McDonald’s Malaysia Anjur Program Derma Darah Bantu Pesakit Memerlukan

Assalamualaikum, 

Program Derma Darah Anjuran McDonald’s Malaysia 2022 | 30 Jun tempoh hari, qaseh berkesempatan menghadirkan diri di Program Pacuan Derma Darah ( Blood Donation Drive ) yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan. Aktiviti ini terbuka kepada orang ramai.
Untuk pengetahuan korang, tahun ini merupakan tahun ke-6 yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah, tahniah McDonald’s Malaysia untuk acara tahunan sebegini, qaseh teringin juga ingin menderma darah tapi tulah adalah masalah darah rendah dan ramai juga yang sama macam qaseh.
Tapi tak mengapa kerana aktiviti menderma darah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan, kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil 
 
Kriteria Untuk Menderma Darah
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur 17 tahun hingga 70 tahun
  • Berat badan 45kg ke atas
  • Tiada masalah kesihatan
  • Tidak mengambil ubat-ubatan 
  • Makan dalam masa 4 jam sebelum menderma darah
  • Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi 
  • Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan yang lepas
  • Penderma wanita tidak mengandung, tidak menyusukan anak, tidak period
Jadi, ini sebenarnya pengalaman pertama qaseh berada dalam program sebegini, ramai juga yang datang untuk derma darah tempoh hari, korang memang terbaik ! Yelah bukan semua orang yang punya hati nurani sebegini, bukan semua orang juga yang layak untuk menderma, tapi mereka sangat berani dan bersemangat ! 
 

Kata Dato’ Azmir Jaafar , Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia “ kami sangat gembira melaksanakan aktiviti menderma darah pada tahun ini” yang juga turut hadir menderma darah bersama-sama.
Harini qaseh nak kongsikan sedikit sebanyak suasana sewaktu aktiviti Hari Derma Darah tersebut yang telah diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, lebih dari 200 penderma yang hadir pada tahun ini, terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, pelanggan McDonald’s serta wakil media
 
Proses Pendermaan Darah 
  • Sesi pendaftaran, penderma perlu mengisi borang/ kad pendaftaran pendermaan darah

  • Menimbang berat badan, pastikan melebihi 45kg ke atas ya
  • Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah

  • Menjalani sesi kaunseling dengan pegawai perubatan / jururawat , kemudian pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah 

  • Beg darah ni ada saiz tau, qaseh fikir beg darah ni ada satu saiz sahaja, rupanya terbahagi kepada dua, mengikut berat badan dan tekanan rendah. 
  • Seterusnya proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7-15 minit 


  • Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun



  • Lastly penderma boleh redeem makanan percuma oleh McDonald’s. Wajib makan ye selepas derma darah, karang pitam pulak, haaa so kena tambah tenaga


Yang bagus nya, kakitangan McDonald’s pun tidak terkecuali kerana McDonald’s juga berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah dalam kalangan kakitangan dan juga orang ramai

Jadi, diharap perkongsian qaseh hari dapat membuka mata korang semua bahawa menderma darah itu merupakan satu perkara yang sangat mulia dan mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Mungkin ada yang takut sebab yelah dulu qaseh selalu dimomokkan derma darah ni menyakitkan padahal ia tidak akan memudatkan korang pun, jadi jangan takut-takut tau ! 

Tips Selepas Menderma Darah
  • Berehat di katil penderma selama sekurang-kurangnya 10 minit, jika tiada apa-apa masalah seperti pening dan loya bolehlah bangun 
  • Digalakkan mengambil minuman dan makanan yang telah disediakan selepas menderma
  • Jangan ambil minuman beralkohol untuk beberapa jam selepas
  • Jangan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berat dalam tempoh 24 jam 
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone dan goodies bag buat semua penderma darah yang hadir. Yummy!!!


Jomlah kita sama-sama membantu rakyat Malaysia yang lain walaupun tiada pertalian darah sekalipun membantu mereka yang sangat memerlukan. Tahniah buat semua penderma darah, sejak aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan kerjasama PDN ini, mereka telah menyaksikan lebih 1300 penderma sejak tahun 2017.

More Info :
 

Comments

Nadia Johari said…
Bagus buat derma darah ni. Bantu orang lain memerlukan darah

Recent Post

Jangan Lupa Follow!