• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

kali ini qaseh  nak menceritakan kisah kehilangan qaseh selama 3 hari dua malam , banyak pendapat menyatakan yang qaseh telah di culik oleh Mr Arrogant,muahahaha sebenarnya salah semua tu sebab qaseh membawa diri bersama sahabat media cuti-cuti 1 malaysia ke Lembah Bujang Sg Petani Kedah, haaaa apa diaa chek tau ampa semua jeles noh, tapi takpe jom ikut qaseh melayari perjalanan-perjalanan di sana yang superb awesome lebih-lebih lagi kat tempat yang tak pernah kita tinggalkan jejak dan selama ni tak pernah kita tahu..termasuk qaseh..

sebelum tu nak say thanx sangat-sangat kepada penganjur dan penaja yang menaja kami dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut , terima kasih  Tourism Malaysia dan Perbandaran Sg. Petani dan santai Travel sempena VISIT MALAYSIA 2014 ..



selama ni qaseh tak tahu langsung apa yang best tentang sg.petani kedah ni ,qaseh hanya tahu nama je ,then bila menjejakkan kaki kat sini barulah qaseh tahu yaAllah banyaknya tempat-tempat yang menarik ,nak tau apa laa yg menarik sgt tu yeeee,tu ampa kena la teruskan perjalanan membaca,rasa rugi gila nasib baik qaseh ikut depa ni,luas pemandangan dan teruja gila nak ceritakan kat korang hingga ketar2 tangan nih,kihkih.. 

first day kami menginap di amanpura Hotel tapi sekarang sudah ditukar nama kepada sg.Petani Inn , apa yang best di hotel ni  adalah jeng-jeng nanti qaseh cerita next entry yang lebih terperinci beserta gambar yang membuatkan korang lagi jeles hingga terus book tiket flight terus ke sg.petani,

tadaaaaa kami dah smpai,korang  bila lagi ??
SG PETANI INN <--- klik2

kami disambut meriah oleh kakitangan sg petani  INN


press conference sg petani INN kalau tengok dalam gambar tu memang banyak facilities yang disediakan

antara tempat-tempat yang menarik telah kami lawati :
  • sg petani INN (48 Superior Room, 58 Deluxe Room, 7 Junior Suite and 1 Royal Suite.)
  • jeti semeling dan sungai  merbok (naik bot ke tanjung dawai melihat paya bakau yang tertua)
  • chalet terapung (memancing pun boleh di sini)
  • pantai merdeka (lepak di tepi pntai sambil layan lagu cinta pantai merdeka)
  • muzium arkeologi lembah bujang (mengcungkil sejarah2 lama)
  • cinta sayang golf and country resort (resort yang penuh dengan aktiviti yang menarik)
  • gunung jerai (qaseh paling suka berada di tempat dan suasana gunug jerai )
pemandangan senja yang sangat indah di gunung jerai,
indah bukan?
terpegun aku seketika melihat suasana yang tak pernah aku rasa
seakan ingin membina satu mahligai di sini agar rasa itu sentiasa ku dakap...

jutaan terima kasih buat semua yang terlibat, stay tune with qasehdalia.com, banyak lagi qaseh nak ceritakan perjalanan kami... tunggu~~~~~







Assalamualaikum..

Tadaaaa qaseh nak promot something buat korang semua , perempuan ni haaa kalau keluar tak mekap memang tak sah kan , lebih-lebih lagi si qasehdalia tu, qaseh dua benda yang memang tak boleh  tinggal bila nak keluar g mana-mana.. pertama-tama eyeliner dan kedua lips ice or lip balm..sebab bibir cepat kering , tapi aku tak la pakai yang branded punya.. yang biasa-biasa je dek non,tak mampu cik kiah... tapi satu benda yang qaseh menitikberatkan tentang eyeliner tak kira pensil ataupun liquid , it must be 'waterproof' senang nak solat..

so qaseh nak promot kat korang semua MAC Waterproof Eyeliner murah2 je tak lebih RM10 pun,haaaa percaya tak.. silalah percaya hokey ! eyeliner ni long lasting punye dan warna pun pekat , tapi qaseh ada warna hitam je ...

berminat?
whatsapp qaseh atau meseg kat no ni ye 0145156842
limited and siriyes buyer only =)


Assalamualaikum
makin lama makin banyak keyboard laptop hilang...redha itu pasghah
Salam Maal Hijrah kawan =)


sedih aku
bila aku tak dapat untuk menasihati seorang kawan , sedih aku bila ia hanya tertahan di  dalam lubuk hati , kadang-kadang aku rasa apa gunanya aku bila aku hanya boneka dalam kalangan tiang-tiang manusia yang aku sayang , sedihnya aku bila sayang aku membuatkan aku tak berani untuk menegur dan merawat segenap luka yang pernah ditoreh dalam hidup dia

takut aku
bila aku mengatakan sesuatu ia mengguris sedikit hati dia , takut aku atas gurisan itu meneteskan titis darah yang tidak kelihatan pada mata kasar, sedangkan aku bukan seseorang yang terlalu baik , takut aku bila dia memandang ku jelik dan melemparkan balik kata-kata aku sebagai satu hinaan ,  kerna aku sayang kamu ia masih terpendam dalam hati , kerna sayang itu lagi aku jadi pendosa dalam ketakutan , apa benar sayang itu ikhlas.....

fikirnya aku
lalu aku terfikir bila aku sayang dia , aku takut untuk tegur segala kesilapan dia , dan hanya merenung dalam diam  lalu berdoa semoga esok hari kau akan berubah,sama-sama berubah untuk mengejar sesuatu yang sempurna,dari jauh aku doakan kau dengar isi hatiku walaupun tanpa suara..Allah titipkanlah ia dalam hatinnya, katakanlah ia suara hatiku ...

hati berbicara :
[foto]

terdetik pula di hati aku  , andai ada  orang yang sayang aku apa kau takut untuk tegur aku ? takut jika aku terguris perasaan ? jangan sayang ~ aku rayu padamu tegur aku bila ia kesilapan aku , aku rindu teguran dan kata-kata yang menasihati seperti ibu yang membelai  anaknya dengan rasa sayang , amdai sayang itu membuatkan kau takut untuk tegur kesilapan aku..
disaat ini dan detik ini berhenti sayang diri aku ~
Assalamualaikum

Bila kita tak ingin seseorang muncul dalam hidup kita , seluas lautan dah kita cuba mengelak , seribu jalan untuk elak bertembung , apa ini yang dipanggil jodoh ? jodoh yang sementara mungkin .. mengapa hati kian merindu pada kasih yang dipanggil sayang .. sedangkan esok hari sayang tu tiba-tiba bertukar benci .. jangan terlalu harap dan berpegang pada apa yang naluri kita rasa kerana esoknya bukan kita yang pegang ~

(foto)
andai suatu hari ada yang bertanya jawablah jodoh kita tiada tanpa ada sengketa

kadang-kadang perjalanan ni mengasyikkan hingga terlupa dalam asyik dan keyakinan ada suatu ketika yang akan membuat kita rebah ,hancur dan relai ..jodoh~ di  tangan Dia bukan , apa yang kita ingin sampaikan kadang-kadang tidak kesampaian , tapi apa yang tak ingin kita sampaikan tiba-tiba ia trjadi , aneh .. seminit diperlukan sesaat ditinggalka .. apa benar naluri kita yang kita kata itu jodoh , yang sentiasa kita kata aku dan dia serasi , aku dan dia sama segalanya , aku dan dia hingga hujung nyawa bernoktahkan hanya kata-kata ~ benar ?

kita lupa sebenarnya dalam ikatan mahupun perhubungan , antara dua  hati yang saling memiliki pasti ada satu ruang yang tak dapat kita kongsi dengan dia , ada satu ruang yang takkan mampu dimiliki , tidak selalu tapi pasti ada .. diri kau sendiri pun tidak kau kenali , apatah lagi org lain yang boleh bertopengkan kegembiraan di sebalik kesedihan ~ ada suatu waktu kesedihan tu kita pendam seorang diri walaupun ada pendamping setia ... tak mampu nak luahkan ~ tersorok jauh di dasar hati , dalam ~ terlalu dalam ...

hati berbicara:

berserah pada yang SATU sayang ~agar nanti kita tak jatuh tersungkur, masih ada penawar yang mengubati dikala sesak menghidu oksigen
-dari pengalaman org lain bukan qaseh ye-


Assalamualaikum..

akhirnya berkurun lama dapat jugak follower yang ke 4000.. jengjengjeng siapakah dia , tq to LAN A to Z eh eh LAN STRIDER http://striderbuzz.blogspot.com/ sila melawat blog beliau k .. tq jugak buat follower2 yang pernah menyinggah di blog usang ni , mohla kite berblog dengan hati gembira 

ops jangan salah paham buka lan sindir aku ,tapi budak sekolah aku yang senget ni ha , dalam group whatsapp .. kurang asam je haha oooo buli den lagi yo jaga  kome2 semua ..


nampak tak permainan mereka haha bongek !! ok kalau nak bergambar dengan aku kena bayar seribu sorang ye kikiki , apa-apa pun sayang semua geng-geng lama ni , geng sekelas 5st , banyak kenangan dengan mereka dan yang pastinya aku lah sering dibuli oleh MOHD SAFWAN playboy masa sekolah dulu wakaka.. nak gambar dia?? tak payah lah bukan HENSEM pun !!!! bhahaha padan muka tapi  aku bangga dengan korang semua dah berjaya cuma aku je yang tak ada apa2 sobsss.. jaga diri baik2 ye semua 

hati berbicara :
qaseh ada blog baru saja suka2 jemput laa masyukk ye kat bawah ni haaaaa
LENSA QASEH
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates