Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Suchi Cleanser | Pencuci Muka Aqua Cacteen Untuk Kelembapan Kulit Wajah

Assalamualaikum….

Bertemu lagi kita hari ini dalam tema sharing is caring :p hihi so straight to the point lah ye (dah tua ni makin tak pandai nak buat mukadimmah ye anak-anak) so qaseh nak teruskan untuk sharing hari ni, of course tentang kecantikan, dah nak masuk 2020 ni ada lagi ke yang tak gemar cuci muka dengan cleanser ? Hari ni qaseh nak share tentang pencuci muka dari Suchi.


Kadang qaseh terdengar alasan kenapa tak guna cleanser untuk cuci muka, ada yang beri alasan takde bujet nak beli cleanser sebab sesetengah tu mahal sangat, then kenapa cari yang mahal ? Hey banyak gila cleanser yang murah tapi resultnya helok, contoh macam Cleanser Suchi ni, qaseh baru je cuba tak sampai sebulan lagi tapi I really love this cleanser and sangat murah gais, belas-belas hinggit je !

Yess seriously tak sampai puluh-puluh ringgit , tak sampai ratus-ratus ringgit tapi qaseh suka gila hasil lepas cuci muka dengan Suchi Cleanser ni, even mekap pun boleh bersih, haa ni yang eksited nak share ni.

SUCHI CLEANSER | AQUA CACTEEN CLEANSER

Untuk info korang Cleaser Suchi ni famous dalam kalangan Jemaah Umrah dan Haji tau, sebab dah terjual dalam 3000 lebih untuk kegunaan Jemaah Umrah dan Haji di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ianya sah ketika Ihram, dengan harga yang murah mereka pun tak rasa terbeban dan sangat menjaga kulit muka ketika dalam cuaca kering sebab ia ada bahan kandungan yang kali pertama juga qaseh cuba.



Bila qaseh tengok bahan kandungan utama yang ada dalam Suchi Cleanser ni, ada 3 bahan kandungan utama iaitu Tea Tree, Aloe Vera dan Aqua Cacteen. Untuk Tea Tree dan Aloe Vera qaseh takde masalah sebab qaseh dan biasa dengan bahan kandungan ni, dan kulit pun tak alergik or breakout, Aqua Cacteen pula kali pertama qaseh cuba dan dengar, rupanya ia memberi banyak kelebihan pada kulit muka.

Thats why ia sangat disukai oleh Jemaah umrah dan haji sebab bahan Aqua Cacteen ni sangat sesuai untuk cuaca kering, so ia memberi kelembapan berpanjangan pada kulit muka, dan bila cuaca panas atau kering ni kulit mesti rasa pedih kan, bila cuci muka sangat-sangat rasa segar dan sejuk sebab ada pepermint juga, so I think untuk melegakan pedih-pedih sunburn sangat sesuai.



Kelebihan Aqua Cacteen atau Opuntia Ficus Indica ni mampu mengekalkan kelembapan kulit dan ianya mempunyai 150% lebih banyak Vitamin E dari Argan Oil

Dipendekkan cerita, haritu qaseh balik kg yang kebiasaannya qaseh angkut semua skincare, cleansing oil, makeup removal segala yang memberatkan beg, tapi kali ni qaseh bawak Suchi Cleanser je untuk cuci muka, sebab qaseh kat kg jenis mekap nipis-nipis je, then Suchi Cleanser ni mampu gais bersihkan segala jenis kotoran yang ada dimuka, lebihan mekap pun tiada, sangat bersih kulit muka.

Dahla kecik cinonet je, so save banyak space then boleh bawak kemana-mana ~ ~ ~


Cuci muka menggunakan Suchi Cleanser



Cara qaseh cuci muka, qaseh tak suka sangat guna banyak air, qaseh suka sental cleanser ni menggunakan air yang sedikit, baru syok sental dengan cleanser. One more thing, Suchi Cleanser ni jenis buih yang sedikit, so it give me more star to rate because I love love love so much cleanser yang tak banyak buih so ia mengelakkan dari muka jadi lebih kering.

Suchi Cleanser ni juga takde pewangi tau, kalau kulit korang jenis mudah breakout tolong ye elakkan any fragrance yang ada dalam cleanser dan juga alkohol. Sebab dua bahan ni tak elok jika kulit korang sensitif. Qaseh memang tak suka sangat cleanser yang wangi-wangi sangat, better takde bau lagi best.



Result lepas cuci muka menggunakan Suchi Cleanser ni sangat-sangat segar dan bersih, sebab apa? First time cuci muka terus rasa wowww cejukkkknyaaaa hihi sebab ia ada bahan kandungan Peppermint, haa memang segar dan kulit pun rasa lebih lembab, dan selesa. Malah tiada rasa kerengsaan, panas atau pun pedih di muka. So, recommend sangat untuk korang.

Kelebihan Suchi Cleanser



  • Membersih, melembab, dan menghidratkan kulit muka
  • Tanpa pewangi dan alkohol dan sangat sesuai untuk kulit yang alergik pada kandungan yang mempunyai bahan wangian.
  • Sesuai sangat pada mereka yang ingin mengerjakan ibadah Umrah dan Haji dan sah digunakan ketika Ihram
  • Murah dan senang di bawa kemana-mana 
Nah, boleh lah share pada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang tengah mencari cleanser yang bagus tapi murah dan memberi kesihatan pada kulit muka kita. 

More Info :





Ulasan

Eiza GreenAppleKu berkata…
Macam best la pulak cleanser ni. Harga pun tak mahal. Boleh la nanti Sis nak cuba. Bahan-bahan pun memang bahan yang power.
adianiez AIDA berkata…
Maybe aida nak beli ni letakkan kat ofis. Ada t tree tu yg memikat aida.
Jerawat oh jerawat. Hate u.
Really need this :)
Lya Imtiyaz berkata…
Ramai yang KakYa tengok guna cleanser ni duk cakap produk ni bagus. Nak kena try jugak la nanti. Mana tahu serasi ngan kulit muka KakYa. Tq Qaseh komgsi info mengenai Suchi.
Bonde Zaidalifah berkata…
Baru pertama kali tahu tentang produk nih, nampak comel packagingnye senang nak bawa kemana-mana.. bolehlah try nanti
Rubiah Kadir berkata…
Pertama kali Ruby dengar pasal Cleanser Suchi ni.

Harga dia berbaloi dengan kesannya.

Ada bahan pepermint yang buatkan kulit rasa segar lepas mencuci muka.
Bella Jamal berkata…
Rasa pernah nampak brangd ni tapi tak banyak. kalau zaman dulu jenama Zaitun paling laris dan popular utk jenama halal. Harap jenama ni mampu tersohor utk kesucian umat Islam gunakannya.
Mama aiman berkata…
Nanti nd nk try la pakai cleansing dari suchi nie.. Ramai yg kata bagus sebab produk nie dari bahan smulajadi..
Hanny Abdullh berkata…
Suka tgok orang tak allegy guna mcm2 produk. Mcm kulit sis sensitive sikit..itu x boleh ini tak boleh..huhuhu. Nanti nak cuba yg ni..ok ke idok
Jia Shin Lee berkata…
Interesting didn't know theres such a brand, the effect looks good thanks for sharing.
Fadzil Ahmad berkata…
Produk suci ni memang diyakini ramai org, lagi2 org pergi umrah memang gunakan ni utk bersihkn muka n kulit kan. Halal lagi
dr-Life berkata…
At least there's a brand that can use without hesitation by our Muslim friends
Mimie berkata…
Nampak bagus pulak produk ni nak nak produk keluaran Muslim kan. Bolehlah cuba nanti pencuci muka Suchi ni
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Produk ni nampak.menarik. plg penting kita taknrasa was-was bila guna sebab ramuannya sememangnya halal
Balqis Athirah berkata…
Ok boleh cuba cleanser ni lepas ni..hehe murah la kalau belas-belas je harga dia. Nampak best pulak tu
Huda Halid berkata…
First time juga dengar pasal aqua cacteen tu. walau harga murah tapi berkualiti kan cleanser ni. berbaloi beli
Aerill Hassan berkata…
Namapk menarik produk ni. Thanks share ye tntang produk ni :)
Permatabiru berkata…
kecik dan senang nak bawa ke mn2 . boleh lah nak cuba nanti
Julia Mahir berkata…
Macam menarik je suchi ni. Nama suchi, sungguh suci, memang guna tanpa was was kan.
Tengkubutang berkata…
TB pun suka produk yang takde pewangi dan alkohol.. rasa selamat je guan sebab kulit wajah TB ni jenis alergik.. sensitif sikit.. so kena pilih yang free of any wangian dan buih yang lebih
ummi nani berkata…
wah nampak menarik.. utk kulit kering pun sesuai..bagus ni
Sue Izza berkata…
nak suruh anak kak beli la,dia muka tak leh pakai yang sembarangan bahan pelik2
back to top