• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Hello coffee lover , are you sure u are coffee lover ? 
Ramai sebenarnya peminat kopi kan , aku pun turut sama men 'kategori' kan diri aku ''coffee lover'' , lagi pekat kopi , lagi hitam warna kopi , itu lah kopi sebenar bagi aku ~ eh yakin ke kopi sebenar berdasarkan warna yang pekat ?Jika warna kopi tak hitam dan pekat maknanya itu bukan kopi yang sedap ke ? Haaa bila aku mengenali ''The Koppi'' ni berbeza betul dengan nilaian aku sebelum ni tapi ye lah kan setiap orang mungkin berbeza citarasa kita , tapi kali ni aku pulak nak share apa yang aku tahu melalui The Koppi ni  , seriously apa yang aku fikir selama ni adalah salah ..

Secara ringkasnya The Koppi ni  adalah kopi organik , bila sebut tentang organik ni memang non toxic , sekarang ni macam-macam penyakit timbul dan penyakit tu semua sebenarnya datang dari pemakanan yang kita ambil jugak kan ? walaupun bahan-bahan kimia yang ada dalam makanan kita tu tak nampak tapi sebenanrya ia bawa kesan negatif pada badan kita dalam tak sedar .. scary ! mohon rasa sayang dengan tubuh badan kita sendiri ok ! 

Bila parcel The Koppi sampai je di rumah , aku sebenarnya sangat teruja ~ sebab pertama kali aku akan cuba kopi organik , orang yang sukakan kopi mesti akan beri harapan yang tinggi tau , so aku fikir sedap sangat ke The Koppi ni hingga tak pandang yang lain ? 

Jadi aku tak ambil masa yang lama untuk simpan kopi ni , terus buat sebab nak rasa apakah sebenarnya rasa kopi organik , fresh dari ladang gitu ! Jadi di suatu hari yang hening , aku pun bancuh secawan kopi dengan air panas , masukkan gula kemudian kacau (aku lebih suka aroma kopi o)  , ting ting ting bunyi sudu berlaga dengan cawan bila di kacau , aroma kopi terus menusuk ke dalam lubang hidung ..omg wanginya kopi ni .. terus hidu ambil bau sesaat dua sambil pejam kan mata .. fuh dah macam iklan tv hahah 


Aku hanya guna sesudu kopi , bila tengok warna kopi ni agak kecewa kenapa warna dia tak hitam pekat macam selalu .. hurmm tapi aroma bau dia sangat kuat , kemudian teringat pesan En Gee .. warna pekat hitam kopi sebenarnya sebab bahan campuran lain seperti gandum , marjerin , garam , dan lain-lain lah .. macam terbentuk di mulut aku huruf Oooooooooo , baru ku tahu kenapa kopi-kopi di pasaran pekat hitam dan kandungan kopi yang ada hanya 50% manakala The Koppi adalah 100% kopi.

Tentang rasa , wah terus senyum sebab rasa kopi ni tak mengecewakan .. bila dah sebati dengan rasa kopi sebelum-sebelum memang ada kelainan bila minum kopi organik , haa macamana nak cakap ek , jap fikir haha ,bagi aku kopi organik ni lain kesedapan rasanya , memang berbeza , kalau buat pahit memamng terasa betul pahit kopi macam gigit buah tu haa sebab tu guna sikit pun dah ok , kalau terlebih memang akan rasa pahit lah , and then dalam hati berbicara begini rasanya kopi sebenar , kopi organik ~ korang memang patut cuba kalau nak rasa kopi sebenar. The Koppi ni sangat sesuai untuk di buat Latte dan Mocha.

Kelebihan The Koppi

  • Dihasilkan secara eklusif serta organik
  • Dipetik segar satu persatu dengan tangan 
  • Keluaran yang terhad setiap batch 
  • Kualiti sentuhan tersendiri atau artisan 
  • Handroasted atau di panggang sendiri 
  • Rasa yang unik, betul-betul rasa kopi yang sebenar 
  • Bebas bahan kimia dan bahan tambahan seperti marjerin , gula , garam , bijan , gandum , arang dan tempurung kelapa
  • Rendah kandungan kafein , tidak menyebabkan sakit perut , sakit kepala , migrain , mual , lesu badan atau yang alah kafein
  • Bebas bau kopi dalam urine , ia di proses sendiri bukan OEM
  • Menjadi milkbooster ibu-ibu dan banyak lagi kelebihan The Koppi ni 
Bagaimana Proses The Koppi Di Lakukan ?

Kalau sesiapa yang belum tahu , ini lah pokok kopi ye anak-anak .. kebun kopi The Koppi ni terletak di perak yang mengamalkan perladangan sihat , bebas penggunaan sebarang racun dan bahan kimia , caranya kulit buah kopi di kopek dan di recycle balik kemudian di tabur pada pangkal pokok kopi agar ia di kompos menjadi baja , The Koppi juga menggunakan baja yang di buat sendiri dengan menggunakan kacang soya , gula merah dan sejenis garam kemudian di peram selama 2 minggu 
Ni lah buah kopi , qaseh pun baru kenal buah kopi macamni rupanya , ingat kan terus keluar biji-biji yang keras tu hahah .. The Koppi menggunakan dua jenis baka kopi iaitu Robusta dan Liberica
Dan ini lah bunga kopi , eh macam bunga yang wangi tu kan , bunga kemboja tak silap hihi ..
Bagaimana kopi di hasilkan :

  1. Mula-mula wajiblah memetik buah-buah kopi dahulu untuk proses pengasingan kulit 
  2. Buah - buah kopi ni akan di pecahkan dengan menggunakan mesin Pulper 
  3. ''Fermentation Process'' apakah itu ? haa selepas buah kopi selesai di pecahkan dan diasingkan kulit dan buah , ini adalah proses merendamkan biji kopi yang telah di kopek kulitnya dan ia mengambil masa 3 hari bagi betul hilang selaput yang rasanya manis tu , dan air selalu akan di tukar.
  4. Bila dah selesai proses fermentation , biji kopi akan di keringkan , kaedah pengeringan yang paling cepat di lakukan dengan menjemur biji kopi di dalam bekas aluminium atau talam besi dan mengambil masa dalam 4-7 hari pula .. fuhh rumit jugak yee 
  5. Dalam gambar boleh di lihat biji kopi yang sudah bersih di rendam 
  6. Gambar dalam no 6 adalah biji kopi yang dah benar-benar kering.
  7. Seterusnya , biji kopi yang dah betul - betul kering di tumbuk sebab masih ada tempurung , so bila tempurung dah pecah kena asingkan pulak tempurung tu dengan cara manual .. wehh agak leceh jugak rupanya .. huhu 
  8. Bila dah selesai di asingkan , biji kopi tersebut akan di panggang dengan mesin khas .. cara memanggang adalah menggunakan pemanggang yang mempunyai fungsi angin panas / hot blower , alah macam guna hair dryer tu .. bukannya di panggang atas api tau , selesai di panggang , biji kopi akan di simpan selama 3 hari untuk mendapatkan aroma kopi (proses Degasses ) kiranya bagi minyak-minyak kopi keluar , selepas itu baru lah ianya di kisar halus ~
Proses Degassess atau merehatkan biji kopi setelah di panggang

The Koppi memang sangat halus tekstur nya sebab itu bila nak buat air kopi The Koppi ni kena menggunakan penapis kain atau pun kertas supaya serbuk-serbuk tu tak bercampur
 Tekstur The Koppi yang sangat halus 

Hari-hari minum kopi organik tak perlu dah nak risau sebab bahan kandungan memang bebas dari bahan kimia ~ sedap pun sedap ! makan dengan cekodok memang favourite aku .. tambah-tambah bila selalu menulis di tengah malam memang wajib ada peneman air untuk perah segala idea .. now The Koppi peneman setia qasehdalia.com di kala bekerja .. tq The Koppi :) 

More Info : 
Kalau korang nak tahu The Koppi memang mendapat permintaan tinggi sebab tak ramai yang mengusahakan kopi organik , walaupun The Koppi masih lagi baru tapi The Koppi pernah bersiaran dalam TV Al-Hijrah , dan juga Sinar Harian .. dan terbaru The Koppi akan berkolaborasi dengan Chef Adu untuk The Canteen , terbaik En Gee semoga terus maju jaya .. nak tahu lebih info lagi tentang The Koppi bole layari info kat bawah k ! memang tak rugi minum The Koppi sebagai minuman harian di rumah :) i love it ! 

Facebook: Www.facebook.com/thekoppi
Instagram: @thekoppi
Whatsapp: Www.wasap.my/60189235644



Minyak Yu Yee Cap Limau | Bila sebut tentang minyak Yu Yee ni siapa je tak kenal ? berkurun lama dah minyak ni berada di pasaran .. seingat aku mak-mak dulu memang wajib setiap rumah ada je minyak Yu Yee ni. Bila jiran-jiran ada baby baru dan time melawat je ~ eh ! mesti bau minyak yang sama , dan aku suka gila bau dia , sebab tu bila aku bau je minyak Yu Yee ni terus terbau baby .. 


Cerita atas tu masa aku kecik lah , aku pun membesar dengan minyak Yu Yee juga ~ bayangkan lah berapa lama dah hinggalah sekarang aku dah pun bergelar Umi , dan tetap mewarisi warisan turun menurun ni .. haha macam tak percaya rasanya dah bergelar Umi weh  ~ so wajib jugak ada stok minyak Yu Yee ni kat rumah 

Minyak Yu Yee Halal Ke ?


Baru-baru ni ada viral mengatakan yang minyak Yu Yee ni tak halal .. eh why now viral tu mempengaruhi korang haaa ~ padahal dah berzaman minyak Yu Yee ni di gunakan , jadi pihak Jakim pun dah mengeluarkan pengesahan yang mana minyak Yu Yee ni halal dan sah di gunakan .. tak baik tau viral benda yang tak betul , so semua tenang-tenang je ye .. jangan risau minyak kesayangan korang takkan hilang di pandangan haa giteeww 

Kenapa Aku Suka Minyak Yu Yee ?

Agak-agak apa kelebihan minyak ni sampai jadi favourite list aku , pertama bau dia sangat lah best , bukan wangi tapi boleh buat tenang dan tak memeningkan .. tu bab bau , belum calit sikit letak kat dahi dan belakang kepala masa migrain , haa terlena terus .. aku selalu guna minyak ni bila migrain , period pain , kembung perut dan selsema .. memang best , sebab dia tak panas sangat dan berangin ni cepat je dapat melegakan ..

Bila dah ada anak ni , lepas mandikan Rayyan takkan lupa letak minyak angin di kaki , dada , belakang dan juga perut .. Rayyan ni sejenis makhluk yang susah sendawa , so kena letak minyak angin Yu Yee ni untuk mengelakkan kembung perut , baby bukannya pandai nak cakap dia sakit ke apa kan , so calit je sikit-sikit lagi pun minyak ni bau best .. 


So far minyak Yu Yee memang mujarab bagi aku bila senggugut , sapu-sapu bila rasa panas dan berangin tu memang sakit tu akan mula berkurang , selsema dan sakit kepala pun dapat di kurangkan dengan minyak Yu Yee je .. kalau sakit kepala sangat baru lah aku makan panadol , tapi aku jenis tak suka bergantung pada ubat so cara pertama guna minyak Yu Yee ni je la .. terbaik ! 

Rata-rata semua tahu tentang minyak ni , sebab minyak Yu Yee ni memang legend , mana nak dapatkan ? boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya yang berhampiran , kebanyakan semua ada jual minyak ni tau .. memang carian orang ramai dari dulu hingga sekarang ~ ada ke yang tak kenal ? sangat lah rugi !

Hati Berbicara :


Lama tak semestinya usang , makin lama makin mujarab ibarat kelapa ~ makin tua makin berguna .. so tak rugi guna warisan yang sememangnya turun termurun .. yang pasti bagi kesan yang positif dan dapat di gunakan seisi keluarga tanpa was - was 

Hai sayang-sayang ? I'am Me ! terus teringat joget Dato Vida kan , haha hari ni hari minggu yang agak boring , jadi bila takde benda sangat nak buat , terpandang kamera lalu snap my cushion favourite 

Sebenarnya tertinggal huruf C dalam gambar tu(dush!)  , so it should be ''can't c cushion which mean can't see cushion'' .. gitewww 

Can't C Cushion by Y.E.T , cushion ni aku dapatkan di Althea sempena birthday Althea hari tu , rugi tau tak beli time sale , murah-murah je haa .. dan ini cushion pertama buat aku sebab aku risau cushion compact tak berapa sesuai dengan aku ! (sebenarnya tak reti nak guna keh keh keh)


Apa itu ' CUSHION COMPACT ' 

Aku kan kekampungan sikit , nak cuba sesuatu yang baru tu ambil masa jugak , hahah tapi nak juga cuba supaya tidak ketinggalan , eh orang kata tak kenal maka tak cinta . Apa benda la cushion compact ni ? sebenarnya ia tak jauh beza dengan foundation yg korang selalu guna tu , cuma packaging dia dalam bentuk compact powder dan liquid foundation terserap dalam cushion / span .. jadi bila nak guna senang weh just tekan-tekan dan dap dap dap blend je kat muka ! 

Best ke Can't C Cushion by Y.E.T ni ?

Kalau tanya aku yang pertama kali guna jenis cushion ni , weh lagi mudah rupanya sebab tak perlu guna span lain nak blend foundation (sama ada stick / liquid) , lagi satu bila ber cushion ni memang jimat masa aku duduk depan cermin mekap tu , eh lenguh jugak tau tangan aku nak dap dap dap guna span biasa hingga Rayyan pun asyik tiru je bila duk ber dap dap dap tu (nyanyi macam mua Bella) 


Muka aku sebenarnya ada bintik-bintik hitam kat pipi , kalau dalam gambar kadang tak nampak sebab guna filter kah kah kah , dasar fake ! jadi aku cuba Can't C Cushion ni haaa , dapat jugak cover bintik-bintik hitam dan gelap bawah mata , atas ni aku terlebih pakai tebal jadi agak terlebih putih , terus jadi macam orang Korea , annyeong ! aishiteru ! huh lantoklah ~ 

Bila aku nak keluar pergi mall ke pergi taman ke pergi mana-mana je yang dekat pakai aku pakai Cushion Can't C ni jee lah ~ eh tapi kenapa nama dia " Can't See " haaa ? maksudnya walaupun kita pakai cushion ni orang lain tak nampak ke ? haha vodo je aku tanya aku jawab ! lebih kurang macam tu la maksudnya .... nampak di situ natural beauty padahal dah cover boekkkk punya .


Antara kelebihan boleh baca di gambar k
Bagi aku berbaloi beli Cushion ni , puas hati lah untuk aku yang pertama kali guna foundation jenis cushion ni , bagi good coverage bila mana dapat cover bintik-bintik hitam bawah mata , tepi hidung dan mencerahkan lagi , aku pulak jenis kulit kering , Cushion ni boleh melembabkan kulit wajah jugak dan yang pasti tahan lama ~ rata-rata yang dah guna pun berpuas hati dengan Can't C Cushion by Y.E.T ni .. 

Hati Berbicara :
Nanti aku kongsikan lagi barang mekap yang aku beli di Althea k , stay tune ~ yang nak beli cushion macam aku ni boleh beli di Althea


Assalamualaikum semua , agak lama dah aku tak mengidam benda-benda yang tak melibatkan makanan ni , last mengidam betul-betul masa mengandung , time to heaven rasanya sebab segala kemahuan di penuhi hahah best jugak bila mengandung ni .. apakah ! Seingat aku , kali terakhir aku mengidam gadjet berakhir dengan Iphone , yess iphone ! dan aku tak menyesal dapat iphone tu even paling tercorot 5s je uols sebab camera tone dia aku minat sampai sekarang .

Dan sekarang aku terjatuh hati dengan mirrorless camera pulak ! aku kalau nak sesuatu benda tu aku memang akan usha seboleh-bolehnya tapi tak tau lah kali ni dapat ke tidok haha ini keperluan atau kehendak ? yess ni kehendak diri aku sendiri untuk blogging jugak , so dah set dalam kepala otak ada duit simpan .. sekarang dah start menabung sikit-sikit .. duit sendiri okay tapi hujung-hujung kalau tak berapa nak cukup suami lah tempat ku :p 

Kenapa Mirrorless Camera Jadi Pilihan ?

Canon 
Sebenarnya aku dah ada DSLR , dulu aku pakai dslr Sony a37 lepastu lama-lama macam warna dia makin warm , padahal boleh je edit warmness tu kan , tapi ada offer datang , tukar dslr canon eos 50d , stock lama uols , jadi sekarang aku guna canon ni je dengan lens sigma 18-200mm , bayangkan lah lens panjang namati dan besar gedabak tu kan , dulu ok takde anak boleh lagi pikul tapi kali ni tak larat dah 

Boleh je kalau tak nak angkut berat-berat beli lens lain yang ringan , tapi sejak dua menjak ni canon ni banyak buat hal lah ! asyik error je manjang .. kena pandai setting , so kadang kena guna manual dari auto .. tu lagi better lah setakat ni hahah ... 

Sebab utama nya adalah ringan dan mudah bawak ke mana-mana ~ apsal dulu aku tak terfikir eh , alah nyesal teda guna bha ,, haha tetiba tersabah tapi takpela , dslr tu memang aku tak kan jual lah kot , sayang nak jual .. lagi pun boleh skodeng burung dengan lens panjang tu haha .. 

Mirrorless Camera Pilihan Aku ?



By the way , banyak jugak lah aku survey dengan bajet yang aku dan tentukan macam nikon , canon , sony , olympus dan samsung.. dan aku nak cari yang paling murah je lah kot sesuai dengan bujet , then baca review so far ok je .. aku bukan photoghrapher pun just untuk menyenang kan aku buat kerja je .. so aku terpikat dengan jeng jeng jeng ~ biar lah rahsia , doakan aku dapat kumpul duit secepatnya k , ameen ameen ameen .

Hati Berbicara :
Dah mintak kat Allah siap-siap semoga Allah izinkan dan di permudahkan hihi ..



Assalamualaikum , berbeza sangat dengan zaman dahulu dan sekarang bila kita nak dapat kan info kan , ye lah zaman sekarang nak cari info apa-apa boleh bukak google lepas tu taip je apa yang nak di cari , tapi kena ingat tak semua benda tu betul .. lebih-lebih lagi melibatkan agama , jadi walaupun dah google dan rasa tak yakin sila lah rujuk pada yang pakar ok ! 

Ni nak share tips buat ibu bapa bila anak-anak menghadapai peperiksaan , ibu bapa kena belajar jugak ke ? hohoho menangis lah mak pak kalau kena belajar lagi , aku pulak dalam tahun 2023 baru lah anak masuk sekolah darjah satu , so bila tengok tahun tu macam lambat lagi kan , tapi weh seriously sekarang cepat sangat masa berlalu .. 

Macamana cara hadapi anak - anak hadapi peperiksaan ?

Baca juga : Doa mustajab depan kaabah {alertInfo}

  • Muhasabah diri bertaubat / bermunajat / berzikir kepada Allah s.w.t
Solat hajat 
Baca Al- Fatihah Untuk Rasulullah S.A.W  
Selawat Fatih 100x 
Baca Bismillah 1000x
Ayat 13 - Surah Mulk - 2012x

  •  Ambil tahu jadual peperiksaan anak-anak , doakan sungguh-sungguh 
  • Berpuasa dan redha serta ikhlaskan anak-anak menghadapai peperiksaan 
  • Duduk bersama-sama anak di kala anak sedang mengulangkaji pelajaran dan bacakan ayat-ayat di bawah
Surah Toha Ayat 1 - 8
Surah Ar-Rahman Ayat 1 - 4
Surah Al-Insyirah  
Hati Berbicara :
Sharing is caring ~ kejayaan anak-anak adalah dari keredhaan ibu bapa , semoga anak-anak kita berjaya bukan hanya di dunia tapi di akhirat juga :)


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates