Cuba Shawarma Damascus di Bukit Bintang, Sedap Ke ?

Sedap ke Shawarma Damascus di Bukit Bintang ni ? | Hai assalamualaikum semua, hari tu qaseh pergi ke Sungei Wang untuk buat spek mata baru, cantik sangat spek mata baru i tau di Eye Pro Vision , nanti qaseh tunjuk okie ! Lepas tu waktu nak balik, keluar dari Sungei Wang qaseh ternampak satu kedai ni jual kebab.

Yihh! Bukan kebab tapi shawarma. Hurmmm lain ek beza dia ? Ahh never mind ! Lokasi Damascus Restoren ni betul-betul sebelah 7/11,pintu masuk Sungei Wang Plaza. Damascus atau Damsyik merupakan ibu kota Syria dan merupakan ibu kota tertua du dunia. So restoren ni memang makanan Syrian. Aaaa ghisau tekak melayu nak try syrian food. 

Tak terniat pun datang sini nak makan shawarma ni, tapi dah alang-alang nampak so why not kita cuba! Lagi pun lapar pulak rasanya waktu tu walaupun baru lepas melantak Dubuyo, hehehe. Qaseh sebenarnya tak tahu kedai Shawarma Damascus ni termasuk dalam list makanan viral di Bukit Bintang.


Lepas balik rumah, s
earch dekat tiktok rupanya ramai dah pergi dan rata-rata cakap sedap, tak tahu viral, sebab masa qaseh pergi tak ramai sangat orang beratur, maybe sebab hari bekerja, hehe weekend confirm beratur panjang tapi ada beberap orang dan abang-abang delivery, thats why singgah, kalau tak idok lerr teman nak beratur panjang-panjang. So jom kita order !

Ordernya disini, nampak tak berdebar nak order buat pertama kali, gambar pun gelabah sekali hahaha tak faham dengan diri sendiri, semua benda nak neves

Simpan ini nombor aaa, nanti dia panggil guna nombor je 

Disebabkan pertama kali nak order, dan tak tahu apa yang sedapnya disini, qaseh main order je lah, qaseh order BEEF SHAWARMA , kalau korang tak minat daging, boleh lah mintak ayam ~ range harga dalam RM14-17, something like that. Uuuuu so lets try, and read my honest review (tekak lain-lain so jangan marah dengan review tekak saya yeee, pomis !)

Uuuu my order is done! So jom larikkk ~

Cantik tak inai sayee, inai Lofa ok, ko ada, tapi ni qaseh letak 2 layer so ia jadi warna gelap gitu, alaa takkan nak cite pasal inai pulak kat sini, pi la pakai  haa tahu nak kecam aje :p 


Sorry sisturrr lupa nak snap gambar isi dia, hehe lapo beb ! Memang panjang shawarma dia, cuma kurus sikit.

My Honest Review

Excuse my tekak melayu okay, hari tu aku baca gak review-review dari orang lain, ada yang letak sampai 1000/10, oh my gosh ! Sedap sangat ke weh, tapi tu tekak dia, bagi qaseh ermm jap, nak lagi sedap kena makan terus lah ye, ni qaseh tapau makan dekat rumah 

Tapi walaupun tapau, wrap dia tu tak lemau tau, bila gigit masih lembut lagi dan tak liat, apa eh orang panggil wrap dia ni, roti ke ? Haa faham-faham je lah. Pastu walaupun shawarma ni nampak kurus je, kalau ko makan sorang memang kenyang lah cite dia

Bab rasa pulak, berdasarkan tekak sendiri, okayla sedap jugak, my rate dalam 7/10 sebab mungkin qaseh rasa sos dia rasa macam masin sikit, isi dalam dia, err daging tu memang juicy. Kalau nak suruh ulang, qaseh akan ulang lagi. So korang boleh lah cuba, berbaloi jugak beli. 


Damascus Restoran – beside 7/11, Sungei Wang Plaza Main Entrance, 55100 Kuala Lumpur

Comments

Recent Post

Jangan Lupa Follow!