facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ~

Terlambat plak nak update entry ulang tahun perkahwinan yang ke dua tahun , btw we ols punya anniversary 14 February , tapi dah masuk march baru boleh karang , nampak tak buat-buat busy sangat daku ni .. tq yso much atas doa-doa kalian kat facebook mahupun secara tersembunyi .. ameenkan semua doa kalian .. semoga korang semua juga mendapat kebahagiaan hingga ke syurga 


14 Feb 2015 - 14 Feb 2017, yeahhh dua tahun dah , masih setahun jagung dalam alam rumahtangga ni , lepas jalani ujian yang berliku .. yang ujiannya sentiasa aku yang mula , aku yang selalu bermasalah , aku jua lah yang selalu mengikt hati dan perasaan sendiri .. hihihi

Semua benda yang pahit tu aku nak lontar jauh - jauh , alhamdulillah sekarang kehidupan lebih tenang lebih-lebih lagi bila hadirnya seorang anak ni , betul orang kata anak ni pengerat kasih sayang , anak ni tambah kebahagiaan , dan apa-apa tindakan yang nak di lakukan first thing mesti fikir tentang anak .. tp yang tak punya anak bukan tidak bahagia .. tapi aturan Allah tu tepat pada masanya .. 

Allah tu maha mendengar dan maha penyayang , jangan sedih jika apa yang kita nak tak dapat kita miliki lagi , kerana akan ada rancanganNYA yang lagi baik buat kita .. dan yang pasti perancangan Allah itu lagi baik dari rancangan kita .. yang kita kena buat adalah sabar dan pandang segalanya dengan penuh hikmah .. walaupun sakit dan pedih sekalipun ~ siapa kita untuk melawan takdir Allah ? inshaAllah yang akhirnya yang indah-indah saja yang muncul

Yang penting sekali dalam hidup rumahtangga ni , kena ada sabar , bekerjasama , saling bantu membantu .. jangan cuba letakkan semua kerja rumah atas bahu isteri .. sekali sekala saling bantu , tq suami sebab selalu tolong hihi dan bila ada anak ni , gilir-gilir jaga .. kerja sesibuk mana pun , luang masa jugak dengan anak .. sebab anak ni perlukan dua kasih sayang bukan satu saja .. hihi 

So ! semoga kami terus hadapi alam rumahtangga ni dengan penuh matang , dan semoga Allah dan suami mengampuni segala dosa-dosaku .. 

Hati Berbiacara :



Hidup ni bukan seperti dalam novel , semua nya nampak sweet dan romatik je kan .. tapi ingat hidup ni adalah satu realiti , akan ada suatu waktu kita akan di uji .. dan semua tu menguji tahap kesabaran kita .. kalau tak mampu sabar maka hancur lah segala .. inshaAllah Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hamba-hambanya 


Assalamualaikum 

Applikasi Droprint | Print gambar terus dari telefon pintar | Holla korang , boleh tak nak tanya something ?mesti gambar-gambar dalam smartfon korang tu dah beribu agaknya kan ? , yelah sekarang bukan macam zaman dulu , tangkap gambar pakai kodak je lepastu kedekut haji bakhil pulak nak bazir-bazir kodak .. haha kalau nak tengok gambar tu kena pulak cuci gambar kat kedai kan ?

Cerita pasal cuci gambar atau pun print gambar ni ~ bila last korang print gambar ? kalau aku .. tak pernah print sampaila aku jumpa applikasi Droprint ni ! seriously aku dah lama kot tak jejak kedai gambar , malas satu hal ! mahal pun ye jugak , lepastu nak kena tunggu husband cuti , dengan anak lagi .. erghhh ! 


Kalau shopping pun boleh secara online ! apatah lagi print gambar , adohaaa korang boleh print sambil makan cekodok panas-panas , minum pulak air kopi tau .. mudah nya ~ kenapa aku baru tahu kewujudan appikasi Droprint ni weh ! goyang kaki je lepas tu tunggu je posmen hantar ke rumah .. see ! jimat masa dan tenaga semua .. dan sesungguhnya gambar-gambar yang di print tu lagi membangkitkan segala memori .. applikasi ni pun sangat-sangat mudah , ni aku tunjuk sikit tutorial guna aplikasi Droprint 

  • First step , bila korang dah download applikasi Droprint ,  korang boleh pilih nak print je , ataupun nak buat sekali dengan photobook dan jugak korang boleh buat giftbox.. macam best je dapat hadiah macamni kan , boleh kembalikan nostalgiaa lama gitu haa
  • Second step , bila dah tekan di kategori print tu ,korang boleh lah pilih gambar-gambar dari smartfon terus , andai kata dalam smartfon korang dah takde gambar ~ semua dah masuk facebook dan instagram , jangan risau ! sebab korang boleh pilih dari account fb dan insta direct dari app ni haaa .. mana tahu dah delete gambar-gambar lama kan ~ 
  • Third step , adjust gambar korang , crop lepas tu tekan DONE , tunggu gambar-gambar korang di upload dalam system , tapi pastikan internet korang laju .. nanti lambat pulak proses nya ..
  • Last step  , bila dah semua setel di upload , korang boleh CHECKOUT dan masukkan segala maklumat address semua .. so tunggu gambar korang sampai ke rumah ~ pasti teruja ! 

Alaaa mudah gila kot guna applikasi Droprint ni  , kalau aku tak bagi tutorial pun , korang terer punya lah ~ so aku dah print ! yeyyyy lompat bintang ! sebab gambar-gambar yang aku print semua dah sampai .. dan proses penghantaran nya takdelah lama sangat .. cepat ~ lagi satu .. eh banyak pulak kelebihannya hihi gambar-gambar yang di print cantik walaupun aku hanya snap guna smartfon cikai je .. 

nak tengok tak hasil gambar-gambar yang aku print ? haaaa scroll lagi kebawah ok 
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

TADAAAAA ~ cantik tak ? heheh apa aku nak buat dengan semua gambar ni ? haruslah bubuh dalam frame dan tampal kat dinding rumah .. semuanya gambar family kecil ku .. rindu pulak tengok anak time baby , setiap kali terpandang mesti teringat balik kenangan bersalin semua .. tq Droprint !!!







Cantik tak gambar-gambar aku , jeles tak ? kalau jeles mohon download cepat-cepat applikasi Droprint ni , alaa download je , free je korang .. nanti free-free belek gambar dalam smartfon lepastu print je .. lagi pun harga nya tak mahal dan sangat murah dan berbaloi .. 

Boleh download di sini ~
IOS -> http://bit.ly/droprintapp
Android -> http://bit.ly/2jEBJP9



Info Lanjut :
Website : http://droprint.my
Fb page : https://www.facebook.com/droprint
Instagram : 

Assalamualaikum ~ 

Tajuk kemain kan , orang lain dah lama dah buat kuih keria ni , aku je ketinggalan zaman hihi baru nak buat la korang ~ biasanya kalau nak buat pape , kuih ke apa .. kena tunggu laki iols cuti dulu ..sebab apa ? sebab dia kata tak puas hati makan lepastu pergi kerja ..( takut bini dia habiskan lettew) haha sebenarnya nak buat sama-sama .. kebiasaannya macam tu lah ... so lets start ! 


Haritu aku pegi Melaka tapi lupa dengan kewujudan kuih keria yang di viral-viralkan sangat tu , sedap ke uols ? by the way sedap bagi korang mungkin tak sedap bagi sesetengah dan juga mungkin biasa-biasa bagi segelintir orang .. tapi nak cakap kat sini , viral ke tak ke , dah Allah bagi kan rezeki yang melimpah ruah kat dia , alhamdulillah ..

Bahan-bahan Kuih

-Ubi Keledek , tak kisah lah oren ke putih ke , ikut citarasa korang masing-masing
-Tepung Gandum

Cara-cara
-Rebus ubi keledek hingga empuk
-Lenyek-lenyekkan dia
-Masukkan gandum , dan gaul menjadi seperti adunan
-Buat bentuk macam donut
-Goreng dengan minyak yang banyak

Bahan sira
-2 cawan air
-3 keping gula melaka
-1 satu sudu gula putih

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan sira , kacau hingga berbuih ..lepastu masukkan kuih keria yang telah di goreng tadi .. siap !

Aku guna ubi keledek oren , potong je kecik-kecik bagi cepat empuk gitu  
Bila dah empuk , angkat dan toskan .. siap sedia untuk di lenyek  
Masukkan tepung gandum , lepastu gaul semua sekali bagi sebati .. kalau rasa melekit sangat tambah gandum sikit-sikit dan tambah sedikit minyak bagi tak melekit di tangan korang  
Gaul - gaul sampai dah tak nampak gandum putih-putih tu okey ..
Buat  bentuk macam donut , ahaha first time try agak comot kuihku .. tapi takpe , perut sendiri nak makan 
Gorengkan iyeee !  
Rupa selepas di goreng haaa , jangan terlajak goreng nanti hangit pulak
Sediakan sira , lepastu masukkan keria yang dah di goreng tadi ke dalam sira , kacau-kacau hingga sira tu kering dan berkerak sikit .. then angkat ! siap untuk di makan yang tak sampai satu saat ! makan memang laju je haa
Yeah siap jugak buat entry ni ! haha selamat mencuba uols ~ 

Assalamualaikum 

Holla korang ~ pernah tak korang ada perasaan seperti jatuh cinta pandang pertama ? bila pandang si dia mata tak berkelip merenung , hidung pulak kembang kuncup dengan haruman semerbak si dia .. bibir tersenyum ketika mata memandang ~ eh eh eh qaseh dah kawen mana boleh jatuh cinta lagi ! haa siapa cakap qaseh jatuh cinta kat manusia , ni haaa qaseh dah terjatuh cinta dengan CADEAU BEAUTY LIP GLOW ! 
Thank you so much Cadeau Beauty team , so qaseh dapat Cadeau Lip Glow berkod GL04 Viridiflora ,yeah dapat bunga warna hijau dan sangat-sangat wangi , tak tipu ~ wangi sangat , selain tu ada lagi tiga kod iaitu GL01 Celosia , GL02 Jacques Cartier , dan GL03 Acacia 

Oh my god , kenapa perlu ada lip glow secantik Cadeau ni weh ! sebenarnya ni kali pertama qaseh lihat lip glow yang harum , cantik dan berkilauan ibarat emas .. kenapa qaseh cakap lip glow ni sangat cantik ? sebab dia ada keunikan tersendiri kerana mempunyai sekuntum bunga penghias diri di dalamnya ~ lepas tu kat dalam lip glow ni ada taburan emas so nampak berkilau-kilau dan bila pakai di bibir terasa lembut dan buatkan bibir nampak shining gitu.. rasa macam nak muahciked haha .. 


Packaging

By the way , Cadeau ni dalam bahasa French yang bermaksud GIFT , kalau tengok packaging Cadeau ni sangat cantik  dengan warna pastel , simple , soft tapi nampak exclusie dan elegant dan ianya limited edition! .. memang kena sangat dengan perwatakan seorang wanita yang cantik , lemah lembut tapi tegas haa gitu ,tapi memang kali pertama tengok pun qaseh sangat suka dengan apa yang di persembahkan ..ini lah apa yang wanita inginkan ~ so perfect ! 

The lipglow is crafted in Korea, where beauty standards are one of the most competitive in the world by craftsman of great skill
Jika korang dapatkan satu box ni , korang akan dapat 4 lip glow yang berbeza , dan sememangnya Lip Glow ni adalah handmade sebab tu ia sangat exclusive 



a premium product designed with love and nature in mind , the limited run product is produced in small , controlled numbers across all four seasons , and has a case of polished brass finished sporting the CADEAU brand along the side , giving the lip glow a classy look that is ideal for the warmest of occasions.

Review Cadeau Beauty Lip Glow 

So mari kita cuba lipglow ni , qaseh memang suggest kat sayang-sayang semua yang sukakan makeup yang simple dan natural , kejar masa , sibuk dan sewaktu dengannya .. sebab lip glow ni bukan lah seperti lipstick yee , cadeau lip glow ni akan membuatkan bibir korang bertukar warna mengikut darah , so dalam masa 3 second ia akan bertukar warna mengikut ph masing-masing .. ada yang buatkan bibirkan korang berwarna pink dan ada juga berwarna merah .. terpulang pada darah masing-masing ye , kalau darah mutant tu err ngeri nak cakap .

Tengok bibir qaseh lepas qaseh apply lip glow cadeau , seriousy sekejap sangat bibir bertukar jadi merah , haa ikut darah memasing lah ye , macam pakai gincu dah kan .. lepas ni nak kurangkan pakai lipstick sebab nak pakai lip glow ni je , so nampak natural beauty gitu .. lelaki kan suka natural beauty katanya ! eh laki ai lah .. hihi cantik kan 
Jenis- jenis bunga yang di gunakanLavenders, English Marigold, Damask Rose, Chamomile, Roselle Hibiscus, English Daisy, Kobushi Magnolia, Tiger Lily, Beach Rose. These are the flowers that bestow the lipglow its amazing benefits. 
Nah qaseh close up sikit sekuntum bunga berwarna hijau yang menyerikan lip glow ni haa ~ cute kan 
Oh ye , bila pakai lip glow ni selain ia akan menukarkan warna bibir korang dalam masa 3 saat , ia jugak dapat bertahan selama 8 jam , so pakai sekali tahan dah 8 jam .. jimat kat situ , dah la limited edition pakai selalu nanti cepat habis hehehe .. 

Kandungan Cadeau Lip Glow
Octyldodecanol
Polyglycerol-2 Isostearate/Dimer Dilinoleate Copolymer
Diisostearyl Malate
Caprylic/Capric Triglyceride
Polyglyceryl-2 Triisostearate
Dibutyle Lauroyl Glutamide
Dibutyl Ethylhexanoyl Glutamide
Hydrogenated Polyisobutene
Cl 45410:1
Gold
Glyceryl Caprylate
Chamomilla Recutita(Matricaria) Extract
Hibiscus Sabdariffa Flower Extract
Calendula Officinalis Flower Extract
Rosa Damascena Flower Extract
Bellis Perennis (Daisy) Flower Extract
Magnolia Kobus Flower Extract
Water
Propanediol
Lithospermum Erythrorhizon Root Oil
Perfume

Selain tu , lip glow ni sangat wangi , bila qaseh bukak je penutup , terus bau semerbak .. bagi husband bau , dia cakap wangi nya macam nak makan haa , kalau hilang separuh sah la dia yang makan haha .. bau-bauan ni macam bau bunga buah-buahan gitu , bau yang manis , bila qaseh apply kat bibir adalah terjilat sikit haha dan rasa dia tak pahit okey .. bahan-bahan yang terkandung semuanya bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan kulit sensitif .. bunga yang di gunakan pula adalah bunga sebenar .



Get a FREE GIFT 


Last but not least , jangan lupa tau korang cepat-cepat dapatkan Cadeau Lip Glow ni dan jangan lupa tau dapatkan FREE GIFT dengan menggunakan code QASEH11 di website www.maystar.com.my , kalau korang tak masukkan kod ni korang takkan dapat hadiah misteri atas setiap pembelian korang , rugi uols ! so dah baca ni save kod QASEH11 ni okay , nanti nak beli takdelah terlupa ..

Where to buy ?

Mana nak dapatkan Cadeau Lip Glow ni ? korang boleh beli di website yang qaseh sertakan di bawah , more detail tentang produk klik je link kat bawah orait ! oh ye harga untuk satu kotak RM350 , dan RM95 untuk satu pieces~

http://maystar.com.my 
Guna kod untuk dapatkan mystery gift

www.cadeau-beauty.com

instagram : @cadeau_beauty



Assalamualaikum 

Holla ~ hari ni aku jadi chef , eh jarang sebenarnya aku update pasal masak-masak dalam blog ni apatah lagi nak kongsikan apa yang aku masak , tapi mungkin syndrom mak mak datang merasuk hari ni , dengan mood rajin nak tangkap gambar , nah ! resipi bubur kacang hijau buat tatapan kalian .. tq kaksueizza share resipi , antara chef yang akan aku tanya bila nak masak sesuatu .. haha takpela kan asalkan nak belajar .. kikiki

Hurm rupanya takdela susah sangat nak buat bubur kacang hijau ni weh ! memang semudah ABC lah , ingatkan leceh la jugak nak buat bubur-bubur bagai ni .. so suami rasa nak makan , sebagai isteri yang penyayang meh la kita buatkan alolo peyot dah makin kedepan haha .. dan resipi nya sangat lah simple , beberapa bahan je .. 

Resepi Bubur Kacang Hijau 
  • Kacang Hijau
  • Santan
  • Gula Melaka
  • Daun Pandan 
Cara-cara 
  • Rebus kacang hijau hingga empuk (orang kata rendam dulu ) pun boleh
  • Bila dah empuk , tapis dan ketepikan dahulu
  • Masukkan santan dalam periuk , masukkan gula melaka , daun pandan dan secubit garam
  • Biarkan ia mendidih tapi jangan lupa untuk selalu kacau , mengelakkan santan berketul
  • Bila dah mendidih , masukkan kacang hijau yang dah di rebus tadi 
  • Rasa , kalau kurang manis tambah lagi gula melaka biar ia semanis senyumanmu chia chia chia
Nilah kacang hijau ,bagi anak dara yang tidak mengenali kacang hijau ni haa ~ ade ke yang tak kenal ??  
Terpaksa la guna santan kotak sebab susah nak cari santan segar kat sini , tapi santan kotak pun sedap juga okay 

Daun pandan dan gula melaka ..
Haaa tak sampai 5 bahan la uols nak buat bubur kacang hijau ni , ada sesetengah orang suka letak sagu , tapi qaseh nak rasa keaslian kacang hijau tu , qaseh tak cmpur apa-apa pun .. dan dulu kan masa kecik-kecik ada makcik-makcik buat aiskrim bubur kacang hijau ni , macam aiskrim malaysia gitu .. sedap weh ! ni kalau tak habis makan simpan dalam peti sejuk pun sedap .. biasanya orang makan bubur ni dengan roti .. dan mungkin juga trend sekarang kat kenduri kahwin banyak orang hidangkan bubur ni , lepas melantak nasi kenduri bagai , nak menambah rasa malu .. boleh la topup dengan bubur kacang hijau ni , heh heh macam biasa buat je kan ! so nah siap dah bubur qaseh untuk suami tercinta ... 




tapi hencik suami suka makan cenggini haaa , aku lebih suka makan bubur tanpa roti , dia pulak carik2 kan roti letak dalam bubur .. pelik nya , laki aku spesies mende eyy haha , apapun tq sudi makan ! 

Hati Berbicara :
So uols semua bolehlah mencuba di waktu lapang mahupun lapar ~ orang kata nak memikat hati seseorang, bagi la perut nya kedepan dan kekenyangan :p

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates