• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Hye korang , ingat tak sebelum ni aku ada share tentang Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature , boleh baca di SINI . Kali ni nak share lagi sebab benda bagus kan kena share banyak-banyak kali sampai korang terpengaruh heh heh , tapi seriously la korang , CC Cream ni best giler , dah nak habis dah aku guna , jarang jugak lah aku pakai produk sampai habis ni haa.


Perempuan kan , dalam banyak - banyak produk mesti akan ada favourite produk yang dia sayang dan selalu guna , haaa sama lah macam aku , bila dah jatuh cinta dengan satu produk tu memang akan guna sampai habis , eh tak terpandang pulak yang dalam gerobok mekap tu kan , ops. 

So sebelum ni aku dah share secara detail tentang tekstur , tentang apa itu Hansaegee Nature , tentang kelebihan dan kebaikan CC Cream ni , dah story panjang gila  pasal semua tu kan ,boleh baca di entry lepas , jadi entry kali ni memang aku nak fokus dan share pengalaman aku selepas dah sebulan rasanya aku menggunakan CC Cream ni.




Tindak Balas Negatif ??

Dah lama aku guna CC Cream , hurm agak-agak aku ada mengalami breakout ke tak ? Ye lah kadang-kadang ada sesetengah produk , bila guna jangka masa lama baru ia bertindak balas sama ada secara negatif atau pun positif . Surprisely , alhamdulillah CC Cream ni takde beri aku tindak balas negatif , takde naik jerawat , takde rasa pedih atau kulit menipis ~ NO ! Memang takde ,  kulit rasa lebih smooth adalah hehe best korang.

Yang paling aku suka sebenarnya sebab memang senang dan memudahkan sangat bila apply di wajah   , hanya guna jari je pun dah cukup cun dah , dan mudah bagi aku maksudnya untuk daily rutin seorang mak-mak ni kan , nak berhias tapi nak cepat dan taknak terlalu over sangat , memang betul-betul membantu.




Before this , suami yang kena tunggu kita mekap berjam-jam , bila apply cc cream ni , eh eh kita pulak kena tunggu dia ~ betul lah orang kata penantian tu sangat memenatkan , ops !

Konfiden Dengan Natural Look Oleh CC Cream 

Dengan CC Cream ni , memang cukup untuk buat wajah aku jadi lebih berseri dan glowing , kadang-kadang aku guna  jugak di rumah walaupun tak keluar sebab suka kesan glowing dan kecerahan pada kulit , so suami tengok pun takdelah nampak kusam tak bermaya even buat kerja rumah yang tak pernah habis tu haa ~ tapi calit sikit-sikit je nanti habis pulak haha (sayang woooo)



Bila aku dah terbiasa dengan CC Cream ni korang  , aku jadi macam lebih selesa bila muka nampak lebih natural , lebih konfiden , padahal bukan guna banyak pun , calit-calit nipis je , memang nampak macam tak apply apa-apa pun tapi sebab kesan glowing dan tak kusam kan kulit , tu yang rasa BEST sangat tu , so daily mekap aku sekarang hanya guna CC Cream , blusher dan gincu je haa , foundation pun dah tak kenal dah haha

One more thing , kulit aku ni jenis kulit kering tau dan CC Cream ni tak mengeringkan lagi kulit tapi kekalkan kelembapan ,  sebab teksturnya bukan jenis matte yang cepat kering . Sebab tu makeup lebih tahan lama jika apply CC Cream ni sebagai makeup base , mekap jadi lebih pigmented gitu dan tahan lebih lama , walaupun berjemur ia tak buatkan kulit wajah sunburn sebab ada SPF 30 +++ . Jeragat pun tak perlu risau sebab ianya anti wrinkle.


Sentiasa Bersama Ke Mana Jua ~




Memang sekarang ni , mana - mana je aku keluar akan bawak CC Cream ni bersama , alah dah lah kecik je , so taklah memberatkan beg , lagi pula kadang bila keluar seharian , haruslah basuh muka , solat dan lain-lain kan so memang wajib bawak lah ke mana pun , memang memudahkan life aku dalam banyak hal , contohnya tak payah bawak brush atau pun span untuk apply ~ semua benda tu kadang aduh penatnya nak kena bawak semua benda kan ~ ~ masa pun tak terbuang begitu sahaja hehe ~

Dengan CC Cream ni tak perlu pun nak pening pilih kod warna sebab ia memang satu kod je , walaupun muka kita tak berapa cerah dan putih , still boleh apply this CC Cream sebab ia menyeimbangkan tona kulit , sebelum ni dah share teksturnya yang putih kan , bila apply memang ikut warna kulit kita cuma blend hingga rata , kat bawah ni aku share video daily makeup aku . Senang gila ~




View this post on Instagram


A post shared by Qaseh need active liker only (@qasehdalia) on Dec 19, 2018 at 9:26pm PST




So ugais , wajib dapatkan seketui CC Cream ni dalam barang mekap korang. Bila dah malas nak mekap memang CC Cream ni je jadi pilihan pertama , hehe tak percaya cuba lah sendiri . Mana nak dapatkan Gold Nano CC Cream ni ? Aku dapatkan di web official Hansaegee Nature , kat kedai memang tak de jual tau korang , so kalau ternampak ada di jual di kedai or pasar malam , FAKE la tu haaa ~ hati-hati , details aku dah share di bawah .


Hansaegee Nature 
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Assalamualaikum 

Pertama kali buat spek mata untuk diri sendiri selama hidup ni , sebab ada promosi spek mata murah di kedai Eye Pro Vision di Sungei Wang . Yang kenal aku , memang aku tak pernah pakai spek pun sebelum ni sebab bukan dalam kategori orang yang rabun lagi (padahal tak pernah pun check kondisi mata hiks)






Sebenarnya memang dah lama  rasa cepat sakit kepala bila mengadap laptop , padahal dulu okay je , then ada orang pernah suggest cuba pergi check mata (tapi asyik tangguh je !!). Dah alang-alang tengah viral kedai spek mata murah ni , aku pun check lah mata di kedai Eye Pro Vision ni , rupanya aku ada silau jugak ermm !

Macam tak percaya pulak , ni lah padah tak dengar nasihat suami jangan tengok smartfon dalam gelap , haa kan dah mendapat ! Nasib baik lah tak tinggi lagi , tapi dah alang-alang tengah murah aku buat jugak spek yang lens Alpha Blue 420 yang memang khas untuk silau dan sangat-sangat sesuai pada korang yang selalu drive malam , sebab silau dari lampu led , yang selalu bekerja menghadap komputer / laptop / smartfon tu haaa (aku lah tu !)

PROMOSI SPEK MATA MURAH RM65 SAHAJA ??

For now tengah promosi RM65 untuk bingkai dan cermin multicoated + power sehingga 400 , hari tu lagi murah tau korang , hanya RM38 je cuma aku tak sempat pergi sebab berlangsung untuk 3 hari sahaja , yang sempat pergi haritu memang rezeki korang lah , tapi ni pun still murah lagi , sebab member-member yang pakai spek pun kata memang murah . Promosi sampai bila ? Untuk sekarang , promosi selagi stok ada ~ 


LENS ALPHA BLUE 420 TERBAIK

Untuk Lens Alpha Blue 420 pula korang hanya perlu tambah RM60 je , so total nya RM125 dari harga asal RM250 , jimat banyak ! Boleh beli sepuluh haha , for your info , Lens Blue Alpha 420 ni dah registered under company Eye Pro Vision tau . Aku eksited sebenarnya nak cerita kat korang pasal Lens Alpha ni , banyak kelebihan dan memang berbaloi - baloi untuk mata kita. 

Oppa William haha Oppa sebab muka dia macam Yoo Jae Suk weh , dia ada tunjuk demonstrasi tentang Lens Alpha Blue 420 ni , memang tak tembus cahaya dan sinaran UV langsung , ugais boleh tengok video di bawah ni. Kena tengok sebab ni real punya demo tau 


KELEBIHAN LENS ALPHA BLUE 420
  •  Sesuai kepada yang ada masalah silau , drive malam , selalu mengadap komputer , laptop & smartfon
  • 100 % menghalang sinaran biru dan Ungu (420)
Bezanya lens biasa dengan alpha blue 420 memang ia akan block segala sinaran dari terkena mata kita secara direct , termasuk pancaran dari lampu led , cahaya dari smartfon , laptop , komputer dan sebagainya 


Test guna Lens Alpha Blue 420 memang tak tembus langsung ~ omg korang , serius bukan gebang ni , wajib ada pada korang yang silau tu haaa , drivie  malam pun dah takde masalah lagi ! 
  • Kalis air , tahan calar  , mudah di cuci walaupun test dengan permanent marker sebab cermin di kedai ni memang berkualiti 


Ni test dengan laser yang power jugak , memang WOW sangat bila tengok lens yang biasa tu rosak bila terkena laser manakala lens Alpha Blue 420 masih rileks seperti tiada apa-apa yang berlaku !

Rambang Mata Pilih Design Lebih 2K !

Jadi aku memang konfirm nak jugak yang Lens Alpha Blue 420 , then check mata tengok silau aku tahap mana , siap check mata semua ~ masa untuk pilih design ! Aduh mula rasa pening nak pilih frame macamana sebab design lebih 2k ada di Eye Pro Vision ni , dari design Korea dan Japan pun ada jugak 



Oh ye , satu lagi info kat sini , korang boleh pilih spek mata yang bingkainya fleksible , siap boleh kepak-kepakkan tapi tak patah pun haaaa , aku tak pilih yang tu sebab tak minat frame yang tebal , if korang jenis lasak dan jenis letak spek merata-rata haa pilih yang jenis macam tu , kalau orang pijak tak patah hahah


SIAP DALAM MASA SATU JAM SAHAJA ! 


Semua jenis dah try , frame petak , segi tiga , bulat , condong semua dah try tapi last-last terkenan dan paling sesuai dengan muka yang ni , heheh amacam cantik idok ? Aku buat spek ni untuk cover mata bila menghadap laptop dan smartfon je , kadang 2 - 3 pagi baru buat kerja sebab tunggu anak tido .. Hohoho boleh rabun mata kalau selalu mengadap laptop tau so baik la cepat-cepat cari spek yang jenis anti silau ni


Pilih punya pilih , akhirnya grab frame macam ni , yang ni paling sesuai dengan muka lonjong ku hihih

Berapa lama nak siap ? Hanya satu jam je gais , sempat shopping jap then dah siap datang balik dalam masa sejam , if dah viral dan sesak ni mungkin lah lambat sikit , so pergi hari biasa untuk mengelakkan berlakunya jam trafic ahaks . Memang terbaik !


Kesimpulannya memang terbaik layanan dan penjelasan dari tokey kedai ni , if korang ada apa-apa soalan berkaitan , korang cari je Oppa William ni , terbaik ! Memang segala jawapan korang dia akan jawab , soalan yang tak di tanya pun akan di jawab jugak haha . 

If ugais ada masalah silau , tak boleh nak drive malam , dan bekerja mengadap gadjet , smartfon , komputer dan sebagainya  seriously Lens Alpha Blue 420 ni pilihan yang pertama korang kena pilih . Bila tengok demonstrasi tu wah macam magic pulak , tapi tu lah memang lens macamni yang perlu sebenarnya , cahaya apa-apa tak terkena direct ke mata . 



Buat kerja kena pakai spek Alpha Blue 420 la lepaih ni hihi , rasa macam lebih terang dan jelas , yang ni memang khas untuk silau aku , biasa ngadap laptop lama-lama memang agak pedih la mata , tapi bila guna spek ni cahaya laptop jadi tak terlalu terang kena mata haaaa , best sangat.

So gais apa tunggu lagi , jangan tunggu lama-lama ~ nanti naik harga menangis ehehehe tapi for now selagi stok ada masih lagi harga promosi , berbaloi grab yang lens alpha blue 420 ni .


LOCATION : 



EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum 

Seperti yang kita sedia maklum , kalau dahulu kerajaan telah memperkenalkan BRIM , tapi sekarang telah di tukar kepada BSH , Bantuan Sara Hidup 2019  , alhamdulillah bantuan sebegini masih di teruskan kerana ia sangat membantu pada golongan yang kurang berkemampuan , bagi aku ia memang patut di teruskan kerana tak semua mampu lebih-lebih lagi dalam dunia yang makin mencabar ini 

Sebenarnya BSHR telah di umumkan pada 30 Mei yang lalu oleh Perdana Menteri kita , dan telah di buat pembayaran pada bulan JUN dan OGOS yang lepas , dan penerima yang layak menerima BRIM pada tahun 2018 secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup , dan untuk tahun 2019 Bantuan Sara Hidup akan bermula pada bulan JAN 2019 

Tapi yang bestnya dari yang terdahulu , ada penambahbaikan dari kerajaan terutama kepada keluarga yang punya ramai anak , iaitu dapat penambahan RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 4 orang anak . Kalau dulu bagi pendapatan RM2000 ke bawah , hanya akan mendapat RM1200 , jika sesebuah keluarga mempunyai 4 orang anak , mereka akan memperoleh RM1480 :)


Syarat Kelayakan & Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH)

Kategori 1 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 ke bawah = Bantuan RM1000 
Kategori 2 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM2001-RM3000 = Bantuan RM750 
Kategori 3 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 - RM4000 = Bantuan RM500 
Bantuan RM120 - Untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah ( terhad kepada 4 orang) kecuali anak OKU yang tidak di hadkan umur 
Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH2019) akan di buka pada Januari 2019 dan tarikh pembayaran akan di buat selepas Tahun Baru Cina 

Dengan adanya bantuan sebegini dan masih lagi di teruskan , sedikit sebanyak ia banyak membantu keluarga yang tidak berkemampuan walaupun ia tidak lah sebanyak mana tapi sekurangnya banyak beban yang perlu di tanggung oleh sesebuah keluarga selesai 

Yang paling best , adanya penambah baikan untuk bantuan terhadap anak-anak , dan aku percaya kerajaan akan betul-betul menapis dan memberikan bantuan sara hidup ni pada yang benar - benar layak sahaja . 

Bagi korang yang menerima Bantuan Sara Hidup ni , jangan boros dan gunakan lah bantuan ini sebaik mungkin , bantuan anak tu jangan pula di gunakan untuk berjoli , ia boleh di gunakan untuk membeli barangan / alatan anak ke sekolan , pakaian sekolah dan lain-lain lagi , dan boleh juga di gunakan untuk simpanan kecemasan dan pembayaran hutang yang masih belum langsai . 

Oh ye , jangan lupa untuk mengemaskini permohonan kalian juga sekurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun , walaupun permohonan pertama korang pernah gagal , masih lagi boleh membuat rayuan :)

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online 2019 
  1. Layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera
Apa Yang Perlu di Kemaskini 
  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
Jangan lupa gunakan bantuan ini sebaik mungkin , ikuti keperluan jangan ikuti kehendak diri , terima kasih buat kerajaan yang sudi meneruskan bantuan sebegini  , untuk maklumat lanjut dan segala info , korang boleh layari  BSH 2019  , jangan lupa kemaskini data kalian 

Assalamualaikum 

Makin berusia ni kan macam makin malas nak mekap tebal-tebal , mungkin sejak dah 30-an ni semua benda nak buat dengan cepat , tapi tak berapa nak konfiden juga bila keluar rumah tak pakai apa - apa tapi malas juga nak apply foundation , concealer dan lain-lain hahacomplicated sungguh jadi perempuan ni , kan best ada MUA sendiri kan ~ acewah .

Korang pun mesti ada waktu-waktu malas dan hari yang sibuk juga kan , dan kadang bila dah bergelar mak dan isteri ni , semua benda nak kena cepat termasuk bab mekap , nanti ada lah yang membebel lambat betul macam nak jumpa putera raja , erghhh ! Jadi hari ni aku nak share tentang satu penambahan dalam list mekap aku iaitu  S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature.



Aku selalu jugak tengok video tutorial mekap dari orang Korea , pada mula nya mesti diorang akan pakai satu produk ni yang tekstur nya putih gila tapi bila dah blend ia jadi glowing dan natural , bila aku survey rupanya orang Korea ni terkenal dengan Cc Cream, patut lah muka berseri je dan bersinar bak rembulan

Berbalik kepada S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature B , aku dah cuba sendiri dalam masa seminggu and so far muka aku takde apa-apa alergik terhadap bahan kandungan dalam CC Cream ni , maknanya ia serasi dengan kulit wajah aku.

Tentang Hansaegee Nature 

Oh ye mungkin ada antara korang masih belum tahu tentang Hansaegee Nature tapi rasanya ramai yang dah tahu kan ? Hansaegee Nature sebenarnya adalah jenama kecantikan penjagaan kulit yang di tubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia , dan semua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dan selamat.

So Hansaegee Natura memang fokus untuk berkongsi penjagaan kulit kepada wanita Malaysia yang sememangnya selamat dan bagus. Oleh itu , Hansaegee Nature bermula dengan menjual produk - produk secara online supaya seluruh Malaysia dapat mencapai dan memastikan semua produk adalah selamat dan mengekalkan kualiti yang baik. Produk Hansaegee Nature di import secara langsung dari Korea ke pejabat Hansaegee Nature yang berpusat di Malaysia dan semua produk original made in Korea adalah selamat dan di luluskan secara sah.

Bahan Kandungan S+ Recover Gold Nano CC Cream 


Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold

Yang buatkan rasa selamat untuk pakai mana-mana produk adalah bahan kandungannya , CC Cream ni adalah bebas dari sumber haiwan , paraben - free , sulfate - free , dan alcohol-free .
Bahan Kandungan Utama
  • Mineral Water - yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi 

Bila masuk bab mekap ni aku bukan seorang yang suka mekap tebal , lebih pada natural je . Selalunya aku akan pakai foundation nipis-nipis je supaya nampak lah putih sikit haha kalau tak pakai apa-apa , ''muka macam kena tinggal dek laki'' pulak ~ tapi lepas aku pakai S+ Recover Gold Nano CC Cream ni , dah tak perlu pakai foundation lagi dah , serious best rupanya pakai CC Cream ni. (Rasanya ni pertama kali aku pakai CC Cream)


Suka dengan packaging nya sebab mudah untuk guna , just picit je berapa pam yang aku nak

Apa yang best tentang S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni ? Sebenarnya maksud CC Cream adalah Colour Control Cream , so ia adalah krim siang yang semuanya dalam satu  , dan ia lebih ke arah memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit kita , walau pun kau kulit gelap ke , kulit cerah ke , CC Cream ni sesuai untuk semua jenis dan warna kulit dan beri kesan cerah dan glowing pada kulit , jom aku tunjuk magic nya CC Cream ni

Tekstur S+ Recover Gold Nano CC Cream


Fizikalnya memang berwarna putih tapi boleh tengok ada molekul-molekul berwarna coklat

Bila tengok tekstur dan warna CC Cream ni memang putih kan ? Kulit aku pun tak seputih itu , mula-mula tengok risau juga kang jadi kelabu asap lepas pakai haha tapi rupanya walaupun fizikalnya putih tapi bila aku blend / ratakan di kulit wajah ia akan mengikut tona kulit kita , so tak perlu risau kelabu asap ke kelabu jingga apa semua , ia jadi kan kita natural beauty tapi ada effect brightening dan glowing. 




Boleh nampak perbezaannya di situ kan ~


Jika kulit korang ada masalah tona tak sekata atau ada redness dan sebagainya , cuba lah CC Cream ni .Kenapa dari warna putih boleh jadi natural ? Haa sebab tekstur CC Cream ni ada molekul-molekul kecil berwarna coklat , jadi bila blend betul-betul  , ia bertukar warna coklat sebab tu bila apply di kulit wajah ia buatkan tona kulit kita nampak natural


Haaa nampak kan bila dah betul-betul blend , ia mula bertukar warna 


Bukan tu je korang , S+ Recover Gold Nano CC Cream ni juga ada SPF 30 PA+++ yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV matahari , biasanya ada dalam sunscreen je kan ? Selain tu ia juga sejenis cream yang anti-wrinkle dan juga akan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. So tekstur nya tidak melekit dan berminyak langsung , cara apply pun senang gila hanya guna jari je. Tak perlu nak guna brush or span tau, jari je !

Kulit aku pulak sebenarnya sejenis kulit kering , if tak jaga skincare rutin , mula lah nampak liang pori terbuka tapi CC Cream ni juga boleh menutup liang pori dan cela walaupun tak sepenuhnya tapi akan nampak kulit aku lebih licin dan flawless gitu , 

And also  ya ,CC Cream ni korang boleh pakai macam tu je tanpa mekap dan juga boleh di jadikan sebagai makeup base / makeup primer sebab ia akan membuatkan mekap korang lebih tahan lama dan pigmented. Boleh tengok perbezaan gambar di bawah ni okay 




Sebenarnya muka aku banyak jugaklah bintik-bintik hitam , bila apply CC Cream ni boleh kaburkan segala bintik tu dan lebam bawah mata tu pun nampak pudar hehehe i loikeee ! 

Cara guna S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • Cuci muka 
  • Toner
  • Moistruizer 
  • Sunscreen 
  • S+ Recover Gold Nano CC Cream
  • For more coverage add on lah foundation dan mekap korang tu 
My Honest Review 

So far bagi aku yang dah cuba sendiri penggunaan S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni , memang sangat memudahkan sebab tekstur nya pun mild cream dan senang di ratakan dengan jari je dan memberi kemasan yang cantik dengan kesan brightening dan glowing dengan cepat.


Gambar sebelum apply CC Cream 


Gambar selepas apply CC Cream
Paling best CC Cream ni bagi aku , ia memberi satu kepuasan kepada penggemar mekap dan juga yang tidak suka kan mekap yang keterlaluan , kerana ia boleh di gunakan untuk dua keadaan ini , - mekap yang secara natural dan - makeup base / primer untuk lagi mencatikkan mekap seseorang

Simple makeup hanya tambah lipstick je terus muka nampak berseri , cerah dan glowing !

So u guys boleh cuba sendiri and u will fall in love with this CC Cream , harga nya pun berbaloi dengan hasil yang di berikan , mana nak beli ? Just check it out all this link yang aku sertakan di bawah , tq so much Hansaegee Nature :) 

Hansaegee Nature 
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Assalamualaikum 

Nak cari tempat breakfast di Melaka ? Hari tu aku cuba lah jugak di kedai Roti Canai Kayu Arang Melaka. Sebab kata orang ramai kat sini ada roti canai yang sedap dan di bakar dengan menggunakan arang . Betul ke sedap roti canai kayu arang ni ? Haaa lain orang lain seleranya ~ Bagi aku ? Meh baca lagi ..

Banner zaman bila pun tak tau ni :p

Bila masuk je kedai ni , fuh memang agak ramai weh manusia yang datang sarapan di sini , hampir full jugak la , nasib baik ada jugak meja tu pun hujung-hujung nun. Kat sini yang femes dan viral adalah roti canai , so aku pun blank tak tahu nak cuba makanan apa , aku ikut je suggestion makcik yang ambil order 

Jadi katanya kat sini yang viral adalah Roti Canai Dol (tak tau lah betul tak eja ni ) , so aku order Roti Canai Dol satu dan Roti Canai Telur satu , tambahan kuih muih untuk Rayyan . Bab menunggu , lama jugak sebab ramai orang , tapi kalau order benda lain maybe tak lama sangat lah. 

Roti Canai Telur 


Roti canai telur ni biasa je , cuma kat dalam roti ni ada dua biji telur separuh masak . Aku pulak ingat kan roti canai telur macam mamak tu kan , yang takde telur separuh masak burbbb memang nak muntah jugak lah sebab tak berapa minat telur separuh masak huwaaaa tapi kuah dia sedap !

Untuk korang yang suka telur separuh masak , boleh lah order . Roti canai dia lembut je dan ngam lah dengan kuah tu hehe


Roti Canai Dol


Jadi ini lah roti canai yang viral tu , nampak tak banjirrrr ~ kuah dia kuah kari , memang banyak jugak lah lepas tu ada telur separuh masak jugak seketui . Haishhh telur separuh masak lagi haha so aku cuba roti dengan kuah nya aje , telur suami lah makan :p.

Bab rasa pulak , sebenarnya takdelah wow sangat tapi bolehla sebab portion dia mengenyangkan , aku makan roti dengan kuah nya je boleh masuk dengan tekak , telur tak boleh nak masuk sangat hihihi


Jika korang suka makan roti canai yang kuah banjir macam ni boleh lah cuba , not bad lah rasa dia. Kalau nak datang breakfast kat sini , datang awal-awal , kalau datang lewat , samaada kedai tutup atau meja penuh .. Selamat mencuba !


Waktu Operasi: 7 pagi- 12 tengahari setiap hari
Lokasi: 459, Kampung Bakar Batu, Bachang
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates