Gigi Susu Anak Goyang Apa Yang Perlu Buat | Cara Cabut Sendiri di Rumah

 Assalamualaikum
 
Gigi anak goyang, apa yang perlu dibuat ? Haaa gelabah dulu baru fikir haha
 
Hari tu gigi rayyan dan mula goyang buat pertama kalinya, so far gigi dia semua takde yang rosak, semua gigi masih elok, jarang jugak check gigi dia sebab dia dah pandai gosok gigi sendiri. Bila dah goyang memang gigi kekal akan tumbuh lah pastu kan ! 


Nak dijadikan cerita, tengah santai-santai tengok tv, tiba-tiba rayyan cakap.
“ Umi ! Nape dengan gigi rayyan ni !” 

Haa Umi tetiba cuak, ingatkan kenapa, duk fikir berdarah ke apa kan, tengok-tengok gigi dia, lah~ gigi Rayyan dah mula goyang ni, lepastu tengok bahagian belakang dah nampak putih-putih, gigi baru dah ada, kena betul-betul jaga la lepas ni 
 
Gigi anak goyang, apa yang perlu dibuat ?
 
Haaa gelabah jap, al maklumlah pertama kali ada pengalaman macam ni, masa tu gigi dia takdelah terlalu goyang sangat, masih ketat lagi dengan gusi. Nak dibiarkan macam risau pulak, gigi belakang dia jadi senget, nak cabut sendiri, Rayyan tak bagi lagi, dia takut ! Eh, padahal Umi yang takut hihi
 

Duk fikit-fikir jugak, jom je la kita pergi klinik cabut, Umi seriau ! Heheh, sebelum tu terfikir nak tanya mak-mak yang dah berpengalaman handle anak-anak, haa gitu~ tanya dalam group kbba always my fav group untuk membuat rujukan 
 
Kemudian, depa cakap tak pernah lagi bawak ke klinik kalau gigi goyang, just suruh anak main-main gigi tu dengan lidah dan tunggu betul-betul goyang, senang nak cabut. Jadi, Umi bagi masa 2 hari untuk Rayyan longgarkan gigi dia tapi tu lah tu dia pun takut haha adehhh 
 
Tak puas hati ! Dalam masa dua hari, Umi tengok gigi dia dah makin goyang ni, so tak jadi lah pergi klinik. Haaa meh Umi Abah je jadi doktor jeng jeng jeng, so moh lah kita cari benang untuk ikat gigi dia, aaa cuak 3 beranak hahaha
Baca juga : Ubat sakit gigi {alertInfo} 

Beberapa kali gagal sebab licin beno benang pun, selepas cubaan demi cubaan akhirnya dapat juga ikat benang dekat gigi kecik tu haaa, payah sebab rayyan penakut amat, iskkk ! Kemudian dengan sekali sentap terus tercabut gigi dia, alahai kecik je gigi, cinonet je, eh yang sentap gigi tu semestinya abah dia 
 
Menangis tak ? Hurmm wajib nangis lah kalau dah namanya Rayyan, sebab nampak darah. Berdarah sikit lah, kumur-kumur terus hilang, bagi dia kapas untuk gigit. Dah selesai jadi doktor gigi tak bertauliah 
 


So korang yang first time hadap benda ni, jangan cuak okay.Andai kata dah nampak gigi belakang nak keluar tapi gigi asal tak goyang lagi, wajib pergi klinik untuk elakkan gigi dia jadi senget atau terkeluar dari belakang.



Cara Cabut Gigi Susu Anak Sendiri Di Rumah
  • Pastikan anak bersedia supaya proses mencabut gigi mudah
  • Cuci tangan dengan bersih
  • Check gigi samaada betul-betul goyang ataupun tak bagi mengelakkan akar gigi patah
  • Guna benang yang bersih
  • Lilitkan gigi dengan benang. Tenangkan dan pujuk anak supaya rileks 
  • Boleh suruh anak cabut sendiri atau ibu bapa yang lakukan
  • Setelah gigi tercabut, letakkan kapas dan bagi anak gigit supaya darah berhenti
  • Beritahu anak bahawa pendarahan itu normal 


Tu lah pengalaman pertama qaseh sejak jadi seorang ibu,so far dah dua batang dah gigi dia goyang,dan dua-dua batang gigi dah selamat dicabut oleh doktor UMI dan ABAHnya :p so akan keluar lah gigi kekal buat seumur hidup. Adios ! Tq kerana sudi membaca :) Jangan risau, normal bila gigi susu dah mula goyang bila anak dah masuk 6 tahun. 

Hati Berbicara :


Baru part gigi goyang, belum masuk fasa anak bersunat lagi. Tulah, ibu bapa ni dia akan jadi kuat dengan sendiri bila melibatkan anak-anak :)
 
 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama