Emosi Perempuan , Muhasabah Diri
Assalamualaikum
Ya habibi ya Muhammad
Pinjam semangat dari ibunda[klik] , akhirnya dapat jua update blog , dua tiga hari ni emosi seakan menjengah menguji sabar . Perempuan dan emosi tak dapat di pisahkan , kalau ia seakan meletup jangan kacau bagi ia lagi meledak .. biarkan tenang dan beransur pulih
Dua benda aku belajar dari emosi , satu syaitan akan menghasut kita dari segenap cabang , dia bisikkan ! kau hamburkan segala apa yang kau rasa ! kau maki hamun segenap arah yang ada , kau lepaskan segala-galanya kerana semua tu benar padahal semua tu hanya tindakan bodoh yang buat syaitan bersorak riang hurey2 ~ satu benda lagi yang aku belajar MUHASABAH diri sendiri , bila hati aku tak tenang , aku mula terfikir ada benda yang tak kena dengan segala amalan aku , Allah bagi alarm , Allah jentikkan hati betapa selama ni kau buat sesuatu yang salah ..
kalau kita rasa penat lelah atas dunia , itu dusta semata , kita mengharap rehat di syurga tapi ada satu saat niat kita beralih arah , buat hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab atu pandangan manusia ..selalu tanya diri sendiri , kerana apa kita buat sesuatu , kalau niat kita tak betul ia nya hanya sia -sia ibarat debu yang berterbangan tiada hala tuju lantas lenyap mengotorkan dunia ..


2 Comments
Hehehe tahniah anakanda..rasa lega tak? Jgn stress2 ok...
BalasPadamByk2 rehat, jgn lupa tidur, letak timun atas mata heheheh
Syaitan suka akan kelemahan kita. dia akan attack attack dan attack. Banyakkan bersabar.
BalasPadamTQ FOR COMMENT