• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Aku bukan peminat mereka berdua , tapi mereka ni betul-betul orang kata fenomena .. mana taknya dari lofattah hinggalah fattzura .. pandai diorang gabung nama hahaha tapi apapun memang bagi peminat mereka kejutan demi kejutan yang fattzura ni bagi .. 

First kisah pertunangan secara diam-diam yang di anggap oleh netizen semua mereka sudah menikah , rupanya hanya bertunang then buat press conference lepas balik umrah , katanya nak kawen hujung tahun tup-tup hari ni dengan berita dah menikah secara sah di sebuah hotel dalam suasana yang tertutup .. 



Ramai jugak yang sedih sebab tak dapat apa-apa berita , dan wartawan juga tidak di jemput haha , papepun tu hak mereka mungkin nak majlis berjalan lancar dengan tenang .. apa-apapun tahniah buat mereka berdua .. aku suka tengok Fazura ni bertudung nampak sangat manis .. tak di nafikan Fazura sangat cantik .. semoga kekal hingga ke Jannah ye 


Assalamualaikum .. 

Di dunia ni adakala kita gembira adakala kita berduka tapi sebolehnya jangan biarkan duka yang ada melebihi rasa gembira yang perlu kita kecapi , dan yang paling penting sayangi diri sendiri lebih dari sayangi orang lain .. tapi bila ada anak ni macam terlebih sayangkan anak dari diri sendiri haha okay tu part lain yang mana naluri keibuan yang cukup menggembirakan 

Bila bicara tentang kegembiraan ia tidak bermakna hanya atas alasan ada kekasih , ada cinta pada sang laki-laki .. adakah itu cukup membuatkan kita gembira ? tidak semestinya tiada kekasih hidup suram dan durjana , banyak lagi benda-benda lain yang boleh menggembirakan hidup kita .. yang pasti gembirakan lah diri sendiri walaupu terkadang terluka dengan sesuatu perkara 

Tips Untuk Membahagiakan Diri Sendiri 

  • Tidur Yang Cukup 

Kadang-kadang bila kita tidak dapat tidur yang cukup , badan pun mula jadi lemah dan mood sering berubah ~ kenapa ? sebab badan kita tak dapat rehat dengan secukupnya .. dan sebenarnya ada sesetengah terlalu asyik dengan media social , gajet sentiasa di tangan padahal masa tu boleh memberikan kita tidur yang sempurna .. so guys ! elakkan benda-benda tak berfaedah dan go sleep okay ! 

  • Berada Dalam Kalangan Mereka Yang Kita Suka 

Ada masa bila kita badmood atau stress orang kata kawan adalah tempat terbaik untuk meluahkan , dalam hidup seseorang mesti ada favourite kawan yang kita simpan dalam hati . Jadi sesekali keluar lepak spend tie together ingat kembali zaman-zaman yang menggembirakan , andai jauh boleh je call kan ~ ellakkan orang yang kita tidak suka kerana ia kadang sangat menyakitkan untuk jadi seorang yang fake hahah 

  • Buat Benda Yang Kita Suka 

Buat benda yang kita suka automatik akan menggembirakan diri kita , macam aku ~ kenapa aku jadi blogger ? sebab aku suka menulis . Bagi aku yang agak pendiam aku suka melontarkan suara hati dengan kata-kata , apa yang ingin aku sampaikan , apa yang terbuku semua aku tuliskan dalam ruangan blog ni ... kalau dulu banyak coretan-coretan yang berkisarkan kisah hidup aku cuma sekarang agak sibuk .. tapi tak bermakna kau berhenti menulis kerana ini lah benda yang aku suka .. 

Walaupun orang kecam apa yang kita buat , orang mengatakan tiada faedah dan banyak lagi , tolong ! tolong jangan ikut hati orang kerana yang ingin menggembirakan adalah diri kita sendiri , dan yang ingin bahagia adalah diri kita sendiri , so just do it okay ! asalkan ia tidak melanggar agama :)

  • Pakai Pakaian Yang Buatkan Kamu Cantik , Selesa dan Konfiden 

Bab fesyen memang aku gagal , tak pandai nak bergaya haha tapi apa yang membuatkan aku konfiden adalah apa yang aku pakai membuatkan aku cantik walaupun pakaian tu tidak berjenama atau pun kolot dan tak ikut trend , hey pedulikan apa orang kata .. salah satu cara untuk gembira pakailah apapun yang membuatkan kamu cantik , membuatkan kamu selesa dan yakin .. buat apa pakai mengikut fesyen jika diri sendiri tidak selesa dan terasa ia buruk , walaupun ia cantik di mata orang lain .. biar mata dan gayamu menyerlahkan kecantikan yang kamu miliki 

  • Makan Makanan Berkhasiat dan Minum Air Yang Cukup 

Part ni ramai yang tidak mampu buat kan , padahal ia hanya air kosong .. yeaaa itu lah aku ! susahnya nak minum air yang mencukupi setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat .. kenapa ini penting ? sebab badan kita akan lebih sihat , itu lah cara terbaik untuk menyayangi diri sendiri iaitu menjaga kesihatan .. hehe okay semoga istiqamah ! 

Hati Berbicara :


Part paling penting untuk bahagiakan diri sendiri adalah jangan terus-terusan menyakiti hati sendiri dan mengingati masa lalu yang menyakitkan , orang kata nak melupakan itu sangat susah tapi sekurangnya kita cuba untuk lari dari sesuatu perkara yang menyedihkan .. buatlah sesuatu yang membuatkan kita lupa akan kesakitan , luka mahupun sejarah hitam .. 

Move on itu indah sayang :) Jangan biarkan lagi diri sendiri melukan diri sendiri .. Allah ada , semoga Allah redha :)

Assalamualaikum ~

Check-check email nasib baik teringat tentang contest Lazada , al maklum lah sibuk shopping sempena Online Revolution yang dah bermula pada 11.11.2017 , sale semua aduhaiii memang terjojol biji mata haha tak percaya boleh klik link ni https://www.lazada.com.my/online-revolution/.. rancak kan semua duk shopping sakan ~ kemain uols ! haha tapi beli time sale macam ni memang berbaloi .. peluang tak datang selalu kan kan kan .. 
 
 

Yang bestnya  Lazada ada menganjurkan contest buat blogger-blogger semua , yeahh tq Lazada yang always bermurah hati .. contest ni pun senang je tau korang just jawab 4 soalan dan pemenang akan di pilih secara random .. mana tahu rezeki kita kan , jadi korang yang tak join lagi belum terlambat sebab ia nya bermula dari 1 November - 14 Disember 2017 .

Macamana Nak Join Contest Lazada ni ? 

Korang sila klik di link https://www.lazada.com.my/blogger-contest kat situ ada syarat-syarat untuk join dan ianya sangat mudah guys !!Soalan mudah kat bawah , eh macam nak jawab exam je hihi 

  • Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Sememangnya tentu lah aku ingat , sebab masa tu masih lagi baru berumahtangga dan masuk rumah sewa .. biasalah kan barang rumah pun tak banyak dan tercari-cari almari yang jenis simple dan mudah nak angkut , oh yee sebab kan sekarang mudah je beli online so bukak Lazada dan beli Multifunctional Wardrobe , masa ni tengah Mycybersale so harga pun murah sangat .

Almari ni sangat okay sebenarnya cuma tak boleh nak letak banyak-banyak sangat pakaian nanti runtuh , dan jangan letak di tempat yang terkena cahaya untuk elakkan kain nya reput .. hehehe aku ada buat entry tentang almari ni , uols boleh baca di link ni alright ! ➝➝King Size Wardrobe by Lazada


  • Which types of products would you prefer buying online?
Bila membeli secara online ni aku  tak kisah barang apa pun sebab ia sangat memudahkan aku , cuma yang selalu aku beli adalah pakaian , haaa pakaian murah-murah sangat lagi-lagi bila part baju anak-anak .. mau berejam mengadap tu aje kan , then aku suka beli barangan dekorasi di dapur , contoh tempat letak pinggan , rempah-rempah semua tu , alat mekap , kesihatan dan sebagainya ..


  • What to you love about online shopping? 
Kenapa aku suka sangat beli online ? sebab banyak pilihan dan tak memenatkan , lagi-lagi bila ada anak ni memang aku cepat mengah dan tak boleh nak fokus bila membeli secara offline , stress pun ye jugak sebab duk kejar anak .. so beli online ni goyang kaki pun boleh beli , di tambah barangan yang aku terima semua berkualiti dan tak pernah mengecewakan .. haaa pandai-pandai korang survey ye ..

  •  Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 
Rambang mata tau tengok sale sempena Online Revulution ni , semua barang best-best cuma tengah planning nak upgrade tv kat rumah ni haha ... so terkenan pulak tv Sharp ni harga pun tak sampai 1k tau korang dan sofa  apa lagi sale yang ada boleh tengok di https://www.lazada.com.my/online-revolution/ 



More Info :
https://www.lazada.com.my/blogger-contest
https://www.lazada.com.my/online-revolution


Assalamualaikum dari aku yang bukan penggemar donut tapi ......


Hari ni nak cerita pasal donut , sejenis makhluk yang bulat tapi berlubang di tengah-tengah haha tapi kan seriously aku bukan suka sangat makan donut sebab tak suka gula yang ada tu  , kalau aku makan pun aku akan buang gula-gula yang tersalut tu , macam manis sangat laaa .. well laki aku pun tahu aku kurang suka benda-benda manis .. nampak tak gaya hidup aku yang sihat ! sila contohi aku k .. ish puji lah sikit :p

Tapi , haaa ada tapi weh ! hari tu aku nak pergi supermarket NSK kat Rawang .. dalam perjalanan yang santai sambil bergelak ketawa seperti sebuah keluarga yang bahagia , aku ternampak satu kedai ni ... kedai ni biasa-biasa je macam kedai orang jual nasi lemak pagi-pagi tu kan ~ tapi yang berbuat aku tertarik adalah ramai gila orang beratur ! mashaaAllah ada sale ke apa haha dan terpampang ''DONUT PANAS"

Lepastu laki aku macam tak percaya kenapa ramai sangat orang beratur , ''sedap sangat ke donut tu'' , ''ke ada jual benda lain jugak'' , ''ke ada sale clearance eh kau ingat shopping compex ke'' haha dan macam-macam berlegar-legar dalam kepala otak sang laki bini ni sambil bermonolog , tapi tak singgah lagi sebab ramai la pulak ! 


Seminggu kemudian ~ alang-alang selalu beli barang dapur di NSK , kali ni kami bernekad ! yeahh nekad nak meminang donut panas tu .. kali ni hampir ramai jugak , HAMPIR k !! kalau ramai macam malas nak beratur so laki aku pun beratur lah sambil jenguk-jenguk kuih apa lagi yang ada .. ternyata hanya DONUT semata-mata .. so dia pun beli lah 2 3 ketul .. 

Dengan muka bahagia datang ke arah kereta , sambil bercerita .. memang donut je ada , tapi memang fresh dari ladang lah sebab dia akan goreng atas permintaan , so boleh makan panas-panas gitu tapi nak kena tunggu sejuk jugak sebab sayang mulut takut melecur kahkah !!


Bapak besau Donut kat sini , ingatkan macam biasa kecik-kecil comel macam aku tu kan hikhik , tapi yang best nya ada 3 perisa .. coklat , gula dan caramel ~ kalau salut gula awal-awal aku tak mau sebab tak suka tapi caramel yang coklat yeahhh aku terjatuh cinta .. masuk mulut yaAllah lembut nya donut ni , ni donut ke marshmellow haha over pulak tapi serious ah sedap dengan salutan coklat tu phewww daebak ! 

Mana nak cari donut yang  sedap dan mengikut selera aku ni ? akhirnya aku terminat pulak dengan donut kat kedai ni .. yeyyyy besau pun besau tau , dan harga nya RM1.50 sebijik berbaloi lah dengan saiz dan rasa tu kehkehkeh pejam mata je beli .. 



Nampak tak ! terliur letewww haha sedap wehh fuhh masuk mulut dengan panas-panas cenggitu memang umphhhh .. hari baru aku google pasal donut panas ni , rupanya dah banyak cawangan depa .. yang kat Sg Choh Rawang ni baru je bukak .. patutlah sebelum ni aku tak pernah nampak pun kedai ni .. cawangan-cawangan lain ada di Ampang , Setapak .. haa tu korang cari sendiri kat FB DONUT PANAS

Hati Berbicara :

Psst ni bukan review berbayar k , ni review tulus ikhlas dari aku .. penggemar donut ? boleh cobaaaa sebab ini semua bukan cobaaan ! okbye ~

Donut Panas Sg Choh Rawang 
11 a.m - 6 p.m
Isnin - Sabtu 



Assalamualaikum 

Hai mommy and daddy semua , back to parenting topic lah hari ni ~ just nak cerita perkembangan Rayyan .. biasalah bila berada dalam lingkungan ibu bapa ni , ada yang cerita perkembangan anak depa , umur sekian sekian anak dah boleh jalan , umur sekian sekian anak depa dah boleh duduk , dan banyak lagi so aku pun seronok lah dan kutip ilmu-ilmu untuk di praktikkan sedikit sebanyak .. 

Bila cerita pasal anak ni , Rayyan dari zaman baby hingga ke sekarang 1 Tahun 9 bulan perkembangan dia always positif , dari meniarap , duduk , berdiri dan berjalan semua mengikut perkembangan yang orang kata normal .. cuma aku sebenarnya tak begitu pasti berapa umur anak yang normal bab percakapan ni ..ada terbaca walaupun anak lambat bercakap tapi perkembangan dia yang lain ok , sebenarnya normal ..

Wan Muhammad Rayyan , 1 Tahun 9 Bulan ~

So bila aku buat research perkembangan anak dalam percakapan normal adalah dalam umur 2-3 tahun .. sebab perkembangan anak kita ni lain-lain , kalau anak depa cepat dan anak kita sedikit lambat tak semestinya ia tidak normal ye ibu-ibu so dont worry melainkan sememangnya umur anak dah begitu matang tapi perkembangan dia macam baby lagi .. 

Bab percakapan Rayyan , alhamdulillah nak masuk umur dua tahun ni , perkataan yang dia sebut makin improve .. maksudnya sebelum-sebelum ni dia just tunjuk-tunjuk je tapi aku perasan banyak benda dah dia boleh sebut macam fish , crocodile , lizard , ball , kuku , pipi ,ubat , susu , baju , seluar , air , pampers , abah , umi , boboboi , aliff , baa , taa , car , banana , cat , bye2 , dan  xingat dah apa lagi agak banyak jugak sbnrnya dan siap nak nyanyi lagu'' baby shark doo doo'' , dan lagu'' i am me muah muah muah'' ! tapi harus lah ada pelatnya  haha cuma part nak gabung ayat tu belum lagi .. eh ada dia sebut ''susu nak susu '' dan ''nak air'' wow Umi kagum jap.

Cuma kalau aku suruh-suruh dia sebut or ajar dia cakap sekejap je dia akan ikut , sebab dia rasa macam rimas haha , kecik-kecik dah pandai stress yeee .. biasalah mak-mak pun kadang stress jugak bila orang tanya boleh bercakap ke belum , then mula lah fikir anak aku normal or tak ? haha padahal belum umur 2 tahun kot ! gelabah betol


Tak salah pun kita nak rasa adakah anak kita normal atau tak sebab mencegah itu lebih baik dari merawat . Jadi kalau rasa perkembangan anak tu dah tersasar jauh dari perkembangan yang normal boleh la terus kita refer pada doc , amik nasihat pakar .. kalau doc cakap okay pedulikan kata-kata orang :)

So patut kah aku risau lagi ? nope right sebab makin hari makin improve hehe walaupun Rayyan still tak boleh cakap properly , mulut dia kadang tak reti duk diam ada je bunyi cuma dalam bahasa German campur dengan bahasa Melayu .. then aku harap aku bersedia bila Rayyan banyak cakap nanti hahahaha :p gud boy anak Umi .. 

Cuma part paling best adalah dia faham apa yang kita cakap , bila ada baju kotor then aku suruh letak dalam bakul laju je dia pergi letak kat dapur , atau ada kertas / sampah , aku suruh buang dalam tong sampah cepat je dia g buang , suruh kejut abah paling comel ..tu pun mood rajin , mood malas datang suruh la apa pun buat derk je .. n then kenal anggota badan dia , contoh mata , hidung , kaki semua not bad .. 


Bila anak dah makin dewasa ni takutnya nak hadapi masa akan datang , masa dia masuk sekolah , berjauhan dari aku . yaAllah kuat ke tak .. mesti duk fikir ''camne lah Rayyan kat sekolah hari ni , ada tak orang buli di a, belajar tak dia '' haha yaAllah jauh nya aku fikir .. ! mak - mak kan ! hikhikhik ..

Tips Menggalakan Anak Kecil Bercakap 
  • Berbual sekerap mungkin dengan anak dalam melakukan aktiviti seharian , macam aku Rayyan selalu kacau kat dapur so apa benda kat tangan cakap je kat dia cth '' Umi nak masak , ni sawi , ni carrot , bla3x kadang dia akan ikut dgn betul , kadang pelat cuma dia dan Allah je paham haha
  • Permudahkan pertuturan ketika bercakap , means buat ayat-ayat pendek je sebab sel-sel otak dia tengah berhubung .. tekankan benda-benda asas yang utama 
  • Bercakap dengan anak dari masa ke semasa , dari ayat pendek ke ayat panjang .. cth : ini ikan , ini ikan besar .. 
  • Tanya soalan dan suruh anak membuat pilihan .. sambil kita bercakap dia akan proses perkataan dan jugak objek .. cth : Rayyan nak kereta merah atau kereta kuning 
  • Baca buku cerita , kadang-kadang aku suka baca buku .. then Rayyan nak jugak so aku bagi kat dia sambil aku baca even dia tak faham .. kadang dia acah-acah baca jugak tau haha so tergelak pulak tengok respon dia 
Mengenal pasti masalah anak dalam percakapan 
  • Cara nak kenal pasti tu agak susah sebab setiap anak lain perkembangannya , kadang fikir tsk normal tapi sebenarnya ia hanya sedikit lambat 
  • Julat normal 2-3 tahun , contohnya 4 tahun still xleh bercakap even perkataan mudah sewajibnya rujuk doc atau pun pakar ..
Hati Berbicara :
Umi always doakan Rayyan sihat sempurna dan jadi anak yang berguna dunia dan akhirat dan juga anak-anak mummy n daddy di luar sana juga , ameen :) berat tanggungjawab ,aku sebagai anak pun kadang  cuai , apatah lagi dah jadi Ibu kepada anak .. semoga ibu bapa di luar sana yang sedang di uji kuat dan tabah supaya aku boleh mengambil sedikit kekuatan untuk besarkan anak di zaman yang penuh pancaroba ni .. 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates