RMHC Sumbang RM100,000 kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara

Assalamualaikum
 
 
Hai korang, selamat menyambut tahun baru. Sempena tahun baru 2021 ni qaseh selalu terharu dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald's Malaysia. Mana taknya sempena tahun baru 2021, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)  telah menyumbangkan RM100,000 kepada 50 rumah anak yatim di seluruh negara.

 
Ianya adalah komitmen berterusan untuk menyokong kebajikan anak-anak yatim di negara ini. Majlis penyampaian cek sumbangan telah diadakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
 
Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia yang juga Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia berkata
 
‘’Kami percaya bahawa setiap anak berhak menikmati masa kanak-kanak yang bahagia dan mereka berhak untuk membesar dengan sihat’’
 
RMHC Malaysia komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak Malaysia dan kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada kehidupan anak-anak dengan memberikan setiap anak apa yang mereka benar-benar layak dan perlukan.
 
Sebenarnya sumbangan itu juga merupakan berkat sumbangan besar dari pelanggan-pelanggan McDonald's Malaysia yang membuat sumbangan melalui kotak syiling atau lebih dikenali sebagai ''Tabung Merah'' RMHC Malaysia dan Kios Pesanan Sendiri (SOK) di lebih daripada 300 restoran McDonald’s di seluruh negara serta dari rakan niaga, pekerja dan francais McDonald's.
 
Haaa kalau korang nampak kotak sumbangan di kaunter restoran McDonald's tu korang boleh menyumbang seikhlas hati korang, dari sumbangan korang tu lah sedikit sebanyak membantu insan-insan yang tak bernasib baik dan dapat saham akhirat kelak. InshaAllah.

Kata Datuk Seri Rina pula, ‘‘Saya gembira melihat organisasi seperti RMHC Malaysia tampil dan memberi kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa sukar ini. Bagi pihak kementerian, kami berterima kasih atas sokongan dari RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia kerana sikap ini benar-benar melambangkan semangat negara #kitajagakita’’. Bagi korang atau sesiapa sahaja, menderma dan sedekah itu tak pernah memberi kemiskinan kepada kita, malah bila kita memberi makin banyak rezeki yang kita terima.
 
Kalau korang ingin membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Malaysia, untuk menderma atau ingin menjadi sukarelawan, boleh sertai RMHC Malaysia untuk membantu.
 
Caranya korang boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388 atau boleh layari laman web rasmi https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation . Tq so much RMHC Malaysia kerana memberi sinar kepada anak-anak ini. 

3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama