BOH Tea | 90 Tahun di Pasaran, Ada BOH Ada Ummph !

Assalamualaikum ~

Perihal tentang BOH ni, hye gais, pernah tak korang di perli sebab bila masuk kedai je asyik minuman tu je yang korang order, padahal boleh je minum di rumah, haha. Qaseh selalu lah kena perli dengan husband sebab bila order minuman je mesti nak minum teh o ais, dia cakap asyik Teh O Ais je, kat rumah dah selalu buat haha eee geramnya biarlah tu memang minuman favourite kita okay ~ lebih-lebih lagi jenama BOH.



Qaseh pun tak tahu, rasa macam tak lengkap, rasa macam tak hilang dahaga bila minum minuman selain teh, mungkin sebab Qaseh dah terbiasa sejak dari kecil lagi, lagipula teh ni macam satu nikmat yang memberi satu kepuasan jugaklah, ADA BOH BARU ADA UMMPHH gitu~

Dan Qaseh tak sangka sebenarnya BOH dah 90 tahun berada di pasaran, wei Qaseh baru umur 31 tahun, BOH lagi tua lah gitu ye ehehe dan selama 90 tahun lah Qaseh rasa BOH telah memberi memori-memori indah pada Qaseh bersama keluarga, mesti korang pun sama kan ? Biasa kalau Qaseh pergi rumah jiran-jiran atau saudara, mesti teh juga yang di hidangkan.

Nampak tak ~ teh BOH ni memang minuman wajib dalam sesebuah keluarga, dari moyang, datok, nenek, mak, ayah, dalam sedar tak sedar , BOH dah jadi warisan turun temurun dalam setiap keluarga.




Qaseh paling suka BOH ni sebab ia sememangnya jenama sendiri yang asli, sebab tu lah BOH memang sebahagian daripada isi rumah Malaysia dan mempunyai ‘’experteas’’ di Malaysia selama 90 tahun. Bagi pemina BOH ni, kita boleh rasa tau aroma BOH, warna BOH dan rasa BOH tak pernah berubah, ia tetap sama dari dulu hingga sekarang dan sentiasa UMMPHHHHHHH bagi Qaseh.

Bila berbicara tentang BOH ni, selalu ada kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan, belum pernah lagi ada kenangan pahit seperti di simbah dengan secawan teh ke muka haha, kalau tak mesti jadi kenangan yang paling melucukan. Jap nak flashback kembali zaman kanak-kanak, bila stok BOH habis kan, mesti mak suruh cepat-cepat beli BOH ni, tak boleh kehabisan stok gituh haaa

Tapi the best thing dengan teh ni, Qaseh suka cicah keropok keping dengan teh panas, lepastu mula lah teh tu nampak berminyak tapi sedap gila wei haha dan lagi best bila dapat minum teh bukan menggunakan cawan tau, tapi piring cawan tu haaa, orang-orang tua dulu pelik-pelik jugak haha thats why terikut sekali, konon lagi nikmat gitu haha tapi zaman budak-budak konon-konon nak tiru tapi tumpah je lebih. Alahai rindunya ~



Dalam tak sedar, rupanya dalam setiap perjumpaan keluarga BOH always ada bersama, BOH juga banyak rahsia kami lah ye, haha sambil membawang pun minum teh~ kikiki tapi BOH juga mengeratkan kami.

Bagi Qaseh BOH always jadi kesayangan semua orang, dulu masa kanak-kanak nak buat teh kena ada penapis kan, tapi sekarang makin mudah je ada jenis uncang, mudah dan senang untuk di nikmati bersama bukan hanya untuk golongan yang lebih tua tapi juga untuk generasi muda, bila Qaseh dah ada family sendiri, dah ada anak pun still untuk sarapan pagi, minum petang dan minuman yang hangatkan badan, Qaseh tetap memilih BOH, warisan turun menurun yang tak pernah mengecewakan.


Korang ada tak kenangan dengan BOH yang nak di kongsikan dengan Qaseh ? Jangan lupa komen ye hihi suka baca kenangan kawan-kawan ni, and last but not least BOH bukan sekadar paket kecil tetapi ia selalu memberi kehangatan, kenangan dan kebahagiaan bersama. Lastly, tahniah BOH atas kejayaan sehingga 90 tahun, semoga nanti Qaseh dah jadi nenek pun BOH masih ada untuk di kongsi bersama cucu-cucu pulak hihi. 


21 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Teh Boh memang sedap, aroma dia tu membangkitkan selera.

    BalasPadam
  2. Haida pun selalu asyik Teh O Ais je. Asalkan BOH boleh berulang minum.

    BalasPadam
  3. Minuman fevret seantero nii. Gi mana2 mesti jumpa org hidangkan teh. Sebab paling mudah sediakan. kenangan kecik2 dl, mak setiap pagi hidangkan teh bersama jejemput bilis. Uii,menambah minum teh BOH ni.

    BalasPadam
  4. Memang sedaap BOH ni, faveret tea sampai bila bila

    BalasPadam
  5. Memang setiap hari dengan teh boh ni.. Walau dah minum dekat rumah.. Dekat luarpun minum.. Hahaha

    BalasPadam
  6. Boh memang tetap dihati.. Walau dah minum dekat rumah, dekat luar pun minum.. Hahaha... Sedap sangat

    BalasPadam
  7. Wah. Lama Naim tak mencuba teh BOH. iNSHA ALLAH, lepas ini Naim akan mencari teh boh ini. Insha ALLAH. Terima kasih sudi share.

    BalasPadam
  8. Teh Boh NIe memang umm la............. good product review. Thank you for sharing and have a good day. Take care.

    BalasPadam
  9. Kak min dulu pernah kerja wat akaun ladang teh sg palas kat cameron highlands. So tiap bln staff akan dapat 1kg teh boh hehe so sampai skrg bg teh lain pun tak nak..tetap boh di hati haha

    BalasPadam
  10. kat rumah BBL memang guna teh BOH sebab lebih umph kalu buat teo panas. cicah pulak dengan biskut kering fuh sedap.. lagi pun aroma BOH lebih kick.. bagi saya la..

    BalasPadam
  11. Kat rumah saya mmg satu keluarga suka minum teh boh. Boleh dikatakan tiap2 hari mestii minum petang dengan teh boh. Sangat sedap. Apa2pun teriima kasiih sshare

    BalasPadam
  12. Walaupun dah 90 tahun, rasa teh BOH tetap ada UMPHHH dan tidak berubah langsung kan... Trademark ni yang membuatkan ia tetap berdiri gagah walaupun kemunculan teh-teh baru ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan... saya sekeluarga pun merupakan peminat tegar teh ini... #sepsikit

    BalasPadam
  13. Bestnya kalau dapat pegi cameron lagi. Tak suka jalan ke cameron tu.Tapi kalau dah sampai sana, bestnyaaa. Taknak balik rasa. Sejuk je. Kalau pegi cameron mmg wajib pegi ladang teh.

    BalasPadam
  14. Bestnya dapat minum teh yang segar dan juga berkualiti ini kita dari kecil mak selalu buat air teh untuk minum petang sebab ayah kita memang suka teh...

    BalasPadam
  15. Tak sangka dah tua usia BOH ni.

    BalasPadam
  16. boh sentiasa menemani and akan terus sokong boh sebab keluaran tempatan. rasanya pun memang best.

    BalasPadam
  17. Sedapnya tengok teh dalam cawan tu.. 😍

    Husniey follow sini #3809

    BalasPadam
  18. iyeeee teh o ais pah ceroh order kat kedai dr zaman kena culik baik keje kan ahahhahah...soooooo bila kita nak ngeteh ngan teh boh ni hahahah

    BalasPadam
  19. Mesti beli teh BOH sebab lebih sedap. Buat teh O memang umphh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama