• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
 
 
Hai korang, selamat menyambut tahun baru. Sempena tahun baru 2021 ni qaseh selalu terharu dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald's Malaysia. Mana taknya sempena tahun baru 2021, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)  telah menyumbangkan RM100,000 kepada 50 rumah anak yatim di seluruh negara.

 
Ianya adalah komitmen berterusan untuk menyokong kebajikan anak-anak yatim di negara ini. Majlis penyampaian cek sumbangan telah diadakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
 
Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia yang juga Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia berkata
 
‘’Kami percaya bahawa setiap anak berhak menikmati masa kanak-kanak yang bahagia dan mereka berhak untuk membesar dengan sihat’’
 
RMHC Malaysia komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak Malaysia dan kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada kehidupan anak-anak dengan memberikan setiap anak apa yang mereka benar-benar layak dan perlukan.
 
Sebenarnya sumbangan itu juga merupakan berkat sumbangan besar dari pelanggan-pelanggan McDonald's Malaysia yang membuat sumbangan melalui kotak syiling atau lebih dikenali sebagai ''Tabung Merah'' RMHC Malaysia dan Kios Pesanan Sendiri (SOK) di lebih daripada 300 restoran McDonald’s di seluruh negara serta dari rakan niaga, pekerja dan francais McDonald's.
 
Haaa kalau korang nampak kotak sumbangan di kaunter restoran McDonald's tu korang boleh menyumbang seikhlas hati korang, dari sumbangan korang tu lah sedikit sebanyak membantu insan-insan yang tak bernasib baik dan dapat saham akhirat kelak. InshaAllah.

Kata Datuk Seri Rina pula, ‘‘Saya gembira melihat organisasi seperti RMHC Malaysia tampil dan memberi kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa sukar ini. Bagi pihak kementerian, kami berterima kasih atas sokongan dari RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia kerana sikap ini benar-benar melambangkan semangat negara #kitajagakita’’. Bagi korang atau sesiapa sahaja, menderma dan sedekah itu tak pernah memberi kemiskinan kepada kita, malah bila kita memberi makin banyak rezeki yang kita terima.
 
Kalau korang ingin membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Malaysia, untuk menderma atau ingin menjadi sukarelawan, boleh sertai RMHC Malaysia untuk membantu.
 
Caranya korang boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388 atau boleh layari laman web rasmi https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation . Tq so much RMHC Malaysia kerana memberi sinar kepada anak-anak ini. 
 Assalamualaikum
 
Beli Perabot Online di Maline Furniture | Hari ni qaseh nak share kepada korang semua, cara mudah untuk membeli perabot yang berkualiti secara online sahaja dengan harga yang berpatutan.
 
Sebenarnya qaseh dah lama survey furniture / perabot untuk rumah, hari tu qaseh survey bed frame siap buat poll dekat ig story tapi last-last pilih almari lah dulu untuk bilik Rayyan, baju dia bercampur dengan Umi haaa, ada almari sendiri senang sikit untuk Rayyan pilih sendiri baju yang dia nak kan.
 
Oh ya qaseh beli online je, tak larat nak keluar pergi mall lagi pun sekarang kan PKP dan kena jaga S.O.P so baik beli online je haaa lagi mudah dan pantas. Risiko bila beli online ni satu je, risau kualiti dia tak setanding dengan harga, yelah tak boleh nak sentuh, tak boleh nak tengok depan-depan kan.
 
Tapi jangan risau okay sebab online furniture mall yang qaseh beli ni memang berkualiti dan terbaik, banyak juga perabot-perabot yang design moden dan kena dengan gaya masa kini, qaseh pun dah survey sebaik mungkin iaitu di Maline Furniture, korang boleh layari web https://maline.com.my.
 
Maline Furniture ni yang bestnya FREE DELIVERY area Klang Valley, nasib baik qaseh masih dalam area Klang Valley so free of charge. Maline Furniture ni juga merupakan pengilang perabot di Malaysia dan dia memang hantar depan rumah kita, kita tak perlu susah-susah nak angkut sendiri.
 
Sebelum qaseh share almari yang qaseh pilih, jom kita cuci mata dulu apa yang ada di Maline Furniture ni, kalau korang baru pindah rumah atau masih pening lagi tak tahu nak beli perabot kat mana haaa boleh survey di Maline Furniture ni okay, macam-macam ada




Sekarang ni Maline tengah buat promosi tau, memang waktu terbaik untuk beli perabot heheh, biasalah uols waktu promosi ni lah dapat jimat banyak, almari yang qaseh beli ni pun tengah ada promosi sebab tu qaseh decide untuk beli dari harga RM900 lebih tak silap, jimat banyak
 
 

 
Ni pilihan qaseh, Wardrobe White Wash. Qaseh pilih jenis sliding door, senang Rayyan nak buka dan tutup. Cantik sangat bila tengok depan-depan, bau kayu sikit tapi okay je, dan kualiti sangat okay dan kukuh.
 
Qaseh agak risau sebenarnya sebab nak masukkan almari ni dalam rumah memang ngam-ngam lah dengan pintu masuk, nasib baik muat kalau tak menangis daku haha thank you delivery man yang bertungkus lumus dan usaha sampai berjaya
 

So almari ni diorang hantar dalam dua packing, satu dengan rangka almari ni seketul dan pintu sliding almari ni, so diorang tolong pasangkan sekali hehe senang kerja qaseh

 



 
Tadaaa akhirnya selamat sampai di rumah, almari ni memang berat dan kukuh, dan agak luas dan besar. Qaseh tak sempat lagi nak mengemas tapi puas hati dengan kualiti furniture dari Maline Furniture ni.
 
So korang jangan lupa survey dan shopping di Maline Furniture okay, mesti rambang mata nak pilih.
 
MORE INFO :
 
Website : https://maline.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MalineOfficialMY
 
 
 
 

 Assalamualaikum

Hai korang,  hari ni qaseh nak ambil sedikit masa untuk fahamkan apa itu zakat pendapatan, bab ilmu ni kena baca dan fahamkan betul-betul okay. Apa sebenarnya zakat pendapatan, wajib ke kita bayar ? Macamana kita nak kira zakat pendapatan yang perlu kita bayar. Haaaa dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki insan lain juga.

    

Jadi maksud pendapatan tu apa ? Pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekala.

Dalil Zakat pendapatan adalah wajib :

Firman Allah s.w.t : ‘’Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.’’ Surah Al-Baqarah : Ayat 267

 


Yang pasti zakat itu dari hasil usaha kalian yang baik-baik. Ada beberapa jenis harta pendapatan yang korang wajib tahu, antaranya adalah 

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam

Contohnya :

- Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah dan insentif, hasil ESOS (skim pilihan saham pekerja ) dan sebagainya

- Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian

2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan

Iaitu ‘’Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samaada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa’’ dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap(al’aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib

Contohnya :

- Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah

- Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan

 3. Zakat Harta Kerja Bebas

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contohnya :

- Bayaran perkhidamatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya

- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim

- Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.

- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasil penuliasan, penerbitan, aktiviti seni, dan sebagainya

- Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain

4. Zakat Harta Al-Mustaghallat

Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh :

- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya

- Hasil sewaan kenderaan, pengankutan, peralatan, aset atau sebagainya.

- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

Itu adalah antara jenis-jenis zakat pendapatan yang korang wajib tahu.Dari zakat pendapatan ni ia mengajar kita bahawa dalam rezeki kita ada rezeki insan-insan yang lebih memerlukan, jangan risau bila kita memberi kita takkan pernah hilang rezeki tapi makin bertambah-tambah.

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Kita boleh ikut kadar zakat pendapatan seperti biasa iaitu 2.5% dari pendapatan.

- 2.5% dari pendapatan kasar atau 2.5% dari pendapatan setelah ditolak segala perbelanjaan. Korang juga boleh bayar secara tahunan ataupun bulanan. 

Haaa sekarang senang sangat nak kira, korang buka je zakat kalkulator dan isi maklumat yang dipaparkan.

Zakat Kalkulator 


Syarat Untuk Bayar Zakat Pendapatan
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik Sempurna
  • Cukup Nisab
  • Haul



Qaseh harap korang yang masih belum faham apa itu zakat pendapatan bolehlah ambil ilmu ini dan kongsikan kepada semua, kadang-kadang kita buat tak endah hal-hal yang wajib, lepas ni kena lebih cakna dan selamat membayar zakat pendapatan okay. Kalau korang nak lebih info boleh layari laman web di bawah. 



Website : https://www.zakatselangor.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Twitter: https://twitter.com/zakatselangor/





Assalamualaikum

Berita yang menyedihkan pada waktu pandemic ni bila qaseh selalu terbaca di social media ramai yang telah kehilangan pekerjaan dengan tiba-tiba, syarikat tak mampu membayar gaji pekerja dan terpaksa berhentikan pekerja, ekonomi tak stabil. Berita yang sangat-sangat sedih lebih-lebih lagi pada yang dah bekeluarga.

Bila qaseh nampak je iklan peluang pekerjaan memang qaseh akan kongsi di social media supaya mereka yang masih tercari-cari pekerjaan mengambil peluang itu. Usaha tanda kejayaan, dan hari ni qaseh nak kongsikan peluang pekerjaan yang korang boleh ambil di iREHAB

Latihan Dan Peluang Pekerjaan di iREHAB.

Untuk pengetahuan korang, iREHAB sekarang membuka peluang yang sangat bagus bagi korang yang masih mencari pekerjaan kerana iREHAB tengah mencari caregiver atau penjaga untuk menjaga warga emas, ibarat menjaga ibu-bapa korang dengan kasih sayang.

Yang bestnya iREHAB tidak kisah jika korang tiada pengalaman langsung sebab di iREHAB ada latihan untuk mengajar korang bagaimana, dan cara yang betul untuk menjaga warga emas. Bukan mudah ye nak jaga warga emas ni tapi akan jadi senang bila korang diajar dengan teknik yang betul

Latihan ni hanya memerlukan masa sehari sahaja. Dalam latihan yang ditawarkan di iREHAB ni, korang akan diajar secara teori dan juga praktikal di fasiliti iREHAB iaitu I-Center dan juga I-Home. Macam best je sebab ilmu ni bukan senang kita nak dapat.

Qaseh rasa peluang ni sangat-sangat bagus dan bermanfaat untuk korang, sebab kita juga dapat ilmu yang bagus,dari sini kita dapat ilmu bagaimana untuk menjaga warga emas. Untuk join kelas latihan ni korang hanya perlu membuat bayaran RM70 untuk kelas tersebut, InshaAllah korang boleh bekerja bersama iREHAB. 

Boleh hubungi iREHAB sekarang di nombor 012-9061690 @ 017-9880324 untuk membuat temujanji

More info :


Web : https://www.irehab.com.my 

FB : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

IG : https://instagram.com/irehab.neurocare  

 Assalamualaikum 

Wow bestnya menang contest Nestle ! Eh qaseh belum menang lagi, tapi korang mungkin berpeluang dan guna ayat tu bila menang nanti dengan menyertai contest best  dari Nestle di PG Mall. Caranya sangat-sangat mudah, korang hanya perlu berbelanja barangan Nestle di PG Mall dan pembeli bertuah akan memenangi something special dari Nestle, nak tau apa ? 

Sempat lagi kalau korang nak join contest untuk bulan Oktober ni ya, dan sekarang kena stay at home lagi lah berbaloi untuk berbelanja di atas talian je, sambil-sambil tu boleh jadi pembeli yang bertuah, tapi hanya di PG Mall tau. 

Menangi Hadiah Utama Contest Nestle Oktober 2020

Hadiah Weekly Untuk Oktober

Untuk contest Nestle ni, pemenang bertuah dipilih untuk kategori mingguan dan juga bulanan. Jadi, hadiah untuk Top Winner contest untuk bulan Oktober, Nestle akan memilih 3 orang pemenang untuk memenangi voucher RM80 setiap seorang, haa boleh jadi korang ! Setiap minggu 3 orang gais, banyak peluang cerah menanti tu. 

Hadiah Monthly Top Spender 

Untuk bulanan pula, Nestle akan memlih 2 orang Top Spender yang membeli  barangan Nestle dan akan memenangi voucher RM150 setiap seorang. Weh banyak tu, sekarang PKP ni memang lumayan lah dapat berbelanja secara percuma hanya menggunakan voucher je. 

Cereal Nestle Jadi Pilihan Utama

Banyak produk Nestle yang korang boleh beli, sememangnya dari dulu lagi barangan Nestle memang wajib ada bila kita shopping kan, rasanya sejak kita kecil lagi. Maggi ? Haa itu memang stok wajib ada heheh, favourite qaseh sepanjang masa. Banyak kelebihan juga bila shopping barangan Nestle ni PG Mall tau sebab ada promosi-promosi best dan semestinya dapat  jimat wang kita.

Antara produk Nestle kesukaan qaseh adalah cereal, paling senang untuk sarapan dan pelbagai resepi best boleh dibuat dengan hanya menggunakan cereal. Anak-anak lagi lah suka kan, sedap dan mudah untuk disediakan. 

Nampak sedap je yang ni kan, promosi best ni dapat Honey Stars 150g percuma, add to cart !

Pelbagai pilihan Cereal yang korang boleh beli. 

Pengalaman Shopping di PG Mall

Qaseh nak share juga lah pengalaman qaseh shopping di PG Mall, PG Mall ni adalah platform beli-belah nombor satu di Malaysia. Qaseh dah mula serasi bila shopping di PG Mall ni dan barang pertama qaseh beli di sini adalah oven. 

So far, qaseh kagum dengan penghantaran sangat laju, barang sampai dengan selamat dan tiada masalah, status tentang order kita akan diupdate dalam email juga, so korang boleh check progress di situ. 

Pembayaran pun sangat mudah, boleh bayar melalui E-Wallet, Boost dan sebagainya sebab PG Mall satu-satunya platform yang menerima semua kemudahan pembayaran melalui E-Wallet dan payment getaway.

InshaaAllah next qaseh akan shopping lagi di PG Mall, mungkin boleh beli emas pula. Trusted platform yang korang boleh shopping 

Jom Menang Hadiah Utama Contest Nestle !

Yang penting jangan lupa tau berbelanja barangan Nestle di PG Mall dan berpeluang memenangi hadiah lumayan. Rezeki kita tak menyangka kan, shopping barangan harian tapi boleh menang pulak. So tunggu apa lagi, moh lah kiterrr masuk PG Mall, tak perlu S.O.P pun, hanya di hujung jari.

More Info :

Website  

www.pgmall.my

 

Facebook :

https://www.facebook.com/PGMallMalaysia/

 

Instagram :

https://www.instagram.com/pgmall.my

 

Telegram :

https://t.me/pgmallofficail001


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates