• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Tempat penginapan sememangnya antara list yang sangat penting jika kita pergi melancong ataupun bercuti , lebih-lebih lagi kita bawa keluarga , atau family trip .. so benda yang paling penting untuk survey dan booking awal-awal ialah homestay, hari ni qaseh nak share homestay-homestay yang agak famous di TERENGGANU , dan ianya mempunyai kemudahan - kemudahan yang menarik , jom !



HOMESTAY FELDA SELASIH 


Tempat / Aktiviti Menarik 


  • Gunung Tebu
  • La Hot Spring
  • Air Terjun Lata Belatan
  • Air Terjun Lata Tembakah 
  • Pantai Bukit Keluang
  • Air Terjun Selasih 
  • Harvesting Oil Palm 
HOMESTAY FELDA SELASIH
22020 Jerteh Terengganu (tel / fax : 096979844)
Contact : Mr Kamaruddin b Mohd - 013-9302211
        : Ms Zaiton - 0199844972

HOMESTAY KAMPUNG TELUK KETAPANG 



Tempat / Aktiviti menarik 

  • Keli Aquaculture Center
  • Teluk Ketapang Beach 
  • Sewing Workshop
  • Keropok making 
  • Night Market 
  • Islamic Civilization 
  • China Town
  • Duyung Old Fort
  • Museum complex 
  • River Cruise
  • Central Market(Pasar Payang)
  • Princess Hill (Bukit Puteri)
HOMESTAY KAMPUNG TELUK KETAPANG 
7672-B Kg Teluk Ketapang 
21300 Kuala Terengganu , Terengganu 
Contact : MR HASLI : 019-9563407
        : EN AZMI : 013-9234837

HOMESTAY KG PASIR RAJA 

Tempat / Aktiviti menarik

  • Chemerong waterfall 
  • Oldest & biggest Cengal Tree in the world (Mount Mandi Angin)
  • Gigantic Caladium plant
  • Fruit Orchard
  • Cheralak Waterfall
  • Traditional Cultural Show
  • Canoeing & River rafting (bamboo raft)
HOMESTAY KG PASIR RAJA 
Bahagian Pembasmi Kemiskinan Lembaga Kemajuan Terengganu Ketengah 
Karung Berkunci no 3 
23409 Bandar Al-Muktafi Billah Shah 
Dungun Terengganu 
Contact : Mr Ramli Yunus : 01394255682
          Mr Adenan Apil : 0199578006

HOMESTAY KAMPUNG BULOH


Tempat / Aktiviti Menarik
  • Tok Gajah's Tomb
  • Tersat River
  • Kenyir Lake
  • Sekayu Waterfall
  • Lubuk Mati Bertiga
  • Fruits Plantation
  • Belukar Bukit Waterfall
  • River Safari exploration
  • Balai Dance
  • River Cruise
  • Batu Bersurat
  • Tumbuk Empingg 
  • Tuntung Sanctuary
HOMESTAY KG BULOH 
Hulu Terengganu 
Kampung Buloh 
21700 Kuala Berang Terengganu
Contact :Mr Zubir : 0199338248
         Mr sudin : 0139025402
         Mr Nafri : 0139040719

HOMESTAY KAMPUNG RHU 10 


Aktiviti / Tempat menarik
  • Island Hopping -redang island , Lang Tengah Island & Bidong Island
  • Setiu Wetland
  • Fisherman activities
  • Firelies Sanctuary
  • Ostrich Farm
HOMESTAY KAMPUNG RHU 10
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu 
Lot 6494 Kampung Rhu 10
22120 Setiu Terengganu 
Contact : Mr Shuhadi

HOMESTAY KAMPUNG PULAU DUYONG 



Tempat / Aktiviti Menarik 
  • Traditional Boat Making 
  • Terendak Making
  • Keropok Making
  • Night Market 
  • Islamic Civilazition Park
  • China Town
  • Duyung Old Fort 
  • Museum
  • river cruise 
  • Monsoosn Cup Venue 
HOMESTAY KAMPUNG PULAU DUYONG 
d/a JKKK Kampung pulau Duyong
21300 Kuala Terengganu , Trg 

Contact : Mr Hasnuddin : 102 9288007
                   Mr Abd Hadi kamel : 013 9487500
                   Hj Mohd Bakar : 019 9041959 

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah , lama dah qaseh nak war-war tentang PROJEK IQRA' tapi tak berkesempatan , kali ni Allah beri sedikit kesempatan untuk berkongsi bersama kalian .. apa sebenarnya PROJEK IQRA' ni ye ?

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’


Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

apa yang kalian boleh buat ? kalian boleh jadi sukarelawan-sukarelawan untuk PROJEK IQRA' , 

    Antara sumbangan yang kalian boleh sumbangkan dalam projek iqra ni seperti 
    Sahabat Media Sosial (blogger, pengguna media sosial aktif, admin fanpage dll)
    Sahabat Penaja (penaja projek-projek amal)


    AKTIVITI  DI PROJEK IQRA 
    Penjanaan Dana (Fundraising)
    Pendidikan (Education)
    Kempen / Acara (Event)
    Seni Kreatif / IT (Creative Art / IT)
    Perundangan (Law)
    Penerangan (Information / Media)
    Pentadbiran (Administration)
    So korang boleh daftar kat sini DAFTAR [klik]

    KALIAN BOLEH IKUTI SEGALA AKTIVITI PROJEK IQRA' NI KAT WEB PROJEK IQRA'[klik] ataupun fanpage PROJEK IQRA' PAGE FB PROJEK IQRA' [klik]

    Semoga Allah redha dengan segala usaha kalian , alhamdulillah =) jom ada waktu free boleh join aktiviti PROJEK IQRA '








                      Assalamualaikum

                      Ya habibi ya Muhammad

                      Pinjam semangat dari ibunda[klik] , akhirnya dapat jua update blog ,  dua tiga hari ni emosi seakan menjengah menguji sabar . Perempuan dan emosi tak dapat di pisahkan , kalau ia seakan meletup jangan kacau bagi ia lagi meledak .. biarkan tenang dan beransur pulih 

                      Dua benda aku belajar dari emosi , satu syaitan akan menghasut kita dari segenap cabang , dia bisikkan ! kau hamburkan segala apa yang kau rasa ! kau maki hamun segenap arah yang ada , kau lepaskan segala-galanya kerana semua tu benar padahal semua tu hanya tindakan bodoh yang buat syaitan bersorak riang hurey2 ~ satu benda lagi yang aku belajar MUHASABAH diri sendiri , bila hati aku tak tenang , aku mula terfikir ada benda yang tak kena dengan segala amalan aku , Allah bagi alarm , Allah jentikkan hati betapa selama ni kau buat sesuatu yang salah .. 

                      kalau kita rasa penat lelah atas dunia , itu dusta semata , kita mengharap rehat di syurga tapi ada satu saat niat kita beralih arah , buat hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab atu pandangan manusia ..selalu tanya diri sendiri , kerana apa kita buat sesuatu , kalau niat kita tak betul ia nya hanya sia -sia ibarat debu yang berterbangan tiada hala tuju lantas lenyap mengotorkan dunia .. 


                      ''tuhan dalam menempuhi hidup ini byknya dugaan dtg tempuhi
                       tuhanku dosaku menggunung tinggi tapi taubatku tak ku tepati''

                      Selalu muhasabah diri , tapi esoknye kita buat lagi ?? tak pe sayang , ada orang di akhirat nanti akan terkejut betapa sekecil-kecil amalan Allah akan paparkan , setiap amal perbuatan baik sebesar zarah sekalipun akan di perlihatkan , orang yang banyak muhasabah diri di dunia akan kurang di hisab di akhirat kelak ~ nah kalau sebesar zarah kebaikan pun Allah tunjukkan macamana jika kita selalu buat kejahatan melebihi sebesar zarah ? Allahurabbi .. takutnya aku , andai kita jujur pada diri, dosa dalam sehari terlalu menggunung sehingga mampu membuat kita muhasabah diri .. =)saat ini aku berfikir balik dari pada aku menghamburkan segala rasa yang menjelikkan , aku ambil langkah mudah , biarkan aku sendirian buat seketika , mencari diri sendiri yang "terhilang" di jentik rasa .. nanti aku kembali pulang ... 

                      hati berbicara :

                      masih belum terlambat untuk qaseh ucapkan selamat tahun baru buat kalian , 2010 , 2011 , 2012 , 2013 , now 2014 .. sekurangnya biar ada juga perubahan dalam diri kita , walau sebesar zarah .. someone pesan , cuba kawal emosi .. satu cara yang dapat aku kawal dengan MENANGIS so jangan tanya kenapa aku menangis , cuma biarkan aku dengan air mata ku tanpa gangguan ;)

                      Assalamualaikum u ols 

                      Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya RM168 dari harga RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..

                      terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam 

                      Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan ! 

                                                                                                              



                       bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh 




                      then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh  sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih


                      padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye .. 




                      padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la


                      Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah .. 

                       manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
                      mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi .. 

                      yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !

                      qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah .. 



                      suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then  balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..

                      PANTAI MORIB 










                      pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa  tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG .. 

                      PANTAI KELANANG 



                      Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan .. 









                      Hati Berbicara :
                      Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
                      tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~ 
                      jangan lupa datang sini yawwwww !!!


                      PULAU REDANG 


                      Pulau yang terpanjang di antara sembilan pulau di sepanjang Laut China Selatan yang terletak di luar pantai Kuala Terengganu 

                      Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut lebih-lebih lagi bila waktu tengahari pelancong akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas , di perairan Pulau Redang juga terdapat dua bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di sini pada permulaan perang Dunia ke dua , tiada penangkapan ikan dibenarkan kerana PULAU REDANG telah di wartakan sebagai taman laut 

                      Must do :
                      • Go snorkelling at the Marine Park 
                      • Explore the 31 dive sites on the island 
                      • Take a walk along the breathtaking Long Beach 
                      • Play Volleyball
                      • Enjoy a jungle walk to see monkeys , squirrels and birds 
                      PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL


                      Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk backpackers kerana mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan bajet 
                      Pulau Perhentian Besar pula lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik , tapi kedua-dua Pulau ini terdapat chalet , asrama dan tapak perkhemahan 

                      Jeti untuk ke pulau ni hanya 15 minit je dari rumah qaseh , dari jeti ke pulau ni dalam 45 minit , tapi qaseh masih belum sempat pergi , teringin sangat , in shaa Allah suatu hari nanti , antara pulau kecil ke pulau besar kira-kira dalam 10 minit dengan menggunakan bot . Orang kata tempat ni cantik sgt dengan air laut yang sangat jernih dan pasir yg memutih .. perghhh 

                      Must do :
                      • Try island-hopping
                      • Go diving at Tokong Laut to see bamboo sharks 
                      • Go on banana boat ride or try canoieng 
                      • Enjoy the sun and sea breeza 


                      PULAU LANG TENGAH 

                      kat sini terdapat kira-kira dalam 15 tapak menyelam di sekitar Lang Tengah , lebih kurang 10 minit perjalanan antara satu-satu tapak

                      Pulau ni memang ramai yang tak tahu sebenarnya , salah satu tempat rahsia yang terletak di Lang Tengah kerana tempat ni lebih terpencil dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian , tapi Pulau ni sememangnya indah , perairan yang memukau mata dan suasana yang sangat aman , di sini hanya terdapat 3 pusat peranginan , ia sememangnya memberi pelancong ketenangan dan lebih privacy,untuk ke pulau ini boleh naik jetty di Jeti Merang 


                      PULAU TENGGOL 

                      Salah satu perairan yang paling dalam di pantai timur 

                      Kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Kuala Dungun jeti, pulau ini adalah salah satu perairan paling dalam di pantai timur dan ia adalah syurga bagi penyelam. Hidupan laut seperti belut , ketam , penyu dan jerung bayi pasti akan memukau penyelam. Resorts disediakan untuk memenuhi keperluan pelancong, hanya 45 minit dari jeti pantai di Kuala Dungun.

                      PULAU KAPAS DAN PULAU GEMIA 



                      Pulau  Kapas terletak jauh di luar pantai terengganu, syurga kecil tropika pulau ini adalah rumah kepada pelbagai batu karang jenis keras dan juga lembut , pulau ini dikenali sebagai tempat untuk memancing sotong pada masa-masa tertentu dalam setahun

                      Pulau Gemia ialah pulau milik persendirian , tempat percutian yang aman dan sedikit privacy , banyak juga aktiviti yang terdapat di sini contoh nya , jungle trekking , permainan pantai , scuba diving , snorkelling dan banyak lagi ~
                      Newer Posts
                      Older Posts

                      Cari Blog Ini

                      Jumlah Paparan Halaman

                      Tuan Tanah

                      Tuan Tanah
                      Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

                      Catatan Popular

                      • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
                      • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
                      • my First contest ~ 'edit foto contest'
                      • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
                      • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
                      • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
                      • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

                      Label

                      Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

                      Arkib Blog

                      Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates