facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog


Assalamualaikum

Lama rasanya tak balik kampung , hati ni rindu dengan suasana kampung acewah , by the way hari tu ada lah balik kampung sekejap , nenek ngan tokki rindu sangat kat cucu dia haaa , seronok Rayyan duk kampung hari tu ,tapi YaRabbi  sanggup tahan mata tak tido siang duk main je tau .. ish ish Umi sabar je la tengok keletah dia .. kampung aku kat Jerteh , orang ganung kiteee ~ nanana ganung kite !

Tengok Rayyan main kat kampung hari tu kesian pulak kat dia , yelah kalau kat sini memang terkurung je la dalam rumah huhu bukan Rayyan je bosan tau , bila kat kampung excited lah .. tengok ayam , lembu semua .. hari tu kemain takut kat kucing tapi hari tu balik nampak kucing nak g pelok ! Biar je lah dia asalkan tak kena gigit hihihi ..

Sometimes you just need a break. In a beautiful place

Assalamualaikum 

Susu Kambing revolusi baru dari I-Sihat | bila dengar je pasal susu ni memang dah tahu dah tak semua suka minum susu kan ?? (mula la tu nak buat muka nak muntah la ape la huh ) lebih-lebih lagi susu kambing .. sebab apa ek ? baunya ke ~ rasanya ke ~ ermmm kalau ikut pengalaman sendiri memang sebab bau hamis tu terlalu kuat .. tapi tu zaman dahulu laaa korang , sekarang dah zaman 2017 pelbagai inovasi dan revolusi ni haaa , semua bau hamis kambing tu dah takde ok.. siap ada pelbagai perisa yang sedap ya amaattt ~ kambing pun dah tau mandi tau haha ok tipu je..

Kadang-kadang kan kita nak je cuba susu kambing tapi dalam masa yang sama mesti pening nak cuba yang mana satu kan ? haa baik ngaku uols, so aku cadangkan kat korang semua , wajib try susu kambing dari I-Sihat ni sebab aku sendiri dah cuba dan memang tak rugi , selain dari banyak khasiat yang akan aku bagitau nanti , ia ada 3 pilihan perisa , yang pasti ASLI , VACHOC , dan PREMIUM BERRY.. lepastu korang boleh pilih sama ada nak yang SACHET  atau pun POUCH.. ( jarang tau ada dalam dua pilihan ni ) 


3 Jenis Produk I-Sihat dengan 2 pilihan (Sachet/Pouch)
  • I-Sihat Susu Kambing Asli
  • I-Sihat Susu Kambing Vachoc Plus 10 ( gabungan rasa vanilla dan coklat di tambah 10 ekstrak makanan)
  • I-Sihat Premium Berry 15 dalam 1 untuk kecantikan luaran dan dalaman
I-SIHAT VACHOC PLUS 10

Dan pilihan aku adalah I-Sihat Susu Kambing Vachoc , apa bestnya tentang susu kambing Vachoc ? by the way tentang rasa memang sedap sebab kombinasi antara vanilla dan coklat memang ummpphh sangat , dan mengandungi ekstrak makanan sunnah yang terbaik , seperti Delima , Zaitun , Tiin , Kurma , Kismis , Badam , Saffron , Habbatus sauda , Manna dan Ginkgo Biloba ~ oh ye produk ni di import khas dari Holland dan di jamin 100% organik .. Yang pasti formulasi yang penuh dengan nutrisi dan bebas lemak trans ~


Assalamualaikum 

Mensyukuri hari-hari yang sentiasa berlalu , mensyukuri dan menerima apa adanya yang berlaku dalam takdir yang telah di aturkan olehNya membuatkan aku menangis .. tq Allah atas usia yang masih berpanjangan , 8 Mac sempena hari wanita sedunia , aku ingin ucapkan selamat hari wanita buat semua wanita .. semoga kalian senantiasa dilindungi dan di berkati Allah .. hidup berbahagialah dengan apa pun ujian yang membelenggu ~ 


Buat wanita , aku juga seorang wanita yang lemah dan kian rapuh dengan hal duniawi .. terkadang tabah terkadang tersungkur .. dan bukan seorang yang hebat dalam kerjaya tapi aku bersyukur dengan apa adanya walaupun berkali di beri ujian ~ alhamdulillah masih boleh menangani dengan sekuat hati di samping seorang lelaki yang penyabar .. terima kasih kerana ada insan yang menghargai aku sebagai wanita ~ 



Assalamualaikum korang ! 

Fuhh entry ini penuh dengan makanan , so sila jamu mata anda semua k . hehe nak tahu tak .. erm tak nak tahu pun nak jugak bagitahu ! Sebenarnya lama gila dah aku ni nak pergi Thai Food Festival , atau apa-apa festival yang berkaitan dengan makanan Thai , sebab aku ni asal usul nya dari Thailand (tipu je haha) .. hari tu ada satu dekat Shah Alam tapi feedback macam tak berapa ok so tak pergi .. 

Sekarang ada Original Thai Food Festival di Putrajaya  di Park and Ride Presint 14! ni semua penangan duta Thai Food Fest , Kak Pija haha .. so ajak jugak husband pergi Putrajaya .. nak jugak pergi ! i dont care walaupun jauh jugak la dari Bukit Beruntung ni haa , tapi nak jugak makan makanan Thai .. so aku pergi hari weekend memang sesak gila la , nak membeli pun kena beratur panjang dan berasak-asak .. nasib baik dah kahwin kalau tak mesti bertemu jodoh kat situ (galok tino ni haha)


Kalau cerita pasal makanan Thai ni , korang wajib try dua benda ni lah .. yang kebiasaanya sangat famous , KERABU MAGGI dan SOMTAM , dua benda ni memang glemer tapi aku try kerabu maggi je hihi kak pija beli somtam .. apa itu kerabu maggi ? tak tau nak habaq lagu mana tapi sedappppppp ! dan ia sangat pedas + masam-masam sikit .. kalau tak tahan pedas harap bertabah ok .. tapi rasa dia memang YUMMEH

Tq sayang-sayang semua sudi menemani mek tino thai celup ni , khap kung khap ! 


Assalamualaikum 

Siapa peminat kopi kat sini sila angkat tangan ! dan yess qaseh lah orangnya yang gila kan kopi , tapi seperti yang kita sedia maklum , kopi ni tak boleh minum banyak sebab kafein nya tinggi ! tapi kadang-kadang kan memang tak mampu nak tahan ketagih kopi , hinggakan ambil bau pun jadi lah .. huh ! tambah-tambah kalau pregnant .. 9 bulan kooo tak boleh minum kopi sangat , tapi nak ikut kata hati ke kesihatan anak ? haaa sedeh mak .. hihi tapi kopi yang qaseh nak habaq ni kan korang , ibu mengandung dan ibu menyusu pun boleh minum ~

seriously ? eh tolong percaya .. ni nak habaq mai kopi ni bukan macam kopi biasa yang makcik kiah jual kat kedai sana tau .. unik sangat kopi ni !


MIN KAFFE KOPI BERGARAM ???

Macam pelik je kan bila kopi ada garam ? lepastu kalau kopi ni bergaram , rasa dia MASIN ke uols ? jap bayangkan bila kita minum kopi yang masin ! yuckk .. haa tu yang korang imagine .. ~ btw takde rasa masin pun lah , agak-agak la kan .. sebab garam yang ada dalam Min Kaffe ni bukan garam biasa tapi garam buluh , dan garam buluh ni banyak khasiat untuk kesihatan , selain tu min kaffe ni :
  • Tak ada gula
  • Tak ada pewarna
  • Tak ada kolestrol
Tadi cerita pasal garam buluh kan , jangan risau rasa Min Kaffe ni memang tak masin , rasa dia lemak-lemak macam tu , tak pekat tak cair .. memang ngam-ngam dan kena sangat la dengan tekak , cuba sekali memang konfirm nak lagi dan lagi tau ..

Min Kaffe ni sesuai sangat la kat korang yang spesies MIGRAINE ni haa , lepas minum mula-mula akan rasa pening sebab nak serasikan dengan badan kan , tapi bila dah dua tiga kali minum , pening dah hilang , lagi cergas dan bertenaga adala tau , lepastu bagi yang KENCING MANIS tak perlu risau bila minum Min Kaffe ni sebab gula memang takkan naik , stabil je .. lepas tu sesuai sangat lah yang nak berdiet bagai , Min Kaffe ni jugak buatkan korang rasa kenyang.. so kena ada stok untuk bulan puasa ni , bagi lebih tenaga ..


KANDUNGAN MIN KAFFE

Sebelum tu qaseh nak bagi tau dulu nama Min Kaffe ni adalah kopi mineral .. kot korang pernah minum kan then cari-cari kopi mineral dah tak jumpa .. haa Min Kaffe ni adalah kopi yang sama .. bye the way tipulah kalau kopi tu tak mengandungi kafein .. tapi yang membezakan adalah samaada kafein tu akan menghilangkan mineral dalam badan kita atau tak ..

Kenapa ibu mengandung tidak di galakkan mengambil minuman berkafein ? sebab ia akan buatkan mineral dalam badan berkurang .. so tak elok lah kan untuk kesihatan bayi dalam kandungan , tapi Min Kaffe ni mempunyai garam buluh yg terkandung 77 mineral .. so even Min Kaffe ni ada kafein tapi ia tidak menjejaskan mineral yang ada dalam badan kita .. inshaaAllah ..

Dan yang paling best , Min Kaffe ni tiada gula biasa tetapi terkandung artificial sugar iaitu pemanis non nutritif yang 200 kali lebih manis dari gula tetapi tidak mengandungi kalori , so pesakit diabetes jangan risau ia boleh di minum .. best kan !

Khasiat Min Kaffe bagi Ibu Menyusu dan Hamil

✅ khasiat Magnesium dalam min kaffe akan membantu memudahkan penyerapan kalsium yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi ibu menyusu. 
✅ min kaffe dapat meredakan stress para ibu akibat masalah kesihatan atau kesakitan selepas bersalin dan lain2
✅ ingat punca utama KEGAGALAN penyusuan ekslusif ibu adalh STRESS selain amalan pemakanan yang tidak betul. 
✅ membanyakkn atau memekatkn susu badan. 
✅ ibu menyusu pasti boleh kekal langsing dengan MENYUSU bayi bersama min kaffe. Ini kerana selepas bersalin pasti sembelit dan mengalami kesukaran untuk membuang air.. So bila minum min kaffe ia melawaskan perut kita.. 

✅ dapat mengatasi masalah bacaan tekanan darah rendah. 
✅ menstabilkan gula dalam darah untuk mengelakkan GDM (gestational diabetes melitus) atau kencing manis ketika mengandung
✅ menstabilkan tekanan darah yang tinggi atau sangat rendah. 
✅ memberi tenaga serta mengenyangkan di kala ibu yang mengalami 'morning sickness', tidak lalu makan atau kerap muntah pada awal kehamilan. 
✅ si ibu lebih bertenaga dan tidak mudah penat sepanjang kehamilan
✅ merawat masalah 'cramps' dan sembelit di kalangan ibu hamil. 

TESTIMONI



So korang ~ jom try Min Kaffe , seriously berbaloi-baloi untuk kesihatan diri

INFO LANJUT :

Tempahan : 017-9450407 (EJA)
FB : www.facebook.com/sakura.eja
HARGA : RM33 Sekotak (20 sachet)


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates