Pigeon Newborn Pure Review | Rayyan ! jom mandi ! begitulah rutin hari-hari bila ajak Rayyan mandi haha tapi alhamdulillah bab-bab mandi , main air ni sekarang laju je dia .. tak macam dulu , selalu nak mandi dengan air panas .. sekarang bila dah makin membesar ni makin bijak dan banyak akai ..
Bila ada baby ni selain dari keperluan dia yang lain , tentu pening kan nak pilih losyen dan mandian yang tak membuatkan kulit bayi sensitif , nak kulit bayi kita lembut dan wangi je .. begitulah kalau dah ada anak kan semua benda kena ambil tahu .. so hari ni aku nak kongsi produk pilihan untuk penjagaan Rayyan .
Walaupun Rayyan dah setahun lebih tapi masih dalam kategori bayi kan haha , because he always my baby ! so kalau korang pening nak pilih yang mana satu best , aku cadangkan guna lah Pigeon Newborn Pure ni , banyak kelebihan nya tau .. dah lah wangi , kadang-kadang aku pulak terguna .. hihi ampunkan Umi ! eh tapi tak salah sebab boleh di gunakan seisi keluarga
Tq Motherhood , by the way first time guna barang penjagaan bayi dari product Pigeon ni , dan sememangnya produk yang di kenali ramai kerana di kaji dengan formula yang terbaik dan di buat di Jepun.


