• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum semua , agak lama dah aku tak mengidam benda-benda yang tak melibatkan makanan ni , last mengidam betul-betul masa mengandung , time to heaven rasanya sebab segala kemahuan di penuhi hahah best jugak bila mengandung ni .. apakah ! Seingat aku , kali terakhir aku mengidam gadjet berakhir dengan Iphone , yess iphone ! dan aku tak menyesal dapat iphone tu even paling tercorot 5s je uols sebab camera tone dia aku minat sampai sekarang .

Dan sekarang aku terjatuh hati dengan mirrorless camera pulak ! aku kalau nak sesuatu benda tu aku memang akan usha seboleh-bolehnya tapi tak tau lah kali ni dapat ke tidok haha ini keperluan atau kehendak ? yess ni kehendak diri aku sendiri untuk blogging jugak , so dah set dalam kepala otak ada duit simpan .. sekarang dah start menabung sikit-sikit .. duit sendiri okay tapi hujung-hujung kalau tak berapa nak cukup suami lah tempat ku :p 

Kenapa Mirrorless Camera Jadi Pilihan ?

Canon 
Sebenarnya aku dah ada DSLR , dulu aku pakai dslr Sony a37 lepastu lama-lama macam warna dia makin warm , padahal boleh je edit warmness tu kan , tapi ada offer datang , tukar dslr canon eos 50d , stock lama uols , jadi sekarang aku guna canon ni je dengan lens sigma 18-200mm , bayangkan lah lens panjang namati dan besar gedabak tu kan , dulu ok takde anak boleh lagi pikul tapi kali ni tak larat dah 

Boleh je kalau tak nak angkut berat-berat beli lens lain yang ringan , tapi sejak dua menjak ni canon ni banyak buat hal lah ! asyik error je manjang .. kena pandai setting , so kadang kena guna manual dari auto .. tu lagi better lah setakat ni hahah ... 

Sebab utama nya adalah ringan dan mudah bawak ke mana-mana ~ apsal dulu aku tak terfikir eh , alah nyesal teda guna bha ,, haha tetiba tersabah tapi takpela , dslr tu memang aku tak kan jual lah kot , sayang nak jual .. lagi pun boleh skodeng burung dengan lens panjang tu haha .. 

Mirrorless Camera Pilihan Aku ?



By the way , banyak jugak lah aku survey dengan bajet yang aku dan tentukan macam nikon , canon , sony , olympus dan samsung.. dan aku nak cari yang paling murah je lah kot sesuai dengan bujet , then baca review so far ok je .. aku bukan photoghrapher pun just untuk menyenang kan aku buat kerja je .. so aku terpikat dengan jeng jeng jeng ~ biar lah rahsia , doakan aku dapat kumpul duit secepatnya k , ameen ameen ameen .

Hati Berbicara :
Dah mintak kat Allah siap-siap semoga Allah izinkan dan di permudahkan hihi ..



Assalamualaikum , berbeza sangat dengan zaman dahulu dan sekarang bila kita nak dapat kan info kan , ye lah zaman sekarang nak cari info apa-apa boleh bukak google lepas tu taip je apa yang nak di cari , tapi kena ingat tak semua benda tu betul .. lebih-lebih lagi melibatkan agama , jadi walaupun dah google dan rasa tak yakin sila lah rujuk pada yang pakar ok ! 

Ni nak share tips buat ibu bapa bila anak-anak menghadapai peperiksaan , ibu bapa kena belajar jugak ke ? hohoho menangis lah mak pak kalau kena belajar lagi , aku pulak dalam tahun 2023 baru lah anak masuk sekolah darjah satu , so bila tengok tahun tu macam lambat lagi kan , tapi weh seriously sekarang cepat sangat masa berlalu .. 

Macamana cara hadapi anak - anak hadapi peperiksaan ?

Baca juga : Doa mustajab depan kaabah {alertInfo}

  • Muhasabah diri bertaubat / bermunajat / berzikir kepada Allah s.w.t
Solat hajat 
Baca Al- Fatihah Untuk Rasulullah S.A.W  
Selawat Fatih 100x 
Baca Bismillah 1000x
Ayat 13 - Surah Mulk - 2012x

  •  Ambil tahu jadual peperiksaan anak-anak , doakan sungguh-sungguh 
  • Berpuasa dan redha serta ikhlaskan anak-anak menghadapai peperiksaan 
  • Duduk bersama-sama anak di kala anak sedang mengulangkaji pelajaran dan bacakan ayat-ayat di bawah
Surah Toha Ayat 1 - 8
Surah Ar-Rahman Ayat 1 - 4
Surah Al-Insyirah  
Hati Berbicara :
Sharing is caring ~ kejayaan anak-anak adalah dari keredhaan ibu bapa , semoga anak-anak kita berjaya bukan hanya di dunia tapi di akhirat juga :)


Hai abang botak tengah ups, hai akak yang salalu ada masalah rambut gugur , hai semua yang stress gila bila berbicara soal rambut ni , tak terkecuali diri sendiri okay .. mari rapat-rapat qaseh nak share produk kesihatan untuk rambut pulak .. di saat orang lain sibuk men ''serum'' kan kulit muka , daku pulak sibuk menyubur dan menyegarkan rambut dan kulit kepala dengan serum , haaa awat ? terkejut ka hangpa semua rambut pun ada serum tau ..

FreshR mengekalkan kesegaran sepanjang hari

Serum apa yang best untuk masalah rambut ??

Untuk pertama kali nya qaseh cuba serum di rambut , sebelum ni bila stress tengok rambut gugur bergelimpangan di lantai tuh , langkah paling mudah rawat dengan syampu je weh , tu pun bukannya syampu setiap hari .. haaa korang pun macam ni kan , ke ada lagi yang rajin perah2 santan sapu kat kepala tu , hebat uols ~ bila guna syampu ni ok tu memang ok tapi macam tak cukup je , thats why daku cuba pulak serum FreshR ni .. hurm tetiba rindu gila dengan rambut lebat dan sihat masa kegemilangan dulu :'(

Sebelum qaseh bagitahu kelebihan - kelebihan pada Serum FreshR ni , qaseh nak bagitahu sikitlah apa itu FreshR , kalau nak rambut cantik sila baca dengan fokus , kalau tak qaseh p gunting rambut hangpa semua :p

Apa Itu FreshR ? 

Inilah rupa bentuk FreshR dan ia merupakan serum yang di hasilkan dengan menggunakan bahan-bahan organik yang dapat membantu masalah rambut uols dan juga berikan kesegaran rambut (memang segar gila pakai serum ni sebab .... kat bawah qaseh kongsikan kenapa ! ) 

Kelebihan Serum FreshR 
Selain dapat memberi kesegaran yang berpanjangan bila pakai Serum ni , ia juga dapat membantu masalah yang mungkin korang sedang alami sekarang ni , dan memang waktu yang tepat lah korang baca tentang FreshR ni , mana tahu dah try macam-macam tapi masih lagi tak ok , memang patut lah korang cuba serum FreshR ni k - Jaminan pemulangan wang dalam masa 14 hari jika tidak berkesan 

  • Mengatasi masalah botak tengah - sekarang ni qaseh paksa laki iols pakai sebab dia mengalami masalah botak walaupun botak itu seksi hahah , so dia baru lagi tegerak hati nak pakai , kena tunggu berkesan or tak sebab FreshR ni mampu meransang pertumbuhan rambut .
  • Mengatasi masalah rambut beruban - wow yang bestnya FreshR pun mampu atasi masalah rambut beruban tanpa menggunakan pewarna 
  • Mengatasi kegatalan kulit kepala - yang ni selalu lah aku alami sebab kelemumur , dan juga bila bertudung rambut tak dapat di keringkan sepenuhnya , so sebelum keluar boleh guna FreshR untuk menghilangkan gatal-gatal kulit kepala 
  • Mengatasi masalah rambut gugur - Kenapa rambut selalu gugur ? sebab rambut kita dah tak sihat , macam tubuh badan .. rambut pun perlukan vitamin untuk kekal sihat , FreshR dapat menambah vitamin untuk rambut 
  • Boleh di bawa solat - sebab ia menggunakan bahan-bahan organi dan semestinya halal
  • Selamat di gunakan - di formulasikan dengan formula yang terbaik bagi mengelakkan sebarang tindak balas negatif , tapi kalau ada sebarang masalah boleh stop kemungkinan alergik dengan bahan yang ada.


Bahan Kandungan Berasaskan Organik 

Korang boleh menggunakan tanpa was-was sebab ia memang menggunakan bahan kandungan yang organik serta halal , tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya dan telah di daftarkan di bawah KKM - not170505181k  , selain dari bahan kandungan Hair Protein , Semburi Extract , Melaleuca Leucadendra Oil , Pudina Extract ada 4 bahan organik yang memang memberi kesan kepada rambut ~ 



  • Aloe Vera - dapat mengekalkan kelembapan sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur
  • Argan Oil - mengandungi vitamin tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut 
  • Jojoba Oil - penyah fungus yang dapat membantu menghilangkan masalah rambut berbau dan gatal akibat fungus dan juga kutu
  • Virgin Coconut Oil - membantu menghitamkan rambut dan pertumbuhan rambut.

Kenapa qaseh cakap memang best pakai serum FreshR ni ? sebab pertama adalah qaseh dah guna sendiri , yang ke dua pakai sikit je pun dah berangin satu kepala oikk , bukan berangin yang panas baran tu ! tapi berangin macam letak minyak angin di kepala dan bau dia sangat menenangkan .. qaseh tak suka bau yang kuat sebab mudah sakit kepala , so nasib baik lah bau dia memang wangi ... agak-agak lepas sapu apa jadi ? mestilah tertido haha .. siyes best guna serum ni .. 


Cara Penggunaan FreshR
Tekstur FreshR ni macam minyak kelapa , tapi langsung tak melekit dan senang nak sapu di rambut mahupun di kulit kepala ..cara guna ia pun mudah sangat , apply ketika rambut kering , drop beberapa titis minyak dan sapu di rambut dan jugak kulit kepala .. urut dalam 2 - 3 minit , guna secara konsisten tau sayang baru lah berkesan .. kalau malas semua benda tak berkesan tau -_- .. so rajin-rajin sikit kalau nak cantik tuh :p qaseh pakai 2 kali sehari , pagi dan jugak sebelum tidur ~

My Testimoni 
Ni jujur lah qaseh bagitau , lagi super best rupanya bila guna serum berbanding syampu , syampu bukan setiap hari pakai , tapi serum ni boleh pakai hari-hari .. bukan payah pun macam rutin harian sapu minyak kat kepala tapi kali ni tukar dengan sapu serum je.. for me memang segar gila , rambut nampak sihat dan terurus even sikat-sikat guna jari je .. hahah dasar  pemalas nak guna sikat kan , then kewangian serum ni memang terbaik .. 

Kalau tetiba bau wangi kan , sah lah laki ku tengah pakai serum ni , haa uols dah kena kongsi-kongsi serum pulak ... sweet gitu hahah ( ok merepek ) , qaseh dah tak risau dah dengan bau rambut hapak bila bertudung sebab dah ada serum FreshR ni , tq tau sebab wujud dalam hidupku , terharu pulak rasanya sebab banyak masalah boleh rawat .. recommended sangat kat korang yang nak atasi masalah rambut , dan of course untuk hijabista , rambut korang takkan bau hapak dah lepas ni .. percayalah ! 

Testimoni Pengguna FreshR 




More testimoni yang menggembirakan semua pengguna FreshR boleh tengok kat web depa ok ~ 

Berapa harga serum FreshR ? Mana nak dapatkan serum FreshR ? Nak tau lebih info tentang serum FreshR ? haaa boleh masuk web yang qaseh sertakan kat bawah ni , semua info ada lengkap di situ .. sekarang tengah promosi tau uols !!so cepat cepat cepat , order sekarang sementara promosi masih ada ~ 
More Info :
Web : http://www.freshr.my/
Facebook : https://www.facebook.com/freshr.kl/
Sms / Whatsapp 'FreshR' :  http://www.wasap.my/60164845540

Nama: Amirul
No tel: 0164845540
Lokasi: Seremban


Aku lihat dia tersenyum tapi aku tak pernah tahu apa ada dalam hatinya , di saat dia keseorangan mungkin air mata yang selalu menemani , tapi di dalam ramai hanya senyuman menghiasi ibarat tiada apa yang berlaku tapi senyuman itu jelas nampak pahit dan terpaksa untuk di ukir .. hebat lakonan seakan dunia ini sememangnya pentas khas untuk diri dia .. 

Bila kita di kelilingi orang-orang yang kita sayang , pernah tak kita mengikuti kisah duka dia dan cuba menenteramkan ataupun kita tak penah peduli dengan keadaan dia di saat dia menjauh atau menyepi dengan tiba-tiba ~ tiada sekelumit pun rasa untuk bertanya khabar sedangkan dia selalu ada di saat kau hampir mati jiwa .. 


Stress tak pernah lari dalam hidup , stress kecil stress besar yang mana akan menjurus kepada depression , semua orang pernah stress tapi apa yang masih mewaraskan adalah iman yang ada , akal yang masih boleh berfikir .. but at the same time bila kita stress we need someone yang boleh dakap kita erat dan beri sepenuh perhatian walaupun hanya mendengar esak tangis kita ,, tapi kadang  tiada kata yang mampu menjelas kan kenapa .. its weirdo right ~

what we need is more attention , more love , more hug ~ kadang-kadang benda-benda bodoh pun boleh buat stress , lebih-lebih lagi perempuan ~ seminit lepas bergelak ketawa , seminit kemudian datang emosi berderai gila babeng air mata .. what the heck ? tapi yeahhh kita sedang cantik dan indah , yang sedang struggle dengan diri sendiri , sedang struggle dengan ujian yang cuba menjatuhkan aku hanya mampu cakap kuatlah untuk diri anda sendiri kerana hanya diri sendiri yang mampu lawan apapun yang tengah membelenggu ~ 


The most beautiful people we have known are those who have known defeat, known suffering, known struggle, known loss, and have found their way out of the depths. These persons have an appreciation, a sensitivity, and an understanding of life that fills them with compassion, gentleness, and a deep loving concern. Beautiful people do not just happen.” Dr. Elisabeth Kubler-Ross 
Hati Berbicara :

Di kala saat ini masih ada yang struggle melupakan kematian seseorang yang terlalu dia sayang , terlalu sayang hingga ingin melupakan tanpa rasa kesal itu sangat susah dan setiap struggle itu membuat kita indah kerana kita menghargai semua kebahagian apa adanya kecil atau pun besar .. kerana itu rasa sebuah kehilangan sangat payah untuk di hapuskan . 


Entry pendek je untuk hari ni , nak marah anak boleh tapi bila selalu menengking anak pasti bawa kesan buruk kat mereka ... betul ~ jaga anak ni sangat menguji kesabaran .. tapi ''kalau takde sabar memang kita yang akan jatuh gaung'' .. semoga di beri kesabaran yang tinggi untuk menjaga amanan yang Allah berikan .. bila nak marah anak just fikir balik waktu kita berdoa sungguh-sungguh untuk dapatkan anak yang tak semua orang akan dapat .. 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates