• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ...

kembali lagi untuk jangka masa berbulan-bulan lama nya hehe , kadang - kadang jeles dengan orang yang selalu ada masa untuk mengupdate blog beliau .. sobs2 nangis celah dinding ..

tapi

xpelah

qaseh sedang menyendiri ..

kadang - kadang kita perlu bersendiri untuk mencari kedamaian diri sendiri , terlalu ramai itu adakala merimaskan terlalu sendiri pula adakala menakutkan ... bukan untuk menyendiri selamanya tapi mencari ketenangan sendiri , bermuhasabah diri dimana letak diri kita .. biar awan berarak mengikut keadaan , kita tak mampu meramal dimana awan itu akan berhenti .. kadang - kadang nampak  mendung sarat dengan kekusutan , kebimbangan mahupun kesunyian tapi tidak melimpahkan titisan-titisan hujan .. mungkin di balik kekusutan tersembunyi kesabaran yang mampu membuatkan mendung kembali cerah ~ dan titis titis tidak jadi turun ...

Kita didunia umpama layang2 di langit takdir, kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradahNya .. kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak selagi rangka masih teguh . Tapi .... apabila tali sudah ditarik turunlah denganredha . Kita tidak berhak utk terus terbang sekiranya maut menjemput pulang ..

dunia .. banyak pepatah yang boleh di gunakan yang penting ia manis , pahit , adakala manisnya mampu merosakkan hati , begitu juga pahit mampu melumpuhkan akal ... sedang-sedanglah dalam kehidupan ini .. ia tak akan kekal .. pasti ada pengakhiran kelak .. insyaAllah pelangi hadir buat kita yg sedang - sedang mengejar manis kehidupan .. jika banyak pahit di dunia ini insyaAllah banyak manis di kehidupan kelak ... wallahualam .. sama-sama berdoa semoga kita dalam pengakhiran yang baik ... ameen =)

titis-titis air mata membasahi pipi ..
entah mengapa ...
hanya biarkan ..
mungkin pelangi ingin muncul ..

hati berbicara :
empty
hormon memberontak .
syhhh .. silent zzzz
Assalamualaikum ...

selamat menyambut hari merdeka yang ke 56 , semoga sentiasa hidup di bawah rahmatNya ameen =)


so malam ni qaseh nak berceghita sedikit sebanyak tentang pesta bunga api .. kalau sesiapa belum tengok lagi masih sempat untuk pergi kesana .. kat bawah ni masa dan tarikh yang sempat untuk kita pergi menerjah 

30 ogos 12 tgh malam dr malaysia
31 ogos 10 malam dr korea selatan 
13 sept 10 malam dr perancis 
14 sept 10 malam dari cina
15 sept 12 tgh malam dari amerika syarikat
2 oktober dari arab bersatu

then plan2 la dengan geng-geng kitorang decide nak tengok malam merdeka , qaseh pun g lah lepak-lepak rumah yanty sebab menunggu kaksue datang menjemput , kekeke sebab kaksue pergi rumah terbuka boss nya .. lepak-lepak sempat la tertidoq sekejap haha so then tunggu duk fikir kesian plak kat kaksue nak datang ambil kami mesti jem + tak sempat so .. borak2 dengan yanty suruh 'ayoh' aka matyie jemput kami kikiki .. so thanx to ayoh sebab datang jemput kami .. pdhl dia bukan minat sgt tengok benda2 macam ni haha keciannn 

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama rakan penganjur Duago Corporation Sdn Bhd akan diadakan di Pusat Maritim, Presint 5 Putrajaya pada 30 & 31 Ogos, 13, 14 & 15 September dan 2 Oktober 2013 dengan persembahan bertaraf antarabangsa untuk tatapan pengunjung ke Putrajaya.
kami pergi dalam pkul 11 lebih suda ~ woahhh jem memang toksah habaq la , jem gilos tapi ade pemandu yang tau selok belok jalan putrajaya kononnya sambil di temani lagu2 dr klasik nasional , maka sampai jgk..pastu kami parking je kat mana-mana tunggu detik 12 malam menunggu kehadiran bunga api smpai lenguh tangan snap depa.. so layan je gambar2 kat bawah ni wokey ..

sebelum bunga api muncul .. kami la jadi bunga api nya , cantik tak baju blogger tuh , silalah beli jika kamu seorg blogger =)






 mawardi yunus n me ecece mcm kekasih2 gelap plop haha credit to yanty for this suwit pixchaa













banyak lagi dalam cam .. ni jelah dulu yang sempat qaseh n yanty tolong snapkan .. heheh wokeyla ~ buat layan .. qaseh memang suka tengok something yang cantik2 .. bunga api ni memang feberet tapi sekadar mengagumi jangan smpai mengagungkan sehingga lagha hehe ..  then kami pun balik meredah jem kembali ~ 



 sambil2 menunggu ayoh dtg amek .. boleh buat show tengah2 jalan wokey .. ! 
tq adi , yanty and ayoh kami .. matyie wokyoh !! kenal tak ? 
haa try search http://www.kakisembang.com/


meredah selautan jem .. sambung lepak kat mamak sebab lapar tahap gaban ~ 
selamat menikmati keindahan bunga api ciptaan manusia ..



Assalamualaikum
Nak try update via blogger droid jap .. ketinggalan zaman betul qoseh ni kan ..

Aku pun tak tahu apa yang aku patut update tapi aku just guna tajuk hidup berdua .. sejak-sejak aku masuk ke fasa 1 dalam hidup, kekadang cemburu tu mula menguasai diri, rindu, sayang tetiba makin kuat tapi tak lupa ujian yang semakin mengekor .. tak pernah hilang .. orang kata bila dah makin ke alam perkahwinan bermacam ujian datang .. kau kena hadap, kau kena tempuh ..

Aku pun tak tahu apa masa depan aku kelak, hidup berdua tu macamana rasa .. apa yang Allah akan hidangkan untuk aku esok-esok .. bahagia tu kadang datang dengan derita, derita pun sama datang dengan bahagia .. kalau tak tahan dengan derita mana nak bahagia .. pening, takut, aku ni lemah jugak .. mudah serabut dengan benda2 yang memberatkan hati .. mulalah air mata panas bergenang ..

Tapi..

Kadang - kadang dengan kehadiran seseorang tu mengingatkan kita kepada apa yang pernah kita kehilangan .. mengingatkan kita pada kekuatan yang kita belajar dari benda lepas .. Allah tu sweet .. akan hadirkan pelangi selepas hujan, cuma kita yang terkadang menarik sendiri nyawa jiwa kita kerana seseorang manusia yang sangat biasa .. ~

Kadang-kadang bila teman memberikan soalan kau pasti dengan apa yang kau pilih . Beku ~ hati sendiri bermonolog .. aku pun tak tahu bagaimana rasa sebenar2nya hidup berdua kelak ..cuma hati aku dah pilih dia .. doakan yg terbaik ..
"Terpulanglah Allah jika kau rasa ia baik untuk aku . Maka buatlah .. perancangan Allah tu lagi baik dr perancangan aku "




Assalamualaikum ...
ambil masa sekejap , merenung diri sendiri , kehidupan sekeliling .. masih ada tempat berteduh , masih boleh makan makanan yang sedap hingga terkadang membazir .. lihat lagi di sekeliling , masih boleh enjoy bersama kawan-kawan .. bergelak ketawa , bebas berjalan sana sini ... masih lagi ~ masih lagi punya waktu untuk melakukan ibadah dengan tenang ... tanpa kegusaran , tanpa rasa takut .. tanpa rasa apa-apa yang menyebabkan kita menggigil mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t

tapi ....

di sana ....

terasa ingin menangis melihat kekejaman-kekejaman mereka , terasa yaAllah kegilaan apa yang berlaku kepada saudara kita di sana .. kita disini bergelak ketawa , mereka dalam ketakutan , dalam keberanian mempertahankan haq mereka ..

kita ...
tak mampu ~ memang tak mampu untuk berbuat apa-apa , tapi kita still dapat berdoa kan , boleh kan kita sama-sama berdoa untuk mereka .. bila melihat jasad mereka yang dah tak bernyawa dengan keadaan yang menyayat hati pasti terdetik di hati kita , ter menyumpah dengan apa yang di lakukan oleh mereka .. kita berdoa ya .. berdoa atas nama Allah dengan apa yang mereka lakukan ! dengan kekejaman gila yang mereka buat atas saudara kita kat sana ... kita doa agar mereka yang bangsat tu takkan terlepas sedikit pun , setiap saat ! doakan mereka takkan tenang , dilaknat Allah dunia dan akhirat !!

Bersama kita membaca Doa oleh Al-Imam Al-'Allamah As-Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah Hafizahullah :

اللهم إنى استودعتك مصر . . رجالها و شبابها . . نساءها و فتياتها . . أطفالها و شيوخها . . اللهم إنىاستودعتك ممتلكاتها و مبانيها و منشآتها . . اللهم إنى استودعتك أمنها و أمانها و أرزاق أهلها . . اللهم نجمصر من المهالك , و اجعل كل من أرادها بسوء هالك


"Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Mesir.Lelakinya dan Pemudanya.Wanitanya dan Gadisnya.Anak-anak kecilnya dan warga tuanya...

Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara hartamiliknya, binaan-binaan dan bangunannya...

Ya Allah.aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Keamanan Mesir dan keselamatannya,dan juga rezeki rakyat-rakyatnya.


Ya Allah, selamatkanlah Mesir dari kebinasaan, dan jadikanlah siapa sahaja yang menginginkan keburukan bagi Mesir dari golongan yang binasa!"
yaAllah ya tuhanku .. 
berikanlah mereka kekuatan , berikanlah mereka kesabaran yang tinggi untuk menghadapai kegilaan yang sedang berlaku ni yaAllah 
aku mohon padaMu dengan sepenuh hati , tolonglah mereka yaAllah , 
tolonglah mereka ...berikan mereka kemenangan ~ 

Assalamualaikum ~

10 Ogos 2013  

hari raya ke tiga ~ akhirnya hari yang kami tunggu telah tiba , kenapa ye ? ntahla ~ saje -saje nak tunggu , tema raya ke tiga warna hijau turqoies , punyala susah nak cari baju semua nya tak berkenan .. tapi baju ni di taja oleh hencik kyle ~ hadiah besday yang tertunggak katanya .. so raya kali ni dengan warna hijau .. baju melayu dia alhamdulillah senang je cari .. kihkihkih ...

raya ke tiga ade sedikit majlis kat rumah , biasa-biasa n sederhana saja , dan raya ketiga jugak my bff midah bertunang dan sepupu yang sama umur juga bertunang , hadoiii semua nya bertembung so semua nya aku tak dapat pergi , so sad ~ tapi nak buat macamana perancangan Allah tu lagi hebat , kita hanya mampu merancang .. doakan yang terbaik saja ... aku cebiskan sedikit foto .. dan majlis apa kah biar ia jadi rahsia antara kami .. cuma doakan kami .. yang terbaik ...



 kesian ~ xsenang duduk sebab panas huhu sory la wak , rumah kite xde econ hehe .. brpeluh suda~
my fruitchild , syifa n my mother ~ 

then semuanya berjalan lancar , semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ni , doakan kami ye .. lepas tu aku dah kena gerak , raya ketiga last kat kg .. hurmm terpaksa ikut si dia lagi , alamak ~ mungkin entry ni membongkar satu rahsia .. heeee ampun ye ... terpaksa hohoho larikkkkkkk !!!!!!! 

kitorang pun g lepak kat pizza cari udara econ , fuh panas baq ang ~ lepas tu lepak pantai jap n then gerak ke terengganu tido rumah kaklong dia semalaman n then gerak ke pahang .. hokhokhok ... layan gambar jom ~ 
















gambar credit to adik dia ~ tq for this pixchaaa ada jugak kenangan tahun ni ~ hehehe then ~ kitorang gerak balik ke kuala terengganu .. here we gooooo zaasssss ... 

sambungan dari entry 

http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013.html
http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013_13.html
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates