Pengalaman Beli Ipad Online di Website Apple

2/11/2021

Assalamualaikum 
Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila fikir-fikir balik, rasa macam ermm laptop pun qaseh buka sekadar blogging, word, photoscape je untuk edit gambar, fikir balik baik beli ipad je la, lagi pula harga lebih kurang dan senang pulak nak bawa balik ke kampung nanti. 


Beli pun sebab laptop qaseh sekejap okay sekejap dah tak okay, tq Asus dah 5 tahun berjasa, qaseh syak screen jadi macam tu sebab tertindih kot heee. Sebelum kita beli sesuatu mesti kita akan survey habis-habisan kan, terutamanya bila membeli secara atas talian ataupun online, nah haritu qaseh memang survey-survey jugak beli ipad secara online selamat ke tak padahal  website apple tu memang trusted, haha biasalah paranoid gitu kan lebih-lebih melibatkan harga yang mahal



Kenapa beli online ? Kita kan dalam musim PKP so nak merentas daerah pun tak boleh, terpaksa la beli secara online dengan konsep redha dan bertabahlah menunggu. Qaseh baca ada yang kata lama juga lah delivery, ada baca cepat jugak. Maybe tengok atas stok la kan, so jom qaseh share pengalaman qaseh sendiri pula lama atau pun cepat ?


Yaa i know, musim pandemik ni sebolehnya simpan duit jangan nak shopping tah hape-hape kan, tapi qaseh paling tak suka pertikaikan apa yang orang beli, dan tak suka orang pertikaikan apa yang qaseh beli :p, ni juga hasil kerja blogging dan ig (susahkan suami bab lain, lebih2 lagi bab makan hahaha)


Bab kehendak diri selalunya qaseh akan usaha sendiri ehehe selalunya gajet memang qaseh beli guna duit sendiri, kamera, laptop, hp :p sian dia dah banyak berkorban utk keluarga :p alhamdulillah bolehlah buat poket tepi and im proud with myself sejak PKP ni qaseh tak shopping merapu pun, ada hikmah disitu ye. Nak beli emas pun terbantut :( haa kalau emas memang tak berani lagi nak beli online hukhuk dah la emas tengah murah sekarang kan


Estimated Date : Sebulan

Pengalaman qaseh sendiri, delivery memang lambat, sebulan jugaklah, qaseh place order 5 Jan then sampai 1 Feb, so Apple bagi estimated date sehingga 4 Feb gitu, tapi takpe lah sebab bukan nak guna rushing pun, sekarang pun qaseh tengah berehat dari terima job, fasa alahan lagi so better fokus untuk kesihatan diri sendiri. Next bila dah kuat balik, qaseh terima balik gitu.Hope PR masih tak lupakan qaseh ahahaha


Beli Under Apple Education 


Okay kalau korang nak beli ipad di website apple, jangan lupa pilih under Apple Education sebab korang akan dapat lebih diskaun dari harga biasa. Jangan risau, Apple tak minta maklumat or ID education korang pun or apa-apa bukti pun yang korang tu masih pelajar ataupun tidak, just beli je macam biasa. 


Kelebihan bila beli online selain dapat diskaun, korang boleh engrave ipad secara percuma je, engrave tu nak tulis nama korang dekat belakang ipad, or apa-apa lah nak tulis, qaseh tak buat sebab orang cakap bila engrave ni lagi ambil masa, and mana tahu nanti nak jual ke kan, ipad ni laku jugak even secondhand. Then, shipping pun free. 


Delivery pulak diorang guna DHL, memang selamat sampai dont worry okay, setiap proses place order, penghantaran dan sebagainya korang akan dapat email dan juga mesej so korang akan sentiasa tahu info pasal ipad korang tu dari masa ke semasa. Korang pun boleh alert dan standby je kat rumah.


Ipad 8th Generation

Apa lagi nak tahu ye, oh ye Qaseh beli ipad 8th generation, paling latest lah kiranya sebab keluar tahun 2020 tak silap. Eh 2020 wujud ke gais ? Haha okay for blogging atau kerja-kerja basic atau editing biasa je dah cukup okay, if korang ada kerja heavy duty, graphic designer ke apa benda lah boleh beli ipad air or Pro, ntah lah apa beza, qaseh tak buat comparison sebab dah aim yang ni je. 

Untuk ipad 8 ni ada size 32gb dan 128gb je, qaseh pilih warna rose gold, semestinya warna pastel dan lembut menjadi pilihan ye dan qaseh pilih size 128gb + wifi only, better amik size besar terus ye gais, 32gb memang tak cukup. Harga RM1769 under apple education if not harga normal RM1849, walaupun beza Rm80, korang boleh buat beli casing and tempered glass di shopee okay, sebab ipad ni hanya dapat bersama charger sahajo. Yang lain sila beli sendiri. 


Masalah Apple Tak Tolak Duit Dalam Account ? 


Okay mungkin akan ada pengalamana duit korang still lagi dalam bank, korang jangan pulak habiskan yeee duit itu, bila apple dah shipping baru lah duit dalam bank ditolak, ni pengalaman qaseh sendiri, mula-mula bank hold, tapi kemudian duit tu ada balik dalam acc, then bila ipad dah sampai ke tangan kita, duit tu akan di tolak juga. Tak semua pengalaman macam ni, mungkin sesetengah sahaja just nak say dont worry at all selagi takde notice pembelian kita direject, maknanya tunggu je ipad tu sampai. 



So far qaseh guna untuk blogging sangat memudahkan, kalau dulu nak blogging dengan fon or tablet agak leceh kan, tapi blogspot pun dah bertukar wajah baru so sebenarnya ia lagi mesra mobile. So far no problems, screen pun takdela cinonet sangat, 10.2 inch for me okay je, dan senang nak bawa ke mana-mana. Tq for reading !


Hati Berbicara :
Nanti qaseh share link shopee untuk casing dan tempered glass, so far berkualiti dan harga pun tak mahal sangat :) Stay tune !




Comments

Mohaz Sue said...

Lawanya🤩🤩🤩 tgh plan nak beli juga ni.. laptop pun dah start mragam

Ammar Yasir said...

Wah...bestnya ada iPad...Ingat nak beli jugak lah nanti..Haaa nak tanya... Keyboard tu dapat free ke beli asing? Kalau beli asing..berapa harga?

Qaseh Dalia said...

Ammar Yasir , beli asinv dekat shopee, harga untuk ipad 8, rm59 lebih macam tu

Rabiahtul adawiyah said...

Cantik ipad

Sue Izza said...

cantik,nampak eksklusif plak,kak sue plan nak beli tab biasa je,bekap abe eddy bawa gi keje,dia malas nak usung laptop huhuuu

Tekkaus said...

It does look gorgeous indeed. :)

El said...

Ipad harga student mmg bole beli through website je ke😭

Qaseh Dalia said...

Yup hanya di website untuk student diskaun

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
shaqfinsoup said...

Oh patula..saya beli online juga di apple store pelik sebab duit x tolak2 dlm bank acc 😅..tq 4 ur info

Suzila said...

Sis, saya order juga tp dah 2 hari keba hold di Penang. Dok google kenapa, rupanya tahan kat kastam. Sis punya tu kena bayar cukai tak?

Unknown said...

Hai nak tny.. Dapat sekali tak pen dia? 🤭 Nice info.. Tq sis.. 😊

Qaseh Dalia said...

@suzila takde pulak kena cukai pape..

Qaseh Dalia said...

Unknown : pen kena beli asing heheh pen harga lain pula

Unknown said...

Terima kasih, part duit x deduct tu ye, cuak sngt Hahaha bila baca rmi mcm ni lega sikit

Anonymous said...

Salam Sis, duit tu akan tolak dr acc bank kalau produk tu dh sampai ke tangan kite ke?

Qaseh Dalia said...

Yup, haritu dah sampai baru dia tolak

Anonymous said...

Beli dari apple store, ade extra charges ape ape tak and international transaction fees ke?

Qaseh Dalia said...

Takde wak, haritu just bayar harga ipad sahaja

izzahsuhaimi said...

Kenapa bila Saya nak beli pakai debit card bank Islam x boleh ehhh banyak Kali try apple tolak.

Qaseh Dalia said...

Sorry Izzah, i pun tak tahu kenapa, skrg ramai jugaklah ada prob untuk bayar guna debit card, masa beli hari tu takde masalah langsung, donno lah why apple tolak debit card skrg, if ada yang tahu boleh lah share

Anonymous said...

Hi qaseh, saya nak tanya untuk alamat tu kita cuma perlu tulis bandar je ke tak perlu tulis alamat full ke?

Qaseh Dalia said...

Sorry anon baru baca, qaseh tulis alamat full, nanti kan tak sampai kat rumah pulak

Anonymous said...

Sis saya order 15Oct2021 but till now no update, tapi takde pulak message apple reject purchase kita. Kenapa lama sgt ���� mmg betul macam tu ke?

Anonymous said...

nak tanya dia guna penghantaran apa ye? takut pulak kalau hilang waktu penghantaran... tq tolong jawabkan <3

Qaseh Dalia said...

Penghantaran guna DHL

Qaseh Dalia said...

Estimate sebulan , hari tu pun sebulan jgk la sampai, if takde jugak cuba call

Anonymous said...

sis , saya order 4/10 haritu … tracking masih processing lagi .. duit masih ada dalam bank .. tapi bank lain.. saya bayar guna cimb , tpi takut cimb tolak duit , saya pindah acc lain .. ada effects juga ke?

Qaseh Dalia said...

Tak sure ada effect ke tak, risau apple reject pulak nanti

Nura said...

Hi Qaseh,
Thanks for sharing. Betul ke takde mintak any proof as student masa nak purchase?
Register nama kita dgn email ( which kita pernah ada acc apple kan) takkan kena reject or ada apa2 problem
In future?

Qaseh Dalia said...

Hye Nura, yes no proof, sebab before ni pun i baca pengalaman org lain tak pernah apple minta proof, i pun takde masalah apa2, dapat diskaun tu hehe

Anonymous said...

Qaseh saya nak tanya kalau apple dah beritahu 24 Mac sampai ada kemungkinan x barang akan sampai awal sikit sekiranya 16 Mac dah start shipping 🤭😭

Qaseh Dalia said...

Maaf anon, baru baca komen, haha tak tentu, maybe ada awal tapi tak awal sangat, agaknya dah sampai kan haha

Unknown said...

hi qaseh, nak tanya boleh ke education price beli secara walk in?

Qaseh Dalia said...

Hi , rasanya tak boleh, education online sahaja

luckyana said...

Izzahsuhaimi ada update ke pasal debit card bank islam tu sbb I pun tgh face problem yg sama... risau jugak ni, hritu call bank kata semua dah okey huhu

Anonymous said...

Hi :) ya. Kalau ada masalah nak bayar tu mungkin sebab online transfer ada limitation. Contoh debit mungkin set boleh keluar dalam below rm1,000. Jadi boleh setting dulu dekat setting account bank masing2 ya. Baru apple tak reject.