• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 17 Julai temph hari qaseh beriftar di PICC PUTRAJAYA bersama dengan geng kelab blogger ben ashaari, pertama kali nak berterima kasih sgt kat PR Cik Kumaru Nahu yang sumpah peramah gila ,kalau layanan PR macam ni memang kalau dia nak suruh review hari2 pun qaseh pergi , haaa sesuatu event tu memang PR kena byk memainkan peranan , dan tahniah buat Cik Kumari , kerana punya sikap yang sangat bagus .. sebelum puasa hari tu KBBA juga menjoinkan diri di  review buffet ramadhan picc putrajaya , jemput baca ..

Istimewanya kali ni PICC menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama 40 kanak2 dari Baitul barokah Wal Mahabbah Sepang , alhamdulillah dalam kita bergembira jangan di lupa pada yang sangat memerlukan , senyuman yg terukir di wjh kanak2 amat brmakna kpd kami krna itulah tujuan utama mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama mereka - Encik Badlisyah Hj ahmad (ketua pegawai eksekutif PICC)

Info Baitul Barokah Wal Mahabbah
Seramai 74 orang kanak-kanak berusia antara 7-15 tahun menjadi penghuni di sini , dan buat pengetahuan semua rumah ini memerlukan bantuan kewangan dr org ramai utk menanggung kos keprluan asas , jika korg ingin membantu boleh hubungi di talian 0122275393/0136785972
Dah sampai sana dekat2 nak maghrib apa lagi moh le kita mengenyangkan perut dengan sukahati , terbeliak biji mata sama usus - usus dalam perut tengok kan makanan di Buffet Ramadhan kali ni , hehe semuanya sedap-sedap , qaseh dah memang cop awal-awal dah satu makanan ni , teka apakah dia ? haaaa mestilah KAMBING GOLEK , haha sedap oih daging kambing ni , dulu qaseh tak bape gemar sangat tapi makin terjatuh cinta dah ..



sate daging dan ayam kat sini pun sedap , qaseh 2 kali round makan kambing golek ngan sate , nasib chef tak cam muka qaseh :p

tu diaaaa , agak-agak berapa orang makan ni heh heh , ni si yaya la makan banyak , nampak je keding ops 

Buffet ramadhan di PICC Putrajaya masih mengekalkan tradisi , kerana bertemakan Warisan Budaya Hidangan Tradisi hidangan utama di sini Gulai Tanjung , Briyani Picc , Kambing Panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dll yang masing2 juga mengikut tema 




tema 'KAWAH BERAPI'


 huwaaa tak sempat gue nak ngap kek red valvet , nasib baik masa review hari tu dah ngap , tak kempunan sangat hihi

tema 'DAHAGA'

tema 'KEBUN BUAH PAK RUSMIE'

Amacam ? berbaloi tak datang makan kat sini untuk berbuka puasa ? bagi qaseh sangat-sangat berbaloi , haaa ni sikit je hidangan , kat sana lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak hidangan-hidangan yang ada , macam nak bawak masuk perut semua je , tapi tak larat haha .. kalau nak rasa semua makanan kat sini , korang kena makan sikit2 je setiap juadah tu haaa , mampu ?? selain dari hidangan-hidangan yang superb ni , juga di sajikan dengan alunan muzik oleh ROSMA AF , dan juga ada cabutan bertuah , hadiah ? sangat lah lumayan ! 

Gelagat Blogger 
Pasal makanan dah citer , meh layan aksi-aksi blogger bila dah kekenyangan , havoc betul sorang-sorang , time lapar sume senyap je , dah kenyang eh eh over pulak haha apa-apapun meriah sangat sampai artis kita Rosma AF jeles , nak jugak bermonopod , ber gopro , bergambar 



kelabbloggerbenashaari dan blogger2 lain yang memeriahkan Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya 





 2 cilik KBBA , comel !! 

ketua KBBA dengan Rosma AF


TEMPAHAN BUFFET RAMADHAN 

Jadi apa tunggu lagi , cepat buat tempahan dengan kadar segera , Buffet Ramadhan di Picc Putrajaya last pada 25 Julai, bagi yang nak buat tempahan  boleh hubungi di talian 03- 8887 6162 , tentang harga boleh tengok kat SINI , dan ada hidangan moreh pada pukul 10 hingga 12 malam , dgn harga RM15 

Untuk pakej berbuka puasa dan rumah terbuka Aidilfitiri korporat bagi syarikat2 yang berminat boleh hubungi 

talian : 03 8887 6000
web : http://www.picc.com.my
facebook PICC : www.facebook.com/piccmalaysia
twitter : @piccmalaysia
untuk maklumat korporat PICC sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian kat atas , atau emel kumari.nahu@picc.com.my

last sekali saksikan VIDEO di BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA


tq untuk gambar dan video yang sangat superb oleh KAIO Studio








Assalamualaikum , alhamdulillah 6 hb 7 , qaseh berkesempatan menjoinkan diri mengikuti program oleh Projek Iqra iaitu SHOPPINGRAYA , kiranya pengalaman qaseh yang pertama , serendah-rendah diri qaseh nak mintak maaf sebab dah lama tak join kelas rakyat ATTAQWA sebab hari minggu qaseh kerja , minggu ni je dapat free , so rebut peluang keemasan ni mengikuti #shoppingraya2014 oleh #projekiqra dan bertugas sebagai mediasosial  , time kaseh sgt dengan chekmie , oh ye kalau korang nak tahu apa itu Projek Iqra boleh baca kat sini TENTANG PROJEK IQRA dan juga KELAS RAKYAT ATTAQWA

#kelabbloggerbenashaari petugas mediasosial 

Program shopping raya team Projek Iqra dan Sukarelawan 2014 bermula pada 5 Julai , dan rumah anak yatim yang terlibat ialah rumah Khairiyah , Klang dan juga rumah Gemilang, Sik Kedah , dan hari kedua 6 Julai di rumah anak yatim Attaqwa , Puchong + asnaf dan keluarga miskin area puchong , alhamdulillah bersama sukarelawan2 yang lain , semoga usaha korang semua di berkati Allah , besar pengorbanan korang , qaseh tabik spring pada team Projek Iqra, ustazah dan ustaz , ummi dan semua yg trlibat yang sedaya upaya menggembirakan anak2 yatim yg sgt bertuah ni .. alhamdulillah 

 untuk para sukarelawan , mendengar taklimat dulu sebelum program shoppingraya bermula 

 ummi yang bertungkus lumus dalam menjaga hal ehwal anak2 di Attaqwa 
 sebelum program shoppingraya bermula ,setiap anak-anak akan di pakaikan tag ni , tag ni akan di tulis dengan nama sukarelawan dan nama anak2 comel trsebut 
anak comel ni nama nya Nur Habah , haha ada bibit2 kelakar tadi , bila dia tengok tag dia kat tangan , lepas tu dia ckp ''nama kita habah bukan ain , muka cuak je ,dah nak g tukar tag dah , then cakap kat dia , ain ni nama akak sukarelawan yg jaga habah nnt , nama habah ada kat belakang tag tu , pastu kemain senyummm comel balik .. hilang dah muka cuak td yee , hihihi 

anak2 ni memang mudah mesra dengan orang , kena pandai bercakap dengan diorang , pandai gaya ... lagi2 bila nampak henfon haa kemain semua duduk atas riba ye hihi 



try cari mana qaseh , haha dah bertukau dengan depa , di ribaan tu adik Nik Nur Alya , masa ni dia tengah amik video dia sendiri , ''hai nama saya alya , cita2 saya nak jadi pembuat kek '' nnt boleh lah kak qaseh rasa kek alya nnt , ameen semoga trcapai cita2mu dik alya .. asal dari kelantan :)

opss mawardi yunus dah ada anak gitu , adi dah ssuai sgt tu haha

bakal-bakal imam , bakal ketua keluarga dan pemimpin , semoga jadi anak2 yg soleh ..

mawardi yunus salah seorang abg mereka yang sgt rapat , ada sampai menangis2 , merajuk nak bermanja dengan abg adi ni , dia memang pandai layan karenah budak .. thumbs up adi ! 
anak2 kat sini teridiri dari golongan perempuan , linkungan 6 tahun - 17 tahun , seramai 45++ orang , lelaki pulak berumur dari 7 tahun- 16 tahun seramai 35++ ..

TEAM PROJEK IQRA 

mereka la orang2 kuat Projek Iqra , kagum sangat dengan mereka , yaAllah alhamdulillah masih ada lagi orang yg sanggup habiskan masa , tenaga dan duit untuk anak2 yatim yang sgt memerlukan bantuan , kak pah tak hadir tadi ada urusan di tempat lain 
Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad


 Ustazah Norhayati yang menjaga anak2 yatim di rumah Attaqwa 
 sukarelawan yang turun padang berkongsi tenaga untuk anak2 comel ini

 taklimat sebelum pembahagian anak2 bersama dengan kakak dan abg2 sukarelawan
''alamak nak shopping apa la ni '' hehe
Shopping raya 2014 untuk anak-anak di rumah Attaqwa bertempat di MYDIN USJ , terima kasih buat pihak mydin yg sudi beri kerjasama , setiap anak di beri rm150 , untuk mereka memilih apa yang mereka mahukan

Kempen TAJA SHOPPING RAYA 2014 Setakat 04/07/2014 :-

BERBAKI lagi 147 lagi anak anak yatim, miskin dan asnaf perlu DITAJA 

* 403 anak anak ini sudah ditaja, 

* jumlah keseluruhan yang mengikuti program ini adalah 550 orang 
Bantu kami untuk mengembirakan mereka  dgn melaksanakan program ini seawal Ramadhan.

Taja 1 pelajar : RM 195 sahaja 
Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di sini .

Akaun : Maybank 
No.akaun : 564810504003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia
emailkan : info@projekiqra.com
Letakan nota : Shopping Raya 2014
Utk maklumat lanjut, 
Hubungi :-
1) solleh : 017 670 2033
2) sharifah : 017 274 8904
3) suhaimi : 019 217 5597

















adik shawn , dia taknak dengan orang lain , dia nak dengan abg dia ni sorg je , hihihi 











saya seorg pemalu >.<


''akak ni selalu amek gambar saya , malu la saya haha''




banyak lagi gambar dekat fb , alhamdulillah semua berakhir dengan lancar , sebenarnya sangat best bila turut serta dalam program sebegini , memang best . dan buatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang di beri , sedangkan di luar sana ramai sangat yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup masing-masing .. perasaan sebak tu xyah kata la , memang ada , sebab tu qaseh tak bertanya isu2 sensitif kat anak2 di sini , qaseh takut , qaseh yang tak tahan menahan kesdihan .. yaAllah berkati lah usaha team projek iqra , semoga anak2 di sini sentiasa hidup dalam kegembiraan , berjaya dunia dan juga akhirat .. take care adik2 :)

#teamiqra yg lain #sukarelawan #kelabbloggerbenashaari




dua orang ni pun shopping jugak , haha qaseh pun ada tershopping sikit :p


last but not least , comel !!!












Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates