Travel Set Cosmoderm Memudahkan Percutian Qaseh




Travel Set Cosmoderm ke Cherating 

Memang tepat sangat set travel Cosmoderm ni ada pada percutian kali ni , sebab banyak aktiviti di bawah terik mentari lebih-lebih lagi di tepi pantai yang indah ~  walaupun bawah panas mentari semua aktiviti memang tak di nafikan lah sangat best dan  havoc tapi nak ke muka uols rentung ? haa dah lah muka tak berapa nak putih lepas tu sunburn teruk pulak , nanti nampak mata putih je duk kelip-kelip haha .. jadi travel set Cosmoderm memang penyelamat kami semua .. 

Apa yang ada dalam set travel ni ? Ok dalam set ni ada 3 jenis lotion / cream iaitu Advance Moisture Therapy Cream , Vitamin E Cream dan Tea Tree Oil ..semua ni aku pernah guna sebelum - sebelum ni dan pernah bawak ke China , kat sana walaupun sejuk ia akan menyebabkan kulit lagi kering .. dan di Cherating pulak cuaca pun agak panas , nak elakkan sunburn aku guna Tea Tree Oil Magic Lotion sebab fungsi dia cepat dan berkesan untuk sunburn


Advance Moisture Theraphy Cream 

Krim ni sesuai bagi korang yang mempunyai masalah tumit merekah dan pedih akibat merekah , krim ni memang aku khaskan untuk losyen kaki dan tangan heheh walaupun tumit tak merekah tapi sapu je bagi tumit dan tapak kaki lembut sebab ia berfungsi juga untuk kulit yang kasar .. 

Kalau rasa kulit korang tu tebal semacam je boleh lah guna krim ni , satu lagi aku selalu apply kat siku sebab kawasan siku ni selalu je kering dan menggelupas ! jatuh saham ai tau. Bahan kandungan dalam krim ni adalah Vit E , Tea Tree Oil dan Herbal Extract

Krim ni tak melekit tau , cepat je meresap dalam kulit , boleh apply di bahagian tumit yang merekah dan juga kulit kering 
Tea Tree Oil Magic Body Lotion 

Haa yang ni memang wajib pakai bila keluar dari bilik hotel , memang pantas dan berkesan untuk lindungi kulit terkena selar matahari atau mat salleh kabo sunburn , selain tu kalau korang rasa badan korang berbau dan ada jerawat di badan , memang aku syorkan pakai losyen ni . Bila pakai losyen ni kulit takdelah rasa pedih-pedih atau terengsa , dan nyamuk-nyamuk atau serangga pun takut nak datang dekat tau .. 

Selain tu berfungsi untuk keredaan bila di gigit serangga , kalau anak - anak kena gigit semut atau serangga terus sapu losyen ni.. kuranglah sikit kesan gigitan tu , inshaaAllah. Kenapa losyen ni mampu hilangkan bau badan ? sebab ia adalah anti bau badan dengan deodoran asli. Selain tu kalau ada ruam-ruam , jangkitan kulat dan kuman boleh apply juga  inshaaAllah ruam-ruam semua main berkurang , haa semua boleh ! sebab tu ia di panggil magic lotion.

Vitamin E Cream 3,000 I.U 

Bagi perempuan benda basic yang kena ada pencuci muka , pelembab muka dan jugak sunblock .. benda ni sebenarnya basic makeup la yang memang wajib kena apply hari-hari , yang ni aku ada baca di google dan selalu MUA2 kongsi heheh , so Vitamin E Cream dari Cosmoderm ni aku akan sapu setiap hari lepas mandi dan cuci muka , sebab kulit muka aku kering .. orang lain kulit muka lembab berminyak je tapi muka aku kekurangan air barang kali ..huhu ingat best ke kulit muka kering ? kadang-kadang kan terasa pedih tau tak tambah-tambah bawah terik mentari .. huu azab ! 


Bagi korang yang ada masalah kulit kering macam aku boleh try Vit E 3,000 I.U ni , memang best pakai , rasa lembut je kulit muka .. Vit E ni pelembab yang berkhasiat dan di perkaya dengan anti oksida yang memperbaharui , melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti penuaan (nak masuk 30 dah oiii) dan pemudaran parut.

Memang dah terbukti berkesan untuk memulihkan semula kulit kering dan rosak , memudarkan parut jerawat , kemalangan dan juga pembedahan . Hurmm pulak tu , perempuan ni macam-macam benda pakai kat muka , mekap semua kadang banyak bahan kimia cuma kita je yang masih belum nampak so belum terlambat lagi untuk korang lindungi balik kulit korang dengan Vit E Cosmoderm ni .. 

Cara guna , boleh apply selepas mencuci dan menyegarkan muka , sapu rata di kulit muka dan urut lembut ..
Tea Tree Oil Shower Gel 

Shower Gel ni tak termasuk sekali dalam travel set tu tau , tapi shower gel ni ada saiz untuk travel 80 ml , ada yang besar jugak tapi kalau nak travel memang hazab lah nak angkut yang besar-besar akan , harga da murah je Rm5.60 , aku suka bau shower gel cosmoderm ni , sebab bau yang menyegarkan dan terasa lebih bersih 

Kesesuaian ? boleh di gunakan seisi keluarga lebih-lebih kalau ada masalah bau badan dan juga jerawat di badan , sambil-sambil mandi dan nyanyi tuhhh haaa guna shower gel ni tak perasan bil air melambung haha dan sesuai untuk kulit normal dan juga berminyak ..

Warna shower gel ni jernih je dan dua kali lebih pekat .. pakai sikit pun dah cukup , walaupun guna yang kecik boleh tahan lama tau ..

BB Cream SPF 35

Kecik-kecik berbisa , biasa aku tengok BB cream agak likat , tapi yang cosmoderm ni cair sikit , bila tekstur agak cair ni lagi senang nak sapu rata kat muka .. means takde lah susah nak ratakan then nampak capuk sana sini kan , japgi kena kutuk saje haha .. BB cream ni pun bertindak untuk melindungi kulit kita dari sunburn , so aku pakai BB cream ni kat muka then Tea Tree Cream di badan. 


Kelebihan BB Cream ni dapat lindung muka kita dari pencemaran , selain melindungi dari sinar uv matahari ia jugak melembabkan kulit wajah dan lebih anjal gitewwwww .. tapi ada dua jenis tau korang , warna kuning dan juga hijau . BB Cream kuning sesuai untuk kulit normal dan kering manakala BB Cream hijau untuk kulit berminyak 



Hati Berbicara :
Bila pergi travel atau pun holiday kalau boleh , dan sebolehnya nak pack sesuatu tu bagi kecik sekecik-keciknya haha dan senang nak bawak , nak bercuti oikk memang malas bawak barang mekap banyak-banyak ~ barang mandian lagi kan ? so memang bagus ada travel set macam ni , mudah nak bawak ke mana-mana dan tahan lama .. yang penting semua bagi kegunaan yang memang kita perlukan ! 

More Info :

Boleh dapatkan melalui online dan juga cawangan Watsons berhampiran



11 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Untunglah dio dapat pek cosmoderm...nok etek eh....hehehe

    BalasPadam
  2. memang best sangat produk cosmoderm ni.. Nurul pun pengguna setia cosmoderm :D

    BalasPadam
  3. Paling suka bb cream tu. Memang terbaik!

    BalasPadam
  4. Semua set ada sesuai juga bagi ke Isteri tercinta ni.

    BalasPadam
  5. Memang best guna cosmoderm ni. Akak suka shower gel tu.

    BalasPadam
  6. Best travel set ni, memang semuq wajib ada. Paling suka Magic Lotion, multi purpose!

    BalasPadam
  7. Paling suka BB Cream Cosmoderm
    Paling suka TTO Shower Gel dia
    Paling suka Vit E 3000 dia
    Eh.... Semua suka! Produk cosmoderm memang terbaik! Tak pernah mengecewakan...

    BalasPadam
  8. Mmg selesa guna product Cosmoderm ni. Pi Royal Belum ritu pun pakat hulur kt semua kengkawan.. Pacat mmg xdtg hingap pun.

    BalasPadam
  9. Nampak best lah semua product cosmoderm ni...

    BalasPadam
  10. Travel set cosmoderm ni mmg best pakai.. cukup lengkap kalau nak bawak pegi travel..tak perlu sah2 nak beli lain2 lagi.. semua ada kat dalam travel set ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama