• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 

Untuk kesekian kali jari-jari tidak melontarkan bahasa jiwa , hari ini terasa rindu dengan bait - bait usang . Bila berbicara soal rezeki semua tahu rezeki itu bukan dari wang semata , bukan dari apa yang kita nampak dari pandangan mata kasar . Jika hanya apa yang kita nampak itu lah rezeki kita , tak mungkin kita boleh hidup hari ni . 

Pernah tak kita mempersoalkan rezeki seseorang , kenapa dia dapat sedangkan aku tak dapat ? Padahal aku lebih layak . Repeat ''padahal aku lebih layak'' , dari situ kamu sebenarnya tidak tahu apa itu sebenarnya rezeki , di fikiran kerana kamu di atas hanya kamu yang merasa layak ? Orang tua selalu berkata ''andai ada rezeki adalah , andai tiada pasti yang lain akan menyusul . Betapa rezeki itu hanya Allah yang mengetahui bukan mengira kamu di tangga teratas mahupun di bawah .


Kadang-kadang kan kita tidak sedar , untuk diri sendiri jugak . Setiap rezeki yang kita terima setiap hari Allah telah percukupkan keperluan kita . Kita minta la lebih manapun , akan lebih juga keperluan seharian . Contoh , kadang-kadang kita terima rezeki hari ini , tapi tiba-tiba tayar kereta bocor . Rezeki yang kita dapat untuk keperluan kita juga , mungkin kita sedih rezeki itu hilang tapi bukankah Allah juga telah permudahkan urusan :) Itu juga rezeki yang kadang kita pandang sebelah mata

Kita ni kadang hanya mampu menggengam sesuatu mengikut genggaman kita , jika terlalu memaksa pasti semua tu akan terlepas. Cuba tengok di sekeliling kita , di sebelah kita , siapa yang ada , siapa yang selalu menemani , lihat pula pancaindera kita , sihat tubuh badan , anak-anak kita . Semua tu lah rezeki paling besar, dan setiap kehadiran mereka jua sebagai pengantara rezeki , pemberi rezeki , tapi kenapa kita sibuk mempertikaikan rezeki orang , sedangkan kita tahu penyayangnya Tuhan , bagaimana pun kita rezeki tetap ada , sikit atau banyak , jika bukan di sini pasti di sana. 

Hati Berbicara :


Bila kita gembira dengan kejayaan orang lain , kawan-kawan kita dan doakan mereka , malaikat juga akan doakan kita . InshaaAllah benda-benda baik je kita akan dapat . Bagi yang pernah membandingkan atau iri hati dengan rezeki orang , berhenti lah mempersoalkan sesuatu yang bukan dalam kawalan kita . Masing-masing ada rezeki masing-masing , mereka berusaha kita pun berusaha , selebihnya Allah jua pemberi rezeki.

Namun rezeki yang luas adalah rezeki yang mempunyai keberkatan di dalamnya :)



Assalamualaikum

First time aku menjoinkan diri untuk aktiviti macamni , mula-mula tengok dari atas ke bawah , ketar lutut , berdebar-debar , segala kemungkinan bermain dalam benak fikiran ,
kalau tali tu putus macamana ?
kalau aku mati macamana , mesti hancur .
aku takut .. tapi aku paksa diri dan letak segala-galanya hanya pada DIA 
alhamdulillah ..

begitu jugak dengan hati kita , sebenarnya kita boleh buat tapi kita kena paksa hati , paksa diri lebih-lebih lagi ke arah kebaikan , bila dah terlalu lama kita rasa kita ni jahat , tak mampu , kita selalu fikir Allah takkan terima aku dah , padahal Allah membuka seluas-luas pintu taubat , cuma DIA nak tengok usaha kita , ada tak kita berusaha ? ada tak kita ubah sesuatu yang buruk itu kepada yang baik ? ada tak kita terfikir betapa dinginnya hati kita dengan yang Maha Pemberi , ada tak kita rasa kita ni terlalu sombong sedangkan apa yang di bagi hanya pinjaman ~

Allahu ... 

Biarlah apa org nak cakap , dia nak cakap kau hipokrit ? dia nak cakap kau munafiq ? dia nak cakap kau hanya berilusi dengan bayang-bayang sementara ~ biarlah sayang , asalkan Allah tau apa sebenarnya hati kau mahu , apa sebenarnya yang terdetik hari-hari dalam hati mu , even kau tak luahkan tapi Allah tahu apa yang kau nak , cuma kau xde keberanian . kan ? kau malu ? kau takut perubahan yang kau buat takkan sampai penghujungnya ...

Aku pun tengah berusaha , kalau kau nak tahu , hari-hari aku jatuh , hari-hari aku tersungkur , dengan apa ? dengan nafsu sendiri .. nafsu dunia , aku dah niat tahu ? hari ni aku nak buat ni ~ hari esok aku nak buat tu  ~ tapi kau tahu apa ? aku jatuh lagi , aku lari dari niat asal aku .. menangis kau tahu ! tapi alhamdulillah , sedikit demi sedikit hati aku lebih kepada positif , bila aku nak buat something , hati aku sendiri yang akan cakap , tak baik sufura , tak baik tak baik tak baik ~ sampai lah aku tak buat , cuma kadang memang kita akan tersasar .. cuma jgn biar ia tersasar lama-lama .. sekurang2 nya kau menyesali dan bangun lagi cuba untuk paksa lagi .. Allah nampak sayang ~ 

satu benda yang paling aku benci waktu sekolah , aku benci pakai stoking dan handsocks sebab aku rasa itu hanya peraturan sekolah yang entah apa-apa , dulu ~ tapi sekarang baru aku tahu , kaki pun aurat ! sukahati hang je cakap itu hanya peraturan sekolah kan .. hurmm banyak sebenarnya lubang-lubang dalam diri aku yang masih belum terjaga , kesiah ayah aku .. nanti kalau aku kahwin takkan aku nak bebankan suami aku pulak ? kesian mereka yang tak bersalah ......... terpaksa menanggung dosa kerana erti sebuah 'kasih sayang'

semoga hari-hari aku membuatkan aku semakin kuat , terima kasih kawan yang sentiasa positif .. yang banyak melihatkan aku tentang ini semua , betapa penting ada kawan-kawan yang tak lokek dengan ilmu , semoga aku juga jadi seorang kawan sebegitu ..... in shaa Allah 

hati berbicara :

       

              حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Pada Dia terletak harapan. Pada Dia adanya kekuasaan.
"Allah knows while we know not."
Dan semuanya kerana Dia; Tuhan.








1. Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.

2. Kita mungkin kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan) sehingga seratus ayat setiap hari.

3. Kita pergi ke masjid untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.

4. Kita melewati sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan mereka yang berada di alam kubur.

5. Kita (bagi kaum lelaki) pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat, tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.

6. Kita mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk menambah ilmu pengetahuan darinya.

7. Kita mungkin berjumpa kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Kita mungkin juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.

9. Kita membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.

10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di rumah.
 

Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima oleh Allah Taala.Amin.
Assalamualaikum 
qaseh xde mud sangat nak update blog , sebab tengah di uji dengan ujian kesihatan , mungkin Allah ingin membasuh dosa-dosa , alhamdulillah cuma rasa tak tertahan .. diuji sedikit pun menangis , memang hati langsung tak kuat ..kau kena belajar jadi kuat qaseh ! huh hati sering bermonolog tapi air mata tidak berhenti menitis .. 

hari ni qaseh nak berkongsi tentang sebuah nasihat , kadang-kadang menasihati orang ni sangat-sangat senang , guna lidah , guna kata-kata yang indah , kata-kata yang tak habis di mamah dunia , tapi yakinkah kita apa yang kita nasihati itu meresap masuk ke dalam hati orang yang kita nasihat ? lebih-lebih lagi kita nasihat seseorang tu dengan perasaan marah , sinis , tajam mahupun perlian .. tak semua boleh menerima nasihat dengan cara sebegitu ..

 
[gambar] 
moga Allah redha dengan apa yang kita buat 



kadang-kadang kita rasa bila kita menasihati orang , kita rasa lebih baik daripada dia , yelah kan aku nasihat kau aku lebih baik dari kau , kalau tak ~ takde makna aku yang bagi nasihat kan ?? Allahurabbi jangan sayang ~ bila kita ingin menasihati orang sebolehnya janga ada rasa diri kita ni lebih baik dari dia , nasihat akan berkesan jika pemberi nasihat tidak merasakan dirinya lebih baik dari yang dinasihati ..

sebelum kita hendak menilai seseorang , kita kena nilai diri kita sendiri dulu , dan pandanglan semua orang dengan sisi yang baik , setiap manusia ada keburukan dan kebaikan , pandang pada kebaikan dan nasihatilah jika ada keburukan .. jangan pernah rasa kita ni sebaik-baik alam , kerana ia akan mendatangkan sifat ujub dan riak .. bukankah itu lagi menjauhkan kita dari syurga .. perbaiki niat ye sayang ... =)

hati berbicara :

maaf tulisan kali ni tak sepenuhnya dari jiwa , terasa ada kekurangan ..
mungkin keadaan diri yang tidak berapa sihat ,
sharing is loving =)





Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan surah al-ikhlas
  • Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
  • Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
  • Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
  • Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  • Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 
 hati berbicara :
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Assalamualaikum ..

sekarang time update blog pukul 12 tengah malam yo , jangan pikir bukan2 ceq masih lagi manusio yo ..

bila waktu-waktu sunyi macam ni , aura-aura keinsafan tu sering hadir , terus berfikir apa yang aku buat hari ni , apa amal yang aku lakukan hari ni , dosa apakah yang aku buat hari ni .. berkat ke hidup ku hari ni , apakah kerja aku hari ni di rahmatiNYA .. bermenung sendirian , Allah.... kadang-kadang hari makin bertambah dosa pun sering mengekori .. amal tak ku ketahui .. semakin sikit atau semakin banyak .. adakah di terima Nya .. semoga Allah redha .. seringkali ~ tiap-tiap malam berfikir tapi esok seakan apa yang difikir hilang , lenyap ..

dalam mengembara dunia kita akan jumpa ratusan nafsu yang menyekat kita , ratusan ribu aura-aura negatif yang menghalang kita .. bukan senang nak hidup di dunia , tapi andai hidup senang di dunia apakah senang hidup kita di sana ? ''neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan , manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran''


sky
yaAllah uzlah aku dari kejahatan diri agar tidak mengjankiti orang lain ,qanaah aku agar tidak hasad pd nikmat yang di beri kepada yang lain , sabar aku dengan karenah insan yang menjadi bahan ujiMu utk mendidikku, syukur aku pada nikmat yg ada tanpa mengenang apa yang tiada , pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka 


seringkali aku mengeluh , bila aku di uji dengan sekecil kuman , hati aku meronta bagai di tikam belati tajam , aku lupa semua tu dr siapa , aku lupa org lain lagi hebat di uji ,, sedangkan ujian aku di celah gigi mereka .. aku lupa dan terus lupa ~ sebenarnya Allah ingin menguatkan aku kerna aku juga lupa seringkali aku berdoa semoga Allah kuatkan hati aku !! melalui ujian .....

manusia ~ kita berdoa , dan terus berdoa tapi kita tak sedar Allah makbulkan doa kita melalui ujian , hey senang-senang kau nak Allah makbulkan doa kau tanpa kau rasa kesusahan ... di uji lepasi ujian itu kau akan dpt hasilnya .. untuk itu tadbirlah hati kita untuk menerima takdir dengan memaksanya menerima hakikat bahawa apa saja yang terjadi pasti ada hikmahnya ..

ya..

pasti ada hikmahnya .... =)

hati berbicara :
tak apa jika kita gagal dalam mencari diri kita di sisiNya 
Allah nampak usaha kita 
Allah dengar tangis kita 
Allah sembuhkan hati kita balik
tapi 
jangan sesekali putus asa .. kerna Allah akan bersedih bila kita putus harapan 
Allah rindu akan doa-doa kita 
melalui ujian itu lah rindu Allah makin kuat 
cuma ...
kita yang tak nampak ... 
semoga lepas ni kita akan nampak dan sabar ye .
sayang ~ 
(sila niat dlm hati aku akan terus kuat dan takkan putus asa)
Assalamualaikum ..

alhamdulillah dah nak masuk bulan syawal , sebelum terlambat qaaseh nak ucapkan selamat hari raya buat semua , tak apa lah andai tahun ni beraya di perantauan jangan sedih ,, itu pengalaman indah

Kalaupun org lain dalam kasut kita belum tntu dia rasa Lecet jari yg sama ..mgkin tumitnya yg lenguh, mgkin bkn jarinya yg lecet..kasut yg sama, kaki yg beza .. pengalaman yg sama penerimaan yg beza .. hati manusia rumit dan sulit...

kadang - kadang senang sangat nak sembunyikan something dalam ketawa , tapi sangat susah nak sembunyikan kesedihan tu dalam hati ..kau ketawa sepanjang jalan pun balik rumah karang selagi ada benda yang buatkan kau gelisah ,, kau sendirian menangis ... tak tahu nak menceritakan situasi kau kat org macamana dan tak suka bila orang tahu apa yang kau kusutkan .. boleh jadi beban kat dia , boleh jadi buang masa dia untuk dgr something yang entah apa2 .. kau pendam dalam-dalam , kau peluk erat segala sakit sedih kau .. esok kau bangun pagi gelak mcm biasa ,,, hingga hari terakhir kau kat dunia ni ..

sebenarnya Allah dah bagitahu , Allah uji setiap ujian tu atas kemampuan hambaNYA , andai kata benda tu atau masalah tu bagi orang yang mendengar tu mungkin small matter tapi pada yang menanggung sgt berat , atas kemampuan beliau ..cuba sabar je lah dapat membantu .. ada satu hal benda tu akan jd sakit bila kau xdpt lepaskan .. dan boleh jadi kau lepaskan bersama amarah .. bersama setan ~ 

aku kongsikan segala masalah aku pd DIA hanya DIA yang mampu mendengar dan hanya DIA yang mampu memberi jalan untuk ketenangan ,, sebab semuanya kerna DIA .. kadang-kadang bila bodoh menguasai diri cakap pun tak fikir apa dah . padahal benda tu ada penyelesaian dia .. kadang-kadang jugak diam boleh membantu mengawal keadaan menjadi lebih buruk ... =) kita hidup ni bergantung pada sabar , andai sabar kita tipis benda yang tak brlaku pun pasti akan berlaku .. sebab sabar je mampu halang kita dari jatuh dalam gaung yang curam ~ 

hati berbicara :

kalau satu hari nanti , andainya kamu lihat aku terlalu sedih jangan tanya aku kenapa , sebab aku tak mungkin dapat bagi jawapan .. tapi bagi lah kata2 semangat untuk aku terus hidup bergantung atas rasa sabar , sabar yang makin hari kdg semakin menipis .. tapi aku still akan bergantung atas sabar tu hingga Allah memberi peluang untuk aku menjawab segala2nya dengan rasa sabar juga tanpa mengguris sedikit pun hati manusia yang lain ~
ada org cakap aku selalu hepy je ...
yup aku mmg selalu 'hepy je' disulami gelak ketawa dan kuntum2 senyuman sebagai hiasan ~ 
dan hikmah di sebalik semua kau jadi lebih kuat dan matang ~ 

Assalamualaikum .......

apa khabar semua hambaNya ? sudah bersyukur kamu dengan segala nikmat yg kamu ada ? ... jika di hitung  lebih luas dari air di lautan ... walaupun nikmat nye kecil , bersyukur ..kelak nanti nikmat yg kecil itu sentiasa mencukupi .... =) 

hari ni cuti so dapat lah luangkan sedikit masa untuk blog kesayangan hamba ni , nak berentry pasal doa ..setiap orang pasti ada keinginan .. ingin berubah ke arah yang lebih baik , ingin menaiktarafkan hidup ..ingin kerjaya yg hebat .. ada ketika juga manusia pasti merasa lelah , kecewa , sedih , gundah gulana .. saat sedih la saat kita terkapai-kapai mencari Allah .. bila gembira , 'alaaa relax dulu , wat dek '' ..tapi kesedihan membuatkan seseorang itu hilang arah .. menangis lah , menangis didepanNya yang satu .. berdoalah sayang , berdoa semoga hati itu kian tabah ...........tabah dengan segala2nya ...

tapi hakikat manusia ..bila apa yang di doakan itu tidak menjadi hak miliknya .. mula berfikir Allah tidak sygkan dia , mula berfikir segala yang buruk , mula menyalahkan takdir ..mengatakan Allah tidak adil ! maaf kan hambaMu ini ya Rabbi pernah suatu ketika dahulu aku juga sering bersangka bukan2 .. yaAllah teruknya iman di hati yang kian lusuhh ... tapi hari ni aku sedar , aku yakin dengan segala perjalanan yg Allah telah berikan walaupun apa yang aku inginkan tiada dalam genggaman .. aku redha .. terima kasih yaAllah ..

so kepada sayang2 semua , kita jangan pernah berhenti berdoa dan usaha , berdoa itu satu ibadat .. teruskan ibadat mu .. di mana2 sahaja ..doa tidak pernah membebankan, tidak pernah memberatkan ! tidak pernah melelahkan ~ insyaallah ...hati kamu kian tenang .. sabar ye sayang , kita sama2 berdoa .. berdoa kearah yg lebih baik .. bersangka baik pada Allah s.w.t .. kamu sedang di uji ..betulkah kamu hamba2NYA ??

hati berbicara ♥♥
Kehidupan ini memiliki rahsia yg trsembunyi dan tiada sesiapa mengetahuinya ..adakala apa yg kita harapkan tidak menjadi ..sebaliknya apa kita tidak minta kita perolehinya ..hanya Allah yg tahu apa yg trbaik utk kita dan yg tdk baik utk kita..Allah mengetahui apa yg sdg dan telah trjadi ..hanya kita yg slalu keliru dlm mnilai sesuatu keadaan .. shgga kdg2 kta brdoa hendakkan ssuatu sdgkan Allah mngetahui ia tidak bik utk kita ..Allah menggantikan dgn yg lain tp mgkin kita tidak perasan dan sedar - jangan pernah brhenti untuk brdoa .. doa itu satu ibadat ♥
Assalamualaikum....

hati tengah terluka , terluka dengan keadaan terluka dengan seseorang .. teringat kata-kata seseorang , bila mana kita di tempat orang , berhati-hati bila berkawan .. jangan letak sampai kat perut ,kawan saje-saje ,jangan terlalu baik ... skang ni hati bersetuju , rindu nye kawan-kawan yang dulu .. yang masih terikat di hati , yang sentiasa menasihati ..yang kata-kata nya penuh sopan , tak pernah maki .. tak pernah biarkan hati ni terasa .. susahkan .... haihh nape pulak teringat kata-kata dia , rindukah ? hanya teringat .... =) 

tapi sekarang aku just ambil sikap diamkan diri , biarlah apa yang dia nak fikir , terserah pada dia , siapa aku untuk menasihati dia kan , dia pun cakap diri pun tak betul , nak nasihat orang.. biarlah  api mana boleh di simbah dengan minyak .. berlembut jalan terbaik .. sebelum ni pun lagi berat ujian bila di fitnah kacau husband orang kan .. hati kena kuat ye syg , Allah sayang hamba2nya yang sabar ... sabar ye sayang ,sabar ye.. tapi air mata sedang menitis .. yaAllah nape sentiasa aku yang kena .. sdgkan aku cuba buat yang terbaik .. =(

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” - susah nak cr kawan mcm korang , 12 tahun dah kte kawan ..


hurmmm ..terasa nak peluk seseorang nak lepaskan segala2nya .. tapi xpe lah , hidup ni bukan untuk bergembira , walau tiada manusia pun di sekeliling janji Allah sentiasa ada .. kuatkan iman untuk bersabar ,biarlah ~ janji jangan tiada Allah bilamana ramai manusia di sekeliling .. jauhkanlah ~ .. pasni aku buat je hal aku .. korang nak mengumpat ke nak mengata ke .. terserah lah .. aku hidup smentara je kat dunia ni , someday tempat sama jugak kita cari ... its ok my dear .. find your own happiness .. =)


hati berbicara :
photo

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. - rujukan





Assalamualaikum ...

manusia mana yang tak perna melakukan kesilapan , manusia mana yang tak pernah terpalit dengan dosa.. jika di hitung adakalanya dalam sehari pasti ada lakukan dosa , dosa kecil mahupun besar dan tak mustahil ada manusia yang pernah hanyut di suatu ketika dulu .. kini sedang menangis meminta taubatNYA , sdg berteleku di atas tikar sejadah mengharap keampunan dari kenangan2 silam yang sering menghantui hidup ... alhamdulillah ...

orang kata orang yang baik sering di uji dengan pelbagai ujian , orang yang ingin berubah ke arah kebaikan bertimpa2 pula ujian dariNYA , Allah nak tengok sekuat mana perubahan yang kamu ingin lakukan , jangan berputus asa , jangan berhenti berharap .... tapi ujian yang paling sakit bila kita benar2 ikhlas ingin berubah ..ada manusia dari kenangan silam still pandang kita jelik , still pandang kita jahat , still pandag kita manusia yag palig jijik ... tanpa sedar dia menumpang hak Allah untuk menghukum manusia ... sedangkan Allah maha pengampun ,Allah mendengar setiap doa2 hamba2Nya .. Allah sukakan doa2 hamba yang ingin kembali padaNya ..sdgkan manusia lebih pantas menghukum !
Saat hati berkata ” INGIN “, namun ALLAH SWT berkata ” TUNGGU “. Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH SWT berkata ” TERSENYUMLAH “. Saat segalanya terasa ” MEMBOSANKAN “, namun ALLAH SWT berkata ” TERUSLAH MELANGKAH “. kita merancang„, ALLAH SWT juga merancang..tetapi perancangan ALLAH SWT JAUHHHH lebih baik.. :’)  ♥


entahlah aku pun sering terpalit oleh dosa2 .. sering di hambat dosa2 lalu , insyaAllah Allah mendengar setiap rintihan dari hambaNYA , biarlah manusia yang berasa gah ingin menghukum kita ... biarkan mereka ketawa berdekah2 dengan setiap aib yang dia bukakan .. Allah mengira segala2nya .. jgn risau hati2 yang ingin berubah , jangan bersedih hati-hati yang ingin kembali taat .. jangan goyah dengan manusia sebegitu ..kerana kita tak pernah rugi ...


sahabatku .. adakalanya bila terlalu seronok kita sering hanyut , kita pekakkan telinga bila bait2 nasihat di beri ... tapi wahai hati yang lain tolong berhenti melihat keburukan lampau yang dia pernah lakukan , kasihani dia , bantulah dia .. adakala kita tersasar hingga tersungkur .. dia bukan malaikat untuk mnjadi insan yg sgt sempurna ..dia adalah hamba seperti kita ... berhenti lah mengungkit kenangan yang dah lama mati ... sahabat yang baik bukan melemahkan tapi membantu menaikkan semangat ....... =) salam sayang dr qaseh yang penuh khilaf..  ♥



Assalamualaikum ....
lama tak menulis entry , rindu teramat sangat .. tapi biarlah kadang-kadang benda yang kita miliki pun boleh hilang dalam sekelip mata .. =) hope u all always happy

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran

dalam diri kita punya cahaya , cahaya yang terselit di celah2 kegelapan , jangan pernah rasa kita akan sentiasa hidup dalam kegelapan kerana satu titik hitam atau satu kesan mendalam .. bukankah Allah itu maha penyayang , Allah sangat sayang kan kita .. sangat2 sayangkan umatnya ~ tapi kenapa seringkali kita tidak menghargai kasih sayang yg Allah berikan ? sekali kita lakukan dosa ..adakah Allah itu terus menghukum kita ? tidak bukan ! Allah sentiasa berikan kita peluang ... 

tapi...

adakah kita masih nampak peluang yang kita ada ? atau biarkan saja lubang2 peluang tu berlalu ibarat angin bersama noda2 yang kian bertambah ? bukankah di hati mu masih ada cahaya ~ hidupkan lah sayang , biarkan cahaya tu menerangi segala kegelapan yang ada.. yakinlah cahaya itu akan terus marak menghilangkan kesan2 hitam .. marakkan lah agar ia membara ! dan cahaya itu lah yang akan membawa mu ke dunia yang sangat indah ... meninggalkan segala kekecewaan di dunia yang sementara .. hidupkanlah cahaya itu sayang .... 

hati berbicara :
walau orang kata kita teruk ..
walau orang kata kita jahat ...
walau orang kata kita jahil ..
24434 sentiasalah hubungi tuhan kita yang SATU .. agar arus rasa tidak putus ..
hanya dia mengetahui hati kita yang sebenar2nya .. insyaAllah kita mampu berubah =)


Assalamualaikum ..

tadi dah call mak , dah bercakap dengan mak , alhamdulillah kerinduan terubat jua =) tapi sisa rindu masih ada di keping-keping hati yang tadi membengkak ..

Allah tahu segala-segalanya .. jangan lari dari kenyataan .. kerna larian mu takkan pernah berakhir 

benar .. apa yang ada di hati kita hanya kita dan Allah saja yang tahu walaupun itu cuma hanya terlintas di hati , dan manusia lain tidak akan pernah nampak ada kah hati kita punya sedikit kekotoran ? adakah kita ini terlalu suci sehingga satu dosa pun kita tidak pernah lakukan ? 

tidak bukan , terkadang kita sering memaparkan hanya kebaikan2 di mata manusia , di kalangan watak2 yang ada sebagai pelakon dunia , dan kejahatan kita sorokkan di hati , sedangkan Allah itu maha mengetahui , kita terlalu malu dengan manusia ,tapi kita langsung tidak malu dengan Allah .. apa saja kejahatan yang kita buat kita sorokkan di mata manusia tapi bentangkan di mata Allah .. 

cuba kita fikir balik , sebenarnya siapa yang patut kita malu , takutkah kita jika kita kehilangan pujian daripada manusia yang hanya mampu melihat dengan pandangan zahir ? atau takutkah kita jika kita kehilangan pujian dari yang maha ESA ? jangan terlalu agungkan pujian daripada kebaikan yang kita ciptakan .....

hati berbicara :
aku juga hanya insan yang hatinya penuh dengan kekotoran , jangan pernah memuji ku kerana kamu hanya melihat dari pandangan zahir , jangan timbulkan aku dengan perasaan riak kerna ia akan menjauhkan aku dari pintu syurga .. sedangkan dosa yang ada masih belum ku basuh .. dan mampukah ia kering sehingga tampak begitu suci ? hurmmmm 
Assalamualaikum..

Ada surat untuk kaum hawa dari seorang hawa , 
dulu waktu zaman jahiliah , hak kita di cerobohi , antara kita sudah di tanam hidup - hidup , dulu kita hanya sampah di mata lelaki .. tiada nilai , sedih ! kadang - kadang jadi hamba nafsu sahaja ..tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam darjat kita di angkat , kita kian di hargai dan seakan dunia ini hanya tempat untuk wanita solehah ..

kaum hawa ,
kenapa seringkali kita tidak menghargai islam yg menghargai kita , kenapa kita masih kaku untuk ikuti ikutanNYA , kenapa kita masih segan mengamalkan isi kandunganNYA , kenapa hawa ~ kenapa masih was-was dalam mematuhi peraturanNYA..

kaum hawa yang di sayangi ,
jangan kau goncang keimanan lelaki dengan lembut pertuturanmu , dengan alunan gerak tubuhmu , dengan keayuan wajahmu .. jangan kau hentak-hentak kakimu untuk menarik perhatian kaum adam , jangan kaum hawa ~ jangan kau buat begitu kerna aku takut ia mengundang kebencian Allah s.w.t


kaum hawa ....
andai kau masih remaja jadi lah anak solehah kepada kedua orang tua 
andai kau sudah bersuami jadilah insan yg meringankan beban suami mu 
andai engkau seorang ibu didiklan anak mu agar tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah 

hawa ...
andai kau masih belum bertemu jodoh , jangan pernah risau , ingatlah hawa akan janji2 Allah wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik ,, jangan gadaikan maruahmu hanya untuk seorang lelaki , jangan memakai pakaian yg menjolok mata hanya kerana ingin perhatian dari kaum adam , kerna kamu bukan memikat hatinya tapi kamu merangsang nafsunya ..

kaum hawa , 
lelaki yang baik tidak melihat rupamu , lelaki yg soleh tidak melihat keseksian mu , lelaki yg warak tidak menilai melalui keayuan wajahmu .. tetapi hawa , lelaki yg baik melihat akhlakmu ,peribadimu , ad-din mu . ingat hawa ..lelaki yg baik tidak menginginkan pertemuan dari kamu kerna takut syaitan menggodanya , lelaki yg warak tidak bermain cinta kerna dia tahu matlamat dlm antara lelaki dan perempuan .

 hati berbicara :
 duhai hawa ..
andai kata tiada cinta dari Adam untuk mu cukup lah cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu ,cukuplah cinta ke dua ibu bapa mu memberi kehangatan bahagia , cukuplah cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu .Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
just sharing ~






Assalamualaikum..

aku , kau punya kelebihan , aku , kau punya kelemahan .. tapi kelemahan boleh di ubah jadi satu kelebihan ,  kalau kita malas benda tu boleh ubah kan ? melainkan kita cacat or benda2 yang memang kita tak boleh nak ubah .. semua tu tanpa kawalan kita , redha .. senyum 

bila kita bercinta atau sayang kan seseorang , yang masam bisa jadi manis .. busuk bisa jadi wangi , yang kita nampak cuma kebaikannya , bukan senang meneka kebaikan seseorang walaupun dia taat dalam ibadatnya kerna ada satu cerita 

"Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.', “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." , sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan

sebab tu kita kena kenal betul2 hati budi seseorang , supaya kelak kita tak menyesal , kita tidak tertipu dari pandangan luar saja , tapi jika jodoh kita dengan orang yang teruk perangainya , kita lah yang berhak mengubahnya menjadi yang lebih baik .. perjalanan kita Allah yang tentukan walaupun jalan kita teruk , kita lah yang perlu mengubahnya .. =D

hati berbicara :
 jangan terlalu asik dalam memandang dunia  yang di liputi kain kepalsuan , kelak nanti bila mata itu sudah terbuka ,hidup pula dalam kegelapan ..
saya cuma tekankan di sini , proses mengenali hati budi itu sgt penting
Assalamualaikum ..

Rasulullah S.A.W dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut ada dalam mangkuk tersebut

[credits foto]

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a berkata :
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". 


Umar r.a. berkata :
''kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata:
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

'Ali r.a. berkata:
 "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Fatimah r.ha.berkata :
 "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Rasulullah SAW berkata :
 "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Malaikat Jibril AS berkata :
 "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Allah SWT berfirman :
" Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”


hati berbicara :
[credits foto]
hurmm kadang2 kita hambaNYA yang penuh dengan kekurangan menganggap segala amal yang perlu kita lakukan sangat sulit dari meniti sehelai rambut .. tapi bila buat kejahatan sangat2 senang ... 
T_T
apakah ada kemanisan pada diri kita melebihi manisnya madu ?

Assalamualaikum..
alhamdulillah mendung je pagi ni ,semalam hujan ..

''hanya padaMu ku meminta syafaat''

Derhaka dalam taat pd Allah ? apa tu ye ? entry ni sebenarnya berkaitan dalam bulan2 islam lebih2 lagi lailatulqadar ! 

cuba tanya pada diri kita sendiri ! apakah malam yang paling mulia di sisi Allah ? kita pun menjawab malam lailatulqadar yaAllah ~ apakah malam yang mulia di sisi kita ? nisfu syaaban ! sedangkan malam lailatulqadar tu lebih mulia di sisi Allah tapi kita kadang2 lebih mengutamakan nisfu syaaban , menghidupkan masjid ,membaca quran ,surah yassin ! betul tak ? sedangkan malam lailatulqadar yang kita tak tahu , kita tak menghidupkan masjid seperti mana nisfu syaaban ! yang ada pun hanya segelintir rite ? itulah derhaka dlm taat ~

bagi orang arab , 10 ramadhan terakhir kalah musim haji ! mencari lailatulqadar ! sedangkan pd nisfu syaaban biasa2 je .. tapi malam tu masyaAllah semua orang sibuk mencari ~ membuat amal !sangat hebat ! dan malam lailatulqadar lah malaikat2 turun menziarahi masjid2 dan rumah2 , bilangannya WALLAHUALAM ..

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
The angels and Jibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair,

Tanazzalul Malaaikatu War Ruuhu fiyhaa Bi Idhni Rabbihim Min Kulli Amr - ayat ni menunjukkan malaikat2 akan turun kebumi .. ye nak g tengok ! muka mana yang ada kat masjid2 ! ye nak tengok penghuni2 setiap rumah tu duk buat mende .. baca quran ke , solat ke , online fb ke .. macam2 ..dan jenis2 rumah yang malaikat pergi ..

1- Rumah yang bersih dan suci ..
ce try cek tengok umah kita gane .. bersih dop ? bersihh ! tapi suci dop ? bersih dan suci ni lain ye berbeza , kalau suci ni bebas dari najis2 atau kotoran2x.. 
contoh kalau rumah ada budak2 kecik ,adik2 kita ! mak tukar lampin pastu lepek lampin tu kat lantai ! u understand what is 'lepek', lepek ni letak lah , pastu kita tak basuh dengan air , mana lah tahu air kencing yang ada kat pampers or lampin tu dah kena lantai ..so tidak suci lagi ! ilang lah dara ..~ erk

2-ahli rumah yang sentiasa berzikir dengan lidah dan hati 
hati yang sentiasa berharap ,kalau nak wat mende2 pun hati duk sebut 'Allah Allah Allah~
ada ayat2 al-quran kat dinding yang bangla2 dok jual berlambak kat pasar2 tu .. tepek kat dinding ,kalau tengok je mesti lah kita baca kan ..

3-penghuni yg sentiasa menunaikan solat

4-penghuni yang makan hasil dari halal 
contoh yang kerja kerajaan ni , buat overtime konon2 or punch card tu , masuk pukul 11 tapi buat situ pukul 10 ,takut bos marohhh ! padahal bos besar kat atas duk tengok ..so halal dop yang sejam tu ? tak halal ! maknanya haram ! dapat gaji beri kat anak bini !

5-rumah yang sentiasa menghubungkan silaturahim 
ni jenis rumah yang peramah , dop suka gaduh dengan jiran2 , selalu buat baik 

6-penghuni yang sentiasa buat baik pd ibu bapa 

7- penghuninya suami isteri yang soleh dan solehah 

8-penghuni yang berbuat baik pada kaum kerabat , yang sentiasa memaafkan orang lain 

9-penghuni yang menjauhi perkara2 mungkar 
contohnya : ada penghuni tu buat rumah dia sebagai tempat buat ketupat, ketupat kat sini bukan ketupat nasi ngan pulut tu ! tapi [mengumpat] pastu ada lah orang ni kata ''ustazah eh ! ambe dop mengumpat pun tapi ambe dengar je ! samalah tu cik gayah oiiii ~ dua2 dapat dosa besar !

10-rumah yang ada patung2 , salib yang menyerupai rumah orang bukan islam
kita kena hati2 jugak jam yang ada loceng tu , ting tong ting tong , ada sama macam jam duk dekat gereja dop ? lebih kurang je kan ? sooo hati2 lah ..

hati berbicara :
setakat tu dulu lah qaseh sampaikan , panjang bebeno takdop orang nak  bace nanti kang ..
so kalau yang nak baca tu try mikir and tengok balik rumah2 kita lagumana , nak dop malaikat masuk umah kita ? kalu nok ! lepas ni cek umah kita tu ye ..
dan kalau yang takmo baca sebab ni pasal agama ~ orang ganung kata ! ikut mung lah ~ kalu mung ase mu nak ! mu baca amek mikir , kalu mung ase taknok .. terpulang pd diri mung ..
hehe untuk diri sendiri jugak ..kalau ada salah2 tu sila tegur ye ustad jiji
Assalamualaikum.. semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup kita..amin =)
''bukan mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam - imam ghazali''

ramai nya keluhan lelaki2 di luar sana ye ''susahnya mencari perempuan yg solehah'' tapi lupa pulak jadikan diri sebagai lelaki yg soleh ! hanya yang soleh mengenal solehah ~ sebenarnya bukan susah nak cari yg solehah tapi caranya jadikan diri kita dahulu calon suami yg soleh , time free2 duduk sendirian di tepi jendela sambil merenung keindahan alam tanya diri sendiri ~ adakah aku seorg yg soleh ? ataupun dah berusaha kah aku untuk menjadi yg soleh ! jawab dgn jujur jgn tipu diri sendiri ~ susah kan ? tapi susah lagi nak meneropong iman di hati org lain ~ lalalala

kadang2 lucu dengar jawapan2 mat2 rempit , kaki botol ! aku nak cari isteri yg solehah sambil merempit lak tuh ! apa kejadahnya ~ pastu mereka kata wanita yg jahat mana boleh buat isteri ! buat bini bolehlah ~ sedangkan mereka sebenarnya tidak layak buat suami hanya boleh buat laki !hahahaks tapi tu lah fitrah tabi'e manusia kan ~ mesti ada yang akan cakap (alaaa lepas kawen nanti didiklah ) ingat senang ke nak didik kalau dah bertahun hidup dalam kejahatan ? macam ayat imam ghazali kat atas tuh ! so apa lagi jomlah kita baiki diri baru kita cari yg terbaik !

hati berbicara :
untuk lelaki ~ 
jangan pernah mengukur kesolehahan isteri dengan tali yang panjang sedangkan kesolehan diri sendiri dikukur dengan tali yang pendek ~ jika kita menjadi yang soleh , maka yang solehah akan muncul dengan sendirinya ..so hentikanlah penantian solehah itu tapi percepatkan pembinaan soleh pada diri sendiri ~ seperti ungkapan ''jadilah kawan bukan carilah kawan''
''perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik '' (- An-Nur 24 : 26)
jangan terlalu cepat hingga tersadung ~ jangan terlalu perlahan hingga terlambat - rujukan buku tentang cinta 
dan sebaliknya , nak cari soleh kena jadi solehah dulu ..qaseh pun sama gak , masih jauh lagi ~
Assalamualaikum , lmbat hupdate sebab blackout tadi .. xpe alhamdulillah  ujian ada hikmah , balik keje awal hahahaks
''tidak ada wanita yang hodoh , hanya kecantikan yang berbeza''

sukakan kecantikan tidak salah , kdg2 ia dah jadi satu fitrah rite , kita semua sukakan kecantikan dan tuhan kita pun sangat cantik.. kamal, jamal , jalal itu mmg sifat tuhan (sempurna,cantik,agung), kita semua suka cantik islam juga suka cantik, jika ada yang mengatakan islam itu tidak indah maknanya hati mereka sebenarnya tidak indah , macam kelawar yg tidak dapat melihat siang , bukan kerana siang itu gelap tapi mata kelawar yg tidak mampu menatap terangnya siang ..

wanita cantik pulak ! kalau kita sebagai manusia , kalau berjumpa dgn org jujur , semua sepakat sayangkan org yg jujur tapi pada rupa berbeza pada setiap org , sebab tu ada ungkapan ''beauty is in the eye of beholder'' ..kecantikan sebenarnya bermula dari dalam ke luar , so tanamkan iman di dalam hati kita dan susuli dengan perbuatan yg baik , bila iman dah di tanam ! syariat ditegakkan akan berbuahlah akhlak yg mulia ~ ini lah kecantikan yang hakiki ! apa gunanya mulut yg cantik kalau digunakan utk mengumpat ? apa gunanya wajah yang cantik jika mendedahkan aurat ? ini lah kecantikan sejati ....

hati berbicara :
''ada ungkapan berbunyi , kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasakan dirinya cantik dan berbangga dengan kecantikannya '' wallahualam !
tapi yg pasti jika kecantikan tidak di sertai dengan iman yg kuat , maka pemiliknya akan hilang kawalan , kdg2 bila kita tengok di sekelililng kita wanita yg cantik selalu di peralatkan , di gunakan oleh media , mereka rasa bangga ! tapi sebenarnya mereka cuma barang permainan kepada dalang2 kepentingan ! 
cantik tidak salah , tp salah menggunakan kecantikan tu yg sebenarnya salah ! kata org wanita cantik jrg berakhlak umpama bunga tanpa wangian tapi kalau cantik dan berakhlak pula hebat ! umpama cantiknya wanita solehah pd zaman Rasulullah =)



Assalamualaikum....

''bila aku pakai seluar mereka pandang , aku rasa macam di bogelkan , bila aku pakai baju kurung mereka masih memandang , apa yang tidak kena sebenarnya , perlukah aku berkurung untuk menutup pandangan mereka2 .. lalu aku berpakaian muslimah menutup segala aurat tapi ~ mereka still memandang ..kalau aku pakai purdah aku rasa mereka masih memandang apatah lagi kalau aku pakai guni !!!!! pastu aku nak pakai apa weh !''

hai koram , sebenarnya kita tak boleh menyekat pandangan orang pada kita , sebab kita pun sama kadang2 bila melihat someone di depan pasti kita akan melihatnya samaada dia seksi , atau dia menutup segala aurat ! kita pasti melihat melainkan kita buta .. pastu kita nak buat macamana ustazah eh ! ok sebenarnya kita memang tak boleh menyekat pandangan mereka tapi kita boleh menyekat rasa melalui pandangan mereka ! haaa contohnya :

a) si A dia pakai baju ketat2 , legging (betul tak eja) memang mantop seksi ! 
orang pandang tapi timbul satu rasa terutama kaum adam , kaum adam kan cepat sensitif , bila dia pandang tiba2 dia rasa bernafsu  tahap merah ! kalau banjir tahap merah ni kena pindah dah ! kalau lelaki tahap merah maknonyo kenolah kawen ... so pandangan mereka tu pada kita bernafsu .. pandang sekali tak pe pandang 2 kali dgn nafsu .. so kita dosa , dia pun dosa ..

b) si B pakai baju menutup aurat , pakaian longgar ..tgk pun tak lalu 
orang tetap pandang tapi bukan bernafsu , so kita dah buat benda baik tak hadirkan rasa nafsu pada kaum adam yg melihat ,mereka cuma melihat ,maybe dalam perasaan diorang juz berkata sejuk mata memandang , kaum adam pun tak lah tersiksa ... cian kan kaum adam duk merintih katanya siksa seh ! poyo je haha 

hati berbicara :
kalau kita dah tak tahu nak pakai apa dah .. qaseh sarankan mula2 kita pakai otak , otak tu ada akal , bila ada akal mestilah pandai berfikir so secara automatik kita tahu apa yang perlu kita pakai ...
kita yang menghadirkan rasa dan kita juga yg perlu membuangkan rasa itu ,
adakalanya kita saling salah menyalahi antara sesama kita 
''hey kaulah pakai seksi '', ''hey kau tengok pasai apa ''
sebenarnya kita semua salah kerana asik bergaduh dan alpa , sepatutnya kita baiki kelemahan yang ada pada kita .. bila semuanya berubah dari buruk ke jahat , orang pun takkan mampu menyalahkan kita lagi ... =) 
assalamualaikum ?

Assalamualaikum ...

sakit hati entry terdahulu terdelete .. so merajuk dengan blog , kelmarin tak hupdate !! padan muka blog wahahaha(ada jugak gila pesen ni) , tentang mak hencik kyle alhamdulillah ada perubahan sedikit bila cuci2 darah pastu doc bagi mak bernafas sendiri , dah boleh tapi sekejap2 je ..still guna mesin pernafasan lagi , alhamdulillah Allah dengar doa hamba2NYA .. terima kasih korang semua menumpang doa dari kalian ..berkat doa dari korang semua , lebiyuuuuuuuu ! 

''kdg2 aku sedih , aku di gunakan pada masa2 tertentu sahaja''

qasehdalia : abg , adik nak tanya boleh tak 
aaron aziz : ye adik manis , tanya lah ..
qasehdalia : nape bulan ramadhan je , adik tgk kakak tepi umah yang selalu pakai seluar bila jalan tonggek2 tuuu, bila masuk bulan puasa je dia baik , lepas tuuu kan abg , bulan lain dia cekci balik ..! huh ..
aaron aziz : erkkk bulan ramdhan kan bulan mulia kena lah baik2 adik abg yg manis ni 
qasehdalia : oo bulan lain , xperlu baik lah ye ...
aaron aziz : ???!!!!!

''aku baik bulan2 tertentu saja , aku baik bila tiba bulan ramdhan , aku hormat bulan yang mulia itu , aku menunaikan segala kewajiban aku , tak sabar2 aku nak tunggu bulan tu tamat , aku nak merdeka balik .. ''

hehe macam2 manusia kita akan jumpa di dunia yang luas tapi sebenarnya kecik ni , baguslah sekurang2nya dia berubah bila tiba bulan ramadhan , yang perempuan bertudung litup , berpakaian muslimah .. yang lelaki selalu pergi solat , kdg2 ada jugak hari jumaat je baik hari lain keluar dah belang dan taring2 yg tersembunyi .. hehe bukan salah semua tu ! alhamdulillah dia berubah jugak walaupun bulan tertentu .. sekurang2nya ada jugak iman yang buatkan dia ingin berubah ke arah kebaikan .. cumaaa 

hurmm cuma kadang heran why not kebaikan pada bulan2 tu kita lanjutkan pada bulan2 lain jugak , lanjutkan hingga setahun dan akhirnya hingga selama2nya , kenapa tidak ? jika bulan tersebut kita boleh berubah mesti bulan lain kita boleh berubah jugak kan ! chaiyok2.. teruskan hingga kita menutup mata .. untuk diri sendiri jugak, hurmm sebenarnya bukan kita tak mampu nak berubah tapi kita tidak bersungguh2 kan .. terlalu alpa dengan dunia , dengan nikmat dunia! walaupun berkali otak kita menyatakan nikmat dunia hanya sementara! tapi kita tetap juga hanyut ... ~ hanyutt dan terus hanyut ~ 

hati berbicara :
hidup kita ibarat pokok .. tapi pokok kekuatannya terletak pada akar 
kita pulak kekuatan terletak pada akal dan juga hati ..
jika akal kita mampu kita kawal dengan baik , hati juga turut bersih !
susah ? kdg2 susah kerana kita tidak bergantung pada baja untuk menyuburkan kehidupan kita !
cuma kdg kita terlalu bergantung pada nafsu sebab tu kehidupan kita jadi susah .. 
kita lupa kita ada agama , kita ada Allah .. kita lupa Allah yang mencipta kita ! 
kita berlagak dengan maha pencipta yang mencipta kita ! 
kdg2 kita tutup mata denganNYA , kdg2 kita membelankangkanNYA ..
dan lantas Allah murka pada kita ~ salah kah kita ?
tepuk dada tanya iman ... 
(untuk diri sendiri jugak yg terlalu byk alpa)
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates