• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum .. 


Jarang sebenarnya aku berkongsikan tentang penjagaan wajah untuk malam hari, selalunya fokus untuk daily routine je kan ? sebab biasanya waktu malam bagi aku adalah waktu untuk tido tanpa buat apa-apa (atau boleh di panggil sebagai pemalas hik hik ) Kali ni aku nak kongsi step-step penjagaan wajah di malam hari dengan menggunakan produk Klairs. *tahun ni sis dah masuk 3 series tapi nak kelihatan seperti 2 series , redha itu indah btw :(  * 

Aku rasa ramai dah tahu betapa bestnya produk Klairs ni , salah satu brand famous dari Korea .. pehh sebab tu orang Korea cantik-cantik kan ? Yang pasti Klairs product ni high quality skincare product lebih-lebih lagi yang ada masalah kulit sensitif -  no colorants , no parabens , no alcohol , fragrance free , no harsh ingredients and of course no animal testing ~ aku selalu online twitter lebih-lebih lagi twit tentang kecantikan jadi kat situ ramai juga yang suggest Klairs product ni as their skincare routine .. hurmm menarik !

Jika tengok betul-betul muka aku sebenarnya banyak bintik-bintik hitam / pigmentasi atau adakah itu jeragat di sebelah pipi kanan .. dan banyak juga cara aku nak hilangkan tapi still tak hilang ~ sobsss kadang level konfiden tu rendah bila tengok si tompok-tompok hitam tu (mungkin sebab aku jarang pakai sunscreen juga!) nyesal tiada guna ~ so i hope this product will help me !
Video Unboxing , mana nak dapatkan produk Klairs ni korang boleh masuk website www.hermo.my dan searche je Klairs . 
Step-step for Special Nightcare Routine ↠ Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil → Klairs Freshly Juiced Vitamin Mask → By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum → Sleep → Klairs Mochi BB Cushion (lebih baik jika apply toner selepas cleansing okay)


  • Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil 
Step 1 , cuci muka ! Kebiasaanya bila mencuci muka mesti kena guna air dan urut perlahan-lahan pada wajah lepastu keluar buih-buih kan? But this one texture nya adalah minyak tapi bukan minyak biasa tau sebab ia di formulasi dengan minyak semulajadi yang di ekstrak dari Black Bean Oil , Black Sesame Oil dan Black Currant Seed Oil yang ada fungsi-fungsi tertentu

➨ Black Bean Oil - Untuk mengurangkan pengeluaran sebum dan menenangkan kulit
➨ Black Sesame Oil - Menyediakan antioksida melalui beberapa komponen seperti Beta - carotene , Rinolenic Acis , Sesamin , Sesaminol dan Tocopherol , mencegah dehidrasi pada kulit dan anti aging.
➨ Black Currant Seed Oil - Menyediakan antioksidan yang kuat dan menyediakan vitamin dan mineral , formula ni memang sangat sesuai untuk kulit sensitif


Fungsi Klairs Gentle Deep Cleansing  adalah untuk korang yang ada masalah seperti di bawah ni , for your info kulit aku jenis kering jugak so

  • Sesuai untuk kulit kering atau sensitif because its not drying
  • Boleh di jadikan sebagai makeup remover , sunblocks , sebum dan pores
  • Masalah blackhead dan sel kulit mati yang menyebabkan kulit korang kasar 
  • Dapat membersihkan liang pori yang terbuka 

Cara guna sangat mudah , tekan sedikit ke tapak tangan kemudian sapukan di muka lebih-lebih lagi kawasan yang bermasalah kemudian urut perlahan-lahan .. macam buat facial itu lepas tu baru cuci dengan air suam sehingga bersih .. korang akan rasa kulit jadi lebih lembab

Tekstur - Minyak , cepat menyerap :')

Honest Review - for the first time guna agak pelik juga bila sapu minyak di muka kan ha ha ha , jangan gelak please tapi bila dah start sapu-sapu di muka dan gosok di tempat yang kering contoh tepi hidung , kawasan blackhead yang selalu menggelupas best pulak , sebab semua tu cepat hilang .. Bab bau pulak ya of course aku suka bau Klairs cleansing ni mcam bau minyak aromaterapi gituuu , dah selesai semua baru bilas dengan air.. Seriously , takde rasa pedih , panas atau pun terengsa . Yup ia sesuai dengan kulit aku , lepas cuci kulit rasa lebih lembap.

Boleh dapatkan di https://goo.gl/5yauEh 

  • Klairs Freshly Juice Vitamin E Mask
Untuk step kedua , apply pulak Masker Freshly Juice ni sebab ia nya banyak fungsi boleh jadi sebagai mask , pek tidur atau pelembab harian .. Rutin harian lepas cuci muka wajib tau apply pelembab , haa ingat tu ! Klairs Freshly Juice Vit E Mask paling berkesan apabila di gunakan dengan Vit C sebab ia akan meningkatkan keberkesanan antara satu sama lain melalui rangkaian antioksidan , melindungi dari oksigen aktif dan mencegah penuaan. 

Rangkaian antioksidan yang melindungi kulit
  • Vitamin E akan menjadi teroksidasi apabila oksigen aktif oleh pertahanan utama 
  • Vitamin C mengurangkan tahap vitamin E teroksidasi ke keadaan asalnya dan mengaktifkannya semula. 
  • Vitamin E yang dikurangkan membuang oksigen aktif sekali lagi dan menghalang pemusnahan sel dan penuaan. 
  • Vitamin C mempunyai kesan toning yang kuat.

Fungsi Klairs Freshly Juiced Vit Mask

  • Menguatkan perlindungan kulit (sebab ada Vit E) 
  • Mengelakkan penuaan sel dengan mengekalkan  membran sel dari peroxidation lipid
  • Melembutkan kulit dan melegakan keradangan 
  • Melindungi kulit dari sinaran matahari 
  • Mengurangkan pigmentasi dengan menghalang pigmen melanin dari berpindah ke epidermis
  • Membantu menstabilkan Vit C dengan meningkatkan kesannya bila di gunakan bersama dengan Vit C 
  • Dirumuskan dengan kepekatan 2% kerana ia akan menyebabkan pembakaran jika kepekatan yang tinggi 
  • Merawat jerawat yang di sebabkan oleh kulit berminyak 
  • Ramuan aktif yang ditetapkan dos bagi mengurangkan kedutan 
  • Menguatkan percambahan fibrolast dalam lapisan derma dan menggalakan kolagen sintesis


Tekstur yang sangat unik bagi aku kerana ia seperti pudding / kastard , bila gaul dan pecahkan  kemudian tutup ia akan berubah ke asal seperti pudding .. hohoho nampak sedap je haha .. dengan intipati tekstur macam pudding ni ia akan lebih menyerap ke dalam kulit dan mengunci kelembapan sekurang-kurangnya 8 jam walaupun kulit korang sangat kering .. yeah i feel it !

Honest Review - Mula-mula rasa agak melekit tapi bila dah menyerap ke dalam kulit rasa melekit tu makin hilang dan memang terasa kelembapan muka aku , asyik nak sentuh muka je ! haha tabiat yang tak dapat di ubah , dan yeah tak rasa pedih , panas atau terengsa juga. Bau yang tak mengganggu dan rasa ringan di kulit muka .. recommended !

Cara guna , sapukan rata ke seluruh wajah apply sebagai pelembab muka , urut lembut dan biarkan ia menyerap ke dalam kulit .. boleh guna di siang hari untuk melindungi kulit dari UV dan gunakan di waktu malam bagi mengurangkan kedutan , lebih cerah , glowing dan lebih terhidrat .. so esok pagi muka korang nampak segar dan berseri .. 
p/s : Oh ya one more thing , korang boleh DIY dengan mencampurkan mask ni dengan produk penjagaan kulit korang untuk kesan yang lebih baik 

Boleh dapatkan di https://goo.gl/NmbG8B

3. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum 

Last step sebelum tidur , apply Vitamin C serum by Wishtrend .. kombinasi yang sangat berkesan bila di gunakan bersama Freshly Juiced Mask tadi , sebenarnya Wishtrend telah meningkatkan formula yang baru dari sebelum ni yang mana hanya 20% Vitamin tulen dan yang formula terbaru dengan peningkatan 21.5 % Vitamin Tulen .


Fungsi Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum
  • Dengan formula baru , serum ni meningkatkan lebih kelembapan kepada kulit sambil memulihkan kulit 
  • Menyampaikan nutrien sepenuhnya keperluan kulit korang dan meningkatkan kesan vitamin 
  • Kandungan Asid Askorbart (Vit C) sangat bagus dalam penyembuhan luka so boleh membantu memudarkan parut dan memperbaiki tekstur kulit 
  • Mencerahkan , meremaja dan menyembuh kulit wajah yang sihat dan cantik


Tekstur sangat berair .. 

Cara menggunakan nya , gunakan pada langkah terakhir untuk rutin skincare korang sama ada siang dan juga malam .. sapukan ke muka dan urut 2 - 3 kali sehingga ia benar-benar meresap lepas tu dah boleh tidoq ! 

Honest Review : Walaupun di tulis pada label ianya tidak melekit tapi untuk pertama kali aku cuba ia agak melekit tapi masih lagi selesa untuk di gunakan .. tunggu ia betul-betul meresap kemudian rasa makin selesa .. mula-mula guna terasa pedih sedikit dan ianya tindak balas normal kerana bila aku cuba ke dua kali dan seterusnya rasa pedih tu dah tak terasa .. 

Do and Dont's 
  • Wajib simpan di dalam peti ais 
  • Jangan campurkan denga mana-mana bahan AHA / BHA supaya kulit korang tidak terbakar
  • Jangan campurkan dengan Retinol / Benzoyl Peroksida kerana ia akan mengurangkan kesan Vitamin C . 
p/s : for newbie mungkin korang boleh gunakan sekali untuk dua hari , then bila dah makin selesa boleh guna setiap hari :) 

Boleh dapat kan di https://goo.gl/J8xp88

SLEEP Zzzzzzz 

  • Mochi BB Cushion 
Rutin malam korang dah selesai , bila bangun pagi-pagi haruslah wajah pun dah tak lesu , segar dan berseri jadi mekap korang pun akan lebih smooth dan mudah di oleh , haaa gitu .. Lagi senang dan mudah bila mekap dengan Mochi BB Cushion ni je .. Kalau korang nak tahu , produk ni paling terlaris setiap masa tau 



Patut lah jadi best selling sebab ia memang tahan lama dan boleh melawan peluh hiyarkh hiyarkh nyah kau peluh , bayangkan muka korang berpeluh of course mencacatkan mekap kan .. Jadi dengan BB cushion ni korang tak perlu risau lagi tau lagi pun ia di reka bentuk sebagai sejenis balm dan bukan cecair so ia memberi kemasan yang sangat halus ~ selamat tinggal kulit kusam !


Tone dia nampak je gelap tapi sebenarnya lebih kepada natural - apricot beige tone yang mana membetulkan tone kulit yang tidak sekata dan hilangkan warna-warna yang membosankan ..

Best gila pakai Mochi BB Cushion ni sebab beri kesan glowing cenggitu , pakai nipis pun puas hati ~ 


Tq for reading ! Hope dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang .. more info 

WEB : https://www.hermo.my/
IG : www.instagram.com/hermomy

Assalamualaikum .. 

''Sayang .. nak masak apa hari ni'' , bila dapat soalan ni dari suami terus aku blank ..ya ampun blank gila bila bangun pagi terus otak ni berfikir , apa aku nak masak hari ni .. takkan nak masak benda yang sama je setiap hari , huh ! tengok lauk sama pun boring jugak hoii .. Tambahan pulak jenis susah nak ingat resepi , akhirnya google je la haha .. 

But sometimes, u know what ada hari-hari rasa malas dan lemau gila nak sediakan segalanya untuk memasak , nak order makanan segera macam tak berkhasiat , nak order delivery food tapi nak masak sendiri , bila nak masak malas pulak nak sediakan bahan-bahan ! kalau boleh nak semua bahan dah tersedia then aku cuma masak je lepas tu setel ! haaaa kan best kalau ada perkhidmatan macam tu ~ tapi ada ke korang ?? haruslah ada di zaman moden ni haaa ..

Eksited sangat bila aku dapat tahu perkhidmatan macam ni pun dah wujud , iaitu WHISKMEAL with tagline little effort big taste .. apa benda Whisk ni ?


Apakah itu WhiskMeal ? Mungkin ramai yang masih belum tahu kewujudan Whisk ni kan ? Ia sebenarnya menawarkan pelbagai menu yang berkhasiat , sedap , banyak pilihan  untuk semua  dari vegetarian hingga lah non-vege.. Korang tak suka menu yang dah di masak ? Eh jangan risau tau sebab yang bestnya menu-menu ni semua korang kena masak sendiri , Whisk akan menghantar bahan-bahan mentah untuk menu-menu yang korang pilih tu , jadi tak perlu dah korang susah-susah nak sediakan semua bahan tu.

Lagi satu tak payah pening dah nak sukat ke apa ke , sebab bahan-bahan tu semua dah di packing ngam-ngam untuk menu tersebut haa , korang just perlu sediakan periuk belanga je  lepas tu masak seperti chef profesional hihi tak payah risau memang sedap punya lah .. Tak pandai masak ? Lagi satu aku nak bagitau bila guna perkhidmatan Whisk ni , bukan hanya ada bahan-bahan mentah je tapi dah tersedia step-step untuk memasak .. No more alasan tak pandai masak ok !


Kelebihan WhiskMeal 


1. Membantu Pemakanan Diet Pelanggan 

Aku tahu ramai di luar sana sedang ber diet dan mengamalkan pemakanan sihat , tak mau makan yang melebihi kalori , risau kolesterol makin tinggi dan banyak lagi kan .. jadi dengan Whisk Meal ni korang tak perlu risau sebab di setiap meal yang korang order ,  tersedia segala info di manual cards  which mean terdapat berapa kalori , berapa minit penyediaan ,  hidangan untuk berapa orang dan lain-lain .. so korang masih lagi boleh berdiet dengan kadar nutrisi yang bagus


 2. Dapat Reward Point 


       
Bila dah cuba sekali konfirm jatuh hati , dan nak order banyak kali kan ~ tapi dalam masa yang sama korang juga akan mendapat reward point.. Macamana ? senang je caranya .. 


  • For the first time , kotak yang korang dapat tu jangan buang tau , simpan sebab kat dalam tu ada icepack yang boleh di kitar semula 
  • Bila korang order untuk ke dua kali , kotak tadi korang boleh beri balik kepada deliver man sekali dengan ice pack tu lah (jangan bagi kotak je :p ) 
  • Jadi korang akan dapat reward point dari situ .. best kan kan kan !

3. Memudahkan kerja memasak di dapur

For me , Whisk ni memang sangat-sangat memudahkan sebab ia cepat , segar dan menyeronokkan bila berada di dapur yang mana menjimatkan masa dan tenaga , lebih-lebih lagi sekarang ramai wanita yang bekerjaya , jadi sesuai sangat untuk mereka yang bekerja tapi tetap juga ingin memasak untuk keluarga , ini lebih baik dari menyediakan makanan segera kan ? Menu-menu dari whisk semuanya berkonsepkan healthy food  so banyak memberikan faedah kepada korang yang suka masak di rumah walau dalam keadaan sibuk.


4. Harga yang berpatutan dan berbaloi 

Range harga pun sangat berbaloi bagi aku , dari serendah Rm12.90 - Rm16.90 sahaja , tak sampai pun Rm20 tau ... dan menu-menu semua memang superb , tak perlu dah nak beli di kedai , just cook by yourself alright.

Jadi aku pun dah cuba satu menu ni iaitu Grilled Lamb Shoulder Spiced Pumpkin , kali ni nak ubah selera ke arah western pulak .. Bukak je kotak ni haaa semua bahan cukup lengkap , sangat memuaskan hati bila bahan - bahan yang di berikan segar sangat , siap ada ice pack yang boleh di kitar semula , jadi Lamb dan bahan lain  tetap segar walaupun berada dalam kotak ni beberapa jam ... meh tengok apa yang ada ~




Dalam kotak comel untuk menu Grilled Lamb Shoulder ni ada Pumpkin Wedges , Pumpkin Spice , Pumpkin Seed , Coriander Leef , Sweet Peas , Red Pepper , Mint Yogurt dan Marinated Lamb.

Untuk menu Grilled Lamb Shoulder ni Whisk menyediakan 10 bahan mentah ,  lamb pun dah siap di marinate tinggal untuk masak je .. sejujurnya aku tak pernah lagi masak masakan western kat rumah sebab tak pandai dan selalunya makan kat kedai je kalau teringin haha .. level konfiden sangat rendah okay ! Bukan apa malas nak cari bahan-bahan dekat pasar ~ huhu zaman moden ni kalau boleh bawang pun nak shopping online je .


Blur jugak bila tengok bahan-bahan tu , lepas tu aku fikir macamana lah nak masak ni haaa , lupa pulak ada di sediakan resipi / step-step mudah .. nampak tak ? mudah gila dia punya step tu , so aku pun cuba lah masak mengikut step yang di beri tanpa derhaka resipi tau ..

Bahan-bahan tadi sudah sedia untuk di masak
 

Yang ni aku tambah sos black pepper sikit bagi lagi nikmat , lama tak makan kambing hohoho
Seriously sangat mengenyangkan , nampak je macam ni kan tapi cukup untuk lunch gituuu, untuk 1-2 pax
Free Meal Campaign 


Oh yeee , sekarang Whisk tengah mengadakan kempen makanan percuma tau , yang mana tengah berlansung  untuk 6000 boxes , wow banyak tu ! Jadi cepat-cepat order free meal dan jadi lah antara 6000 orang yang bertuah tu okay ~  

Caranya sangat mudah , hanya sign up di Whiskmeal lepas tu korang akan dapat code .. Korang pilih menu dan apply je code tadi dan tunggu je rider datang hantar ke rumah korang .


Update : Sory semua , baru dapat tahu dari pihak Whisk , FREE MEAL CAMPAIGN dah tamat sebab dah 6000 boxes telah di agihkan ! Cepat gilos haaa , so korang dah boleh order alright ! 


Like Untuk Menu Baru di WhiskMeal 



Bila tengok menu-menu di website WhiskMeal semua best-best kan ? Jadi korang boleh VOTE menu yang korang inginkan dengan klik 'LIKE' di  tab 'what's next' yang ada di www.whiskmeal.com .. like korang akan menentukan menu terbaru untuk seterusnya tau ... !

Macamana nak order WhiskMeal ? 

Take note : Korang dah boleh order sebab Free Meal Campaign sudah tamat .. cepat2 order sekarang tau ! Mudah je nak order ..

  1-  Pergi ke website www.whiskmeal.com atau boleh download applikasi WHISK di smartfon korang 
  2-  Pilih menu yang korang mahu , semua menu sedap-sedap wooo ... Tak percaya ? sila masuk web sekarang okey 
  3-  Masukkan dalam basket 
  4-  Tunggu rider Whisk hantar menu korang di rumah atau di pejabat pun boleh juga 

   5- Boleh masak ! Yeyyy tak sampai setengah jam boleh makan :p



More Info :

Website : WhiskMeal
Facebook : www.facebook.com/whisktalks
Instagram : www.instagram.com/whisktalks









Assalamualaikum , 

Bola sepak memang kegilaan ramai dan jadi budaya di Malaysia kan , tak kira lelaki , perempuan , tua atau muda semua meminati sukan bola sepak dan sememangnya ada segelintir terlalu fanatik dengan bola sepak ni , hinggakan ada yang tido bola , makan bola , mandi bola haha dan yang paling best bagi peminat - peminat sukan ni adalah menonton secara siaran langsung di stadium .. fuhh aku tak pernah lagi tengok bola di stadium , orang kata semangat tu lain macam !

Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak yang paling popular dengan jumlah pengikut yang paling tinggi walaupun di Malaysia , lebih-lebih lagi MCFC ( Kelab Bola Sepak Manchester City ) vs MU (Manchester United) . Jadi ada tak pembaca blog aku ni memang teringin gila nak pergi ke Manchester Uk dan menonton secara siaran langsung di Stadium Etihad ? Sebab ada berita dan peluang baik pada korang semua !


Berita yang sangat best buat kaki bola , Dashing telah mengadakan contest Let's Go Manchester Contest yang mana akan menaja secara percuma 6 pemenang yang bertuah sempena tahun ke 3 , selama 4 hari 3 malam ke Manchester United Kingdom termasuk tiket VIP untuk untuk menonton secara langsung MCFC vs MU ! wohooo best gila weh .. inilah masa nya untuk korang rebut peluang ni ~ lagi pun contest ni mudah sangat ..

Bukan itu sahaja tau , 6 pemenang bertuah juga akan di bawa melawat ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford , Etihad dan Anfield . Selain itu , terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Lagenda MCFC dan terdapat Tour Misteri Magical di mana mereka akan di bawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal , The Beatles . Perghh bestnya kalau dapat semua ni huwaaa .. 

Cara Menyertai Let's Go Manchester Contest By Dashing 
  • Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal 
  • Whatsapp penuh satu resit tunggal tersebut dengan jelas dan namakan seperti NRIC atau PASSPORT , NO NRIC atau NO PASSPORT dan belian pembelian ke nombor +6016-9972373 

Mudah gila contest ni , peminat Dashing yang selalu shopping barangan Dashing ni memang satu peluang baik buat korang , dan bagi kaki bola semua ni lah masanya korang dapat tawaran FOC ke Manchester UK .. mana tahu dengan keazaman dan kesungguhan korang tu akan dapat jadi pemenang yang bertuah .. Jangan lupa doa banyak-banyak sebelum hantar whatsapp tau hihihi .. 


Tarikh tamat contest ini adalah sehingga 31 Januari 2018 , so jangan lupa yaaa sambil-sambil shopping tu snap resit dan jadi lah antara barisan VIP menonton secara langsung bersama 5000 peminat yang lain .. peluang hanya datang sekali uols .. tak cuba mana tahu kan ??? 


Jika korang tak tahu nak shopping apa .. Jom dapatkan DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni .. Aku memang suka bau Hattrick ni sebab bauannya agak soft dari yang lain .. jadi kalau aku pakai tak jadi masalahlah kan haha .. so this is for you my husband .. ! Oh yaaa deodorant tu sesuai sangat bagi korang yang sibuk bekerja .. ia membuatkan korang selesa selama 24 jam ..


MORE INFO : 

Website : www.dashing.com.my
Facebook : www.facebook.com/Dashing.My
No talian : 03 8023 8311


Assalamualaikum .. 

Bila mengimbau balik di waktu aku menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan , ramai yang memberi nasihat seboleh-bolehnya bila mencari pakej perkahwinan wajib survey betul-betul .. Kalau perlu korek latar belakang wedding planner yang kita sudah berkenan tu , gali lah , google segala nya bukan apa takut terkena dengan manusia yang sanggup menipu demi wang ringgit ~ Korang nak ke pelamin angan korang musnah di sebabkan perangai manusia sebegini ?

Jangan tak percaya sebab baru-baru ni viral di media massa dan juga elektronik kes-kes penipuan di sebalik wedding planner yang tak berhati perut ni .. Sebenarnya benda ni dah lama wujud cuma zaman sekarang kita lebih mudah tahu dengan tersebarnya di social media dan kebanyakannya bermasalah dengan janji-janji manis mereka .. Bila dah dapat duit tiba-tiba di hari majlis katering tak hadir , pelamin tak seperti di gambarkan dan banyak lagi . Yang akhirnya keluarga pengantin menanggung kerugian dan juga malu pada tetamu ! 

Kadang-kadang kita dah rancang yang sebaik mungkin tapi tak di sangka di tipu sebegitu rupa .. Huwaaa menangis pun tiada guna kan ! Thats why lah korang kalau nak cari wedding planner kena survey betul-betul dan kena bijak berfikir supaya tak di tipu seperti kata - kata wakil dari The Wedding Heritage , top wedding planner dalam satu temubual di TV Al-HIJRAH baru-baru ni .. 

Aku tertarik dan setuju dengan kata-kata beliau yang mana kita sebagai bakal pengantin yang mahukan perkahwinan kita berjalan lancar kena jugak bijak untuk berfikir secara realistik dan tahu pengiraan , kena ada catatan tau untuk buat segala kira-kira ni .. Yelah , contohnya wedding planner menawarkan pakej yang murah tapi bagi macam-macam perkhidmatan pada korang , macam tak logik gila then terfikir kenapa murah gila kan , so dari situ korang boleh buat pengiraan sendiri dan boleh fikir sendiri lah korang akan jadi mangsa penipuan seterusnya atau tidak .. kan ?

Satu benda lagi tertarik dengan konsep The Wedding Heritage ni  tentang ''Banglo Kahwin'' atau ''Bungalow Wedding'' , walaupun dah kawen tapi still tertarik boleh lah share kepada ahli family yang tak kahwin lagi dan terus google haha cepat dan pantas terus jumpa laman web , facebook dan instagram The Wedding Heritage ni , korang link yang aku bagi kat bawah ni okay 



Website : www.theweddingheritage.com
Facebook : www.facebook.com/theweddingheritageTWH
Instagram : www.instagram.com/theweddingheritage_official

Pakej Banglo Perkahwinan dan Pakej Cuci Tangan

Untuk pengetahuan korang TWH ni bermula dari 2016 lagi dengan konsep yang berkonsepkan pakej '' Banglo Perkahwinan dan Pakej Kahwin Cuci Tangan '' 
Wow sebenarnya ni kali pertama aku dengar tentang pakej perkahwinan yang boleh sewa banglo siap pakej lengkap dari A-Z , jadi korang tak perlu dah susah payah nak aturkan semua nya tau , TWH akan buat semua kerja untuk bakal-bakal pengantin yang menggunakan perkhidmatan diorang ni haaa .. best gila kan ?

Berita baik , untuk pakej lengkap 2018/2019  ni boleh di buat di rumah sendiri atau pun dewan , kalau korang lebih selesa di rumah boleh lah buat pilihan okay ? No problem at all gitu aaa .. 

Yang paling best , The Wedding heritage menawarkan untuk mengadakan majlis kahwin korang di banglo ! wow best gila sebab kalau rumah korang macam tiada laman atau ramai sanak saudara aku rasa sewa banglo adalah pilihan yang paling bijak sebab tak perlu susah-susah nak cari rumah , nak kosongkan bilik untuk persalinan , mekap dan sebagainyaaa kan.. 

Oh ye , untuk masa sekarang The Wedding Heritage mempunyai 3 cawangan banglo kahwin di Ampang , Kota Damansara dan Putrajaya . Senang gila sekarang kan .. dahlah boleh sewa banglo , lepastu siap lengkap dengan pakej cuci tangan dari A - Z yang memang terbaiklah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur ni .. 

Gambar Dari Official Photoghrapher Yang Profesional !!!

Mungkin bila korang tengok gambar-gambar dari photoghrapher official TWH ni , korang akan terjatuh cinta macam aku jugak .. salah satu benda penting untuk di kenang pada masa akan datang adalah gambar-gambar perkahwinan yang di rakam kan dengan sangat cantik .. Ingat tu , gambar sangat penting tau , dah la sekali seumur hidup .. tak percaya ? meh tengok gambar-gambar ni haaa 

Gambar-gambar dari TWH ni memang setanding dengan photoghrapher international uols dan korang akan dapat FREE album , pendrive dan unlimited gambar .. so request lah gambar banyak-banyak okay haha

Cantik gila pelamin depa ni kan .. 

Aku suka warna - warna lembut macam ni .. lawa namati haha 

Sweetnya la hai .. gambar terang dan cantik sangat

Terpancar kegembiraan bila majlis nampak gah , gambar awesome, pelamin lawa .. fuhhh

Macam tema garden kan .. suka tengok ! 
Pakej Lengkap Terbaru Yang Di Tawarkan Oleh TheWedding Heritage 

Mesti korang nak tahu apa pakej-pakej yang ada dan berapa harga untuk semua ni kan , dan TWH juga banyak menawarkan item free , untuk pakej korang boleh tengok dalam gambar bawah ni tau .. Satu lagi jika korang ada bujet korang sendiri boleh je berunding dengan pihak TWH , jangan risau tau .. so ni semua adalah pakej-pakej terbaru buat masa sekarang 




Best kan pakej-pakej yang di tawarkan oleh TWH dan banyak juga item-item free yang di beri kepada bakal-bakal pengantin siap di tanggung semua GST yang ada .. 

Team The Wedding Heritage Yang Berpengalaman

Bila melibatkan majlis kahwin , tentu ada jugak kerisauan di hati kita kan ? sebab benda yang tidak terjangka kadang-kadang terjadi .. tapi buat korang di luar sana tak perlu risau bila ingin menggunakan khidmat TWH ni kerana team-team TWH semua berpengalaman dan sangat profesional .. 

Team TWH akan membantu semua customer nya dalam merancang majlis dari awal hingga lah ke akhir nya .. so jika ada apa-apa terjadi team TWH akan memastikan majlis berjalan dengan lancar , kebanyakan customer TWH ni ramai dalam kalangan yang sibuk bekerja dan tak cukup masa .. hehe biasanya golongan profesional seperti doktor , pramugari , pilot .. 

Wedding Planner Yang Di Percayai 

Walaupun masih baru lagi tapi ramai customer TWH ni sangat berpuas hati dengan kerja-kerja diorang .. Memang sangat di percayai lah orang kata .. haaa pengantin , keluarga pengantin pun berpuas hati dengan apa yang telah di lakukan .. so kes - kes penipuan tu tak akan berlaku .. boleh baca feedback dan testimoni customer mereka yang terdahulu ... alololo semua muka gembira jee






More Info : 

Jadi bagi korang di luar sana yang masih tercari-cari wedding planner yang boleh di percayai , awesome , power dan terbaik semua boleh book The Wedding Heritage No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia alright 


Website : www.theweddingheritage.com
Facebook : www.facebook.com/theweddingheritageTWH
Instagram : www.instagram.com/theweddingheritage_official



Assalamualaikum 

Tempoh hari ada satu perbincangan hangat di bincangkan dalam group whatsapp oleh teman-teman blogger tentang ''broken link"  , awalnya malas nak ambil pusing sebab aku kan malas nak berfikir di ketika itu , tapi aku baca je dan ambik tahu jugak sikit-sikit tentang broken link .. apakah itu broken link ? apakah kesan broken link pada blog ? perlu ke kita men delete broken link semua ni ? haaa mari kita kupas sedikit hasil google hehe , broken link ni ibarat broken heart pada blog .. sakit ohhhhhhh ! 



Apakah itu broken link ?

Broken link kalau di terjemahkan dalam bahasa melayu link yang rosak , tidak di gunakan dan tidak wujud lagi dalam muka bumi ni , bila klink link rosak tu ia akan jadi tidak di jumpai atau not found . Seperti juga bila kita broken heart , link tu ibarat janji-janji manis dah bertukar kepada janji-janji haprak ! haha.. 

Penting ke tidak untuk menghapuskan broken link ni ? Penting sangat uols sebab ia boleh kacau seo sesebuah blog , kalau banyak sangat broken link dalam blog dah jadi macam tapak sampah pulak .. so cepat-cepat delete , walaupun banyak sekali pun delete sikit-sikit nanti lama-lama setel lah ~ antara malas dengan rajin je :p

Cara Delete Broken Link 

Bukak web http://www.brokenlinkcheck.com , isikan nama blog korang dan find broken link , tunggu sampai ia berhenti mencari broken link yang ada di blog korang k 


Broken Link Di Bloglist

Bila semua dah setel , akan keluar list yang mana terdapat broken link di dalam nya sama ada  dalam entry , di tempat komen mahupun di bloglist .. sebagai contoh aku amik satu list untuk kefahaman korang ... 

Di setiap link tu dah di sediakan url / src , cara mudah korang klik di src (source) yang aku bulatkan tu

Selepas aku klik src tu akan keluar macam ni , aku yang buta coding ni tak tahu macam mana nak delete kalau macam ni kan ? scroll sampai atas  untuk tengok url , atau klik je url .. kemudian aku tengok url tu dari blog aku sendiri .. so maknanya ia dari bloglist aku .. 
Langkah terakhir , pergi di bloglist korang dan cari blog tu .. nak kan kepastian aku pun klik dan tadaaa keluar macam kat atas ni .. so korang buang la blog ni dari bloglist ... setel ! 

Broken Link Di Bahagian Komen 

Lagi mudah bagi aku , terus tekan url je .. boleh terus ke url dan delete link yang ada broken link ni .. contoh kat bawah ni aku klik URL , broken link ni ada di bahagian komen dalam entry aku .. jadi , pergi ke entry tersebut dan cari komen yang berkaitan dengan link di beri , lepas tu delete komen tu buat selama-lamanya heheh 


Klik SRC , keluar macam ni jadi broken link semuanya di bahagian komen .. ! 


Broken Link Dalam Entry 

Semua step sama je , senang je nak buang cuma jenuh la kalau banyak sangat kan haha , yang ni pulak dalam entry aku .. 


Klik src dan url , lepas tu edit balik entry dan buang link yang ada dalam kotak pink tu .. mungkin twitter tu dia dah ubah nama ke , dah tak guna ke haaa so link tu dah tak berfungsi .. so delete je link tu okay setel semuaa yeyyyy

Hati Berbicara :
Haa paham ke idok ? kalau tak paham print , rebus dan minum air rebusan ni haha gurau je .. zaman sekolah dulu selalu kawan cakap , kalau susah paham rebus kertas yang ko tulis pastu minum ! kejam yakmat wehhh .. hihi so selamat mendelete! fuh aku pun tak setel - setel lagi nak delete semua .. 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates