10 Tips dan Panduan Membeli Rumah Pertama

Tips dan Panduan Membeli Rumah Pertama | Assalamualaikum and holla korang, setiap manusia mesti mengimpikan rumah sendiri kan, lagi-lagi yang sudah berkeluarga, ada aset untuk dikongsi bersama keluarga lagi-lagi rumah pertama 

Tapi membeli rumah ni bukan satu benda yang mudah juga, perlukan perincian yang betul supaya rumah pertama yang kita bakal miliki tiada memberi masalah buat kita di kemudian hari.

Apa-apa jua bab membeli ni perlu ada ilmu, lebih-lebih lagi dalam membeli rumah, jika tidak tahu bertanya lah pada yang arif, jangan main semberono sahaja sebab ia mungkin membuatkan korang rugi atau menyesal di kemudian hari 

Tips Membeli Rumah Pertama 

1. Kumpul Duit Untuk Deposit. 

Paling penting kena ada deposit, part nak mengumpul deposit ni korang kena tahan lah sikit dalam perbelanjaan lain, kawal nafsu membeli dulu sehingga capai target. 

Bila dah ada deposit periksa kelayakan pinjaman dengan bank. Pastikan status kewangan cantik, so senang pihak bank luluskan pinjaman korang 

2. Beli untuk duduk atau pelaburan ?

Sebelum beli rumah, korang perlu fikir rumah itu untuk korang duduk sendiri atau untuk pelaburan ? Jika untuk pelaburan, korang perlu pilih mana-mana tempat yang senang untuk disewakan. Jika jauh dari tempat kita duduk, boleh lantik subletter untuk uruskan. 

3. Beli rumah yang berharga lebih rendah 

Jangan beli rumah mahal sebagai rumah pertama anda, beli yang kecil dan sederhana dahulu sebagai pemula. 

In case jika ada sesuatu berlaku di masa hadapan, ini dapat mengurangkan risiko rumah kita akan di lelong jika tidak cukup kewangan untuk membayar. So, sangat penting untuk korang betul-betul buat pengiraan sebelum membeli rumah 

Contoh :
Jika kita layak meminjam RM300,000, boleh beli rumah yang berharga RM200,000 - RM250,000 maksimum. 

4. Dapatkan tempoh pembiayaan paling maksimum 

Lagi panjang tempoh pinjaman yang kita boleh buat ianya lebih bagus kerana bayaran ansuran untuk bulanan adalah lebih rendah dan DSR juga kurang terkesan. 

5. Jangan Beli Rumah Besar 

Kenapa tidak boleh beli ? Boleh je jika anda jutawan, hehe. Rumah besar kena ingat depositnya juga besar dan banyak lagi kos-kos lain yang korang akan guna bila dapat rumah nanti. 

Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja tapi jika rumah RM300,000 pula memerlukan modal RM45,000. 


6. Rumah Pertama Beli Dengan Ejen 

Kebiasaannya untuk rumah pertama, ramai masih cetek tentang ilmu hartanah, jangan takut untuk mencari ejen hartanah, mereka akan membantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda

Jangan percaya dengan mitos ‘beli dengan ejen, harga rumah akan jadi mahal’. So, jangan risau, cari yang boleh dipercayai dan gunakan kepakaran mereka.

7. Semak CCRIS & CTOS

Pastikan kita tiada hutang tertunggak dengan pihak bank seperti PTPTN, loan motor, kereta, pinjaman AEON, personal loan dan sebagainya.. Jika penyata tidak cantik, susah bank ingin luluskan pinjaman korang

8. Jenis Rumah 


Rumah teres atau apartment? Jika korang beli rumah untuk membuat pelaburan, rumah teres agak susah untuk disewakan kerana harga sewa mestilah agak tinggi berbanding apartment tapi kena juga study market sewa di area yang korang pilih tu juga. 

Jika untuk duduk sendiri dan punya bajet yang cukup, semestinya rumah teres lebih memudahkan tapi dua-dua punya kelebihan, rumah apartment banyak kemudahan yang disedikan, pilih mengikut bajet dan citarasa korang


9. Lokasi 

Lokasi juga sangat penting untuk rumah pertama, korang perlu survey dan semak kemudahan yang ada di area tersebut, contohnya kemudahan hospital, pasaraya, sekolah, pengankutan dan sebagainya 

Benda yang selalu dilupakan juga adalah untuk semak rangkaian internet di area rumah tersebut, sekarang semuanya di hujung jari so internet sangat lah penting dan juga kejiranan setempat.

10. Cari ilmu 

Bidang hartanah adalah luas dan anda perlu mendapatkan ilmu hartanah bagi mengelakkan anda tersilap langkah dan kerugian. Anda boleh belajar ilmu hartanah daripada ejen hartanah, membeli buku atau ebook, menonton youtube, fb live dan sebagainya 

Yang penting, cari lah rumah anda mengikut bajet dan kemampuan diri sendiri, jangan mengikut nafsu sehingga terpaksa ikat perut —> cara mudah pengiraan untuk total cost harga sebuah rumah 


Comments

HUDAHALID said…
nak beli rumah macam2 faktor kena fikir kan..

Recent Post

Jangan Lupa Follow!