Lelaki ! Kau Nak Apa Sebenarnya !

10/01/2011

Assalamualaikum ...

Dulu2 kan masa qaseh budak hingusan lagi n waktu tu maybe baru lepas frust bercinta , selalu je tertanya2 apa sebenarnya lelaki nak dari seorang perempuan ... ? kadang2 heran sangat apa yang sebenarnya lelaki nak ?
[hensem tak pakwe saye ~ lalala] [foto]
apa yang kau inginkan lelaki , andainya ku punya banyak kelemahan tutupilah dengan kelebihan yang kau ada , jika kau terlalu yakin kau sudah cukup sempurna


1)KEBAHAGIAAN 
semua orang nak kan kebahagiaan right , tapi adakalanya dah dapat bahagia bertahun2 tetiba terjumpa perempuan lain , mula lah cakap ''saya tak bahagia dengan awak'' sedangkan dulu kau jugak cakap , siap canang dengan orang lain yang ''aku bahagia gila dengan awek aku''  .. tapi kenapa kau still curang andainya kau dah dapat kebahagiaan tu ! 

2)KECANTIKAN 
adakah lelaki sukakan kecantikan ? adakah hanya kecantikan dapat memberi kamu bahagia dan gembira ? betulkah hanya dengan muka cantik , body mantap .. kamu akan setia ? tapi kenapa terkadang dah dapat awek cantik dan hot ditinggal2kan pulak ! bukan tu yang kau nak ? alih2 kau cari jugak orang lain ... 

3)BODY 
atau lelaki memang suka wanita yang ada body cantik ? nakkan 'body' dan sanggup mempertaruhkan keikhlasan yang hanya palsu pada seorang perempuan yang sangat memerlukan tulang rusuknya , bukan kah lelaki yang perlu memimpin perempuan bukan hanya memusnahkan ...

4)BERPEGANG PADA AGAMA 
seringkali lelaki mendambakan wanita yang solehah , semuanya hanya inginkan yang solehah .. tapi ada jugak yang dah dapat solehah tergoda dengan perempuan yang hot , bila dah kehilangan baru lah menyesal .. baru kenal mana kaca dan mana satu permata .. peluang kadang2 hanya datang sekali ! kalau lah dapat yang bukan solehah bimbinglah dia .. ajari dia , kelak nanti kamu punya tempat di syurga ~

hati berbicara :
hai lelaki , jangan lah permainkan hati perempuan , ibarat duri menusuk hati , pedih seakan terhiris ... jangan penuh kan rasa sayang dalam hati mereka jika benar kamu tidak ikhlas .. kita semua hanya merancang tapi rancang lah yang terbaik bukan hanya merancang untuk memusnahkan hati2 yang mendambakan kasih syg dr tulang rusuknya ... jangan terlalu mengejar kesempurnaan , kelak nanti mata kita sudah buta untuk menilai permata =)
JUJUR SAMA AKU , APA YANG KAU INGINKAN ~ 

Comments

Ku Azhar said...

sy nk.................tido!!! :D hehehe

Anonymous said...

hmmm btol. tak faham ape yg laki nak =.='

Anonymous said...

hmmm btol. tak faham ape yg laki nak =.='

cintailmu89 said...

insyaallah.. Bagi diri iz sendri, iz bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pasangan iz nanti.. Moga kami saling melengkapi.. Cewah..hehe

Unknown said...

boleh tekan butang like sampai pengsan ?? huhuh ..

ghost said...

aku rasa,lelaki sekarang lebih banyak yang berhati-hati.

perhubungan tidak menjamin pilihan.

Abu Bagi said...

tidak dapat dinafikan mmg itu adalah sebahagian yg lelaki nak.. tapi terpulang kepada penafsiran yg mungkin berbeza..

CikPuanWanda said...

BETUL TU..kdg2 kita tataw apa yg diorg nak sebenarnya

Unknown said...

pesanan buat laky

umUMRA said...

Lelaki hanya bermulut manis dan mencari alasan..hmmm

FarizAtie said...

yeahh..btol btol btol..:)

perjalanan pulang said...

Hai anak,sengaja saya hadir kesini untuk melihat kamu dan persoalan kamu. Hidup ini tidak sepanjang mana, jangan menghurai rambut dan kemudian menyimpulnya dan kemudian menghurai kembali. Kau tidak akan temui apa yang terbaik sebaliknya jadikankanlah yang tidak baik itu menjadi terbaik.

ewanthology said...

rumit perihal ini. sangat subjektif. bergantung kepada individu itu sendiri.

♥ Nana BamBam ♥ said...

lelaki susah nak faham la qaseh...x tau la apa yang kaum lelaki ni nak..hum

Unknown said...

aku nak yang mencintai aku seadanya..

abadi romeo said...

benci betul nampak nya kat lelaki..tak semua lelaki cam tu..

Nuruashia said...

body tu penting hohoho3

Liyana Zahim said...

Kdg2 bile dpt yg baik kte nak yg lg baik.. Semua mnusia mcm tu qaseh... Syukur lau da ada org yg btol2 syg.. Yg frust kne main tu kesiannye lah..

HusnaShuib said...

Kita sbg perempuan, kena jadi perempuan yg baik.

Dan lelaki yg betul betul suka kita akan belajar menerima kita seadanya kan :)

Yana Kama said...

betul2..kompiuskan apa diorang nak sedangkan sometimes kita rasa kita da cuba jadik yang terbaik untuk diorang :D

mas saari said...

kadang2 lelaki ni complicated kan? nak apa pun kita tak tahu..

Cik Pulau said...

paling tak suka lelaki yang mempermainkan hati perempuan..
rasa macam nak benci dia seumur hidup..
tapi tak boleh..huhhu

Jo Qusary said...

sebenarnya lelaki tak mampu mengawal nafsu, pantang nampak semua di atas pd perempuan lain dia akan jadi lupa diri... sebab itulah Tuhan anugerahkan lelaki dgn 9 akal kerana satu akal yg dimiliki lelaki tak mampu mengawal satu nafsunya yg buas... bayangkan sekiranya lelaki ada 9 nafsu spt perempuan (yg memiliki satu akal kuat yg berjaya mengawal dan mengatur kesemua 9 nafsunya yg tak berapa buas)... dah tentu dunia nie dah kiamat terus sebelum tiba masanya...

SYARIFF HAIKAL said...

dimata perempuan hanya ada sorang lelaki yg dia cintai namun dimata lelaki itu sebaliknya. ianya lahiriah dan kemahuan yg ada pada diri lelaki. hanya dia yg mampu mengawal dan menyekat kemahuan itu dan sedarlah dia tetap syg pada yg satu walaupun matanya melihat pada yg laen tp hatinya tetap.

Unknown said...

sukar mengerti apa yg lelaki inginkan dlam kehidupoan mereka...wlpn tlh melakukan yg terbaik still buruk di pansangan mata mereka...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

manusai memang tak pernah puas...