , tuah ayam nampak kat kaki tuah manusia mana nak nampak kan mak jemah

first aku buat EDIT PHOTO CONTEST , kemain masa tu puas fikir apalah contest yang aku patut buat , dan aku tak sangka hampir 600 join contest tu , sonang je edit gambar sebelum dan selepas ,jenuh lah aku nak list satu-satu contestang boleh tgk kat sini ---> senarai contestant luruh bulu ketiak aku , tupun ada tercicir , penambahan kat komen2 yang takk di list ..

one thing yang korang akan dapat bila bercontest or bersegmen , dapat trafic dan jugak follower , dulu aku tak tahu langsug kejadah nye ramai follower so aku letakkann syarat nak join cotest aku , ko kena follow tu je ,dulu aku anggap follower tu taklah penting mana pun , follow pastu blah , tapi tadi aku tertarik dengan kata-kata seorang blogger idola saya dari mula2 berblog ben ashaari, ini hanya pengkhususan PENTING tak FOLLOWER ? dia cakap pengalaman dia dalam company2 besar , company tu akan tanya
  • berapa follower blog , facebook , twitter , dan uv
  • berapa ramai baca blog anda setiap hari 
  • bila followers ramai trafiq jadi tinggi maka harga pun mahal
  • followers bukan takat di blog tapi facebook , instagram dan jugak twitter
so then aku terfikir betul , contohnya beribu like walaupun status fb dia 'hai' dari followers , hebat so dari situ bila update blog mestilah follower2 dia dari sana turut menyumbang trafiq ke dalam blog beliau  , so follower sangat penting , bila korang buat contest dari situ dapat la dua benda kan ,..jgn cakap tak penting ye ,, kalau korang rasa tak penting kenapa yeee??cuma ada benda yang aku heran kenapa orang bencikan SEGMEN padahal benda tu dua hala , sihat la kot nak upkan blogger baru mahupun lama , tetiba aku rasa rindu sangat dengan segmen2 dari otai BEN ASHAARI .. seronok , jom pujuk abg beng buat segmen lagi cuma tu lah ramai yang kutuk bila benda tu mendapat banyak perhatian , susah bila astik fikir NEGATIFFFFFFFF ..

cumanya bila korang dah ada follower yang ramai dan trafic yang tinggi , upadate la selalu ! macam aku ni banyak betul masalah rasa nak mula balik je tapi nak beli laptop dulu , laptop ni dah tinggal berapa keping je keyboard , sadisss


oklah setakat itu ulasan aku , aku tengah survey shopping online , aku suka beli tudung da handbag haa satu lagi kasut , 3benda ni memang buat aku gila , tadi aku dah tengok tudung dan shawl yang cantik siot boleh lah melaram sakan , lagipun banyak pulak majlis kenduri kawen sejak akhir2 ni ,boleh tengok kat sini KOLEKSI TUDUNG DAN SHAWL dan boleh gayakan dengan KOLEKSI AKSESORI semuanya di SHOPPING ONLINE ZALORA .. macam2 ada , first sign up pun korang akan dapat vaucher ok !!!!!! k jom kita shopping !! MURAH JE WEIIII
Assalamualaikum ..

ahad yang lepas 27 oktober , qaseh pergi lagi bertapa di sedenak rumah pakcik mat gebu , kiranya ini kedua kali qaseh bertapa kat rumah beliau ,alkisahnya mawardi yunus dan mk syahir blogger hebat ajak pergi , siap buat pengumuman lagi , tak cukup pengumuman kat kedai mamak sambung kat dalam group whatsapp abg beng , so qaseh bab2 berjalan ni memang laju almaklumlahh sekarang tgh goyang kaki .. sape nak ajak g mana2 roger je k ...

 entry first jumpa pcm ------->  first time jumpa pak cik mat gebu 

so pergila kami 6 beranak ke sedenak , mk syahir , mawardi yunus , shawn razaleigh , mieza , dan iffah afiffah .. selamat sampai dengan selamatnya dalam pukul 2lebih , terharu sangat pcm sudi terima kami yang ngokngek ni lebih2 qaseh la wakakakaka.

alhamdulillah rezeki kami hari tu , rezeki dengar pengalaman dari PCM , rezeki dapat tegok teko2 dan barang antik , pengalaman PCM byk lah cerita dari beliaau , kagum ekeke dan semestinya rezeki makan weee hari tu kami di hidangkan dengan gulai ikan tongkol, sambal sotong tin, semur ayam, sayur campur, pavlova, kek coklat lapis cis wif ice cream vanila dan popia jejari ketam.

tapi macam syok ja hari tu sebab , ok bayangkan pcm atas kerusi dan kami 6 beranak duduk bersila kat bawah dengar pengalaman-pegalaman dan cerita-cerita termasuk cerita hantu ,dan hapir kena pijak sebab terlebih nakal wakaka ,, ampun ye pcm .. rindu pulaks !!


pavlova yang cute dan suwit macam pembuatnya ..

kek choc kukus lapis cheese bersama aiskrim
masa ni ada orang tu kan , deco kek qaseh sampai tercampak aiskrim atas baju ambe , dan tercampak terus sudu yang disaluti aiskrim atas baju ambe lagi ,,sedihnye di dibuli oleh perempuan ayu sorang tu haha sabor je lah ..

popia jejari ketam 
masa ni pun ada cerita diketawakan oleh pcm.
taknak citer okbye ! haha


tiffin biru sudah di noda oleh kami ..

tempat wajib bergambar bila bertamu di rumah pcm .. sudut bertemu jodoh katanya , nak cuba nasiblah eh eh boleh tak ? kompom2 jeles orang pahang japgi hehe 


then lepas makan , hampir ke petang kami duk melepak tibalah masa kami mengundur diri , layan kami semua memang tak terlayan , nak mengundur diri pcm kata tunggu jam cinderella berdenting ting ting ting dulu , haaaa kalau nak tahu jam cinderella tu apa , kenala pergei rumah beliau , apapun tq for everything pak che mat gebu ... terbaik , suka dengan low profila pcm dan keletah keramahan beliau , korang pergi la bertamu memang terbaik ,semoga di rahmati Allah selalu ye pcm , syg ketat2...








 lastly kami melawat kereta antik di rumah kedua beliau .. 
sory bukan untuk dijual 
akhir kata terimalah pantun dua kerat dari qaseh 
Dalam gelap ada orang minyak 
buat pak che mat gebu terima kasih banyak2 dan sayang ketat2!

entry dari pcm : http://www.tiffinbiru.com/2013/10/bila-blogger-muda-bertemu-che-mat-gebu.html
entry dari mawardiyunus : http://www.mawardiyunus.com/2013/10/sepetang-bersama-blogger-masakan-che.html

tq buat dr fuh dot my jadi driver yang comel ,,kahkah 




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates