BELANJAWAN 2020 : INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2020


Belanjawan 2020 | Assalamualaikum, selesai sudah Pembentangan Belanjawan bagi tahun 2020 yang bertemakan ‘’Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’’ dan sememangnya yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia, pembentangan belanjawan yang berlansung pada 11.10.2019, Jumaat, pada jam 4 petang tadi di bentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng.

Sejumlah RM297 bilion diperuntukkan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP), dan ada 4 teras yang menunjangi Belanjawan 2020 tapi entry kali ni aku nak kongsikan intipati belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS)


FOKUS KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2020 BAGI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN



Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh SPV30 digariskan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan bahawa tiada rakyat yang ketiggalan dalam pembangunan ekonomi. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut dengan peruntukan sebanyak RM1.2 Bilion.

Untuk Pembangunan Belia peruntukan sebanyak RM138 Juta melalui program :
  • Youth Power Club (YPC) 
  • Malaysia Future Leaders School (MFLS) 
  • Volunterism Initiatives

Menyedari cabaran-cabaran yang dihadapai, Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang menelan kos sebanyak RM6.5 Bilion dalam tempoh 5 tahun.

#MalaysiaKerja (Malaysians@Work) dibahagikan kepada empat program yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif seperti berikut :

#GRADUANKERJA



  • Mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan untuk anak muda dan mengurangkan kebergantungan sebanyak 130,000 pekerja asing
  • Untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan
  • Graduan akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebagai tambahan kepada gaji
  • Majikan juga akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama

#WANITAKERJA

  • Bertujuan mewujudkan 33 ribu peluang pekerjaan setahun untuk wanita berusia di antara 30-50 tahun yang telah berhenti kerja selama setahun atau lebih
  • Wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan.
  • Majikan akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi  wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga 2023

#WANTANKERJA
  • Program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalihkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah
  • Akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama


#PERANTISKERJA
  •  Kenaikan elaun pelajar TVET sebanyak RM100 sebulan
  • Melanjutkan Insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional selama 2 tahun lagi
  • Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat dibawah Program Latihan Berstruktur akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaj.
  • KBS mempunyai 22 institusi TVET di bawahnya dan akan menerima kesan yang baik bagi peningkatan ini


Mengarus Perdana TVET


  • Pningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion ringgit
  • Tambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri
  • Menyediakan geran RM20 Juta disamping kolaborasi dengan insudtri
  • Tingkatkan perlibatan persatuan atau industri dalam tadbi urus dan pengurusan ILKA
  • RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
  • Dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri
  • Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
  • Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari kolej vokasional dari rangkaian universiti-universiti teknikal di malaysia (MTUN)
Untuk Pembangunan Sukan



1. Peruntukan RM20 Juta untuk Pembangunan E-Sports
  • Penambahan sebanyak RM10 Juta berbanding tahun lepas, Industri e-Sports adalah medium terkini yang penting dalam membina generasi masa depan. Ia langkah terbaik dalam dunia digital dan bukan sekadar bermain game namun ia merupakan langkah awal anak muda bersedia dalam Revolusi Industri 4.0


2. Peruntukan RM299 Juta untuk Program Sukan untuk semua
  • Menaiktaraf kemudahan sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan, Pusat Sukan Negeri


3. Peruntukan sebanyak RM179 Juta untuk Program Antarabangsa :
  • Sukan Olimpik Tokyo 2020
  • Sukan Sea Hanoi 2021
  • Persiapan dan persediaan Atlet Paralimpik Negara.Bagi menyokong atlet-atlet termasuk atlet paralimpik negara yang sentiasa mengharumkan nama negara. Usaha-usaha persiapan ke Tokyo 2020 dan Hanoi Sea Games 2021 akan dipergiatkan bagi memastikan atlet mencapai sasaran pingat yang ditetapkan


4. Peruntukan RM45 Juta untuk Bola Sepak Negara

5. Peruntukan RM10 Juta untuk Pembangunan Atlet Wanita
  • Program sukan untuk wanita pasukan atau kelab untuk wanita 

Terima kasih buat Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang telah bertungkus lumus dalam mengusulkan perkara di atas, apa komen korang ? Semoga pembentangan ini memberi harapan dan kegembiraan untuk semua

For More Info :



25 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Tengok juga tadi belanjawan 2020..bgusla syed saddiq ni buat utk golongan belia.. Rasa banyak improvement

    BalasPadam
  2. semoga perlaksanaannya juga telus dan sampai huhuuuu....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, kakfiza dengar dalam radio otw balik keje semalam. Bajet tahun ni kakfiza rasa paling banyak memandang ke arah yang jarang diutamakan, contoh utk golongan wanita,penganggur dan program vaksin tu.

    BalasPadam
  4. semoga semua tercapai dalam sthun kdpan

    BalasPadam
  5. mek ada 3 ulasan selepas mengambil kira questioner yang mek buat seperti berikut :

    pejabat : takde rungutan daripada kami di pihak swasta memandangkan kebanyakkan kelebihan diberikan kepada rakyat secara so-so.

    mek dan spouse : kami macam terima sahajalah keputusan bajet dengan hati terbuka walaupun kita tahu yang bajet dibentangkan adalah tidak mengikut apa yang dijanjikan contoh seperti tol patot dihapuskan tapi diturunkan sahaja 18%. dan lain lain hal berkaitan.

    mek sendiri : isu harga rumah untuk warga asing diturunkan kepada Rm600k sahaja. satu pembentangan yang mek rasa perlu dikaji semula. ramai lagi rakyat yang tidak miliki rumah sendiri. masih ramai yang menyewa. malah masih ramai yang tidur di bawah jambatan. kerajaan should pandang that first before proceed to sell the property to others. make something lah. takkan tu pun rakyat kena fikir. if so, next pru biar rakyat je lah decide what to do next.

    BalasPadam
  6. Apa pun harapan kerajaan baru ni dapat buatkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia sepertimana di janji kan. Banyak peruntukkan akan disalurkan untuk pelajaran such as TVET tu boleh membuka dan membantu peringkat bawahan untuk berpeluang menyambung pengajian dan , sukan juga dah kita nampak sebab sekarang bulan sukan negara. Golongan wanita kena grab peluang yang disediakan.

    BalasPadam
  7. Banyak agihan untuk belia kan. Harapnya tidak dipersiakan peluang dan agihan yang diberikan dan digunakan secara optimum.

    BalasPadam
  8. Satu jeeeee, hopefully dilaksanakan. I tak kisah sangat amount they put inside for what purpose, tapi asal dijalankan so we know the money is there to be used kan.

    BalasPadam
  9. Baguslah usaha kementerian belia & sukan ni. Paling bagus bab ada peruntukan untuk membantu mewujudkan peluang pekerjaan tu. Ada harapan bagi belia yang menganggur tu. Kesian mereka. Ada bantuan ni baguslah.

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing ! Hopefully there's more benefits !! Not easy to live right now~

    BalasPadam
  11. Satu usaha yang bagus untuk belia. Harap dapat dilaksanakan dengan baik.. Terutamanya bab pekerjaan tu. Seriously ramai graduan masih menganggur selepas tamat belajar. Orang selalu nampak salah graduan memilih kerja. Tapi bila apply kerja yang biasa2 pun tak diterima kerana overqualify.. Semoga industri lebih terbuka untuk hire graduan kita. Graduan pun mesti bersikap terbuka untuk start from zero.

    BalasPadam
  12. tahniah kerajaan! saya rasa pertama kali bajet yang hampir semua golongan dapat. semoga lebih baik negara kita tahun depan.

    BalasPadam
  13. Bagi sis, apa sahaja belanjawan yang dibuat sis ikut aje, siapalah kita untuk menidakkan,nak bersuara pun ada ke yg nak dgr..:D, cuma sis harap bukan hangat2 semata..janji harus ditepati

    BalasPadam
  14. Bajet dari kns tahun ni byk pada belia dan wanita. Harapnya mereka yg dpt insentif dapat dimanfaatkan sepenuhna. Begitu juga arena sukan kita masih berusaha dan bercita2 utk meraih emas di olimpik

    BalasPadam
  15. TB tak sempat nak tengok belanjawan 2020 ni ritu.. TB tak harap apa-apa pun.. sebab susah kalau berharap ni nanti risau kecewa.. cuma TB selitkan doa.. apa jua keputusan belanjawan yang dibuat akan membantu orang melayu kita untuk berada ditempat sepatutnya (berada seperti dinegara sendiri bukan menumpang).. dan semoga semua yang baik-baik untuk bangsa melayu kita.. apa-apa pun bagus juga syed sadiq beri tumpuan pada belia kali ni.. teriutama dalam bab peruntukan untuk wujudkan pekerjaan bagi para belia

    BalasPadam
  16. Harapannya semoga segala yg sudah dirancang, disusun dapat dikuatkuasakan dengan sebaiknya. Apa2pun perlaksanaan yg paling penting. Terima kasih atas perkongsian ya

    BalasPadam
  17. Bagus intipati bajet 2020 ni.. Harap terlaksana nanti.. Sebab byk yg ada improvement dalam perbincangan bajet kali ini... Kita ritu xsempat nak tengok tapi senang baca info sini dapatlah baca kesemuanya..

    BalasPadam
  18. Bagus! semoga tahun 2020 negara kita semakin maju and kurangkan kadar pengganguran di kalangan belia.

    BalasPadam
  19. Dengan bajet 2020 ni terpulang pada setiap individu untuk nak cari salah, masalah ataupun peluang.

    BalasPadam
  20. tak mengikuti langsung pasal bajet nih sebab banyak takder kena mengena tapi oklah jugak baca sebab boleh jadikan bahan sembang sebagai tanda kita ambil peduli

    BalasPadam
  21. Tak sempat nak tengok sessi pembentangan belanjawan tersebut... tapi dari segi praktikalnya, selepas membaca entri ni, bolehlah disimpulkan bahawa ia telah mengambil-kira banyak pihak di dalam menentukan segala portion yang diberikan... let's get the ball rolling and let's continue praying for the best...

    BalasPadam
  22. banyak manfaat kali ini mengenai belanjawan 2020.

    BalasPadam
  23. aku tak follow bajet-bajet ni.. janji pembentangan bajet oleh encik suami hujung tahun nanti barulah aku follow .. hahaha

    BalasPadam
  24. Wah makin banyak kebaikkan belanjawan 2020 lagi dalam bidang pekerjaan. Semoga selepas ni kadarpengganguran dlam dikurangkan.

    BalasPadam
  25. Akak dah tak ada anak yang sekolah dah, suami pon tak ada dah so all this tak effect akak, apa pon moga ia bermanfaat untuk mereka yang memerlukan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama