Drama Korea Alchemy Of Souls Review | Kdrama Trending 2022

Kdrama Trending di Netflix 2022 Alchemy Of Souls | Assalamualaikum and hye uols, jarang la aku nak review kdrama yang aku tengok dan cerita di blog, but why not aku kekeringan idea hahaha ! Sebab kdrama Alchemy Of Soul sangat-sangat best bagi aku, aku memang suka genre macam ni, semestinya bukan kisah cintan cintun semata, walaupun ianya cerita fiksyen, tapi best! 


Alchemy Of Soul salah satu kdrama yang tengah trending sekarang di Netflix, yaaa i know top 1 sekarang Extra Ordinary Attorney Woo, mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang punya autism then bila dia besar dia jadi peguam tapi genius autism yang minat dengan undang-undang, end up dia jadi peguam yang memang bijak lah, yes aku suka ! aku tengah layan jugak cerita ni, tapi aku tengok cerita Alchemy Of Soul dulu.


Sinopsis Alchemy Of Souls
Secara ringkasnya, Alchemy Of Soul ni cerita tentang dunia ahli sihir, ada yang mengamalkan ilmu hitam yang boleh membawa keburukan tapi ermm boleh digunakan secara baik sebenarnya, sebabnya aaa tu kena tengok lah, kdrama ni masih on going ya, arghhh aku tak sabar nak tahu ending dia



Macam biasalah dalam sesebuah cerita mesti ada watak jahat dan baik, dalam dunia mereka ni, masa dahulu kala, ada seorang ahli sihir ni mengetahui cara ilmu hitam yang boleh memindahkan roh kepada badan yang masih hidup, nak dijadikan cerita, raja waktu tu sakit, tapi dia tiada zuriat, so dia minta ahli sihir ni berpindah tubuh seketika, tapi niat sebenar raja adalah nak kan zuriat, ahli sihir tu tertipu

Then raja tu, berlakon jadi ahli sihir tersebut sebab dah berpindah roh kan, dan dia pergi meniduri isteri ahli sihir tu, kemudian lahirlah anak tersebut, yang merupakan anak raja, tapi tak semua orang tahu. 



So kemuncak cerita ni bila anak (Jang Wok) tu dah dewasa, tapi khabar angin ada lah yang cakap dia ni bukan anak ahli sihir tersebut, dia mencari-cari juga identiti sendiri, dan kuasa sihir dia memang disekat dari kecik, dia nak kan kuasa sihir dia balik, dan nak belajar sihir tapi pakcik dia menentang sekeras-kerasnya ! never know kenapa ~



Dipendekkan cerita, kemudian menakdirkan Jang Wok ni terjumpa dengan seorang perempuan (Mu Deok Yi) yang sebenarnya adalah NakSoo, Naksoo ni berperang dengan pakcik Jang Wok 


Kemudian Naksoo ni hampir kalah, then dia larikan diri kemudian dia sempat untuk berpindah roh dengan orang lain, tapi anehnya dia terpindah roh pada seorang perempuan buta, so tubuh tu memang lemah, tubuh Mu Deok Yi, dan kuasa Naksoo ni hilang semua, ada sebab takdir membuatkan Jang Wok dan Mu Deok Yi ni terjumpa. 



Agak-agak kenapa takdir mereka sebegitu, dan siapa sebenarnya Mu Deok Yi ? Siapa Naksoo ? Kenapa kuasa Jang Wok disekat dari kecil ? Ada kisah juga disebalik perempuan buta ni. Haaa, memang best citer ni, korang patut lah layan kalau sukakan genre fiksi macam ni, qaseh tak boleh nak cerita sepenuhnya, tu kena lah tengok sendiri hehe nanti spoiler pulak, sekarang dah episod 15 kot

Tapi next week tak ditayangkan la pulak sebab-sebab tertentu, erghhh tak sabar nak tengok ! 


Kalau sejenis tak penyabar layan nanti semua episod habis okay, so takdelah sakit hati nak tunggu lama episod seterunya ! Aku tak biasa nak review sesebuah cerita tu dalam blog, ni first time ahahaha so okay tak ? Tq for reading ! Memang best gila kdrama Alchemy Of Souls ni bagi aku.





Comments

Recent Post

Jangan Lupa Follow!