PROJEK IQRA' JOM JADI SUKARELAWAN , HIDUP UNTUK MEMBERI

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah , lama dah qaseh nak war-war tentang PROJEK IQRA' tapi tak berkesempatan , kali ni Allah beri sedikit kesempatan untuk berkongsi bersama kalian .. apa sebenarnya PROJEK IQRA' ni ye ?

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’


Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

apa yang kalian boleh buat ? kalian boleh jadi sukarelawan-sukarelawan untuk PROJEK IQRA' , 

    Antara sumbangan yang kalian boleh sumbangkan dalam projek iqra ni seperti 
    Sahabat Media Sosial (blogger, pengguna media sosial aktif, admin fanpage dll)
    Sahabat Penaja (penaja projek-projek amal)


    AKTIVITI  DI PROJEK IQRA 
    Penjanaan Dana (Fundraising)
    Pendidikan (Education)
    Kempen / Acara (Event)
    Seni Kreatif / IT (Creative Art / IT)
    Perundangan (Law)
    Penerangan (Information / Media)
    Pentadbiran (Administration)
    So korang boleh daftar kat sini DAFTAR [klik]

    KALIAN BOLEH IKUTI SEGALA AKTIVITI PROJEK IQRA' NI KAT WEB PROJEK IQRA'[klik] ataupun fanpage PROJEK IQRA' PAGE FB PROJEK IQRA' [klik]

    Semoga Allah redha dengan segala usaha kalian , alhamdulillah =) jom ada waktu free boleh join aktiviti PROJEK IQRA '








                      1 Ulasan

                      TQ FOR COMMENT

                      Terbaru Lebih lama