Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan
berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana
di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika
ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga
bintang-bintang.
p/s : bukan idea qaseh , just sharing ...
Comments
solat tiang agama ....
bagus entry qaseh ni..
rasa kepasrahan tu..
penuh peringatan.....
awwwww. likee this syta.!!
moga kita sntiasa jd hamba yg ingat Dia 24/7 :)
best la,,.. nak copy..
jika lima waktu sudah dipenuhi..cuba dhuha pula ya.. pasti tenang. insyaAllah
nice sharing dear =)
http://irsyanim.blogspot.com/2011/10/hangout-with-mr-right.html
huuu
sungguh peringatan
yg baek begitulah
1001 alasan berjuta kali alasan datur sebelom nak buat
hurmmm...
ok terasa.
thanks for sharing.
kita terlalu mencintai kehidupan dunia kita.
termasuk aku.
gambar tu wat aku rasa syahdu
really nice..:)
Entry yg menyentuh perasaan mama..
memberi byk peringatan...
menusuk kalbu.. best!
thumbs up!
nice one!
sama2lah kita menjaga solat kita..
interesting....
qaseh tq sgt2..dis poem sgt touch my heart...
hye qaseh mesti lame x jenguk blog atie kan..:)
ske ur penulisan..keep it up yee
menginsafkan
peringatan yg sgt menyentuh perasaan
bab isya' tu mmg dik.sbb masanya panjang selalu berlengah.pastu dah mengantuk lak..huhu
thanks for sharing..peringatan untuk diri sendiri juga..selalu terleka
mohdhazlan -
=)
sis qaseh -
qaseh jumpa dalam laptop je ni heee
fasihah -
sama2 mengingatkan
dek nuru -
tq syg
sis alexa -
insyaAllah sis
nur muhamad -
silakan =)
delarocha -
insyaAllah ...
hunnym shot -
tq dear
aimie amalina -
huhu tahu xpe .. emmm
suk -
jangan terasa =) qaseh pun mcm tu jugak sob3x
bro ghostwriter -
termasuk qaseh jugak bro ..emm
jiji -
same with me ..
umumra -
tq dear
mama gee -
qaseh pun sama huhuk
sis khairin -
just sharing huhu
sis mas -
insyaAllah sis
prince -
tq
syarif -
qaseh just share , bukan idea qaseh hehe ..
miszatie -
sory sgt dear , blog dah xde masa dengan qaseh huhu masa terhad .. sory syg ..
tq so much
fara -
terjadi dalam kehidupan kita
tentang kita -
hurmm sangat menyentuh perasaan kan
sis LM -
tahu xpe huhu
leen ya na -
yup qaseh pun selalu leka dalam dunia
Post a Comment