Kejohanan Golf Amal 2022 Anjuran RMHC Malaysia Mengutip Dana Hampir RM500,000

Kejohanan Golf Amal 2022 Anjuran RMHC Kutip Dana Tertinggi | Assalamualaikum, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di sebuah majlis anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia di Tropicana Golf & Resort iaitu Kejohanan Golf Amal 2022 untuk mengumpul dana bagi program ‘Kembali ke Sekolah’

Ianya adalah satu usaha murni dalam mengumpul dana buat insan-insan yang tidak bekemampuan, barangkali untuk anak-anak kita juga

 

Kejohanan Golf Amal Kutip Dana Tertinggi Hampir RM500,000

 


Kejohanan Golf Amal tersebut telah berjaya mengumpul dana hampir RM500,000 untuk program tersebut, wow memang terbaik dan ia merupakan jumlah yang tertinggi pernah dikumpul sejak kejohanan golf bermula 

 

Dana yang dikumpul ini akan menjadi sebahagiaan daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia

 

Kejohanan Golf Edisi ke-29 Membantu Kanak-kanak Yang Memerlukan 

 


Kejohanan golf tahunan tahun ini memberi tumpuan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan, RMHC Malaysia berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan

 

Sehingga tahun lepas, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada 100,000 kanak-kanak di seluruh negara 

 

Pemberian Pek Sekolah Untuk Meringankan Beban Kewangan 

 

Inisiatif yang sangat bagus, sambil main golf mereka mengumpul dana untuk menyediakan sumbangan kepada 25,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar di seluruh Malaysia dengan pek sekolah yang diisi dengan alat tulis 

 

‘’Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan dan motivasi.” Kata Dato/ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia

 

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian kepada pendidikan dan terus mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi sepenuhnya,” tambah Dato Azmir Jaafar

 

Penyampaian Geran Perubatan Untuk Tabung Pesakit Yang Memerlukan Bantuan 

 

Majlis tahun in lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu 


1. Yayasan Institut Jantung Negara (IJN)



2. Tabung Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia USM



3. Tabung Pesakit Hospital Tunku Azizah (HTA)


4. Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM

 

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan 

 

Untuk info korang, RMHC telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018 lagi yang berjumlah kira-kira RM470,000 setakat ini

 

Alhamdulillah, terharu dan bangga dengan mereka-mereka yang terlibat dalam sumbangan amal ini, sekurangnya penerima dapat mengurangkan beban-beban mereka yang perlu ditanggung. Tahniah buat RMHC Malaysia dan semua penderma dalam memberi sumbangan ini



 

 

3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Tahniahhhhh ronald mcd house charities

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..bagus mekdi selalu buat charity..ni yg rasa nak pergi drive thru mekdi jap lagi..menyumbang sikit dalam tabung RMHC 😍

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada McDonald's anjurkan kejohanan golf amal ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama