Nasi Lemak McD Jadi Menu Tetap di McDonald’s Malaysia | eh McD ke MEKDI ?


 
Assalamualaikum,hye korang. Dah makan belum Nasi Lemak McD? Haa dengar cerita Nasi Lemak dah muncul kembali tapi kali ni sambal dia pergh lagi sedap. But one thing nak share dengan korang sebab tengah kecoh sekarang tentang shortform ‘MEKDI’??
 
 
Kalau korang perasan kan, McDonald’s dah guna nama singkatan (yang sebelum ni dikenali sebagai McD )dan sekarang adalah Mekdi, siap papan tanda besar ‘MEKDI’ lagi di restoran McDonald’s di Bukit Bintang yang merupakan restoran McDonald’s pertama di Malaysia. McDonald’s tukar nama papan tanda kepada Mekdi ni sebenarnya sempena sambutan Hari Merdeka, Hari Malaysia dan ulang tahun Mekdi yang ke 37 tahun.





Di sebabkan oleh rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyokong McDonald’s, mereka menghargai singkatan Mekdi sebagai singkatan terbaru dan sememangnya ia sinonim dengan jenama McDonald’s. Dah tak boleh kata ni bahasa budak wechat tau, sebab McDonald’s pun setuju dengan ‘Mekdi” hehe. Awesome sangat.Nampak tak McDonald’s memang berjiwa Malaysia, haa ~
 
Nasi Lemak McD Jadi Menu Tetap di McDonald Malaysia???
 
 
The best thing adalah, Nasi Lemak McD kembali lagi, yeahhh haritu makan macam tak puas je, tapi kali ni McDonald’s perkenalkan Nasi Lemak McD sebagai menu tetap dan lebih sedap, yeahhh boleh makan selalu dan tak perlu risau ianya cepat habis :p
 
Rakyat Malaysia memang sentiasa menyokong McDonald’s sebab menu-menu McDonald’s memang selalu bagi tarikan utama, heheh bab makan no 1 ye. Kali ni, McDonald’s memperkenalkan Nasi Lemak McD sempena menyambut bulan kebangsaan. Yehuuuu ! Nasi Lemak memang tak boleh lari dah dari tekak orang Malaysia, ye dak ?
 
Pandangan qaseh, sememangnya tekak orang Malaysia tak boleh lari dari nasi, qaseh kalau tak makan nasi sehari memang pening, jadi walaupun restoran segera, Nasi Lemak memang menu yang terbaik yang perlu ada.
 
 
Nasi Lemak McD ni memang lengkap lah dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan paling penting sambal dia, ada pedas-pedas sikit haa memang perghhh lapar pulak hoi, haha. So sekarang, Nasi Lemak McD ni menu tetap yang ada, memang sangat sesuai makan bersama keluarga. Kalau nak bagi lagi sedap dan meriah boleh tambah Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.
 
Perghh ~ sedap memang menyandor ke dinding lah gini gayanya haha. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.
 
JOM Sertai Petisyen Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia.




Jika korang suka sangat makan nasi lemak, qaseh nak ajak korang semua sertai petisyen di laman web www.change.org.Petisyen ni untuk mengiktirafkan secara rasmi Nasi Lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia nanti. Peminat nasi lemak wajib join petisyen ni, mudah je haaa cuma layari http://chng.it/LDfjGDJsQs dan sign petisyen.
 
McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia
 

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.
 
  •  Pilihan menu bercitarasa tempatan:
Memang qaseh sokong, semua menu di McD ni boleh di terima tekak dan kena dengan selera rakyat Malaysia
 
  •  Penggunaan bahan-bahan tempatan:
Kalau korang nak tahu, 80 peratus bahan-bahan McD adalah dari Malaysia, dari ayam,sayur,sos, memang semuanya bahan segar dan berkualiti dari Malaysia.
 
  •  Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia
Bagusnya McD ni telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menggaji seramai 14000 rakyat Malaysia di restoran McDonald’s yang dimiliki terus oleh Gerbang Alaf Sdn. Bhd.
 
  •  Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia:
 McD Malaysia telah bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan  adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.
 
  •  Aktiviti akar umbi setempat:
Selain tu qaseh bangga dengan McD bila banyak kegiatan amal yang McD lakukan. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.
 
  •  Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia:
Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McD Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.
 
Alhamdulillah, sememangnya McDonald’s Malaysia syarikat yang berjiwa Malaysia, keuntungan yang mereka dapat pun ia tidak melupakan rakyat Malaysia yang selalu menyokong dan segala kegiatan amal itu sangat membanggakan. Semoga McDonald’s Malaysia terus maju jaya.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layariwww.mcdonalds.com.my. 
 

23 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. tak sabarnya nak terjah. Nak kena juga merasa ni.. asyik tengok klan je kat wall

    BalasPadam
  2. Nampak sedap nasi lemaknya. Esok nak try test betul-betul sedap ke tak.

    BalasPadam
  3. Suka nama Mekdi tu, sesuai dengan menu Nasi Lemaknya!

    BalasPadam
  4. Cute je nama MEKDI. Apapun nasi lemak tu memang sedap. Ayam pedas tu walaupun pedas giler tapi tetap menggamit selera

    BalasPadam
  5. Pernah pegi Mekdi dan tanya seorang ni sedap ke nasi lemak Mekdi?. Dia kata sedap kak. Hishhh terus terasa nak makan nasi lemak masa tu tapi kita dah order yang lain dah. Hehe.

    BalasPadam
  6. baru makan. macam makn nasi lemak ayam la. tpi upgrade sikit ayam mekdi.. huhu sedap

    BalasPadam
  7. the word 'mekdi' sgt malaysian, kan.
    terbaik la effort by mcD ni. sgt aida hargai.
    nasi lemak nyer lom try.
    izzat ada request hari tu.
    tapi, masa tu kami decided to masuk kfc, so next time lah :)

    BalasPadam
  8. tgk nasi lemak ni. walaupun dah kenyang pun rasa lapar balik. mcm sedap pulak... nak pegi Mekdi la.. btw Rika datang sini follow sekali...

    BalasPadam
  9. Wow dah ada naai lemak ... nama pun dah lebih local guma mekdi..
    hope lepas ni more local food ada kat mekdi ni..

    BalasPadam
  10. Wah dah tukar nama la.. lebih mesra pengguna la.. senang nak panggil heheh nasi lemak mekdi memang best

    BalasPadam
  11. Hahahaha.. Terus jadi logo depan tu. Bgs tul Mekdi nih. Hahaha

    BalasPadam
  12. suka tengok perkataan mekdi tu..kita dah bergambr depan tu..takleh lepaskan peluang..hehee..nasi lemak dia sedap..sambal dia pergh..

    BalasPadam
  13. Wahhh dah jadi menu tetap ya ? Ingatkan utk certain waktu je. Baguslah sbb nasi lemak merupakan identiti negara kita. Jadi perlu diketengahkan memandangkan mcd nie ramai yg kunjung. Finally dorg iktiraf bahasa budak wechat. Hahahhaa

    BalasPadam
  14. Rawlins tak try lagi Nasi Lemak Mekdi nie. Tapi memang teringin nak try - perhaps time Merdeka nie bolegh pergi and makan kat Mekdi pertama di Malaysia nie la kot. Hehe

    BalasPadam
  15. Mekdi sememangnya makanan favorite saya terutamanya spicy chicken mcdeluxe. Masa belajar dulu tiap2 minggu mesti makan mcd. Haha

    BalasPadam
  16. Sebelum ni kan, nak try jugaklah nasi lemak mekdi tapi laku keras pulak. Kalau nak makan nasi kat mekdi selalu tak dapat tau. Geram je. Tapi mekdi memang tak mengecewakan. Yang bestnya siap brand mekdi tu. Nampak macam kelakar tapi tu yang menunjukkan betapa mekdi cuba menjalinkan hubungan yang rapat dengan pelanggan. Nampak lebih mesra gitu

    BalasPadam
  17. comel je MCD tukar nama kepada mekdi untuk hari merdeka ni. Sebagai customer tegar mekdi, rasa terharu jugak la bila mekdi buat macamni. tak sabar nak try nasi lemak mekdi nanti

    BalasPadam
  18. MEKDI - aloo comel sngat!lain drp yg lain, terus nmpk mlaysia.. jual plak nasi lemak.. hmmm bagus idea diaorg buat kita suka nk pergi.. syabas mekdi

    BalasPadam
  19. membeli sambil beramal. nasi lemak mekdi belum pernah cuba lagi, kalau makan dengan ayam goreng memang suami lalu sebelah pun tak perasan hahaha

    BalasPadam


  20. I like their Nasi Lemak actually, paired with the spicy chicken memang sedap... nice article here, I get to read some info about McD yang I x tahu

    BalasPadam
  21. I saw MEKDI news on TV last week. Wa I want to try the nasi lemak at there too. sure delicious kan hehe

    BalasPadam
  22. Akak dah try nasi lemak mekdi. Memang sedap. Sambal dia freshh...semua fresh...nak repeat lagi nanti.

    BalasPadam
  23. Comel je nama Mekdi jadi signboard besor besor dekat BB tu. Senang sebut mekdi tu. Semua orang tahu. Nasi lemak mekdi tu akak belum pernah cuba. Kalau ke mekdi mesti suka happy meal dia. Hahaha. sekeluarga suka toys. haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama